Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israil kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya untuk dijadikan tesis ini iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang; kejuruteraan, muzik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan yang mana ia memang tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun ke-2, akhir bulan Disember 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California, saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan, atau olah manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk PHD saya di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda, tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain.

1) Persiapan Zuriat

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israil, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah sang Ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan ibu bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku matematik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tidak dapat menyelesaikannya.

Oleh kerana saya memang minat matematik, tentu sahaja dengan gembira saya membantunya. Saya bertanya kepada beliau, “Adakah ini untuk anak kamu?” Beliau menjawab, “Ya, ia untuk anak saya yang masih dalam kandungan. Saya sedang melatih otaknya, semoga dia menjadi genius apabila dewasa kelak.” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikuti perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada matematik tadi, tanpa rasa jenuh beliau membuat latihan sehingga beliau melahirkan anak.

2) Pemakanan

Seperkara lagi yang saya ialah pemakanan beliau. Sejak awal kandungan beliau gemar memakan kacang badan dan kurma bersama susu. Untuk makan tengah hari, makanan utama ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang.

Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan. Ini adalah adat orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Perkara yang sama diperhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau filet) dan biasanya daging tidak ada di meja jika ada ikan. Menurut mereka campuran daging dan ikan tidak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah kemestian, terutamanya badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahab dahulu. Memakan hidangan karbohidrat (nasi atau roti) kemudian buah-buahan akan menyebabkan kita rasa mengantuk dan lemah serta payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

3) Jangan Merokok

Di Israil, merokok adalah taboo. Apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah. Menurut saintis Israil, kajian menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes.

Ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembap). Ini satu penemuan yang dahsyat oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironinya pemilik pengeluar rokok terbesar adalah… (tekalah sendiri).

4) Pendidikan Anak-anak

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak ini cukup dikawal. Makanan awal ialah buah-buahab bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Kanak-kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan biola, ini adalah wajib.

Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan kanak-kanak ini bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak), maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.

Seterusnya darjah 1-6, kanak-kanak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Perbandingan kanak-kanak California, mereka jauh berbeza IQnya dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh kanak-kanak Yahudi.

Selain itu sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

5) Pendidikan Tinggi

Pelajar sekolah tinggi (menengah), pelajar ditekankan dengan mata pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan. Idea ini akan dibawa ke institut tinggi di politeknik dan universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriua tentang perniagaan. Pada tahun akhir, para penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1 juta.

Anda terperanjat? Itulah kenyataannya. Dengan rangkaiana seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia. Siapakah yang mencipta rekaan Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israil oleh fakulti perniagaan dan fesyen.

6) Ibadah

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyang-goyangkan kepala mereka. Ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala. Banyak agama di Timur Tengah seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyang-goyangkan kepada. Ini juga dapat menstimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang Jepun yang pandai? Adakah ianya kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (daripada ikan), adakah ini kebetulan? Fikirkanlah.

7) Perniagaan

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi sedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan perniagaan (sudah tentu untuk Yahudi sahaja), jika mereka ada idea yang bernas jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah. Pentadbir dari jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yang perniagaan menurut landasan yang betul. Maka lahirlah Starbuck, komputer Dell, Coca Cola, DKNY, Oracle, perfileman Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulan

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman. Ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yang mudah tetapi konsisten di samping mendengar muzik klasik.

Seterusnya ubah cara pemakanan. Makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik untuk otak. Menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak-kanak. Dengan bermain piano dan biola sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga dengan sukan yang memerlukan tumpuan yang tinggi seperti memanah, bola keranjang, damak dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang moron (bodoh) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali. Di sini perokok seperti dianaktirikan dan begitu susah sekali untuk perokok. Anda tahu berapa harga sekotak rokok? $US 7! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda.

Saya puji sikap pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali. Seperti Israil ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israil. Maka itu saya lihat institusi pengajian mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya neara Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan.

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh. Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat sahaja Indonesia. Jika anda ke Jakarta, di mana sahaja anda berada, dari restoran ke pawagam, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asap rokok. Harga rokok? Cuma $US 0.70.

Dan hasilnya dengan penduduk berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti yang terdapat di sana? Hasil apakah yang dapat dibanggakan? Teknologi jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain daripada bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Dalam tesis saya ini, saya tidak menimbulkan soal agama atau bangsa. Adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler. Bagi saya itu isu politik dan survival. Yang ingin saya ketengahkan ialah mampukah kita melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawabnya ialah mungkin dan tidak mustahil. Ianya memerlukan perubahan dari segi pemakanan dan cara mendidik anak.

Saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri pada cucu saya. Setelah saya mengajar anak saya melalui program yang telah saya nyatakan di atas tadi, cucu saya pada umur 9 tahun dapat menulis karangan sepanjang 5 muka surat penuh. Karangannya hanyalah mengenai mengapa saya gemarkan tomato.

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon.

Source : yahamim

No comments:

Post a Comment