Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Showing posts with label Demi Masa. Show all posts
Showing posts with label Demi Masa. Show all posts

Masa.. Lebih Berharga Dari Emas

Sebagai seorang yang berkerjaya dengan dunia ICT ini semestinya tidak sedar masa berlalu begitu pantas sekali.

Adakah anda sudah solat? Makan? Rehat? atau tunaikan tanggungjawab yang perlu dibuat.. Usahlah terlalu asyik dengan dunia Net atau komputer sehingga lupa nak buat tggjawab anda sebagai ibu, ayah, suami, isteri, anak atau sebagainya.

Buat bisnes buat dengan betul, dan jadi manusia pun kene hidup dengan betul.. x perlu senget sebelah dan berat sebelah. Nanti boleh huru-hara hidup jika kita terlalu asyik dengan satu-satu benda sahaja.

Menyentuh soal masa, adakah anda merasakan masa itu emas? atau emas itu masa ? kadangkala saya tak faham mengapa orang kata masa itu emas.. Jika mahu menyatakan masa itu mahal, adakah ia elemen yg boleh dibeli? Saya mahu bayar 1 billion ringgit utk mengembalikan sesaat yang lalu... Adakah ia boleh dibayar?


Space we can recover, but time never - Napoleon BonaparteJargon daripada Emperor of France.

Napoleon Bonaparte ini mengajar kita betapa pentingnya masa dalam kehidupan. Beliau mmg mengatakan ruang/peluang kita boleh dapat/ganti semula tetapi masa atau waktu tidak sedemikian.

Sesaat yang berlalu tidak akan kembali lagi, jika anda silap buat keputusan sesaat lalu ia akan terus jadi sejarah. Yang selebihnya adalah masa sekarang dan masa depan. Oleh itu sentiasa berhati-hatilah dengan setiap saat yang anda bazirkan, nanti ia akan disesali tidak berkesudahan.

Pastikan masa digunakan sebaiknya spt mafhum hadis Nabi, kerjarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati...

Source : RahsiaEbiz

Masa Itu Emas….. Jangan Buang Masa

Tiba masanya untuk saya membincangkan mengenai topik pengurusan masa. Sebenarnya jika anda seperti saya, menjalankan perniagaan internet secara sambilan, anda haruslah mempunyai pengurusan masa yang benar-benar efektif dan efisien. Untuk memastikan perjalanan perniagaan kita sentiasa teratur dan sistematik, kita harus mempunyai pengurusan masa yang baik.

Seperti saya sendiri, saya mempunyai masa yang amat terhad untuk melakukan beberapa perkara yang penting dalam sehari. Saya cuma mempunyai masa lapang pada malam hari sahaja jadi apa yang perlu saya lakukan ialah memastikan masa saya tidak terbuang dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jika anda hanya menjalankan satu perniagaan di internet, anda tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa anda. Sekiranya anda menjalankan lebih dari satu jenis perniagaan secara online secara sambilan, anda pasti menghadapi krisis pengurusan masa ini. Bagaimana untuk menyelesaikannya? Saya ada tips untuk anda semua.

1. Buat jadual harian anda. Senaraikan apa yang perlu dibuat dan susunkan mengikut kepentingan.

2. Sekiranya perniagaan anda masih menggunakan proses manual, automasikannya.

3. Sediakan email-email yang biasa ditulis kepada pelanggan anda di dalam word pad. Anda hanya perlu ‘cut & paste’ sahaja apabila mahu menghantar email kepada pelanggan anda.

4. Gunakan perisian –perisian tertentu yang boleh memudahkan kerja anda seperti auto responder.

5. Buat catatan. Amalkan langkah ini untuk memastikan anda tidak terlupa perkara-perkara penting tentang perniagaan anda.

6. Bahagikan masa anda untuk melakukan promosi, menyertai forum, melihat statistik laman web anda, mengemas kini laman web anda, menjawab email, melancarkan produk baru atau sebagainya.

7. Pastikan semua email anda disusun mengikut folder. Ini dapat menjimatkan masa anda.

8. Sekiranya anda sedang menghasilkan produk anda , jangan lupa, draflah dahulu di atas kertas.

Anda boleh menghasilkan produk anda tepat pada masanya sekiranya anda mengatur kerja anda terlebih dahulu. Yang penting sekali, pastikan segala hasil kerja anda di “back up”. Kenapa? Jawab sendirilah…

Demikianlah serba sedikit mengenai cara-cara untuk menguruskan masa. Di harap dengan maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Source : LamanPutera

Masa Dalam Perniagaan

Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yang amat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianya dikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masa sehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan waktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang. Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya.

Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada harisebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari. Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari. Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangani hari yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.

Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan.

Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalah menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seterusnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. Tandakan A pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yangkurang penting, tetapi, masih perlu dilakukan. C pada perkara yang kurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung. Seringkali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan ini, anda akan dapat lihat dimanakah keutamaan anda perlu tumpukan terlebih dahulu. Aktiviti yang ditandakan D boleh di pangkah daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting.

Mungkin sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya seperti menonton TV atau bermain computer games. Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B. Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda mengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya ada masa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukan perkara D! Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yang anda merancang untuk gagal dalam menguruskan masa!

Kunci #3. Prinsip 80-20

Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil! Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda? Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut.

Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya. Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut.

Namun, kerja tersebut sudah 80% siap! Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain. Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja.

Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula. Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankan perniagaan ada!-