Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


2 Perkataan Yang Dapat Mengubah Hidup Anda

Kita bersua lagi dalam Bicara Selasa. Saya Raymond Chua dari blog LOA dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya hendak kongsikan DUA PERKATAAN yang mampu mengubah hidup anda.

Anda mesti sedang tertanya-tanya apakah perkataan tersebut. Kita akan sampai ke sana sebentar nanti.

Apabila saya bertanya anak murid saya tentang impian mereka ataupun apa yang mereka hendakkan dalam hidup mereka, jawapan yang sering saya terima adalah seperti:

Entah
Tak pasti
Kalau boleh, saya ingin ……
(sunyum je)

Jawapan-jawapan di atas tidak spesifik langsung dan jika anda tidak tahu apa yang anda hendak dalam hidup ini, macam manalah anda hendak mendapatkannya?

Bayangkan keadaan ini:

Anda menaiki sebuah teksi dan seperti biasa, pemandu teksi tersebut akan menanya anda tentang destinasi anda. Anda menjawab, “Entah, pandulah dulu, kalau dah sampai, saya akan bagitau”

Adakah anda akan sampai ke destinasi jika anda bertindak demikian? Jawapannya tidak! (mungkin anda juga akan dihalau keluar dari teksi tersebut)

Ia nampak kelakar tetapi ramai orang yang menjalankan hidup mereka dengan cara ini. Adakah anda salah seorang daripada golongan ini?

Jawapan yang ketiga iaitu, “Kalau boleh, saya ingin ……” lebih spesifik tetapi ia tidak mempunyai unsur keghairahan di dalamnya. Perkataan “saya ingin” bererti anda ingin mendapatkan sesuatu tetapi memilikinya ataupun tidak pun tak apa.

Misalnya anda sudah kenyang tetapi rasa ingin makan ais krim pula. Jadi anda pun menuju ke peti sejuk dalam rumah anda dan cuba cari kalau-kalau masih ada ais krim di dalamnya. Kalau ada, anda pun makanlah ais krim tersebut. Kalau tak ada pun tak mengapa.

Pemikiran sebegini tidak akan membawa anda kepada sebarang kejayaan.

Untuk berjaya, anda MESTI menggunakan dua perkataan ini

“SAYA HENDAK”

Misalnya:

Saya hendak menjadi seorang jutawan sebelum 31 Disember 2009
Saya hendak hidup lebih daripada 100 tahun.
Saya hendak syarikat saya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dalam papan utama sebelum 1 Jun 2010.
Saya hendak keluarga saya termasuk saya hidup dalam keadaan sihat dan bahagia.
Saya hendak menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu anak yatim.
Saya hendak memulakan perniagaan sendiri sebelum 1 Ogos 2009.
… dan sebagainya

Lihat diri anda sendiri sebagai seorang komander. Apabila anda menggunakan perkataan “Saya hendak”, anda sebenarnya sedang memberi arahan kepada diri anda serta alam ini dan setiap arahan mesti diturut.

Apabila anda menggunakan perkataan “Saya hendak”, ia memberi kuasa serta motivasi kepada anda untuk mencapainya. Ia juga dapat mengelakkan penangguhan kerana setiap arahan berkesan serta merta.

Cuba katakan 2 ayat ini:

Saya ingin menjadi seorang yang soleh
Saya hendak menjadi seorang yang soleh.

Ayat yang mana satu lebih berkesan? Ayat yang mana satu lebih berkuasa? Ayat yang mana satu yang memberikan anda motivasi untuk mencapainya? (Jawab soalan ini dalam ruang komen)

Oh, satu lagi aktiviti untuk anda.
Perhatikan majikan anda (Jika anda bekerja makan gaji). Adakah majikan anda menggunakan ayat:

“Saya hendak kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Saya ingin kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Bolehkah kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Kalau boleh, kamu buat ini … ini … dan ini” (Mungkin tidak ada orang yang akan buat kerja tersebut jika dia menggunakan ayat ini)

Ayat manakah yang dapat menggerakkan anda? (Kongsikan bersama dalam ruang komen)
Saya hendak anda menggunakan 2 perkataan ini dalam kehidupan harian anda,

Raymond Chua

Source : linncomel

No comments:

Post a Comment