Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Showing posts with label Adsense. Show all posts
Showing posts with label Adsense. Show all posts

Tips untuk Iklan Adsense muncul dalam blog Bahasa Melayu

Bagi yang baru belajar adsense dan ingin iklan adsense boleh muncul di blog berbahasa melayu, mungkin artikel kali ini sesuai untuk anda. Kebanyakan publisher pasti menghadapi masalah adsense tidak muncul di blog berbahasa Melayu. Iklan yang biasanya muncul ialah iklan layanan masyarakat / public service ads.

Mungkin ada beberapa trik saja yang boleh dikongsikan disini, tetapi itupun tidak diberi jaminan 100 peratus kalau-kalau iklan google adsense akan muncul terus di website / blog yang berbahasa malaysia (melayu) ataupun bahasa yang tidak disupport google adsense.

Seperti di ketahui, setelah anda melakukan setup di account adsense anda, anda akan mendapatkan script (javascript) yang boleh anda insert ke dalam laman web / blog anda. Dan memang untuk pertama kalinya akan muncul iklan layanan masyarakat seperti iklan sosial untuk badai katrina atau whateverlah…

Setelah tampilan kedua atau ketiga atau keempat kalinya, iklan adsense akan mencari iklan berdasarkan nama domain (baca : alamat website), nama file , meta keywords dan description, dan anda tentu gembira sekali jika ada iklan yang muncul (padahal website / blog anda berbahasa melayu) … tetapi setelah 2 hari berikutnya, iklan layanan masyarakat muncul kembali… anda tahu kenapa ?

Ini kerana spider khusus milik Google Adsense (Mediapartners Google) sudah mencari iklan berdasarkan content website (blog) anda, jika tidak dijumpai kata-kata / ayat yang sesuai dengan iklan yang tersedia di stok data advertiser mereka, maka adsense ads tidak akan muncul.

Baca seterusnya di rahsiakomputer

Adsense dalam Blogger.com

Sungguh mudah untuk meletakkan iklan Adsense anda ke dalam blog blogger.com anda. * Untuk makluman semua, anda boleh menggunakan akaun Google anda (Gmail, Adsense, etc) untuk mendaftar ke dalam Blogger.com, anda tidak perlu mendaftar akaun baru. Walau bagaimana pun ini adalah pilihan anda.

1) Mula-mula, sila daftar masuk ke dalam akaun Blogger.com anda. Kemudian sila klik pautan Layout:



2) Sekarang anda sepatutnya berada di ruang Template - Page Elements. Sila klik pautan Add a Page Element:



Baca seterusnya di adsenseboleh

Apa itu Google Adsense?

Kata orang, sebelum nak pandai membaca, kenalah belajar mengeja dan ABC dahulu, barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum nak dapat duit dari google, kenalah tahu dulu apa itu google adsense!.

Google Adsense sebenarnya adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang dijalankan oleh google. Menerusi program ini, google akan membayar semua pemilik-pemilik laman web yang sudi memaparkan iklan-iklan anjuran google di website mereka. Pengiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, kalau ada orang klik iklan tu, baru dia bayar. Kalau orang tak klik.. google tak bayar la.

Wah! Bankrup lah Google macam nie? Berapa juta orang yang join program ni! Mampu ker Google nak bayar orang-orang tu semua?

Ops! Jangan risau…. Sebenarnya, duit yang digunakan untuk membayar pemilik-pemilik website itu bukanlah duit dari google. Tetapi duit tersebut sebenarnya diperolehi dari pihak-pihak yang ingin mengiklankan website mereka di google.Pada mulanya, google meletakkan iklan-iklan orang yang membayar ini di website google sahaja.

Jika anda perasan, setiap kali apabila anda membuat carian di website google, anda akan dapati, terdapat beberapa keputusan yang dipaparkan di dalam kotak di sebelah kanan yang bertajuk “Sponsored Link” seperti di bawah.

Nak tau cerita selanjutnya, klik sini