Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Balik Kampung Makan Buah

Seperti yang dijanjikan, kami sekeluarga balik kampung hari Jumaat lalu. Kami bertolak pukul lepas solat Jumaat. Leka punya leka, pukul 4 baru bertolak. Arif awal-awal dah muntah. Tersedak makan kacang umi dia bagi. Banyak pulak muntah tu. Kami singgah Masjid Tangkak untuk bersihkan Arif dan solat asar sekali. Pukul 5 bertolak semula. Agak mencabar jugak jalan jauh start pukul 5. Hujan pulak mula turun renyai-renyai.

Aku pandu tak laju tak perlahan. Moderate je. Bukan apa, nak menikmati keindahan petang. Hari terus mendung dan sedar tak sedar hampir masuk waktu maghrib. Aku tak berhenti, teruskan perjalanan hingga masuk tol Pantai Timur. Pada masa tu, jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Kami berhenti di perhentian Kuantan untuk solat jamak maghrib-isyak. Lepas tu teruskan perjalanan yang berbaki 2 jam lagi. Hujan pulak turun dan melambatkan perjalanan kami.

Kami sampai kampung jam 11.45 malam. Lepas salam dengan ayah, aku angkat semua barang-barang masuk ke rumah. Mak dah tidur. Adik beradik lain semua dah tidur. Ayah je berjaga sambil tengok tv. Makan sejekap. Sempat lagi makan tu walaupun mata dah 70% terlelap. Lepas makan aku tak boleh tahan lagi. Letak je kepala kat bantal, terus hanyut. Sayup-sayup terdengar wife aku suruh bentang tilam satu lagi supaya luas sikit tempat tidur. Tapi suara itu tidak dapat mengangkat kelopak mata aku yang dah 100% terpejam. heheh...

No comments:

Post a Comment