Perniagaan kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia terutamanya.Daripada bekerja makan gaji ada yang terus bertekad menjadi ahli perniagaan sepenuh masa. Tidak kira ianya sebagai usahawan internet, ahli perniagaan produk fizikal atau kombinasi kedua-duanya sekali iaitu melakukan penjualan produk fizikal secara online.
Kini, di tahun 2009, puluhan ribuan produk bakal dikeluarkan. Di ketika dan waktu inilah kekuatan pemasaran dapat diuji . Dalam perniagaan tidak kira secara offline ataupun online, apa yang paling adalah pemasaran produk. Apa yang dijangka boleh dijual, tanpa sebarang fakta yang kukuh, jangkaan sering meleset. Apa yang diperlukan adalah satu sebab mengapa sesuatu produk perlu dikeluarkan.Jawapannya, produk tersebut memang dicari pengguna!
Pemasaran produk merangkumi satu proses untuk mengenalpasti kehendak dan keperluan pengguna dan mencari jalan untuk memenuhi kehendak tersebut dan hasilnya pasti menguntungkan firma perniagaan. Begitulah proses ini berjalan. Tanpa perlunya satu paksaan produk mudah diperdagangkan kerana ianya adalah “most wanted product”.
Jangan, jangan dan jangan sesekali mula menghasilkan produk tanpa melakukan kaji selidik jika tidak mahu menanggung kerugian besar melibatkan kos wang ringgit, tenaga dan masa. Tidak berbaloi menghabiskan masa selama 3 bulan dan hanya mempunyai 3 orang pembeli sahaja.
Kegagalan utama perniagaan akan terjadi disebabkan oleh:
*penjualan produk yang tidak diperlukan pengguna
*harga yang keterlaluan dan melampau
*sasaran pengguna tidak tepat
*terlalu kompleks dan membebankan
*produk yang tidak jelas
Langkah penyelesaian :
*lakukan soal selidik sebelum mengeluarkan produk
*pastikan harga yang berpatutan dan lihat kepada nilai persaingan
*saluran dalam promosi kepada pengguna yang betul
*mudah, cepat dan lengkap
*lebih panjang penerangan lebih bagus
Penyelesaian yang dibuat seperti diatas penting kerana strategi pemasaran yang baik akan mampu memberikan keuntungan yang maksimum kepada pengeluar produk dan kepuasan kepada pembeli. Ianya bermakna tiada pihak yang mengalami kerugian.
Kunci Kejayaan Perniagaan:“Jual apa yang orang mahu, bukan apa yang kita mahu”.

No comments:
Post a Comment