Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Bios Setting dan Configuration

Bergantung pada jenis BIOS yang anda gunakan. Kemungkinan terdapat pelbagai maklumat lain yang tidak disertakan yang mana mungkin terdapat/tersimpan di dalam ingatan BIOS atau ROM.

Sesetengah setting yang terdapat/tersenarai disini mungkin tidak terdapat di dalam komputer anda.Sebelum mengubah apa-apa setting di dalam BIOS komputer anda, anda perlu mencatakan terlebih dahulu semua nilai asal yang terdapat di dalam setting dan menyimpannya di tempat yang selamat kerana dikhuatiri anda akan memerlukannya kembali.

Adalah menjadi kebiasaan bagi komputer menjadi "crash" apabila setting di dalam BIOS diubah. Walaubagaimanapun, bagi komputer yang dilengkapi dengan BIOS yang baru, ini tidak menjadi masalah kerana pengguna boleh memlih setting yang asal atau memilih option "Load BIOS default" di dalam setting.

Ini akan menyebabkan komputer menggunakan setting asal di tahap yang paling minimum agar komputer boleh berjalan/beroperasi. Kebanyakan BIOS mengandungi utiliti bagi cakera keras "hard disk" yang dinamakan "Low Level Formatting".

Kebanyakan IDE/ATA atau SCSI driver yang dipasangkan di setiap komputer selepas tahun 1992 atau selepasnya akan rosak kerana menggunakan ciri ini. Utiliti ini hanya dicipta untuk berfungsi dengan cakera keras MFM dan RLL yang digunakan pada tahun 1980 hingga 1992.

Dapatkan tips-tips penggunaan komputer di protouchexpert

No comments:

Post a Comment