Kami dibawa oleh Ustaz Abduh ke rumah salah seorang rakan komuniti di Govanhill. Hujan masih turun tetapi tidak lebat. Bila keluar kereta, punyalah sejuk. Angin pulak kuat. Kami ambil keputusan tinggalkan beg besar serta beg-beg yang lain di dalam kereta Ustaz Abduh. Kami cuma bawa satu beg je dan terus naik ke rumah Sa'ardin di tingkat empat. Sa'ardin dan wife Nani mengalu-alukan kedatangan kami dan menjemput kami masuk ke rumah mereka. Rumah mereka taklah besar sangat. Cukuplah sekadar untuk mereka berdua dengan tiga orang anak mereka. Dua bilik dan bayaran sewa 400 pound sebulan.
Layanan yang diberikan kepada kami cukup baik. Selama empat hari kami menumpang di rumah mereka. Aku dan wife dah naik segan duduk rumah orang lama-lama. Akhirnya En. Rifqi iaitu Penghulu Komuniti masyarakat Malaysia di Glasgow nie offer kami untuk tengok sebuah rumah yang sama street dengan rumah dia. Landlord rumah tu orang Pakistan. Rumah memang besar. Sewa dia pun besar. Sewa yang ditawarkan kepada kami ialah 550 pound sebulan bersamaan lebih kurang RM3400. Kami terus setuju sebab dah takde rumah lain yang dioffer masa tu. Lagipun kami dah lama kat rumah orang. Sebab itu kami nak masuk rumah sewa sendiri.
Alamat rumah kami 65 Daisy Street, Glasgow G42 8HG, Scotland, UK. Kepada sesiapa yang nak hantar buah tangan atau apa-apa hadiah, silakan. Heheheheh. Landlord memang cengeh sikit. Bukan sikit la, banyak. Mintak kurang sewa, dia cakap tak boleh. Dah la nak tengok rumah dia kena tunggu 3 jam. Aku dan wife serta Sa'ardin dan Rifqi duduk dalam kereta depan rumah dia dan tunggu dia datang untuk buka pintu rumah. Macam kayu duduk dalam kereta tu. Dah la lama, mengantuk pulak tu. At last kami pun balik semula ke rumah Sa'ardin. Sampai rumah dia dan lepak semula, tak sampai 10 minit lepas tu landlord call cakap dia on d way dah nak sampai. Aduh...hangin satu badan...
Dia sampai dengan mak dia naik merc. Ingatkan boleh mintak lagi kurang sewa rumah, rupanya hampeh. Dia tak bagi. Kami pun ok je lah. Maka malam tu berkemas dan keesokan harinya kami masuk ke rumah sewa kami sendiri. Rumah sewa tu ada 3 bilik yang agak besar. Living room yang besar dan dapur yang tak berapa besar. Nak letak meja makan tak bleh. So apa boleh buat, terimalah apa yang ada.

Bersambung..........
No comments:
Post a Comment