Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia

Ada terbaca dalam satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Betul atau tidak terserah pada pandangan masing-masing.

JAWAPAN Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu.

Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif.

Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di rumah”.

Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.

Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain “boroi”.

Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit. Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Baca seterusnya di rileksinfo

Mat Rempit

Aku ada satu pengalaman nak kongsi dengan korang. Cerita ni berlaku tahun 2002. Masa tu aku suka pegi mandi Templer Park (air terjun popular kat Rawang) dengan kawan-kawan. Dengan bermodalkan helmet besar yang aku pinjam dari bapak aku, so kita orang merempit la gi sana dengan motor 100 sport member aku yg dah modify double ekzos dan class tangan.

Tujuan kita orang nak mandi la, sambil-sambil cari jodoh. Sampai kat tempat parking kita orang tengok ramai awek lepak kat tepi parking. Member aku pun apa lagi rem moto kuat-kuat nak tarik perhatian la konon. Aku yang jadi pembonceng peluk kuat-kuat badan dia. Aku dah tau dia mesti nak weelly nye.

Sampai satu tempat dia wat u-turn nak weelly. Lepas tu korang nak tau apa jadi? Dia weelly moto tu 90 darjah menegak dengan bangganya. Korang tengok memang gaya expert tapi aku kat belakang dia peluk dia sambil berlari lebih kurang 20 meter.

Tambah pulak helmet yang aku pakai tadi dah berpusing tak nampak jalan. Bayangkan time tu aku hanya mampu memeluk sambil berharap member aku turunkan semula motor. Lepas dia turunkan moto dengan bangganya. Time tu aku dengar riuh mat-mat rempit yang lain dah ketawa terbahak-bahak tengok kita orang.

Member-member aku yang lain sampai pecah perut gelakkan aku. Cis... lepas pada tu aku dah insaf nak tumpang mat rempit. Sekarang dah lebih 7 tahun aku tak pergi sana tapi bukan sebab malu beb, tapi tak ada masa...ok....

Source : gelihati

Fanatik Kamera dan Dakwah



“Jangan beli DSLR jenis Sony. Membazir. Lebih baik beli Canon, lagi elok. Atau pun beli sahaja Nikon.”

“Apa kurangnya Sony berbanding Canon dan Nikon? Gambar boleh jadi lebih cantikkah kalau pakai Canon?”

Ini fanatik brand namanya. Apa yang penting, kita tahu guna setiap fungsi yang ada pada kamera tersebut. Beli kamera mahal-mahal pun tapi tidak explore, rugilah. Ada kawan pakai kamera DSLR brand mahal, tapi gambar macam itu juga – tidaklah cantik sangat. Ada seorang jurufoto sebuah badan kerajaan yang saya kenal, pakai Nikon D3, gambar yang diambil lebih kurang juga.

Skil atau teknik kita mengambil gambar perlu diambil berat. Kamera mahal atau brand terkenal sekali pun tidak akan menjadikan gambar saudara itu cantik atau kelihatan profesional. Jurufoto professional bukanlah terletak pada brand kamera yang dia miliki tetapi terletak pada kemahiran yang dia punyai.

Apabila saudara ingin digelar sebagai jurufoto bertaraf profesional, kualiti yang ada pada saudara bukan terletak pada brand kamera tetapi terletak kepada cantik atau tidak hasil gambar yang ditangkap.

Sebelum saudara beli kamera DSLR, tanya diri sendiri dahulu berapa banyak duit yang saudara boleh laburkan dan juga leburkan. Kalau bajet bawah RM 3000, lebih baik beli kamera DSLR berharga RM 2000 ke bawah. Lagi RM 1000, gunakan buat beli lens dan juga untuk pergi kelas fotografi.

Lain orang lainlah kesesuaiannya. Sebelum beli, cuba dahulu semua kamera DSLR yang ada di kedai tersebut. Kalau rasa sesuai dengan diri, ambil. Dan kalau rasa ada guru yang guna kamera yang sama dan boleh ajar, lagi bagus.

Baca seterusnya di studiomuslim

Persepi Kita Pada Kejayaan

Bila sebut kejayaan, ada di antara kita keliru nak capai kejayaan yang macam mana dan bentuk kejayaan yang bagaimana. Persoalan itu masih belum terjawap. Lebih membingungkan, ada juga orang yang masih tak tahu apa makna kejayaan, kerana pada takrifannya sekarang ini tahap pencapaian hidupnya dah ok, dah selesa.

Persepi kita pada kejayaan berbeza antara Anda, saya dan dengan orang lain. Namun, persamaannya tetap ketara. Kejayaan ialah satu situasi apabila kita dapat mencapai satu tahap yang mana tahap itu menjadi satu kejayaan buat kita.

Sebagai contoh, mungkin bangun bersolat subuh di awal pagi satu kejayaan bagi diri si A. Setelah berjaya mencapai kejayaan itu setiap hari, dia makin bersemangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam perkara lain pula.

Contoh lain, mungkin dengan berjaya menyiapkan assignment lebih awal dari tarikh yang tetapkan satu adalah kejayaan besar buat diri si B, seorang pelajar universiti. Baginya tiada lain yang lebih menggembirakan selain berjaya menyiapkan assignment kerana selepas itu, dia boleh bersuka ria dengan aktiviti-aktiviti lain. Dia sudah ada masa nak gi tengok wayang, jenjalan, pergi ke tepi pantai atau bersantai bersama mak dan ayah di waktu petang dalam keselesaan rumah keluarga.

Mungkin, dengan berjaya mencergaskan diri menyiapkan kerja, si C seorang suri rumah merasa amat bahagia. Hari ini dia berjaya memasak hidangan yang membuka selera, berjaya mendapat pujian suami kesayangannya dan berjaya mendapat ucapan terima kasih daripada anak-anaknya. Kejayaan hari ini yang dicapai membuat makin bersemangat untuk mencipta lagi kejayaan di hari-hari esok dan akan datang.

Tekadlah untuk mencapai kejayaan-kejayaan kecil dulu sebelum Anda berjaya mencapai kejayaan yang besar pada tahap yang lebih tinggi. Kejayaan pada tahap tinggi memerlukan persediaan mental yang tinggi dan pengetahuan yang meluas, selain usaha yang berterusan.

Perbetulkan persepi kita pada kejayaan. Untuk pengetahuan Anda, kejayaan boleh dipermudahkan dengan satu cara. Jumpa di artikel seterusnya kerana saya akan dedahkan bagaimana Anda boleh berjaya dengan usaha hampir minima!

Source : motivasi kejayaan