Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Showing posts with label Kerja Kosong. Show all posts
Showing posts with label Kerja Kosong. Show all posts

Empat Jenis Pekerja

Hari ini aku nak memperkenalkan empat jenis pekerja dalam organisasi. Aku tak baca mana-mana buku dan ini semua adalah dari pemerhatian aku sepanjang 6 tahun pengalaman bekerja (awam dan swasta).

Salah silap harap dapat dibuat teguran dan dimaafkan.

Masa Kerja Melepak Kemudian Buat Overtime

Ini adalah golongan pekerja yang rancak merewang. Asyik berjalan saja ke hulu ke hilir. Satu kerja pun tak jadi. Biasanya golongan ini sangat pandai bercakap dan membodek bos. Bila semua orang sudah balik, barulah terkial-kial buat kerja sebab sudah tiada orang hendak diajak bersembang. Biasanya kerja tidak akan siap sebab sudah tiada rakan sekerja hendak dirujuk.

Masa Kerja Melepak Kemudian Balik Awal

Ini adalah golongan yang nama penuhnya makan gaji buta. Tidak diketahui apa yang dilakukan sepanjang hari. Ini adalah golongan misterius.

Masa Kerja, Kerja Betul-betul Kemudian Balik Awal

Golongan ini adalah golongan yang tidak suka overtime dan tidak percaya kepada overtime. Semua kerja akan disiapkan dengan segera. Golongan ini percaya bahawa kerja adalah semata-mata untuk khidmat kepada organisasi dan pendapatan keluarga.
Golongan ini lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada overtime.

Masa Kerja, Kerja Betul-betul Kemudian Overtime
Golongan ini adalah golongan yang gila kerja.

Source : lelabu.com

Enjin Carian Kerja

Dapatkan kerja bagi mereka yang belum bekerja atau baru keluar dari universiti. Kerja apa-apa pun tak kisah. Janji kerja. Cari pengalaman bekerja dulu. Jangan gopoh terus nak terjah kerusi empuk dan gaji yang tinggi melangit. Nanti cepat lupa diri.

Mula dari bawah so korang akan dapat rasakan betapa peritnya menjadi kuli sebelum menjadi boss. Takpun mulakanlah berbisnes. Apa saja bisnes asalkan halal dan menepati syarak. Jangan main redah jer. Halal haram semua disapu.

Nak kerja tak?...

Korang cari sendirilah....

Kat mana?

Kat bawah nie...........

www.jawatankosong.biz

kerjakerja.blogspot.com

www.ejobsvacancy.com

www.jawatan.info

Korang beruntung sebab duduk kat Malaysia. Aku kat Glasgow nie hanya cleaner jer walaupun ada degree. Ini yang tak sabar nak buat ebay nie...hehehe

Selamat Bekerja.....

Kerja Kosong

Iklan
Ni ada satu kerja kosong pada sesiapa yang berminat dan kena dengan bidang yang diceburi. Kerja sebagai Pembantu Sumber Manusia atau dalam bahasa BInya Human Resource Assistant.
Details
Full time job.
Malaysian German company
In Melaka
Date Expires : 2008/11/12
Yang lain, korang bacalah kat sini. Cepat-cepat. Don't miss the train!!