Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Apakah itu Hard Disk Partition?

Ditulis oleh Mohd Izuardi Ibrahim

Katakan anda membeli sebuah almari yang luas, sudah tentu anda akan dapati bahawa di dalam almari itu terdapat beberapa bahagian yang ‘dipecahkan’ sebagai rak tingkat untuk memperkemaskan dan memudahkan kita menggunakan almari itu. Bahagian tingkat pertama mungkin untuk seluar, yang kedua untuk baju dan sebagainya.

Hard disk juga boleh mempunyai ciri yang sama – katakan anda membeli hard disk bersaiz 80 GB, anda boleh ‘memecahkan’ saiz ruang hard disk ini kepada beberapa bahagian. Apa yang menariknya, tidak seperti almari, anda boleh memecahkannya mengikut citarasa dan kegunaan sendiri. Proses ‘memecahkan’ ruang saiz hard disk ini disebut sebagai 'Partitioning’ dan ruang bahagian yang telah dipecahkan sebagai ‘partition’.

Bagi hard disk berkapasiti 80 GB, anda boleh membuat empat partition. Contoh kombinasi yang boleh dipakai ialah 20-20-20-20 GB ( iaitu saiz setiap satu bahagian ialah 20 GB) atau 20-20-30-10 atau kombinasi-kombinasi lain mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh membuat sebanyak mana partition yang suka. Misalnya 8 partition dengan kombinasi 10-10-10-10-10-10-10-10 GB atau dua partition 40-40 GB.

Mengapa membuat partition?

Partition dibuat atas banyak sebab. Tetapi secara amnya ia dibuat bagi memudahkan urusan menyelia dan memperkemaskan lagi susunan fail-fail dalam hard disk – sama seperti memperkemaskan susunan pakaian dalam almari. Misalnya sebuah hard disk yang mempunyai empat partition; partition pertama adalah untuk meyimpan (install) sistem operasi, contohnya Windows.

Partition kedua pula adalah untuk menyimpan fail-fail lagu, MP3 dan fail-fail media yang lain. Partiton ketiga pula adalah untuk menyimpan perisian (program) yang dipasang (install) seperti game dan partition terakhir adalah untuk menyimpan dokumen-dokumen penting atau gambar-gambar yang dirakam melalui kamera digital. Sama seperti almari di mana rak (anggap rak sebagai partition) pertama khas untuk baju, rak kedua untuk seluar dan setersunya. Dengan kata lain, partition dilakukan untuk memperkemaskan susunan fail-fail dalam hard disk.

Selain itu, partitioning adalah salah satu kaedah bijak dalam urusan penyelenggaraan (maintenance) hard disk itu sendiri. Misalnya, masa untuk melakukan defragement (penyusunan semula fail sistem operasi) adalah lebih singkat sekiranya dilakukan secara peringkat demi peringkat (partition demi partition) berbanding dengan defragment hard disk yang sama yang tidak mempunyai partition. Begitu juga halnya dengan formatting dan lain-lain.

Banyak lagi tujuan seseorang melakukan partitioning. Bagi para teknikal dan peminat PC yang maju (advance), kadang kala akan tiba masa di mana anda harus memasang semula sistem perisian dan partition memainkan peranan penting dalam memastikan fail-fail penting tidak dimusnahkan untuk tujuan format.

No comments:

Post a Comment