Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Apa itu Google Adsense?

Kata orang, sebelum nak pandai membaca, kenalah belajar mengeja dan ABC dahulu, barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum nak dapat duit dari google, kenalah tahu dulu apa itu google adsense!.

Google Adsense sebenarnya adalah merupakan sebuah program pengiklanan yang dijalankan oleh google. Menerusi program ini, google akan membayar semua pemilik-pemilik laman web yang sudi memaparkan iklan-iklan anjuran google di website mereka. Pengiraan bayaran pula adalah berdasarkan kaedah “Pay-per-click”. Maksudnya, kalau ada orang klik iklan tu, baru dia bayar. Kalau orang tak klik.. google tak bayar la.

Wah! Bankrup lah Google macam nie? Berapa juta orang yang join program ni! Mampu ker Google nak bayar orang-orang tu semua?

Ops! Jangan risau…. Sebenarnya, duit yang digunakan untuk membayar pemilik-pemilik website itu bukanlah duit dari google. Tetapi duit tersebut sebenarnya diperolehi dari pihak-pihak yang ingin mengiklankan website mereka di google.Pada mulanya, google meletakkan iklan-iklan orang yang membayar ini di website google sahaja.

Jika anda perasan, setiap kali apabila anda membuat carian di website google, anda akan dapati, terdapat beberapa keputusan yang dipaparkan di dalam kotak di sebelah kanan yang bertajuk “Sponsored Link” seperti di bawah.

Nak tau cerita selanjutnya, klik sini

No comments:

Post a Comment