Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Kata-Kata Motivasi

By Shueqry
Dr Tuah Iskandar berkata, "mempercayai diri Anda lemah sebelum terbukti Anda benar-benar lemah adalah kelemahan Anda yang paling lemah".

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita fikir yang kita ni lemah, tak boleh buat dan tak ada potensi, maka itulah yang akan kita jadi.

Apa yang ada di fikiran dan yang selalu kita fikir berulang kali, menjadi satu doa. Lalu, ia benar-benar terjadi pada diri kita. Jadi lemahlah kita.

Mengapa kita harus rasa lemah , sedangkan orang lain boleh buat ngan penuh yakin pulak? Mengapa pula kita sendiri yang memandang rendah pada diri kita? Adilkah kita buat begitu pada diri kita? Untuk apa kita buat camtu?

Ketahuilah, kita merasa lemah sebab kita asyik memandang tinggi kelebihan orang lain, sehingga kita ragu pada kelebihan diri sendiri yang kita belum gali. Kagum pada kelebihan mereka tak salah, tapi biarlah ia menjadi pencetus inspirasi pada kita untuk mengkaji kekuatan, bakat dan potensi yang ada dalam diri kita pula.

Sebelum kita melakukan sesuatu perkara yang baru pada kita, imaginasikan dalam minda yang kita melakukan perkara itu dengan cemerlang sekali.

Buang imej takut, ragu-ragu dan sangsi, kerana ia akan membuat kita kurang cemerlang. Untuk cemerlang, beranikan diri melakukan sesuatu yang baru, walaupun perkara tu kita tak pernah buat sebelum ini.

Misalnya, jika Anda baru belajar memandu kereta, bayangkan dalam minda yang Anda memegang stereng dengan tenang, menukar gear dengan relaks dan menekan pedal minyak dengan penuh yakin, walaupun itu kali pertama Anda memandu kereta.

Tanamkan dalam minda yang Anda boleh memandu dengan cekap, sebagaimana pemandu yang dah memandu bertahn-tahun lamanya. Hadirkan rasa yakin. Lama kelamaan ketakutan, rasa gemuruh dan sangsi akan menghilang sedikit demi sedikit.

Percaya yang Anda boleh lakukan apa saja, janji bersedia memberanikan diri.
Apa saja boleh terjadi.

Anything is possible!

Source : imotivasi.com

No comments:

Post a Comment