Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Syukur Dengan Perbuatan

Pernah tak Anda melihat orang kaya rajin menderma pada rumah-rumah kebajikan dan badan-badan amal? Sebab apa dia buat begitu?

Itu adalah tanda kesyukurannya pada nikmat-nikmat pemberian Tuhan. Dia menganggap dia dijadikan kaya kerana Tuhan mahu menyalurkan kekayaan kepada orang-orang disekeliling dirinya yang kurang mampu dan masih hidup sederhana.

Untuk melahirkan rasa bersyukur di atas kekayaan mereka, mereka mengagih-agihkan sebahagian dari wang mereka kepada yang memerlukan kerana mereka tahu mereka masih ada banyak wang untuk kegunaan mereka pula.

Pernah tak Anda melihat seorang guru sanggup mengajar lebih masa walau tanpa mendapat apa-apa bayaran? Sebab apa dia sanggup buat begitu?

Hanya ada dua sebab. Pertama, dia mahu mengubah anak didiknya menjadi cemerlang dalam persekolahan. Kedua, sebagai tandanya kesyukurannya pada Tuhan kerana memberi dia sebuah kerjaya tetap sebagai seorang guru dan dengan kerjaya itu, dia boleh hidup bahagia, membina keluarga dan punya harta, seperti kereta dan rumah sendiri.

Contoh-contoh di atas adalah contoh sikap bersyukur dengan perbuatan. Selain bersyukur dengan hati, kita boleh melahirkan rasa syukur dengan perbuatan kita, iaitu berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain.

Ganjilnya, bila kita ikhlas memberi dan suka berkongsi, apa yang kita ada tak pernah berkurang, tapi masih seperti sediakala bahkan makin bertambah sedikit demi sedikit.

Orang-orang Barat sudah lama menemui kelebihan ini. Mereka sudah lama mengaplikasikan konsep rajin bersyukur dalam kehidupan mereka. Kesan dari perbuatan itu, mereka menjadi kaya dan semakin cemerlang dalam kehidupan, kerjaya dan perniagaan. Walaupun mereka kurang pasti bagaimana ia berlaku dan tidak dapat diterangka oleh sains, tapi mereka tahu kelebihan bersyukur dan kesan dari selalu berterima kasih pada alam semesta.

Bagaimana nak bersyukur dengan perbuatan? Anda hanya perlu memberi orang lain apa yang Anda ada. Misalnya, ia boleh jadi duit, ilmu atau makanan. Beri saja, tanpa pernah memikir untuk dibalas. Beri dan terus memberi. Pasang niat sebagai tanda Anda bersyukur pada Yang Maha Esa. Itulah beberapa contoh bagaimana nak bersyukur dengan perbuatan.

Jika rajin bersyukur boleh membuat orang-orang Barat semakin maju, mengapa pula kita tidak mengikut langkah yang sama? Ia akan membuat apa yang kita ada semakin bertambah (bukannya makin berkurang), tak kira sama ada ia ilmu, harta atau wang ringgit.

Source : imotivasi.com

No comments:

Post a Comment