Aku persiapkan segala keperluan untuk pulang ke Bukit Besi esok. Aku mengambil keputusan tidur awal sebab aku lebih selesa memandu awal ketika matahari mahu terbit daripada memandu ketika matahari sudah naik meninggi. Sebelum tidur, aku menelefon isteri menyatakan aku akan bertolak awal pagi. Sayup di hujung talian dia mengiakan saja kerana terlalu letih setelah bertarung melahirkan puteri sulung kami.
Aku sebak seketika. Lantas mengambil keputusan untuk tidur awal. Esoknya usai solat Subuh, aku terus meredah kedinginan pagi. Putaran roda kereta seawal pukul 6.00 pagi kian lama kian laju putarannya. Aku tidak sabar lagi untuk bertemu dengan dua insan yang tersayang. Pagi Rabu masih awal. Kelihatan anak-anak kecil berbaju putih berkain biru berjalan beriringan sambil memegang tangan menuju sekolah. Aku tersenyum seketika. Teringat zaman persekolahan yang sudah berlalu 2o tahun lebih. Tiba-tiba aku membayangkan anak perempuan aku memakai pakaian sekolah itu. Eeemmm....pandainya anak ayah. Dah pun pergi ke sekolah padahal baru lahir. Aku tersenyum sendirian.
Semakin lama semakin laju kereta ini bergerak. Aku bagaikan seorang peserta Rally Paris - Dakar yang sedang cuba mengejar peserta hadapan. Bermula agak laju di highway Melaka - Tangkak dan kemudiannya perlahan di sekitar Sagil, Jementah, Buluh Kasap, Batu Enam kerana kesemuanya kawasan kampung. Tapi apabila sampai di persimpangan Segamat - Kuantan, aku terus memecut memandangkan jalannya yang begitu lurus sementelahan masih kurang kereta yang berada di jalan raya. Sampai di Kuantan masuk balik highway Kuantan -Kuala Terengganu, lagi mencanak kereta 1.5 cc ni pergi. Keluar highway masuk ke jalan Jerangau - Jabur, aku terus memecut. Jam di kereta menunjukkan pukul 9 pagi. Aku terkejut, pagi masih awal. Biasanya kalau balik Bukit Besi, confirm petang baru sampai sebab memikirkan keselamatan isteri yang begitu takut kalau-kalau terjadi apa-apa.
Lagi 1 jam suku akan sampai Bukit Besi. Aku terus mengekalkan kelajuan. Tak sabar rasanya untuk ke Kuala Terengganu. Sampai saja di rumah mertua jam menunjukkan 10.15 pagi. Aku rasa inilah kali kedua pencapaian kelajuan yang di luar dugaan. Kali pertama ialah semasa konvokesyen isteri aku di UKM. Dari rumah di Ayer Keroh pukul 7 pagi, sampai ke Bangi pukul 7.32 pagi. Aku tak tahulah macam mana aku boleh pandu selaju itu. Perjalanan yang sepatutnya 1 jam setengah cuma memakan masa 35 minit sahaja. Aduh... kalaulah eksiden, lumat ni.....ishhh....
No comments:
Post a Comment