Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Pengaruh filem Hindi terhadap anak-anak

Baru-baru ini seorang rakan mengeluh apabila memberitahu anak bongsunya berumur setahun setengah sudah terlalu taksub dengan filem-filem Hindi. Asal sahaja menangis bila dipasangkan filem Hindi terus senyap kerana menghayati filem tersebut lebih-lebih lagi pada adengan lagu-lagunya.

Seorang lagi kawan menceritakan bagaimana sepanjang sambutan Aidilfitri lalu, anak-anaknya terlalu asyik menonton filem-filem Hindi di rumah makciknya sehingga kurang berziarah. Malah lebih menghairankan seorang rakan mendakwa anaknya kini hanya boleh tidur jika didendangkan dengan muzik-muzik Hindi. Malah terdapat sebahagian ibu yang membiarkan anak kecilnya menonton filem Hindi sementara memasak di dapur.

Ini barangkali bukan lagi fenomena asing bagi kita kerana di mana-mana sahaja sekarang di negara ini, demam filem-filem Bollywood begitu kuat. Dalam kunjungan penulis baru-baru ini ke negeri-negeri Kelantan dan Terengganu, nampaknya tidak terkecuali dengan pengaruh filem-filem Bollywood. Apatah lagi di negeri-negeri pantai Barat seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan yang boleh diibaratkan kini Mumbai kedua.

Fenomena ini sebenarnya adalah suatu fenomena yang membahayakan masyarakat kita untuk jangka panjang. Khususnya kepada anak-anak yang masih kecil yang sebenarnya begitu mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Banyak kesan-kesan negatif yang boleh merosakkan aqidah dan budaya masyarakat kita jika kita tidak bertegas membendung gejala negatif di dalamnya.

Tidak ramai ibu bapa menyedari bahawa merekalah sebenarnya yang menjadi punca dan hanya mereka sahaja yang boleh merubah keadaan. Ibu bapalah yang pertama sekali membawa filem-filem Hindi tersebut ke dalam rumah. Mungkin melalui pembelian pita-pita video, VCD atau DVD ataupun menonton siaran TV seperti Panggung Sabtu TV3, Stars of India NTV7 dan sebagainya.

Baca seterusnya di Abu Asyraf

No comments:

Post a Comment