Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Jangan Jadi Hamba Hiburan

Terlebih dahulu, ingin saya katakan yang saya bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang saya mampu, saya akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.

Saya ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, yang saya ambil dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Bullshit.

Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama rancangan realiti kan.

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu norma biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.

Anda tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan. Mungkin juga. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang kecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

Ya Allah, semoga teguran ini membawa manfaat kepada diri aku sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang aku sayangi, dan orang-orang di sekelilingku.

Source : sembangkomputer

Seksi Bukan Telanjang

Pelakon Azizah Mahzan, 45, dikaitkan dengan kontroversi apabila berpakaian seksi dalam drama lakonannya Spa Q musim kedua yang sekarang ini disiarkan di TV3. Dalam drama bersiri itu, Azizah memegang peranan seorang wanita korporat.

Ada yang berkata imej yang dibawa Azizah tidak bersesuaian dengan usianya menyebabkan banyak pihak mempertikaikan penampilan tersebut. Imej itu turut mengingatkan kita mengenai pelakon Norlia Ghani yang kontroversi kerana memakai blaus pendek dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun 2002.

Bagi Azizah, imej yang ditampil itu hanya dalam lakonan saja tetapi tidak ketika berada di luar set penggambaran. Dalam masa yang sama dia turut berpendapat seksi bukan hanya atas pakaian tetapi bentuk badan seseorang itu. Memakai baju kurung juga boleh kelihatan seksi.

“Yang penting saya bukannya telanjang,” kata ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 25 tahun ini. Selain itu, Pancaindera turut bertanya beberapa perkara termasuklah dia dikatakan bercinta dengan pelakon Zaefrul Nordin apabila gambar-gambar mereka “terlepas” di Internet.

Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Azizah yang gemar membahasakan dirinya “Akak” menjawab kisah sensasinya itu.

INILAH AKIBATNYA KALAU KEPALA HOTAK TU DAH TEPU DENGAN HIBURAN. CAKAP MACAM TAKDE AGAMA.

Baca wawancara bodoh tu di utusan


Artis yang mengada-ada dan melampau adalah makhluk perosak

Kak Pah ada tengok rancangan TV3, Melodi Ahad kelmarin dimana Raja Azura sedang ditemu-bual oleh salah seorang wartawan Melodi.

Alangkah angkuhnya si artis tersebut dgn cara dia menjawab soalan2 yg diajukan kepadanya. Kalau sesiapa yg tak tahan dgn keceluparan si pengacara yg berlagak melampau-lampau sudah tentu penampar akan hinggap kemukanya.

Mulutnya yg luas terbuka luas bila bercakap sudah membuat kita sebagai penonton naik menyampah dan meluat akan tingkah laku dan lagaknya.

Sungguh kurang sopan sekali cara dan tingkah lakunya didepan kamera semasa ia di temu-bual. Lain perkataan - itu KURANG AJAR dan ANGKUH namanya.

Kedegilan dan tidak mahu berganjak atas prinsip-prinsip nya yang menunjukkan 'kepala batu' nya yang boleh dikatakan jenis makhluk yang 'rebus tak empuk' ni amat mengecewakan sekali.

Sepatutnya pihak TV harus ketepikan saja artis 'kurang ajar' ini dari mengacara mana-mana rancangan TV mana-mana stesen sekalipun.

Memang banyak dan ramai artis-artis kita yang semakin angkuh dan tidak sopan. Seorang lagi partner dia dalam rancangan "Gedik Santai' yang bernama Sharifah Shahira pun sama naik berlumba-lumba nak dikalungkan sebagai 'artis kurang ajar'.

Heran betul kenapa dan mengapa pihak stesen TV memberi penampilan manusia Melayu yang bersifat 'kurang ajar' kepada khalayak penonton. Adakah disengajakan?

Atau apakah pihak TV sendiri yang gemar memaparkan artis-artis 'kurang ajar'?

Ini Kak Pah ada terbaca komen dari beberapa keratan dari beberapa pengomen dan juga laporan yg di buat oleh Kakak Tua melalui Kolumnya pada suatu ketika dulu:

Baca seterusnya di tranungkite