Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Balik Kampung Makan Buah

Seperti yang dijanjikan, kami sekeluarga balik kampung hari Jumaat lalu. Kami bertolak pukul lepas solat Jumaat. Leka punya leka, pukul 4 baru bertolak. Arif awal-awal dah muntah. Tersedak makan kacang umi dia bagi. Banyak pulak muntah tu. Kami singgah Masjid Tangkak untuk bersihkan Arif dan solat asar sekali. Pukul 5 bertolak semula. Agak mencabar jugak jalan jauh start pukul 5. Hujan pulak mula turun renyai-renyai.

Aku pandu tak laju tak perlahan. Moderate je. Bukan apa, nak menikmati keindahan petang. Hari terus mendung dan sedar tak sedar hampir masuk waktu maghrib. Aku tak berhenti, teruskan perjalanan hingga masuk tol Pantai Timur. Pada masa tu, jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Kami berhenti di perhentian Kuantan untuk solat jamak maghrib-isyak. Lepas tu teruskan perjalanan yang berbaki 2 jam lagi. Hujan pulak turun dan melambatkan perjalanan kami.

Kami sampai kampung jam 11.45 malam. Lepas salam dengan ayah, aku angkat semua barang-barang masuk ke rumah. Mak dah tidur. Adik beradik lain semua dah tidur. Ayah je berjaga sambil tengok tv. Makan sejekap. Sempat lagi makan tu walaupun mata dah 70% terlelap. Lepas makan aku tak boleh tahan lagi. Letak je kepala kat bantal, terus hanyut. Sayup-sayup terdengar wife aku suruh bentang tilam satu lagi supaya luas sikit tempat tidur. Tapi suara itu tidak dapat mengangkat kelopak mata aku yang dah 100% terpejam. heheh...

Aku Benci Kompressor Itu

Aku cukup sakit hati bila kompressor aircond kereta rosak lagi. Tension tau tak. Dah lah bayar mahal dulu masa tukar baru. Lepas tu lebih kurang setahun lebih rosak pulak. Tiga worksop aku pergi, semua cakap kompressor takde pressure. Nak tak nak kena tukar kompressor lain. Kalau tidak, panas. Badan pun panas, hati pun panas. Kena jugak tukar sebab nak balik kampung Sabtu nanti. Boleh hangus dibuatnya kalau takde aircond.

Aku pergi workshop yang memang dealer Denso kompressor di Peringgit. Memang workshop tu specialist pasal aircond. Maka aku pun tukarlah kompressor made in China tu dengan kompressor Denso made in Japan. Maka aku pun tunggu la kat bengkel tu selama 3 jam setengah, nengok dia buat kerja. Habis buat 12.45 tgh. Naik kematu jugak duduk kat bengkel tu lama-lama. Total RM700. Bapak mahal. Warranty 3 bulan. Lepas tu aku balik ofis.

Tragedi Troli

Aku dan wife plan nak balik kampung di Terenganu pada hari Sabtu sebab bapa saudara isteri aku meninggal. Semua barang-barang dah siap sedia. Hujan turun dengan lebat. Aku dah risau. Aircond kereta rosak. Bukan aircond lagi kat dalam kereta tu tapi heater. Bila mula bertolak, kabus tutup habis cermin. Tak nampak apa. Lap banyak kali pun macam tu jugak. Akhirnya kami ambil keputusan untuk balik minggu depan.

Aku pun pusing balik walaupun kereta nak melepasi highway Ayer Keroh. Wife aku ajak pergi Tesco la pulak. Ni yang aku lemah nie. Sampai Tesco dan dapat parking dekat tempat khas untuk baby. So kereta tak kena hujan. Masuk Tesco dan beli apa barang yang patut. Arif tidur atas troli yang ada tempat letak baby tu. Kaki terjulur keluar sebab dah besar. Lepas kakak dia kacau, maka terjagalah dia. Apa lagi, macam-macam benda dia nak capai. Sampai kat bahagian ikan dan makanan basah, tiba-tiba dia bangun nak nak berpusing untuk keluar dari seat belt yang aku pasang. Aku terlepas pandang. Buukk!!!...Ya Allah...anak aku!!!!

Arif meraung kuat lepas jatuh dari troli tu. Wife aku menjerit. Aku tak payah explain la dia punya keadaan. Dia terus peluk Arif. Arif tersedu-sedu menangis. Apa tak sakit. Jatuh 1 meter lebih ke lantai. Seperti biasa, wife aku menyalahkan aku. Memang aku salah pun. Tapi perkara tu berlaku sungguh cepat. Aku cepat-cepat bayar dan terus pergi Klinik Amal kat Bukit Katil. Dalam perjalanan, seperti biasa ceramah tak rasmi mula kedengaran. Dr. Rosziman cakap Arif takde apa-apa. Tak patah, tak luka dan dia bagi ubat hilang bengkak, ubat demam dan ubat sapu. Kami terus balik ke rumah. Ceramah bersambung kembali. Aku rasa mahu 2-3 hari baru habis nie sebab kes nie kes berat. Macam jenayah berat kanun keseksaan Bukit Aman tu.

Kat rumah lain pulak jadi. Arif tak boleh berjalan. Kaki dia terseliuh barangkali. Lepas urut dengan minyak, nampak ok dan dah boleh berjalan. Lepas tu dia tidur. Bangun tidur tak boleh jalan semula. Aduh mak....Kesian anak aku. Malam tu kami cari tukang urut. So bertandanglah kami ke rumah Mak Odah di Kg Tun Razak yang cuma 15 minit perjalanan dari rumah. Lepas dia dah urut, Arif terus boleh jalan. Macam magic. Tapi bukan magic dan realitinya Arif dah boleh berjalan dan kami berasa sungguh lega. Alhamdulillah.

Akhirnya Ke Glasgow Jua

Agak penat hari ini. Aku kena selesaikan banyak perkara. Pasal kereta yang nak dijual pada siapa. Pasal dokumen-dokumen yang perlu disiapkan untuk apply visa. Nak pegi snap gambar lagi. Nak minta borang clearance income tax. Nak call syarikat insuran kereta....etc. Ini baru sikit jer yang disenaraikan. Ada bertimbun lagi. Nak kena isi borang VAF1 lagi, borang online ATAS lagi, nak translate certificate kahwin dan certificate surat beranak. Aduh. Memang power dugaan ini.

Aku dapat TO DO LIST dari kawan di UK sana. Dalam list tu bapak punya banyak benda yang kena sediakan. Dari borang permohonan hingga ke lesung batu, semuanya kena ambil kira. Kepala aku mabuk sekejap. Lepas dah ok, aku listkan mana perkara yang patut dibuat dahulu. Visa, pasport, duit, borang permohonan, offer letter dan banyak dokumen penting lagi berada di muka hadapan list. Lesung batu, aji no moto, asam jawa, kuali dan sebagainya berada di list yang terakhir.