Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Kurang Dua Minggu Lagi

Kurang dua minggu lagi kami akan berangkat ke negara orang. Berbagai perasaan bercampur baur. Sedih ada, gembira ada, suka ada, muram durjana pun ada, rasa sebak, pilu, memori silam, murung, meragam, ceria, duka, nestapa, mustapa, rindu, sinis, sadis, desperado, gundah, gulana, zuhud, tawaduk, insomia dan 1001 macam perasaan lain melanda diri kami. Tak pernah pergi ke negara orang untuk jangka masa yang lama.

Aku pulak sering berfikir-fikir untuk cari kerja di sana. Tak tahulah kerja apa. Asalkan halal dan mengikut syariat, aku ok je. Takut banyak syubhat dalam pekerjaan tu nanti. Minta doa dijauhkan daripada itu semua. Aku juga akan jadi Mr. Mama untuk kedua anak aku. Takpe lah, aku berkorban untuk memberi peluang kepada wife aku mencapai cita-cita dia. Dia lagi banyak berkorban untuk aku. Macam-macam. Sampai aku segan dengan dia. Biarkanlah kali ini aku berikan kesempatan untuk dia realise PhD dia. Aku akan teruskan plan B aku untuk jadi IM yang berjaya suatu masa nanti. Insyallah.

Segala persiapan sudah diatur. Pasport dah siap, rumah dah ada orang nak sewa, kereta akan di jual ke kedai kereta, motor akan dijual ke abg polis jiran member aku, kad ATM dah ditukar ke kad debit, hutang bank rakyat dah settle, hutang kad kredit settle, hutang JPA settle, tabung haji tak dipotong lagi, borang leaver dah dihantar ke LHDN, visa dalam proses (maybe siap minggu depan), duit dari KPT dah dapat, baju sejuk beli minggu nie sebab ada offer hari Sabtu ni, rumah dah refinance, dan beberapa hal lagi yang akan settle dua tiga hari lagi.

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan rapi. Cuma barang je belum packing. Risau juga tu sebab barang kami boleh tahan banyak. Hah lupa pulak, beg besar belum beli. Takpe lah, beli hari Sabtu nanti. Aduh sedih juga nak tinggalkan mak aku, mak dan ayah mertua, tok, family aku dan family wife aku serta adik beradik, saudara mara dan sahabat handai di tanahair. Aduh! sebak-sebak. Tapi oleh kerana nak mencari pengalaman baru di tempat orang, semuanya terpaksa kami tinggalkan buat sementara waktu. Insyallah, di lain kesempatan akan bertemu jua nanti.


No comments:

Post a Comment