Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Akhirnya dapat rumah sewa sendiri

Akhirnya setelah berhempas pulas ditambah dengan perut yang memulas, kami dapat juga berpindah ke rumah sewa kami sendiri yang terletak di 65 Daisy Street berdekatan dengan simpang ke Dixon Avenue. Rumah flat tiga tiga tingkat tu mempunyai 3 bilik...eh...kan dah cakap hari tu. Yang paling aku benci ialah tingkap hadapan betul2 mengadap church kat seberang jalan tu. So nampaklah salib kat bumbung church. Aku cakap dengan wife aku serta anak2 supaya jangan pandang salib tu sebab akan menggelapkan hati. Church tu beroperasi Sunday jer. Hari lain tutup. Yang datang cuma warga yang menanti saat untuk masuk kubur jer.

So kami pun mulalah aktiviti mengemas. Perabut belum ada lagi. Central heating selalu rosak. Mesin basuh totally rosak. Katil murah tapi baru. Karpet kat bilik semuanya baru (kata tuan tanah la, entah ya entah tidak). Tapi nampak baru la jugak karpet dia dalam bilik tu. Lorong tengah memang tragis. Aku rasa dorang masuk dengan kasut sekali la. Memang nampak tak berseri karpet tengah tu. Karpet ruang tamu juga tak kurang tragisnya. Langsir ruang tamu takde. Kat bilik ada langsir yang slide tu jer. Itu pun ada yang dah tercabut. Arif dan Ulfah aku tengok suka sangat. Berlari ke sana ke mari. Maklumlah rumah besar. Yang sakit bila time nak bayar setiap bulan.

Jiran bawah rumah mat saleh. Namanya Kilday. Tu nama yang aku tengok kat pintu rumah dia la. Kilday tu macam Kill Day jer....heheheh...Bunuh Hari...Nama orang Bunuh Hari pun ada gak. Macam2. Tapi bila berbual dengan tuan empunya rumah, nama dia John. So anak2 aku panggil dia Uncle John. Dia ada seorang wife yang disabled. Ada seorang anak lelaki yang tinggi melangit. Ada dua ekor hanjing yang kecik. Tu jer la kot. Dia cakap dia ada anak pompuan tapi dah tak duduk dengan dia. Dok tempat lain.

Jiran sebelah rumah Uncle John pulak seorang yang berbadan besar gemuk. Nama dia...entah...aku pun tak tau sebab takde nama depan pintu rumah dia. Sepanjang aku kenal dia, aku tengok takde sorang pun dalam rumah dia yang disabled, tapi dia parking kereta tempat orang2 disabled. Betul2 depan rumah dia. Bagus betul. Wife dengan anak2 dia semuanya sihat wal afiat. Takde cacat cela. Lelaki ni lah yang marah aku sidai pakaian kat ampaian belakang rumah kami. Dia suruh angkat pakaian aku dan sidai tempat lain. Mana aku tau ko punya tempat sidai. Tak tulis nama pun.

Nasib baiklah Uncle John bukak tingkap dan suruh aku sidai kat ampaian dia. Aku bukannya nak sidai sepanjang tahun. Kebetulan duduk rumah Sa'ardin hari tu mana boleh basuh baju. So selama 4 hari stay rumah dia, kami kumpulkan kain baju sebanyak 4 beg plastik. Tu yang jadi banyak tu. Sekarang ni tak heran dah ampaian ko tu. Aku sidai kat heater dalam rumah jer. Itulah serba sedikit pengalaman berjiran dengan mat saleh. Lain kami aku cerita lagi. Banyak lagi cerita nie....so sekarang ni kitaaa........
Tido.........
Bersambung.........

No comments:

Post a Comment