Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Persepi Kita Pada Kejayaan

Bila sebut kejayaan, ada di antara kita keliru nak capai kejayaan yang macam mana dan bentuk kejayaan yang bagaimana. Persoalan itu masih belum terjawap. Lebih membingungkan, ada juga orang yang masih tak tahu apa makna kejayaan, kerana pada takrifannya sekarang ini tahap pencapaian hidupnya dah ok, dah selesa.

Persepi kita pada kejayaan berbeza antara Anda, saya dan dengan orang lain. Namun, persamaannya tetap ketara. Kejayaan ialah satu situasi apabila kita dapat mencapai satu tahap yang mana tahap itu menjadi satu kejayaan buat kita.

Sebagai contoh, mungkin bangun bersolat subuh di awal pagi satu kejayaan bagi diri si A. Setelah berjaya mencapai kejayaan itu setiap hari, dia makin bersemangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam perkara lain pula.

Contoh lain, mungkin dengan berjaya menyiapkan assignment lebih awal dari tarikh yang tetapkan satu adalah kejayaan besar buat diri si B, seorang pelajar universiti. Baginya tiada lain yang lebih menggembirakan selain berjaya menyiapkan assignment kerana selepas itu, dia boleh bersuka ria dengan aktiviti-aktiviti lain. Dia sudah ada masa nak gi tengok wayang, jenjalan, pergi ke tepi pantai atau bersantai bersama mak dan ayah di waktu petang dalam keselesaan rumah keluarga.

Mungkin, dengan berjaya mencergaskan diri menyiapkan kerja, si C seorang suri rumah merasa amat bahagia. Hari ini dia berjaya memasak hidangan yang membuka selera, berjaya mendapat pujian suami kesayangannya dan berjaya mendapat ucapan terima kasih daripada anak-anaknya. Kejayaan hari ini yang dicapai membuat makin bersemangat untuk mencipta lagi kejayaan di hari-hari esok dan akan datang.

Tekadlah untuk mencapai kejayaan-kejayaan kecil dulu sebelum Anda berjaya mencapai kejayaan yang besar pada tahap yang lebih tinggi. Kejayaan pada tahap tinggi memerlukan persediaan mental yang tinggi dan pengetahuan yang meluas, selain usaha yang berterusan.

Perbetulkan persepi kita pada kejayaan. Untuk pengetahuan Anda, kejayaan boleh dipermudahkan dengan satu cara. Jumpa di artikel seterusnya kerana saya akan dedahkan bagaimana Anda boleh berjaya dengan usaha hampir minima!

Source : motivasi kejayaan

No comments:

Post a Comment