Dari Ayer Keroh Ke Glasgow

Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.

Cerita Waktu Cuti

Setelah 3 minggu cuti bergaji, akhirnya habislah minggu cuti tu. Hari ni dah start keje. Tension jugak sebab bila datang keje, tempat tu mcm takde cleaner lain cuci jer. Tiga minggu apa korang buat!!!!!!!!!. Hari nie tak sempat nak rehat sebab banyak keje. Lantai depan yang just spot mop, kena mop semua hari nie dari hujung rambut hingga hujung kaki. Punyalah penat. Tapi sabar ler bang, nie jer keje yg ada sebab skrg susah nak dapat keje. satu nisbah 25 org dia punya ratio.

Snow masih lagi tak cair-cair tapi dah jadi keras. Memang licin dan kalau silap boleh tergelincir dengan bangganya. Masa aku pergi beli susu, pair kaki ayam, rusuk kambing, serbuk ketumbar, kulit kayu manis, bunga lawang, asam jawa, kubis dan timun, memang bahu jalan kedai sgt licin dan beberapa kali nak tergelincir. Nasib baik pakai kasut asics yang banyak lagi bunganya.

Esok org mula bekerja dan wife aku mula pergi U and my daughter starts her class. Baby Iman dah mula pandai meniarap. Genap 4 bulan dia dah pandai meniarap. Tapi tak boleh lawan rekod kakak dan abg dia yg boleh meniarap di bawah 4 bulan. Adakah dia boleh memecahkan rekod berjalan seawal 9 bulan 10 hari genap yang dicatatkan oleh kakak Ulfah atau 11 bulan yg dipegang oleh abg Arif. Sama-sama kita nantikan..

Lesen UK

Akhirnya setelah menunggu sekian lama aku dapat jugak lesen Hong Kong yang berharga 360 pound. Tanpa berlengah lagi aku pergi Post Office Crosshill, ambil borang driving application terus hantar DVLA Swansea. Kena lagi 60 pound. Banyaknyer duit aku. Hari Jumaat aku hantar, hari Sabtu minggu berikutnya baru sampai. Passport aku sampai hari Rabu minggu berikutnya. Alhamdulillah semua dah settle.

Sebelum tu, enjin Vauxhall Zafira aku tu pulak taknak hidup. Puas aku try start tak boleh jugak. Aku pun mintak Cai bawa Honda Shuttle dia untuk "jump" bateri kereta dia kat kereta aku. At last, boleh gak hidup. Pastu aku bawa gi workshop untuk ganti bateri kereta tu. Terbang lagi 60 pound. Harga bateri 47 pound + VAT + labour charge = 60 pound.

Destinasi pertama aku pergi selepas tukar bateri ialah ke Glasgow University pada keesokkan harinya hantar wife aku masuk ofis. Tak pernah pergi U guna kereta tu sebab sebelum nie guna kereta wira aeroback jer. Kereta tu dah tersadai depan rumah orang. Roadtax still hidup tapi MOT dah mati. Insuran Tesco kereta tu aku dah pindahkan kepada Zafira aku nie.

AidilAdha Menjelma Lagi

AidilAdha menyingkap tabir fajar pagi Jumaat 27 Nov 09 bersamaan 10 Zulhijjah 1430M yang membawa rahmat ke seluruh alam. Pagi yang penuh berkat diserikan lagi dengan laungan tasbih, takbir dan tahmid memuji Allah Yang Maha Agung, Tuhan Semesta Alam. Seawal 8.30 pagi umat Islam kawasan Govanhill telah meredah kesejukan udara untuk menunaikan solat sunat AidilAdha. Penuh di kawasan masjid dengan kereta dan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi masjid-masjid sekitar kawasan ini seperti Masjid Al-Farok, Masjid Khazra, dan Masjid Madani.

Aku tak sempat untuk solat sesi pagi tu dan mengambil keputusan untuk hadir solat pada sesi kedua iaitu pada pukul 10 pagi. Menurut kawan-kawan, sesi pagi khutbah AidilAdha dibacakan dalam bahasa Urdu manakala sesi kedua pada pukul 10 pagi nanti dalam Bahasa Inggeris. So daripada menganga dengar bahasa Urdu yang aku memang tak faham langsung, baik aku dengar khutbah Bahasa Inggeris. At least faham apa isi kandungan khutbah tersebut.

Selesai solat sesi kedua, aku balik rumah dan bawa family ke rumah Kak As sebab ada jamuan raya. So layan je la. Lagipun malas nak masak. Juadah nasi himpit, ayam goreng, rendang ayam, nasi lemak dll. Makan free la kat rumah dorang. Lepas makan di rumah mereka, kami berkunjung pulak ke rumah Hairul Yani. Makan lagi. Kali nie meehoon goreng dan ayam. Kami stay rumah dorang sampai pukul 4 petang. Kat luar dah mulai gelap.

Aku tak tau nak sebut macamana. Pukul 4 petang atau pukul 4 malam sebab pukul 4 dah gelap dan waktu maghrib masuk pukul 4.09 minit. On the way balik singgah Farmfood beli Oreo dan empat keping biskut Pakistan. Tak best langsung biskut tu. Bau macam hampeh. Niza makan sikit pastu bagi aku rasa. Kami makan separuh jer biskut tu. Tinggal separuh dan ada lagi 3 keping yang tak termakan.

Pastu kami singgah Super Drug dan Niza beli Olive Oil, dan ubat batuk. Singgah LiDL pulak beli spagetti, timun, Coco Moon dll. Aku lupa dah apa yang dibeli tapi banyak la jugak. Sampai rumah solat maghrib seterusnya solat Isyak berjemaah pada pukul 6 malam.

Raya



Gambar masa Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

Catatan Hari Ini

Malam tadi lepas balik kerja, aku terus kemas rumah. Bersihkan pinggan mangkuk atas meja, dalam sink, sapu sampah atas karpet, basuh baju, mop dapur, dll. Siap semuanya pukul 11 malam. Iman pulak terjaga nak susu. Lepas bagi susu seperti biasa dia nak didukung sampai tidur lena.

Selagi tak lena, selagi itulah dia akan terjaga kalau diletakkan dalam baby's cot. So aku kena dukung sampai lena. Tapi tak lena-lena jugak anak aku nie. Dah 1 jam suku aku dukung, dia masih sedar. So ikhtiar terakhir ialah masukkan dia ke dalam car seat. Tak sampai 5 minit dia dah lena. So aku letakkan car seat tu atas katil Arif. Arif pulak dah tidur kat tempat tidur aku. Emm...

Pagi aku sidai baju atas heater dan aku kejutkan Niza untuk solat Subuh, begitu juga dengan Ulfah. Lepas solat Ulfah mengaji, makan, mandi dan aku hantar pergi sekolah. Niza tak ke U sebab demam. Tengahari aku pergi rumah Khairul bagi duit untuk buat lesen Hong Kong. On d way balik aku beli pisang, telur dan cili.

Lepas tu amik Ulfah kat sekolah. Hujan renyai-renyai sepanjang hari nie. Nasib baik tak terlalu sejuk. Suhu 13 darjah celsius kat luar nie. Ok suhu nie. Tak sejuk sangat. Malam seperti biasa solat berjemaah, ajar Ulfah mengaji dan buat kerja sekolah dan makan.

Kisah Motivasi Daripada Sylvester Stallone

Kisah Sylvester Stallone ini dipetik daripada buku “Master Your Mind, Design Your Destiny, tulisan Adam Khoo”.

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.

Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.

Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.

Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.

Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.

Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”

Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.

Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.

Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.

Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan. Antara filem Stallone yang menyusul selepas itu adalah First Blood, Rambo dan Rocky II.Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.

Macamana?Saya harap anda bersemangat dan bermotivasi lepas baca kisah ini.

Source : aspirasicyber

Cara Terbaru Untuk Mencuri Kereta

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ....

Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya.

Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat di tengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.

Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa?

Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta.

Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita.

Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Source : isuhangat

Dah Pindah

Sekarang kami dah pindah rumah. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dijadualkan. Kami cukup selesa dan puas hati dengan rumah yang baru. Aku tanya anak-anak aku, 'bila korang nak melompat?'..haha...takde orang yang akan marah lagi sebab rumah aku ground floor corner lot. Rumah atas pulak tinggallah sorang makcik yg dah berumur. Setakat nie takde la pulak dia melompat atau buat bising. Dia pun takde la cakap anak aku bising walaupun anak aku pernah jerit atau menangis kuat.

Nanti aku kongsikan gambar rumah

Pindah Rumah

Kami telah berpindah ke rumah baru sejak 4 hari yang lalu. Di rumah baru masih belum ada talian internet hingga sekarang. So susahlah nak update blog, balas email dan sebagainya. Banyak faktor yang menyebabkan kami mengambil keputusan untuk pindah. Antara faktor-faktornya ialah:

Rumah lama - 1/2 No.65 Daisy Street

1. Banyak giler lipas
2. Orang bawah yang selalu menjerit
3. Jauh dari jalan besar
4. Rumah mahal 550 pound monthly
5. Banyak tahi anjing
6. Bising
7. Susah nak parking kereta
8. Landlord tak hirau segala aduan

Rumah baru - 0/2 No.2 Ardberg Street

1. Lipas 1 2 ekor jer
2. Rumah atas tanah, takde sapa nak jerit dari bawah.
3. Dekat dengan jalan besar
4. Rumah agak murah 475 pound monthly
5. Takde tahi anjing
6. Tenang, damai, tenteram, tak bising.
7. Berlambak parking kereta
8. Landlord yang meesra alam

Kalau aku ada masa nanti, aku upload rumah baru aku tu.

Status Bumiputera Dicabar

Manoharan tuntut bukan melayu diberi status bumiputera
08/07/2009 1:32pm

SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.
Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.

Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.

"Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - Bernama


Senang-senang jer ko nak hak bumiputera diberikan sama rata kepada bukan Melayu. Ini tanah Melayu. So Melayu ada hak untuk mempertahankan tanahair sendiri. Kalau bagi semua hak kesamarataan pada bukan Melayu, apa yang tinggal untuk orang Melayu. Tanah rezab orang Melayu pun nanti habis dapat pada orang bukan Melayu. Aku tak setuju perkara ini. Diharap jangan layan permintaan adun nie. Selepas PM merasmikan Konsep 1Malaysia, maka kedengaranlah suara-suara sumbang yang mahu semua orang mendapat keistimewaan sebagaimana orang Melayu dapat tak kira dari parti mana orang itu bersuara.

Orang Melayu pun satu, hak keistimewaan dihakis sikit demi sikit pun masih lagi di takuk lama. Remaja Melayu hilang arah tuju. Persaingan remaja Melayu cukup lemah di kalangan bukan Melayu. Disumbatnya jiwa dan minda dengan hiburan terlampau, dadah, seks, dan sebagainya. Oleh itu matilah hati-hati mereka untuk melihat keadaan masyarakat Melayu sendiri yang terumbang-ambing dalam kehidupan seharian.
Tolonglah para umara'.Jangan biarkan perkara ini terjadi.

Hari Aspresiasi Glasgow 2009

Komuniti Glasgow mengadakan Hari Aspresiasi untuk kanak-kanak Sekolah Melayu Glasgow. Pelbagai persembahan diadakan seperti pantomem (betul ke tidak aku eja nie), bercerita, hafalan, sketsa dan sebagainya. Ulfah tak masuk apa-apa acara sebab tak datang hari Sabtu minggu lepas semasa latihan. Minggu lepas aku tak hantar dia sebab kami ada jamuan bbq anjuran department wife aku. So Ulfah datang untuk terima hadiah jer la. Tak tau la hadiah apa dan apa pencapaian dia semasa di Sekolah Malaysia Glasgow.

Ramai jugak family yang datang hari tu termasuk rakan sekerja isteri aku (Masrul dan Rainah)yang baru sampai dari Malaysia seminggu yang lalu. Makanan yang dihidang bolehlah tahan seperti nasi, nasi goreng, ayam goreng, kari kambing, sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Anak-anak sibuk mempersembahkan persembahan yang terbaik buat ibu bapa. Ada sesetengah yang terover berlakon. hehe..

Tiba masa yang ditunggu-tunggu. Majlis penyampaian hadiah. Nama Ulfah dipanggil untuk beratur di barisan anak-anak yang akan terima hadiah. Tahniah Ulfah kerana menggondol hadiah ketiga Pendidikan Islam, hadiah pertama Bahasa Melayu dan hadiah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tahap 1. Congratulations!!!

Timbul satu lagi masalah. Dia taknak kongsi hadiah dengan Arif. Balik rumah hari tu, memang aku dah gak dah dia marah adik dia sebab kacau hadiah dia. Last sekali pujuk baik-baik baru dia kongsi hadiah-hadiah dia tu. Aduh...macam-macam...Korang layan la gambar kat bawah nie:

Menerima hadiah dari Pn. Asmaheram, Pengetua Sekolah Malaysia Glasgow.

Antara tetamu yang hadir. Ustaz Abduh (songkok putih).

Menerima hadiah dari Dr. Ahmad Rifqi, Presiden Komuniti Melayu Glasgow.


Bergambar dengan teachers yang mengajar Tahap 1.


Menerima hadiah kedua dari Dr. Ahmad Rifqi.

Koleksi Gambar

Takde modal nak tulis. So aku paste jer gambar untuk tatapan semua.


First time sampai tesco springburn selepas 7 bulan menjejakkan kaki ke Glasgow.


Gambar hari keluarga di Strachclyde Park.


Walaupun summer tapi tetap sejuk.



Antara family yang hadir.


Syed (baju biru gelap) ngan tok penghulu Anizan (baju oren) sedang sibuk bakar ayam.


Arif tidur semasa sampai.

Jangan Jadi Hamba Hiburan

Terlebih dahulu, ingin saya katakan yang saya bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang saya mampu, saya akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.

Saya ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, yang saya ambil dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Bullshit.

Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama rancangan realiti kan.

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu norma biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.

Anda tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan. Mungkin juga. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang kecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

Ya Allah, semoga teguran ini membawa manfaat kepada diri aku sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang aku sayangi, dan orang-orang di sekelilingku.

Source : sembangkomputer

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israil kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk dijadikan tesis ini iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang; kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan yang mana ia memang tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun ke-2, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan, atau olah manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.

1) Persiapan Zuriat

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israil, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah sang Ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan ibu bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya.

Oleh kerana saya memang minat matematik, tentu sahaja dengan gembira saya membantunya. Saya bertanya kepada beliau, “Adakah ini untuk anak kamu?” Beliau menjawab, “Ya, ia untuk anak saya yang masih dalam kandungan. Saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jenuh beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak.

2) Pemakanan

Seperkara lagi yang saya ialah pemakanan beliau. Sejak awal kandungan beliau gemar memakan kacang badan dan kurma bersama susu. Untuk makan tengah hari, makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang.

Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. Ini adalah adat orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Perkara yang sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau filet) dan biasanya daging tidak ada di meja jika ada ikan. Menurut mereka campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah kemestian, terutamanya badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahab dahulu. Memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

3) Jangan Merokok

Di Israil, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis Israil, kajian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes.

Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap). Ini satu penemuan yang dahsyat oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya pemilik pengeluar rokok terbesar adalah… (tekalah sendiri).

4) Pendidikan Anak-anak

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak ini cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahab bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah wajib.

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak ini bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak), maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya darjah 1-6, kanak-kanak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan kanak-kanak California, mereka jauh berbeza IQnya dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh kanak-kanak Yahudi.

Selain itu sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

5) Pendidikan Tinggi

Pelajar sekolah tinggi (menengah), pelajar ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea ini akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriua tentang perniagaan. Pada tahun akhir, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta.

Anda terperanjat? Itulah kenyataannya. Dengan rangkaiana seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia. Siapakah yang mencipta rekaan Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israil oleh fakulti perniagaan dan fesyen.

6) Ibadah

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyang-goyangkan kepala mereka. Ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama di Timur Tengah seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyang-goyangkan kepada. Ini juga dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ianya kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (daripada ikan), adakah ini kebetulan? Fikirkanlah.

7) Perniagaan

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi sedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja), jika mereka ada idea yang bernas jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah. Pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan menurut landasan yang betul. Maka lahirlah Starbuck, komputer Dell, Coca Cola, DKNY, Oracle, perfileman Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. Dengan bermain piano dan biola sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga dengan sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, damak dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? $US 7! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda.

Saya puji sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali. Seperti Israil ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israil. Maka itu saya lihat institusi pengajian mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya neara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja Indonesia. Jika anda ke Jakarta, di mana sahaja anda berada, dari restoran ke pawagam, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok. Harga rokok? Cuma $US 0.70.

Dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler. Bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil. Ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendidik anak.

Saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, cucu saya pada umur 9 tahun dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato.

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon.

Source : yahamim

Debat Imam Abu Hanifah vs Dahri

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan di kalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy’ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya. Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. “Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung”.

Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu’man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Beliau juga memohon izin membantu gurunya berdepan dengan si Dahri.

Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku…Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan…!” Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah. “Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa”. Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog. “Benarkah Allah itu wujud?,” soal Dahri memulakan majlis dialognya. “Bahkan Allah memang wujud,” tegas Abu Hanifah. “Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..?” Suara Dahri semakin meninggi.“Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.“Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula…?” bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.

“Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa…,” Abu Hanifah berhujah. “Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa…!,” sahut Dahri. “Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu…? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?”

Tersentak Dahri seketika. Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: “Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak…? ”Pantas Dahri menjawab, “Ya, bahkan!”Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu di manakah lemak itu berada…? Di bahagian atasnya atau di bawahkah…?”

Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. “Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung…!

”“Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti…” soal Dahri lagi. “Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir,” tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu….Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya….?,” Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?”

Sambil menuding ibu jarinya ke langit.Beberapa hadirin turut berbuat demikian. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya…” Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.”“Jadi…! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya.“Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!,”.

Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.“Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini?” Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.“Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang,” katanya.

Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah: “Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini… !”

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud, Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3) dalam ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, … dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada.

Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada. Di dalam fahaman ahli sunnah adalah ditegah mengishbat tempat bagi Allah, dengan menentukan lokasi baginya.Hanya makhluk sahaja yang memerlukan tempat, namun Allah s.w.t tidak sama dengan makhluk, dan tidak memerlukan apa yang diperlukan oleh makhluk."

Source: muraisenja

Kisah Pembalasan Isteri Curang

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Baca seterusnya di mkelana

Mengembara di Durham

Pada 3 - 5 hb Jun lepas, aku dan family mengembara ke Durham, 4 jam perjalanan kereta dari Glasgow. Sambil melawat kawan di Bowburn, Durham, kami sebenarnya mahu melihat bumi Durham dari dekat. Kalau kat Malaysia dulu, cuma tengok dari internet dan baca pamplet universiti, sekarang boleh melawat ke sana. So apa lagi, jom layan.


Berlatarbelakangkan castle tempat penggambaran siri Harry Porter.



Di depan Durham Indoor Market.



Di kedai-kedai sekitar Durham Market.



Di dalam shopping Bishop. Mengancam betul senyum dia.



Ni sengih tak tentu pasal.



Arif dengan his favorite's character.



Di hadapan kedai Reebok di Dalton Park.

Berhenti rehat di RnR ntah mana ntah. Lupa lak.


Mesin-mesin game nie ada kat RnR tu la.

Menjelajah Bumi Durham

Aku dan family bercadang untuk ke rumah kawan kami di Durham hari ini. Perjalanan lebih kurang 3 jam setengah merupakan perjalanan yang paling jauh setakat ini semenjak kami datang ke Scotland nie. Banyak lagi sebenarnya tempat di Scotland yang masih kami belum lawati seperti Edinburgh, Aberdeen, Dundee, Iverness dan lain-lain lagi.

Aku baru hari nie agak sihat sikit. Semalam selsema, tapi badan masih agak lesu. Tapi kalau dah mengadap laptop, memang sentiasa sihat. heheh... Kereta dah cek, aku tengok semuanya ok. Makanan dah siap. Tunggu nak bertolak jer. Tak tau la pukul berapa nak bertolak nie. Rasa ngantuk pulak. Nak tidur jap. Pastu baru gerak. ZZzzzz..

BBQ di Strachclyde Park

Hari Sabtu yang lepas, kami adakan bbq kat Strachclyde Park berdekatan dengan Scotland Theme Park. Saja-saja jer buat bbq untuk hilangkan rasa tension. Hilangkan rasa tension orang yang belajar serta hilangkan rasa tension orang yang jaga anak. Lebih kurang 12 keluarga hadir. Kalau nak di kira memang ramai komuniti melayu di Glasgow tapi kenapa ntah tak dijemput semua. Aku pun tak tau.

So ramailah yang datang dengan resepi ayam masing-masing. Macam-macam resepi. Ada yang versi percik, versi lada hitam, versi deli wing, versi kicap dan sebagainya. Hanya kami dan keluarga Ustaz Abduh yang bawa kambing. So kami bakar ayam dulu sebab ayam banyak. Diselang seli dengan sosej dan burger. Kambing simpan belakang. Khas untuk peminat kambing sahaja. Biar budak-budak dan mak budak makan ayam sebab ayah-ayah suka daging kambing rather than maknya.

Dah semuanya kenyang barulah dibakar kambing lamb chop tersebut. Maka mana-mana orang yang dah kenyang, tak payahlah nak duduk tepi tempat pembakar sebab tukang bakar nak makan pulak. Haha...strategi tu. So, puas la peminat kambing makan kambing. Lebih kurang pukul 2.30 petang kami pulang ke rumah masing-masing. Oh ya, Strachclyde Park tu dekat dengan tasik yg luas. So bila angin bertiup, faham-faham jer la. Sejuk ooo...

Pakistan Dan Solat Jumaat

Hari nie macam biasa aku akan buka laptop cari niche untuk listing di ebay. Biasanya aku akan list 20 item sehari. Kalau tak larat, aku list 10 item jer. Cari niche yang penat. Listing tak penat. So dapat la hari nie aku listkan 12 item je. Semuanya cap dan hat. Walaupun cap dan hat nie belum lagi pernah terjual. Aku berharap agar buyer suka image yang aku stick pada item-item tu.

Hari nie hari Jumaat, so macam biasa pukul 1.45pm aku bersiap untuk solat Jumaat. Aku turun untuk ke masjid dan sampai ke masjid 5 minit selepasnya. Aku duduk sebelah Suhaimi. Bersandar kat heater di bahagian belakang sekali. Macam-macam gaya orang Pakistan yang masuk untuk solat Jumaat. Ada yang pakai baju rock, baju hip hop pun ada, pakai cap pun ada, pakai baju gambar tengkorak pun ada. Lagi thrill yang pakai subang sebelah pun ada. Hebat sungguh dorang nie.

Arif tercari-cari kawan dia. Anak mat salleh Islam yang selalu dia bergurau masa orang sedang solat. Aiseyman Arif, hari nie kawan Arif tak datang la. Maybe dia solat kat masjid lain. Sedang aku tengok pintu sambil mendengar khutbah bahasa Urdu yang memang akau tak faham, tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki Pakistan yang segak berkot masuk. Aku rasa ramai kenal lelaki nie. Dialah orang yang bangun dan bercakap ke arah khatib yang sedang membaca khutbah dan bercakap dengan suara yang kuat dua minggu lalu. Apa benda yang dia cakap, aku pun tak tahu.

Persoalannya, dia takkan tak tau kalau bercakap ketika khatib berkhutbah, solat Jumaat dia menjadi sia-sia. Entah la, apa punya mazhab orang nie. Hari nie masa dia masuk, dia bercakap lagi tapi bukan dengan imam. Dia bercakap dengan orang yang dia kenal kot. Selesai je solat Jumaat aku terus keluar. Hujan turun renyai-renyai. Lepas salam-salam dengan member-member, aku terus pergi sekolah untuk ambil Ulfah. Balik rumah aku masak ayam goreng kunyit berkuah.

Bahan-bahannya : ginger, onion, garlic, chiken, turmeric powder, salt, flavour, water. First blend ginger, onion, and garlic then tumiskan inside the kuali. Add tumeric powder. After you smelling the delicious smell, add chiken. After chiken cooked, put some water and don't too much to avoid floating. Then put salt and flavour secukup rasa. Stir the chiken until mendidih. You can put chili if you want. If you cannot satisfied with the food, try add some vinegar, kechup, biscuit, jem, coconut milk, shrimp pace, tomato, corn, burger, sosage, lamb, lamp, sofa, tv unit, cupboard, and socks. Put the shoes as well. Then eat until die. (Kalau dah sampai tahap tension, gini lah jadinya).

Selamat Tinggal Celcom Broadband

Nampaknya kesetiaan aku pada Celcom Broadband sampai disini sahaja. Aku dah tak bley bla ngan servis Celcom Broadband nie. Memula aku fikir maybe depa nak update tok beberapa hari je tapi sekarang dah dekat 3 minggu problem. Bayangkan aku nak upload gambar pon dah tak boleh. Nak kata tak laju.. memang laju.. cuma tak boleh nak upload. Ermm nie antara sebab aku buat keputusan nie

1. Terkenal dengan kelembapannya + ade limit 5gb (untuk pakej RM68 sebulan la). Bukan selalu lembab pon.. tapi kalau datang time lembab tuh.. kekadang cecah 1 bulan. Yang bestnya.. kalau telefon cus. services.. depa nye alasan HARDWARE UPGRADE atau peak hours.

2. Upload limit. Setakat nie aku try.. aku hanya boleh upload fail yang kurang dari 10kb sahaja.. erkh.. kb.. bukan mb.. aku nak upload gambar tok web aku pon tak boleh… tak caya.. korang try baca pendapat orang lain http://forum.lowyat.net/topic/855773/+580

3. CELCOM BROADBAND menggunakan ip yang sama. Korang kena sharing ip dengan pengguna lain. Kalau korang gunakan streamyx or isp lain… ip korang akan berubah (tuh pon kalau pakej dynamic kalau kaya korang boleh ambik fix ip). Nampak macam takde effeck pada pengguna je sharing ip nie kan? tapi dengan sharing ip nie korang jugak boleh dituduh spammer atau membuat jahat di web/blog/forum orang lain. Aku sendiri dah terkena. Tapi aku tak salahkan member aku.. dia bukan pengguna CELCOM BROADBAND .Skit Info entry lepas http://www.blogsempoi.com/wp-spamfree-dan-akismet.html

4. Sejak 1 tahun menggunakan Celcom Broadband nie, aku tak pernah dapat download dari rapidshare.de atau sharing website yang lain. Nak download je depa kata ade orang tengah download menggunakan ip yang sama.

5. Try usha nie http://goycp.wordpress.com/2008/08/12/is-celcom-broadband-cheating/
Cukup arr tuh aku hantam Celcom Broadband. Terimas atas jasa selama 1 tahun nie. SELAMAT TINGGAL CELCOM BROADBAND

Source : blogsempoi

Teknik Mudah Penjimatan Minyak Kereta

Pemanduan Yang Peka (Drive Sensibly)
Elakkan pemanduan secara agresif (memecut, pecutan dan membrek secara melulu). Ia boleh menurunkan penggunaan minyak anda sebanyak 33% dengan kelajuan di lebuh raya dan 5% di sekitar bandar. Memandu dengan tenang. Memperlahan atau memecut akan menggunakan lebih banyak bahan api. Elakkan mengekori kenderaan lain. Bukan sahaja ia tidak selamat, tetapi jika menjejaskan penggunaan minyak anda, jika beliau memperlahankan kenderaan tanpa diduga. Apabila menghampiri kawasan berbukit, jika anda ingin memecut, lakukannya sebelum anda sampai bukit, bukan apabila anda sudah berada di bukit.

Awasi Had Laju (Observe the Speed Limit)
Penggunaan minyak biasanya akan meningkat dengan pantas apabila pecutan melebihi 100 km/j. Kebiasaan, anda boleh mengandaikan bahawa setiap 10 km/j selepas 100 km/j adalah seperti membayar tambahan 40 sen untuk seliter petrol. Pengawasan had laju adalah juga lebih selamat.

Hindari Berat Berlebihan (Remove excess weight)
Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu di kenderaan anda, terutamanya barang yang berat. Setiap 15 kg tambahan di kenderaan anda, ia boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

Elakkan Hidupkan Enjin Lama (Avoid Prolonged Warm up)
Elakkan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama walaupun ketika waktu pagi yang dingin. 2 hingga 3 minit adalah memadai untuk pemanasan enjin.

Beli Minyak Ketika Waktu Sejuk (Buy Fuel at Cooler Times)
Beli bahan api ketika waktu sejuk - awal pagi atau lewat petang adalah waktu yang terbaik. Pada waktu-waktu ini gasolin adalah lebih tumpat.Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi "klik".

Gunakan Gear Tinggi (Use Higher Gears)
Perjalanan dengan kadar yang laju dengan menggunakan gear rendah boleh meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya. Kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menukar ke gear tinggi secepat yang mungkin, membolehkan anda menjimatkan minyak.

Tutup Cermin Tingkap (Keep Windows Closed)
Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%Secara Umum (General Advice)Jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekanan yang lebih menyebabkan penggunaan minyak berlebihan. Untuk kenderaan transmisi automatik, pastikan gear diletakkan pada posisi "neutral" jika berhenti atau tidak bergerak. Penyelenggaraan kereta dan enjin juga penting. Pastikan penapis udara dibersihkan. Aliran udara yang tidak optimum menyebabkan penambahanpenggunaan minyak.

Periksa Tekanan Tayar (Maintain Tyre Pressure)
Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Source: infokereta

Cari Kerja Lain

Aku masih menunggu tawaran kerja dari hospital-hospital NHS. Mana tau ada rezeki dapat kerja di situ. Gaji boleh tahan. Hampir setanding dengan gaji cleaner kat Glasgow University. Aku dah hantar dua permohonan. Satu kat Yorkhill Hospital dan satu lagi kat Stobhill Hospital. Minta-mintalah sangkut satu atau dua-dua sekali. Kerja kat Fitness First nie dulu rilex sikit. Semenjak managament bertukar tangan, macam hampeh kerja kat situ. Dah la dia tukar shift kerja aku dari pukul 9 pm hingga 12 pm kepada 7 pm hingga 10 pm. Gaji masih di takuk lama. Nak pulak semuanya perfect dan well done.

Woit makcik Janet (manager baru), member-member fitness kebanyakannya keluar lewat. Selalu jugak terjadi mereka keluar lepas pukul 10 malam. So macam mana la ensure semua tempat bersih dan kemas. Takde akal punya orang. Ditambah lagi dengan receptionist dia yang pukul 10 tepat nak balik rumah. Tak boleh consider dengan member-member fitness dan juga cleaner. Besok supervisor tua lagi gila tu datang, dia akan komen macam-macam. Selalulah jugak supervisor mabuk tu suruh kami berhenti dan cari kerja tempat lain. Ek eleh, komplen no.1 dia tu.

Nak Lajukan FireFox

Kepada anda yang selalu melayari internet menggunakan browser Mozzila Firefox.... di bawah ni aku nk kongsi dengan korang semua cara nk lajukan sikit firefox korang tu.

Aku dah lama guna setting cara ni, cuma malam ni ntah macam mana aku teringat nk kongsi ngan korang plak. cubalah......

Mula2 buka ler Firefox korang tu......dah buka FireFox.....

Pergi dekat Addrees bar kemudian taip about:config dan "enter"

Lepas tu kita boleh nampak satu benda dasyat nama dia filter....hehehehe......

Pergi dekat filter tu taip network dan "enter"bila dah tekan "enter"

Pegi cari dua benda ni....

1)-"network.http.proxy.pipelining", false

2)-"network.http.pipelining.maxrequests", 4

Benda yang nombor satu tu pi tukar "false" jadi "true".yang nombor dua pula tukar nombor "4" jadi "8". Macam mana nak tukar setting dia??

Ha senang jer klik la kat ayat dia tu lepas tu leh tutup.

Tengok ada perubahan tak....kira lajuler sikit dari biasa tu.....

Kalau xpuas hati lagi dan nk power sikit lagi cuba setting yg ini pula....cara dia sama di atas...... cuma korang cari benda yg kt bawah ni dan ikut jer setting yg aku dah tulis tu.....

network.http.max-connections;48
network.http.max-connections-per-server;24
network.http.max-persistent-connections-per-proxy;16
network.http.max-persistent-connections-perserver;8
network.http.pipelining;true
network.http.pipelining.maxrequests;0
network.http.pipelining.ssl;true

Source : muraisenja


Kerja Over Time

Bulan Mei ni, aku dan Abg Saripudin kena kerja overtime. Hari Isnin hingga Rabu kerja di Fitness First Chacart Road bermula pukul 7 hingga 10 malam. Lepas tu kena pergi ke Fitness First di East Kilbride (20 minit dengan kereta) untuk kerja bermula 10.30 malam hingga 1.30 pagi. Macam kuli batak. Memang kuli pun...hahaha. Kerja di Chacart Road memang penat walaupun dekat dengan rumah. Kerja di East Kilbride lebih puas. Tak tension. Sampai minum-minum dulu, lepas tu baru mulakan kerja.

Kat Chacart Road, center tu tutup pukul 10. So kami kena pastikan tiada sampah dalam tong sampah yang telah siap dibuang segala sampah-sampahnya. Begitu juga lantai, jangan ada lagi kekotoran yang obvious yang boleh dicam oleh supervisor. All must be clean and tidy up. Memang penat. Selagi belum pukul 10 malam, selagi itulah dorang taknak keluar. Berbeza dengan East Kilbride. Hari tu aku datang pukul 9.30 malam, semua orang dah keluar dan pintu dah dikunci. Bagus, senang aku dan Abg Saripudin nak jalankan tugas.

Hari ni Hari Ahad, wife aku ajak pergi carboot di Blochain. Salah satu carboot yang terbesar di Glasgow nie. Layan jer la. Lagipun aku takde apa-apa aktiviti. Cuma nak buat research kat ebay sebelum listkan item minggu depan. Aku baru dapatkan ebook khairilz, banyak jugak tips untuk buat research ebay di internet. Itu jer aktiviti aku minggu nie.

There was an error in this gadget