Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Kisah Motivasi Daripada Sylvester Stallone

Kisah Sylvester Stallone ini dipetik daripada buku “Master Your Mind, Design Your Destiny, tulisan Adam Khoo”.

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.

Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.

Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.

Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.

Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.

Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”

Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.

Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.

Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.

Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan. Antara filem Stallone yang menyusul selepas itu adalah First Blood, Rambo dan Rocky II.Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.

Macamana?Saya harap anda bersemangat dan bermotivasi lepas baca kisah ini.

Source : aspirasicyber

Fanatik Kamera dan Dakwah



“Jangan beli DSLR jenis Sony. Membazir. Lebih baik beli Canon, lagi elok. Atau pun beli sahaja Nikon.”

“Apa kurangnya Sony berbanding Canon dan Nikon? Gambar boleh jadi lebih cantikkah kalau pakai Canon?”

Ini fanatik brand namanya. Apa yang penting, kita tahu guna setiap fungsi yang ada pada kamera tersebut. Beli kamera mahal-mahal pun tapi tidak explore, rugilah. Ada kawan pakai kamera DSLR brand mahal, tapi gambar macam itu juga – tidaklah cantik sangat. Ada seorang jurufoto sebuah badan kerajaan yang saya kenal, pakai Nikon D3, gambar yang diambil lebih kurang juga.

Skil atau teknik kita mengambil gambar perlu diambil berat. Kamera mahal atau brand terkenal sekali pun tidak akan menjadikan gambar saudara itu cantik atau kelihatan profesional. Jurufoto professional bukanlah terletak pada brand kamera yang dia miliki tetapi terletak pada kemahiran yang dia punyai.

Apabila saudara ingin digelar sebagai jurufoto bertaraf profesional, kualiti yang ada pada saudara bukan terletak pada brand kamera tetapi terletak kepada cantik atau tidak hasil gambar yang ditangkap.

Sebelum saudara beli kamera DSLR, tanya diri sendiri dahulu berapa banyak duit yang saudara boleh laburkan dan juga leburkan. Kalau bajet bawah RM 3000, lebih baik beli kamera DSLR berharga RM 2000 ke bawah. Lagi RM 1000, gunakan buat beli lens dan juga untuk pergi kelas fotografi.

Lain orang lainlah kesesuaiannya. Sebelum beli, cuba dahulu semua kamera DSLR yang ada di kedai tersebut. Kalau rasa sesuai dengan diri, ambil. Dan kalau rasa ada guru yang guna kamera yang sama dan boleh ajar, lagi bagus.

Baca seterusnya di studiomuslim

Persepi Kita Pada Kejayaan

Bila sebut kejayaan, ada di antara kita keliru nak capai kejayaan yang macam mana dan bentuk kejayaan yang bagaimana. Persoalan itu masih belum terjawap. Lebih membingungkan, ada juga orang yang masih tak tahu apa makna kejayaan, kerana pada takrifannya sekarang ini tahap pencapaian hidupnya dah ok, dah selesa.

Persepi kita pada kejayaan berbeza antara Anda, saya dan dengan orang lain. Namun, persamaannya tetap ketara. Kejayaan ialah satu situasi apabila kita dapat mencapai satu tahap yang mana tahap itu menjadi satu kejayaan buat kita.

Sebagai contoh, mungkin bangun bersolat subuh di awal pagi satu kejayaan bagi diri si A. Setelah berjaya mencapai kejayaan itu setiap hari, dia makin bersemangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam perkara lain pula.

Contoh lain, mungkin dengan berjaya menyiapkan assignment lebih awal dari tarikh yang tetapkan satu adalah kejayaan besar buat diri si B, seorang pelajar universiti. Baginya tiada lain yang lebih menggembirakan selain berjaya menyiapkan assignment kerana selepas itu, dia boleh bersuka ria dengan aktiviti-aktiviti lain. Dia sudah ada masa nak gi tengok wayang, jenjalan, pergi ke tepi pantai atau bersantai bersama mak dan ayah di waktu petang dalam keselesaan rumah keluarga.

Mungkin, dengan berjaya mencergaskan diri menyiapkan kerja, si C seorang suri rumah merasa amat bahagia. Hari ini dia berjaya memasak hidangan yang membuka selera, berjaya mendapat pujian suami kesayangannya dan berjaya mendapat ucapan terima kasih daripada anak-anaknya. Kejayaan hari ini yang dicapai membuat makin bersemangat untuk mencipta lagi kejayaan di hari-hari esok dan akan datang.

Tekadlah untuk mencapai kejayaan-kejayaan kecil dulu sebelum Anda berjaya mencapai kejayaan yang besar pada tahap yang lebih tinggi. Kejayaan pada tahap tinggi memerlukan persediaan mental yang tinggi dan pengetahuan yang meluas, selain usaha yang berterusan.

Perbetulkan persepi kita pada kejayaan. Untuk pengetahuan Anda, kejayaan boleh dipermudahkan dengan satu cara. Jumpa di artikel seterusnya kerana saya akan dedahkan bagaimana Anda boleh berjaya dengan usaha hampir minima!

Source : motivasi kejayaan

2 Perkataan Yang Dapat Mengubah Hidup Anda

Kita bersua lagi dalam Bicara Selasa. Saya Raymond Chua dari blog LOA dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya hendak kongsikan DUA PERKATAAN yang mampu mengubah hidup anda.

Anda mesti sedang tertanya-tanya apakah perkataan tersebut. Kita akan sampai ke sana sebentar nanti.

Apabila saya bertanya anak murid saya tentang impian mereka ataupun apa yang mereka hendakkan dalam hidup mereka, jawapan yang sering saya terima adalah seperti:

Entah
Tak pasti
Kalau boleh, saya ingin ……
(sunyum je)

Jawapan-jawapan di atas tidak spesifik langsung dan jika anda tidak tahu apa yang anda hendak dalam hidup ini, macam manalah anda hendak mendapatkannya?

Bayangkan keadaan ini:

Anda menaiki sebuah teksi dan seperti biasa, pemandu teksi tersebut akan menanya anda tentang destinasi anda. Anda menjawab, “Entah, pandulah dulu, kalau dah sampai, saya akan bagitau”

Adakah anda akan sampai ke destinasi jika anda bertindak demikian? Jawapannya tidak! (mungkin anda juga akan dihalau keluar dari teksi tersebut)

Ia nampak kelakar tetapi ramai orang yang menjalankan hidup mereka dengan cara ini. Adakah anda salah seorang daripada golongan ini?

Jawapan yang ketiga iaitu, “Kalau boleh, saya ingin ……” lebih spesifik tetapi ia tidak mempunyai unsur keghairahan di dalamnya. Perkataan “saya ingin” bererti anda ingin mendapatkan sesuatu tetapi memilikinya ataupun tidak pun tak apa.

Misalnya anda sudah kenyang tetapi rasa ingin makan ais krim pula. Jadi anda pun menuju ke peti sejuk dalam rumah anda dan cuba cari kalau-kalau masih ada ais krim di dalamnya. Kalau ada, anda pun makanlah ais krim tersebut. Kalau tak ada pun tak mengapa.

Pemikiran sebegini tidak akan membawa anda kepada sebarang kejayaan.

Untuk berjaya, anda MESTI menggunakan dua perkataan ini

“SAYA HENDAK”

Misalnya:

Saya hendak menjadi seorang jutawan sebelum 31 Disember 2009
Saya hendak hidup lebih daripada 100 tahun.
Saya hendak syarikat saya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dalam papan utama sebelum 1 Jun 2010.
Saya hendak keluarga saya termasuk saya hidup dalam keadaan sihat dan bahagia.
Saya hendak menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu anak yatim.
Saya hendak memulakan perniagaan sendiri sebelum 1 Ogos 2009.
… dan sebagainya

Lihat diri anda sendiri sebagai seorang komander. Apabila anda menggunakan perkataan “Saya hendak”, anda sebenarnya sedang memberi arahan kepada diri anda serta alam ini dan setiap arahan mesti diturut.

Apabila anda menggunakan perkataan “Saya hendak”, ia memberi kuasa serta motivasi kepada anda untuk mencapainya. Ia juga dapat mengelakkan penangguhan kerana setiap arahan berkesan serta merta.

Cuba katakan 2 ayat ini:

Saya ingin menjadi seorang yang soleh
Saya hendak menjadi seorang yang soleh.

Ayat yang mana satu lebih berkesan? Ayat yang mana satu lebih berkuasa? Ayat yang mana satu yang memberikan anda motivasi untuk mencapainya? (Jawab soalan ini dalam ruang komen)

Oh, satu lagi aktiviti untuk anda.
Perhatikan majikan anda (Jika anda bekerja makan gaji). Adakah majikan anda menggunakan ayat:

“Saya hendak kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Saya ingin kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Bolehkah kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Kalau boleh, kamu buat ini … ini … dan ini” (Mungkin tidak ada orang yang akan buat kerja tersebut jika dia menggunakan ayat ini)

Ayat manakah yang dapat menggerakkan anda? (Kongsikan bersama dalam ruang komen)
Saya hendak anda menggunakan 2 perkataan ini dalam kehidupan harian anda,

Raymond Chua

Source : linncomel

Bagaimana Membuat Orang Hormat Dengan Anda

Bagi Anda yang mahu membina kepimpinan dalam diri supaya staff Anda atau rakan-rakan sekerja hormat dengan Anda, ikuti langkah-langkah dibawah. Untuk membuat mereka ikut cakap Anda, mereka perlu kagum dengan Anda, atau segan sedikit bila terlihat Anda terlebih dahulu sebelum mereka menghormati Anda. Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:

1. Suarakan suara Anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.

2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.

Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda atau staff-staff Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.

Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.

Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.

Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.
Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya. Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.

Source : imotivasi

Kura-Kura vs Kancil Versi Baru

Suatu hari Kura Kura dan Kancil berdebat tentang siapa yang lebih cepat. Mereka menyetujui jalur tertentu untuk bertanding dan mulailah mereka bertanding. Sang Kancil melesat dengan cepat dan setelah merasa jauh melampaui Kura Kura dia berhenti sejenak dibawah pohon untuk beristirahat sebelum memulai lagi perlombaannya.

Sang Kancil terduduk dibawah pohon dan akhirnya tertidur. Dan Kura Kura berhasil melampauinya dan keluar sebagai juara. Sang Kancil terbangun dan mendapatkan dirinya kalah didalam perlombaan tersebut. Maksud dari cerita ini adalah :mereka yang lambat, apabila konsisten, akan dapat memenangkan pertandingan

Ini adalah cerita yang biasa kita dengar sejak masa kecil.Baru baru ini seseorang bercerita versi baru yang lebih menarik.Rupanya ceritanya bersambung ……….

Sang Kancil sangat kecewa dengan kekalahannya lalu melakukan analisis penyebabnya. Dia sadar bahwa dia kalah karena terlampau percaya diri, kurang hati hati dan terlena. Kalau saja dia bisa lebih waspada maka tidaklah mungkin Kura Kura bisa mengalahkannya. Lalu ditantangnya lagi Kura Kura tersebut untuk melakukan lomba ulang yang disetujui oleh Kura Kura Dan kali ini, sang Kancil menang mutlak karena dia berlari tanpa henti
Versi Bahasa Indonesia

Baca maksud cerita di atas di mirianto.com

Bila orang say NO kepada anda

Menjadi seorang usahawan memerlukan anda berusaha lebih dari orang yang kerja makan gaji. Memerlukan anda melakukan tugas kerani, pemasaran, audit, penyeliaan dan lain-lain seorang diri pada mulanya.

Menjadi seorang usahawan, menyaksikan anda akan menempuh lebih dugaan dari orang biasa. Anda akan menempuh lebih banyak masalah berbanding mereka yang lain.

Dan antara permasalahan yang paling besar pada awal penglibatan anda ialah apabila anda mendapat ceramah NO secara percuma :)

Ceramah NO

'Cubalah kau cari kerja lain. Kau ingat jadi usahawan tu senang?'

'Sedarlah diri kau tu sikit. Orang kaya, yang mak bapak dia memang orang niaga pun belum tentu leh berjaya'

'Kau ni berangan lebih. Berangan nak jadi kaya je...berangan la kau sampai sudah'

'Toksah la berangan. Dalam keluarga kita tak ada sape pon yang pernah berniaga. Kau nak niaga?'

Dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri pun pernah hadapi. Jadi apa nak buat? Sebelum tu, jom kita lihat kenapa ini terjadi.

Sebab Musabab

Dari sudut minda - Anda sendiri pernah menanamkan kenyataan-kenyataan negatif seperti semua orang akan menentang keputusan anda. Kalau mengikut LOA, ia akan menyebabkan ia lebih cepat terjadi!

Dari sudut kehidupan - Kemungkinan keluarga anda amat risaukan anda. Ya, mereka mahukan anda bekerja dan mendapat pendapatan tetap setiap bulan. Sedangkan anda? Mahukan cabaran yang lebih susah setiap masa. Usahawan kan.

Dari sudut mentaliti - Masyarakat cenderung membangkang, daripada menggalakkan. :D Mungkin kerana pengalaman silam. Dan juga menaliti berfikir yang masih lagi di saluti rasa makan suap tiap hujung bulan. Ketahuilah, rezeki ada di mana2, tak semestinya hanya dengan makan suap.

JOm BrainStorm penyelesaiannya

Cuba anda latih diri anda untuk menghadapi situasi ini. Jangan tak percaya, orang-orang yang terdekat dengan anda adalah yang paling kuat akan bagi ceramah NO pada anda.

Kalau boleh, cakaplah elok2 pada mereka supaya hormati keputusan anda. Anda cuma ada peluang hidup sekali atas bumi ni, biarlah anda memilih jalan hidup sendiri, dan berilah sokongan.

Mereka akan kata : Kitorang makan garam dulu daripada kau. Kitorang tau la apa yang terbaik.' Jangan pula anda balas, Bill Gates tu dulu macam mana, Lim Goh Tong tu dulu macam mana, Syed Bukhary tu dulu macam mana. Nescaya mereka tak tahu. Unjurkan perkara yang mereka tahu.

Kedua, cuba jauhkan diri daripada orang2 yang anda tahu, akan sentiasa membangkang anda. Ini memberikan impak negatif dalam diri anda. Menurunkan motivasi anda. Mungkin antara di sekeliling anda berkata macam ni :

'Kau sibuk usahawan. Tengok aku? Kerja gaji dah 1500 sebulan dah. Kau??'.

Maka jangan jawab bahawa gaji anda unlimited, semua orang tahu tu, tapi tak paham. Jadi katakan sesuatu yang orang paham.

Katakan padanya : 'Alhamdulillah, moga2 lagi dua tahun dapat naik jawatan pengurus.' Mesti dia senyum2 , tanpa sedar anda menyuntik jarum yang tajam.

Sebab anda sebagai usahawan, dah jadi bos pon!

Ketiga, ... saya masih belum dapat fikirkan. Anda ada cadangan? Mari bersama2 brainstorm kerana saya yakin, ini masalah utama sebahagian besar daripada kita. Malah termasuklah saya :)

Source : norakmal


Syukur Dengan Perbuatan

Pernah tak Anda melihat orang kaya rajin menderma pada rumah-rumah kebajikan dan badan-badan amal? Sebab apa dia buat begitu?

Itu adalah tanda kesyukurannya pada nikmat-nikmat pemberian Tuhan. Dia menganggap dia dijadikan kaya kerana Tuhan mahu menyalurkan kekayaan kepada orang-orang disekeliling dirinya yang kurang mampu dan masih hidup sederhana.

Untuk melahirkan rasa bersyukur di atas kekayaan mereka, mereka mengagih-agihkan sebahagian dari wang mereka kepada yang memerlukan kerana mereka tahu mereka masih ada banyak wang untuk kegunaan mereka pula.

Pernah tak Anda melihat seorang guru sanggup mengajar lebih masa walau tanpa mendapat apa-apa bayaran? Sebab apa dia sanggup buat begitu?

Hanya ada dua sebab. Pertama, dia mahu mengubah anak didiknya menjadi cemerlang dalam persekolahan. Kedua, sebagai tandanya kesyukurannya pada Tuhan kerana memberi dia sebuah kerjaya tetap sebagai seorang guru dan dengan kerjaya itu, dia boleh hidup bahagia, membina keluarga dan punya harta, seperti kereta dan rumah sendiri.

Contoh-contoh di atas adalah contoh sikap bersyukur dengan perbuatan. Selain bersyukur dengan hati, kita boleh melahirkan rasa syukur dengan perbuatan kita, iaitu berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain.

Ganjilnya, bila kita ikhlas memberi dan suka berkongsi, apa yang kita ada tak pernah berkurang, tapi masih seperti sediakala bahkan makin bertambah sedikit demi sedikit.

Orang-orang Barat sudah lama menemui kelebihan ini. Mereka sudah lama mengaplikasikan konsep rajin bersyukur dalam kehidupan mereka. Kesan dari perbuatan itu, mereka menjadi kaya dan semakin cemerlang dalam kehidupan, kerjaya dan perniagaan. Walaupun mereka kurang pasti bagaimana ia berlaku dan tidak dapat diterangka oleh sains, tapi mereka tahu kelebihan bersyukur dan kesan dari selalu berterima kasih pada alam semesta.

Bagaimana nak bersyukur dengan perbuatan? Anda hanya perlu memberi orang lain apa yang Anda ada. Misalnya, ia boleh jadi duit, ilmu atau makanan. Beri saja, tanpa pernah memikir untuk dibalas. Beri dan terus memberi. Pasang niat sebagai tanda Anda bersyukur pada Yang Maha Esa. Itulah beberapa contoh bagaimana nak bersyukur dengan perbuatan.

Jika rajin bersyukur boleh membuat orang-orang Barat semakin maju, mengapa pula kita tidak mengikut langkah yang sama? Ia akan membuat apa yang kita ada semakin bertambah (bukannya makin berkurang), tak kira sama ada ia ilmu, harta atau wang ringgit.

Source : imotivasi.com

Kata-Kata Motivasi

By Shueqry
Dr Tuah Iskandar berkata, "mempercayai diri Anda lemah sebelum terbukti Anda benar-benar lemah adalah kelemahan Anda yang paling lemah".

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita fikir yang kita ni lemah, tak boleh buat dan tak ada potensi, maka itulah yang akan kita jadi.

Apa yang ada di fikiran dan yang selalu kita fikir berulang kali, menjadi satu doa. Lalu, ia benar-benar terjadi pada diri kita. Jadi lemahlah kita.

Mengapa kita harus rasa lemah , sedangkan orang lain boleh buat ngan penuh yakin pulak? Mengapa pula kita sendiri yang memandang rendah pada diri kita? Adilkah kita buat begitu pada diri kita? Untuk apa kita buat camtu?

Ketahuilah, kita merasa lemah sebab kita asyik memandang tinggi kelebihan orang lain, sehingga kita ragu pada kelebihan diri sendiri yang kita belum gali. Kagum pada kelebihan mereka tak salah, tapi biarlah ia menjadi pencetus inspirasi pada kita untuk mengkaji kekuatan, bakat dan potensi yang ada dalam diri kita pula.

Sebelum kita melakukan sesuatu perkara yang baru pada kita, imaginasikan dalam minda yang kita melakukan perkara itu dengan cemerlang sekali.

Buang imej takut, ragu-ragu dan sangsi, kerana ia akan membuat kita kurang cemerlang. Untuk cemerlang, beranikan diri melakukan sesuatu yang baru, walaupun perkara tu kita tak pernah buat sebelum ini.

Misalnya, jika Anda baru belajar memandu kereta, bayangkan dalam minda yang Anda memegang stereng dengan tenang, menukar gear dengan relaks dan menekan pedal minyak dengan penuh yakin, walaupun itu kali pertama Anda memandu kereta.

Tanamkan dalam minda yang Anda boleh memandu dengan cekap, sebagaimana pemandu yang dah memandu bertahn-tahun lamanya. Hadirkan rasa yakin. Lama kelamaan ketakutan, rasa gemuruh dan sangsi akan menghilang sedikit demi sedikit.

Percaya yang Anda boleh lakukan apa saja, janji bersedia memberanikan diri.
Apa saja boleh terjadi.

Anything is possible!

Source : imotivasi.com