Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Jadikan proses Defrag lebih pantas di Windows XP anda

Satu cara biasa untuk mempercepatkan proses defragmentation adalah dengan menghidupkan semula Windows XP anda sebelum melancarkan proses defrag. Ini membenarkan sistem operasi untuk membersihkan segala fail sementara SWAP atau "paging file" yang digunakan untuk sistem (dan tidak diperlukan dalam defragementation, dan selalunya saiz file paging adalah besar) beroperasi dengan lancar.

Terdapat satu lagi cara mudah untuk mempercepatkan proses defrag di sistem Windows XP anda, iaitu dengan melakukan beberapa ubahan mudah di system registry.

AMARAN: Mengubahsuai registry entry membawa risiko pada kestabilan sistem operasi anda, adalah dinasihatkan agar anda melakukan Backup terlebih dahulu ke atas registry anda sebelum meneruskan panduan ini.

1. Lancarkan Registry Editor (regedit.exe)

2. Pergi keHKEY_LOCAL_MACHINE\software\Microsoft\Windows
\CurrentVersion\RunOnce

3.Klik kanan pada subkey RunOnce dan pilih New > String Value.

4. Namakan value sebagai Defrag dan tekan kekunci Enter sebanyak dua kali.

5. Taipkan Defrag.exe c: /f di ruangan Value Data dan klik OK6. Tutup Registry Editor dan restart Windows.

Source : Inspirelab

No comments:

Post a Comment