Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Welcome To Govanhill, Glasgow

Flashback
Setelah flight mengambil parkingnya, kami pun keluar disambut dengan keramahan pramugari dan warga kerja Glasgow Airport. Tidak ketinggalan polis airport yang bertugas juga memberi tabik hormat kepada kami. Sempatlah jugak aku posing berlatarbelakangkan poster besar "Welcome To Scotland". Buat kenangan-kenangan. Wife aku taknak bergambar sebab keletihan yang amat sangat. Ada perempuan mat salleh offer untuk ambil gambar kami tapi kami cakap " it's ok". So dia pun teruskan perjalanan dia.

Sebelum disoal siasat oleh pegawai airport tu, aku mengisi 4 tiny form. Setiap sorang satu form. Semua orang kena isi form tu aku tengok. Setelah itu aku bawa form tu berserta segala dokumen ke kaunter pegawai tu. Dia pun tengoklah pasport kami. Dia tanya berapa orang kesemuanya. Aku cakap 4 orang. Mana lagi 1? dia tanya. Rupanya Arif dah main berlari-lari dalam kawasan tu. Aku cakap 'that's my son'. Pegawai tu cakap'bring him here'. Aduh...leceh betul la dia nie. Bukan dia tak nampak anak aku tu. Terpaksalah wife aku kejar Arif dan bawa dia melepasi kawasan pegawai airport tu.

Setelah itu, kami pergi ambil beg. Tak ramai orang di kawasan tu. Rasanya dorang dah ambil awal-awal lagi beg dorang. Tak lama lepas tu, muncul beg kami dengan kotak-kotak yang dibawa dari Malaysia. Kotak blender la, kotak rice cooker la, kotak makanan, beg baju, beg sederhana besar dan sebagainya. Aku tak ingat lagi berapa beg dan kotak yang kami bawa. Waktu keluar dari kawasan ambil beg, kami ditanya lagi oleh pegawai airport yang lain. Macam-macam dia tanya. Mula-mula aku jawab confident jer. Lepas tu dia tanya ada barang makanan tak? Aku terkedu sekejap. Memang bohong tu berdosa, tapi itu adalah satu pilihan untuk melepaskan segala barang-barang makanan yang berharga yang dibawa dari Malaysia.

Dengan selamba, wife aku cakap takde. Pegawai airport tu tak scan atau tak buka barang kami. So, lepaslah dari cengkaman pegawai yang tidak berhati perut tu. Sampai ke luar balai ketibaan, kami disambut oleh wakil masyarakat Glasgow iaitu Ustaz Abduh. Semasa keluar untuk ke kawasan letak kereta, kami terkedu seketika. Memang berbeza cuaca di sini. Kulit kami digigit kesejukan yang amat. Angin kuat bertiup kencang menyebabkan aku dan family berlindung seketika di sebalik tiang besar. Ustaz menghidupkan enjin kereta dia. Dia cakap Arif kena letak kat dalam baby sitter. Anak aku meronta dan meraung taknak duduk dalam tu. Tapi Ustaz cakap kat sini undang-undang jalanrayanya tegas. Kena ikut peraturan, kalau tidak kena saman.
Semua orang kena pakai seat belt with no compromise. Kena pakai, compulsary. Nie bukan Malaysia. Nyawa kat sini berharga. Bukan macam kat Malaysia. Arif terpaksa duduk dalam baby sitter. Wife aku tak boleh pegang dia. Salah di sisi undang-undang UK. Kalau kat Malaysia, budak besar Arif tu bebas ke tempat duduk belakang dan depan. Undang-undang tak ketat. Lepas tu kami dibawa ke Govanhill di mana terdapat ramai masyarakat melayu di sana. Jalan raya dipenuhi kereta tapi orang sini bawa kereta tak laju. Mereka patuh undang-undang. Signal untuk masuk ke kiri atau ke kanan jalan tetap dipasang walau tiada kereta di hadapan mahupun di belakang. Maka, setelah 20 berada dalam kereta kami pun sampailah di rumah salah seorang komuniti di sini untuk menumpang sebelum mendapat rumah sewa sendiri.
Bersambung.....

No comments:

Post a Comment