Kanak-kanak dan remaja adalah antara golongan usia yang kerap menggunakan internet. Kebiasaannya golongan ini menggunakan internet untuk tujuan bersembang atau chat, menggunakan blog, bermain permainan PC secara online, memindah terima muzik, permainan, wallpaper serta lain-lain aksesori dan menggunakan e-mail. Selain itu, mereka juga gemar melawat ke laman web kegemaran mereka untuk mengikuti perkembangan artis atau ahli sukan pujaan.
Internet amat luas dan merupakan suatu gedung maya yang banyak memberi manfaat untuk golongan ini – maka internet adalah suatu medium pendedahan yang sepatutnya digunakan oleh golongan ini dalam mencari ilmu. Akan tetapi, internet juga boleh menjadi medium kepada pelbagai perkara dan aktiviti yang kurang sihat seperti aktiviti perjudian, pornografi dan sebagainya.
Golongan kanak-kanak dan remaja juga cenderung untuk terdedah pada aktiviti yang kurang sihat sebegini. Ini kerana sifat semula jadi golongan ini yang ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru. Bertambah malang lagi apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menarik golongan remaja ke arah aktiviti tidak sihat di internet melalui laman web yang dikunjungi golongan ini seperti laman web muzik, sukan, hiburan malah laman web ilmiah sendiri.
Antara modus operandi yang paling popular yang digunakan ialah iklan banner beranimasi yang boleh mengaburi mata anak-anak remaja.
"Jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?"
Baca seterusnya di inspirelab

No comments:
Post a Comment