Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Showing posts with label Iktibar. Show all posts
Showing posts with label Iktibar. Show all posts

Kisah Motivasi Daripada Sylvester Stallone

Kisah Sylvester Stallone ini dipetik daripada buku “Master Your Mind, Design Your Destiny, tulisan Adam Khoo”.

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.

Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.

Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.

Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.

Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.

Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”

Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.

Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.

Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.

Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan. Antara filem Stallone yang menyusul selepas itu adalah First Blood, Rambo dan Rocky II.Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.

Macamana?Saya harap anda bersemangat dan bermotivasi lepas baca kisah ini.

Source : aspirasicyber

Cara Terbaru Untuk Mencuri Kereta

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ....

Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya.

Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat di tengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.

Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.

Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa?

Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta.

Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita.

Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Source : isuhangat

Status Bumiputera Dicabar

Manoharan tuntut bukan melayu diberi status bumiputera
08/07/2009 1:32pm

SHAH ALAM 8 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan menuntut kerajaan supaya memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini.
Tuntutan itu dibuat kerana beliau mendakwa kaum bukan Melayu seolah-olah diasingkan sebagai warga negara termasuk hak-hak mereka dalam perkara tertentu.

Malah, tuntutan itu katanya akan merealisasikan konsep '1Malaysia' yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya minta Perdana Menteri memberikan status bumiputera kepada kaum bukan Melayu yang lahir selepas 31 Ogos 1957.

"Dengan memberikan status yang sama seperti orang Melayu, ia dilihat dapat mewujudkan kesamarataan hak dan keadilan di kalangan rakyat di negara ini," katanya ketika selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. - Bernama


Senang-senang jer ko nak hak bumiputera diberikan sama rata kepada bukan Melayu. Ini tanah Melayu. So Melayu ada hak untuk mempertahankan tanahair sendiri. Kalau bagi semua hak kesamarataan pada bukan Melayu, apa yang tinggal untuk orang Melayu. Tanah rezab orang Melayu pun nanti habis dapat pada orang bukan Melayu. Aku tak setuju perkara ini. Diharap jangan layan permintaan adun nie. Selepas PM merasmikan Konsep 1Malaysia, maka kedengaranlah suara-suara sumbang yang mahu semua orang mendapat keistimewaan sebagaimana orang Melayu dapat tak kira dari parti mana orang itu bersuara.

Orang Melayu pun satu, hak keistimewaan dihakis sikit demi sikit pun masih lagi di takuk lama. Remaja Melayu hilang arah tuju. Persaingan remaja Melayu cukup lemah di kalangan bukan Melayu. Disumbatnya jiwa dan minda dengan hiburan terlampau, dadah, seks, dan sebagainya. Oleh itu matilah hati-hati mereka untuk melihat keadaan masyarakat Melayu sendiri yang terumbang-ambing dalam kehidupan seharian.
Tolonglah para umara'.Jangan biarkan perkara ini terjadi.

Jangan Jadi Hamba Hiburan

Terlebih dahulu, ingin saya katakan yang saya bukanlah orang bijak pandai untuk membincangkan isu yang berat-berat. Namun setakat mana yang saya mampu, saya akan sampaikan. Kerana setiap dari kita Muslim, dakwah adalah amanah.

Saya ajak para pembaca untuk renungkan penyataan di bawah ini, yang saya ambil dari entri di Cursing Malay yang berkisar tentang pembangunan Islam di negara kita. Sejauh manakah kebenarannya?

Selagi lifestyle majoriti orang Melayu kat Malaysia ni berorientasikan hiburan, kebaratan, kita takkan cukup kuat untuk melawan gerakan diorang ni kerana mereka percaya dan amalkan ajaran diorang. Kita percaya ajaran Islam tapi kita amalkan kehidupan diorang.

Ingat lagi tak, tidak lama dahulu, dunia digemparkan dengan kekejaman berdarah Israel terhadap Palestin. 800 jiwa saudara kita gugur dalam masa dua minggu sahaja. Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan secara terang-terangan. Di mana kita pada waktu itu?

Kita ada di sini, di negara Malaysia yang aman sentosa. Sibuk nak tahu tentang kisah Norman Hakim yang bermain kayu tiga. Sibuk teruja dengan perkahwinan Mawi yang mega. Sibuk mengundi untuk Raja Lawak dan Akademi Fantasia.

Bullshit.

Kenapalah kita perlu duduk terlopong di depan TV, menyaksikan kehidupan seharian sekumpulan remaja yang kerjanya terkinja-kinja. Kenapa tak disiarkan sekali adengan mereka berak, ataupun tidur berdengkur, sambil mengorek hidung. Dah nama rancangan realiti kan.

Kenapalah kita nak tahu sangat bila Artis A berkasih dengan Artis B, bila Janda D keluar dengan Tengku E. Bukanlah kita ada pertalian darah dengan mereka pun. Bukanlah mereka tu bekas rakan sekelas kita pun.

Budaya mengumpat dan memfitnah bagaikan satu norma biasa yang berlaku setiap hari. Pemikiran kita disekat dan dibantutkan dari berfikir tentang perkara-perkara yang lebih penting. Kita disuapkan dengan dadah hedonisma.

Anda tidaklah keterlaluan seperti kes yang disebutkan di atas, kan. Mungkin juga. Tapi ingat, godaan itu datang dalam bentuk yang kecil-kecil. Perlahan-lahan ia menghakis sedikit demi sedikit keimanan dalam diri.

Ya Allah, semoga teguran ini membawa manfaat kepada diri aku sendiri terutamanya, dan juga orang-orang yang aku sayangi, dan orang-orang di sekelilingku.

Source : sembangkomputer

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israil kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk dijadikan tesis ini iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang; kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan yang mana ia memang tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun ke-2, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan, atau olah manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.

1) Persiapan Zuriat

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israil, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah sang Ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan ibu bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya.

Oleh kerana saya memang minat matematik, tentu sahaja dengan gembira saya membantunya. Saya bertanya kepada beliau, “Adakah ini untuk anak kamu?” Beliau menjawab, “Ya, ia untuk anak saya yang masih dalam kandungan. Saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jenuh beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak.

2) Pemakanan

Seperkara lagi yang saya ialah pemakanan beliau. Sejak awal kandungan beliau gemar memakan kacang badan dan kurma bersama susu. Untuk makan tengah hari, makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang.

Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. Ini adalah adat orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Perkara yang sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau filet) dan biasanya daging tidak ada di meja jika ada ikan. Menurut mereka campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah kemestian, terutamanya badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahab dahulu. Memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

3) Jangan Merokok

Di Israil, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis Israil, kajian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes.

Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap). Ini satu penemuan yang dahsyat oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya pemilik pengeluar rokok terbesar adalah… (tekalah sendiri).

4) Pendidikan Anak-anak

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak ini cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahab bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah wajib.

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak ini bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak), maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya darjah 1-6, kanak-kanak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan kanak-kanak California, mereka jauh berbeza IQnya dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh kanak-kanak Yahudi.

Selain itu sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

5) Pendidikan Tinggi

Pelajar sekolah tinggi (menengah), pelajar ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea ini akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriua tentang perniagaan. Pada tahun akhir, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta.

Anda terperanjat? Itulah kenyataannya. Dengan rangkaiana seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia. Siapakah yang mencipta rekaan Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israil oleh fakulti perniagaan dan fesyen.

6) Ibadah

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyang-goyangkan kepala mereka. Ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama di Timur Tengah seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyang-goyangkan kepada. Ini juga dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ianya kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (daripada ikan), adakah ini kebetulan? Fikirkanlah.

7) Perniagaan

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi sedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja), jika mereka ada idea yang bernas jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah. Pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan menurut landasan yang betul. Maka lahirlah Starbuck, komputer Dell, Coca Cola, DKNY, Oracle, perfileman Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. Dengan bermain piano dan biola sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga dengan sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, damak dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? $US 7! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda.

Saya puji sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali. Seperti Israil ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israil. Maka itu saya lihat institusi pengajian mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya neara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja Indonesia. Jika anda ke Jakarta, di mana sahaja anda berada, dari restoran ke pawagam, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok. Harga rokok? Cuma $US 0.70.

Dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler. Bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil. Ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendidik anak.

Saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, cucu saya pada umur 9 tahun dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato.

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon.

Source : yahamim

Kisah Pembalasan Isteri Curang

Kisah ini saya petik dari suatu laman web… Kisahnya benar² menyentuh hati. Buat wanita yang bakal bergelar isteri, jadikan kisah ini sebuah pedoman. Buat lelaki, kisah ini boleh disampaikan buat mereka yang berkenaan.

“Akhirnya setelah dua tahun menghilang diri, Normah kembali ke rumahnya. Seperti dahulu, dia masih cantik bergaya. Lenggoknya masih gemalai, pinggang masih ramping, gincu masih merah dan mekap masih tebal. Jika berselisih, aroma pewanginya masih kuat menusuk hidung. Namun bezanya, Normah kelihatan tidak begitu ceria. Zahirnya dia begitu anggun tapi wajahnya terlukis warna yang muram dan lesu. Tutur katanya perlahan dan tidak bermaya seperti orang keresahan.

“Kenapa awak balik? Pergilah ikut jantan. Awak tak ada pun saya boleh jaga anak-anak kita ni!!” jerkah suaminya, Halim sebaik melihat Normah pulang dengan menjinjing sebuah beg besar.

Normah tidak menjawab kerana dia tahu, itu memang salahnya. Dia cuma berdiri di pintu dan menundukkan muka. Halim sebaliknya terus membelasah isterinya itu dengan kata-kata keras. Sudah lama geram itu menggelodak di hati, lalu inilah masa untuk melepaskannya.

Normah masih terpaku di muka pintu. Dikesat air mata yang bergenang. Tiada sepatah perkataan pun di balasnya kata-kata Halim itu kerana hajatnya pulang bukanlah untuk bertengkar. Hasratnya Cuma satu, untuk pulang ke pangkuan suami dan anak-anak.

Jika diikutkan hati memang hendak dihalaunya Normah, tapi disebabkan anak-anak, Halim menahan juga kemarahannya. Dibiarkan Normah masuk ke rumah yang telah lebih dua tahun ditinggalkannya itu.

Baca seterusnya di mkelana

Fanatik Kamera dan Dakwah



“Jangan beli DSLR jenis Sony. Membazir. Lebih baik beli Canon, lagi elok. Atau pun beli sahaja Nikon.”

“Apa kurangnya Sony berbanding Canon dan Nikon? Gambar boleh jadi lebih cantikkah kalau pakai Canon?”

Ini fanatik brand namanya. Apa yang penting, kita tahu guna setiap fungsi yang ada pada kamera tersebut. Beli kamera mahal-mahal pun tapi tidak explore, rugilah. Ada kawan pakai kamera DSLR brand mahal, tapi gambar macam itu juga – tidaklah cantik sangat. Ada seorang jurufoto sebuah badan kerajaan yang saya kenal, pakai Nikon D3, gambar yang diambil lebih kurang juga.

Skil atau teknik kita mengambil gambar perlu diambil berat. Kamera mahal atau brand terkenal sekali pun tidak akan menjadikan gambar saudara itu cantik atau kelihatan profesional. Jurufoto professional bukanlah terletak pada brand kamera yang dia miliki tetapi terletak pada kemahiran yang dia punyai.

Apabila saudara ingin digelar sebagai jurufoto bertaraf profesional, kualiti yang ada pada saudara bukan terletak pada brand kamera tetapi terletak kepada cantik atau tidak hasil gambar yang ditangkap.

Sebelum saudara beli kamera DSLR, tanya diri sendiri dahulu berapa banyak duit yang saudara boleh laburkan dan juga leburkan. Kalau bajet bawah RM 3000, lebih baik beli kamera DSLR berharga RM 2000 ke bawah. Lagi RM 1000, gunakan buat beli lens dan juga untuk pergi kelas fotografi.

Lain orang lainlah kesesuaiannya. Sebelum beli, cuba dahulu semua kamera DSLR yang ada di kedai tersebut. Kalau rasa sesuai dengan diri, ambil. Dan kalau rasa ada guru yang guna kamera yang sama dan boleh ajar, lagi bagus.

Baca seterusnya di studiomuslim

Kids Shampoo Contains Dangerous Chemicals

Kasihkan anak, mandikan dia dgn shampoo wangi2, rupa2nya ada racun yg membunuh anak yg dikasihi itu senyap2...mesti kita semua x sanggup kan?

Dah baca ke belum? kalau belum, meh baca supaya kita semua alert....

source:yahoo news

Popular children's bath products contain cancer-causing chemicals, according to research carried out in the United States. An independent laboratory tested a range of top-selling brands and found many of them contained formaldehyde, which is used to embalm corpses.Out of the 28 products tested for formaldehyde in the study, 23 contained it.

Studies have linked the substance to cancers of the brain, nasal sinuses and possibly leukaemia.Others had traces of 1,4-dioxane, a foaming agent which is also believed to be a cancer risk for humans. Of the 48 items tested for 1,4-dioxane, 67% contained it.It is banned in Europe, and formaldehyde is restricted.

However, the chemicals are apparently unregulated in the US. Both substances were apparently found in Johnson's Baby Shampoo, L'Oreal Kids Extra Gentle 2-in-1 shampoo and Pampers Kandoo foaming soap.

Stacy Malkan from the Campaign for Safe Cosmetics, who commissioned the tests, said: "If chemicals are causing cancer in animals, we really shouldn't be putting them on babies' heads.


"However the Personal Care Products Council accused the group of preying on parents' fears and described the results as "patently false".

Source : denaikehidupan

Wahai Suami, Isterimu Tidaklah Sehebat Siti Khadijah

WAHAI SUAMI…..ISTERIMU TIDAKLAH SEHEBAT SITI KHADIJAH….
Wahai Suami….Renungkanlah……

Perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Tidaklah setabah Fatimah,
Justeru….
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita untuk menjadi isteri solehah,
Perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah dan kamulah langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman dan kamulah pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan dan kamu gembalanya,
Isteri adalah murid dan kamulah gurunya,
Saat isteri menjadi madu dan kamu teguklah sepuasnya,
Ketika isteri menjadi racun dan kamulah penawar bisanya,
Seandai isteri tulang yang bengkok dan kamulah yang meluruskannya,
Perkhawinan menginsafkan kita, betapa perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah S.W.T,
Kerana kamu tidak akan memiliki isteri yang terhebat,
Seperti dalam mimpimu,
Justeru kamu akan tersentak alpa
Kerana kamu bukanlah Rasullullah S.A.W,
Dan bukan juga Saidina Ali R.A,
Kamu Cuma suami akhir zaman yang berusaha,
Menjadi suami yang soleh.

Source : atashi-ws

Kenapa Kita Perlu Balik Kerja Awal

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"

"Kami amat bersopan dan saling menghormati. Kami saling melambai sambil berlalu pergi."

Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda. Lewat petang, tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh "Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku. Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar musik, terdengar suara halus datang membisik, "Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci".

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur","Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu.

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu","Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu". Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu."

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini.

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, saya tetap sayang ibu melebihi segala.

Bisikku "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY, Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Source : carca marba

Perhatian !! Email "Maybank" Yang Meragukan.

Salam sejahtera,
Saya ada menerima email dari kenalan untuk ingatan dan perhatian kita semua. Harap kita berhati-hati dengan email SCAM seperti ini. Di bawah adalah email dari mendayu[@]gmail.com. (terima kasih)

Salam sejahtera.
Saya menerima email yang sangat mencurigakan datangnya seperti dari Maybank yang berbunyi:

Account Deactivation (Final Notice).
Dear Maybank Customer.
Due to the increased spam and security attack on our customers, we have introduced a multi layer security authentication which will protect and secure M2U account information and profile.
All Maybank Customers/M2U Users are required to immediately secure and protect their account security. Please note that failure to protect your account will result in an immediate account deactivation.
Follow the below reference to proceed.http://www.users-m2u-verification.com/Maybank-Online.htm
Account Security Department
Maybank Berhad.

Ada beberapa perkara yang meragukan dari email tersebut; sila perhatikan betul-betul url yang saya sertakan di bawah untuk perbandingan. Sila dapatkan pengesahan dari pihak Maybank mengenai perkara ini agar jika ini penipuan ianya oleh dihalang dengan serta-merta. Terima kasih.

Ini link ke website login Maybank:
http://www.maybank2u.com.my
Ini link ke website login Maybank yang meragukan:
http://www.users-m2u-verification.com/Maybank-Online.htm#

Sila perhatikan betul-betul kedua-duanya itu untuk perbandingan.

Anda rakan dan sesiapa sahaja berhati-hati kerana penipuan di internet perlu dibendung untuk mengelakkan kerugian!

p/s : sila kongsi info ini dengan kawan dan rakan-rakan anda. Klik butang “ShareThis” di bawah untuk beritahu kawan anda.

Terima Kasih

Source : jaguhinternet

Bagaimana Akhirnya Saya Berjanggut?

"Mi, kau nampak lainlah.." ujar kawan saya..

"lain sikit saja" balas saya

"Wah, janggut makin panjanglah.." usik kawan yang lain

"Ada kelebihannya" jawab saya dengan ringkas

"Adik aku ni dah jadi macam orang dakwahlah" ucap kakak saya ketika bertemu di Kajang tempoh hari.

Saya cuma tersenyum.Semua perbualan di atas adalah kerana saya baru berjanggut. Baru menyimpan janggut. Kurang lebih 3 bulan.

Bagaimana akhirnya saya berjanggut?

Simpan janggut - satu Sunnah.Pulang dari tanah suci Jun lepas, saya terlintas untuk mencukur misai yang agak tebal (lebih belasan tahun disimpan dan ditrim) dan menyimpan janggut. Lalu saya berbuat demikian.

Alhamdulillah, Allah telah temukan saya satu kelebihan menyimpan janggut. Saya mengidap sakit"sinusitis" - belum resdung lagi. Setiap pagi biasanya terbersin beberapa kali dan hidung selalu tersumbat. Dan disebelah malam hidung merasa sesak, tersumbat dan lebih-lebih lagi ketika cuaca sejuk terasa agak sukar untuk bernafas dengan nyaman.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Setelah menyimpan janggut dan mencukur misai, masalah "sinusitis" saya telah hilang. Kini tiada lagi bersin di sebelah pagi dan hidung tersumbat. Boleh bernafas dengan nyaman.

Mungkin itu salah satu dari banyak kebaikan berjanggut atau melakukan perkara sunat yang lain. Selain mendapat pahala ia juga satu rahmat kepada umat Islam.Saya terbaca sepotong hadis yang disebutkan oleh Ibnu Umar R.A.,

Rasulullah S.A.W bersabda,"Janganlah kalian menyamai orang-orang musyrik. Panjangkan janggut dan cukurlah misai." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Saya yakin setiap apa yang diwajibkan, disunatkan, diharuskan mahupun diharamkan dalam Islam itu ada kelebihannya untuk umat Islam.

Sama-samalah kita mencari... mencari keredhaanNya.

Source : azemiali

Pertunangan Dan Putus Tunang

Pertunangan

# Bertunang diamalkan masyarakat Islam dan membawa banyak faedah serta kebaikan kepada pasangan yang bertunang.

# Hal ini kerana ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak. Begitu pun, pertunangan tidak menghalalkan hubungan seperti suami isteri.

# Perkara ini bermakna walaupun pasangan itu bertunang, batas yang ditetapkan oleh hukum syarak hendaklah dipatuhi.

# Bertukar-tukar hadiah secara tidak langsung membawa kepada perasaan saling hormat menghormati dan menjalinkan kemesraan sebelum mempelai itu diikat melalui talian perkahwinan.

# Majlis pertunangan tidak dinyatakan dengan terperinci dalam Islam. Namun adat yang diamalkan itu boleh juga dianggap sebagai undang-undang Islam kerana ia bersumberkan kepada adat.

Putus tunang dibolehkan sekiranya sebabnya jelas dan nyata, iaitu:

# Antaranya memberi kemudaratan sekiranya hubungan pertunangan itu diteruskan dengan ikatan perkahwinan.

# Putus tunang berlaku dengan tujuan menjaga nama baik keluarga serta keharmonian keluarga.

# Pasangan melakukan kecurangan dan memutuskan ikatan pertunangan adalah jalan terbaik daripada diteruskan dengan perkahwinan.

Source : serikasih

Gadis Melampau Menerima Padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keIslaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tuaitu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Baca seterusnya di armysyaz

Perangkap Tikus

Seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya, saat membuka sebuah bungkusan. Ada makanan pikirnya? Tapi, dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati, ada perangkap tikus di dalam rumah!"

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil mengais-ngais tanah,mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku Pak Tikus. Aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tidak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku sakit kepalalah mendengarkan pekekkan mu itu."Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing.

Katanya, "Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di rumah!""Wah, aku menyesal dengar perkhabaran ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "Tetapi tak ada sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa-doaku!" kata si kambing dengan nada yang sinis.Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. "Oh? sebuah perangkap tikus? Jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa, berleleran air liur.

Jadi tikus itu kembalilah ke rumah, dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Ia merasa sungguh-sungguh sendiri.Malam tiba, dan terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsa. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke rumah sakit.

Si isteri kembali ke rumah dengan tubuh menggigil, demam. Dan, sudah menjadi kebiasaan, setiap orang sakit demam, ubat pertama adalah memberikan sup ayam segar yang hangat. Petani itu pun mengasah pisaunya, dan pergi ke kandang, mencari ayam untuk bahan supnya.Tapi, bisa itu sungguh jahat, si isteri masih belum sembuh. Banyak jiran dan tetangganya yang datang mengunjunginya, dan tamu pun tidak putus-putus ke rumahnya.

Ia pun harus menyiapkan makanan, dan terpaksa, kambing di kandang dia dijadikan gulai. Tapi, itu tak cukup untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Si isteri mati, dan beratus-ratus orang datang untuk mengurus pemakaman, juga selamatan. Tak ada cara lain, lembu di kandang pun dijadikan habuan, untuk ratusan pelawat.

Kawan, apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tidak ada kaitannya dengan kamu, ingatlah bahwa apabila ada "perangkap tikus" di dalam rumah, seluruh "ladang pertanian" ikut menanggung risikonya. Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya.

Source : familiazam.com