Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Virus Komputer

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector".

Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras "hard disk".

Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut.

Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut.

Baca seterusnya di adanpd

No comments:

Post a Comment