Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada rakan sekerja Mohd Hapez bin Johari dan pasangannya Fadillah yang melangsungkan perkahwinan mereka pada hari ini 25 Mei 08. Mereka berdua orang Melaka, so senang la balik raya nanti. Takyah gaduh-gaduh. Nampaknya engkau kena balik rumah mertua dulu Hapez sebab kena jaga hati isteri. Jaga jangan tak jaga.

Oh ya, bila aku datang rumah Hapez tadi, tak nampak pulak rakan sekerja yang lain. Mana dorang pergi ek. Bos pun tak nampak batang hidung. Padahal si Hapez tu pensyarah elektronik bawah dia. Yang aku jumpa staf bilik 519 yang satu ofis dengan Hapez. Member-member bilik 518 sorang pun tak nampak. Sabau je la Hapez.

Menu boleh tahan, tapi aku makan sikit je sebab dah kenyang makan roti canai kat rumah. Anak aku yang kecil makan nasi putih dan daging kurma. Tapi entah macam mana daging kurma tersangkut kat tekak dia. Dia terus batuk dan muntah. Nasib baik tak kena baju dia atau baju aku. Kesian dia. Pastu sambung makan balik.

Bila nak balik, aku dengan isteri pergi kejap kat muka pintu rumah pengantin nak jupa Hapez. Malangnya dia masih kat rumah pengantin perempuan. La...tak sampai lagi rupanya. Ingatkan kat dalam sedang bersolek. Patutlah tak nampak dia keluar sambut tetamu. Aku baru nak introduce dia dengan lecturer yang penah mengajar dia iaitu isteri aku sendiri. Nampaknya takde peluang. Tapi takpe, maybe lain kali. Aku dan family pun balik rumah...

Tangisan Membelah Dinihari

Bunyi jantung bayi jelas kedengaran. Dr. Alias mengarahkan isteri aku meneran mengikut step yang telah ditentukan. Semakin lama keadaan semakin mendebarkan. Isteri aku terus berusaha. Yang anehnya, dia macam ok je dan bukan macam sedang melahirkan bayi. Ulfah yang berkaki ayam sekejap-sekejap masuk ke kamar bersalin hinggakan nurse mengarahkan aku supaya menjaganya. Akhirnya seorang nurse volunteer untuk bercakap-cakap dengan dia di luar bilik bersalin. Maka aku berpeluang masuk untuk melihat situasi seterusnya. Setelah beberapa minit berlalu, maka terpancullah kepala bayi dan Dr. Alias memainkan peranannya menyambut bayi tersebut lalu diletakkan bayi tersebut di atas perut isteri aku dan dipam udara ke dalam mulut dan telinga anak ini. Gaya profesionalnya terserlah. Maka terbitlah suara tangisan bayi kecil membelah dinihari. Seingat aku ketika itu pukul 4.45 pagi. "Sayang, selamat datang ke alam dunia" kata-kata itu terbit dalam hati. Setelah pusat bayi dipotong, bayi yang masih berwarna ungu itu ditunjukkan kepada isteri aku.



*Baru lepas minum susu, so don't cry.

"Ini bayi awak. Dia lelaki. Cukup sifat. Cuma ada tanda lahir di kaki kanannya" ringkas dan padat info Dr. Alias. Isteri aku hanya mampu mengangguk. Kesian dia. Bertarung nyawa melahirkan bayi ini. Meredah segala kepayahan dengan tabah sejak mula mengandung hingga waktu kelahiran. Wajah dia sedikit lega walaupun sakitnya masih terasa. Bayi dibersihkan dari kesan darah dan air ketuban dan dibalut dengan cermat. Selepas itu aku mengambil peranan. Sambil mengadap kiblat:

Allhuakbar! Allahuakbar!
Allhuakbar! Allahuakbar!
Ashadu allailaha illallah!
Ashadu allailaha illallah!
Ashadu anna muhammadarasulullah!
Ashadu anna muhammadarasulullah!
Hanyallas solah! Hanyallas solah!
Hanyallal falah! Hanyallal falah!
Allhuakbar! Allahuakbar!
Laillaha illallah!

Alhamdulillah, seorang lagi hamba Allah telah didatangkan khas untuk diuji di pentas dunia.

Berjalan Sendiri

Aku memecut kereta bagaikan Felippe Massa : ikon Formula One mengejar masa saringan. Tak dapat aku bayangkan kalau terjadi apa-apa pada kami. Yang aku mahu ialah cepat sampai ke hospital. Maka dengan rasa darurat aku meredah beberapa lampu traffic light yang merah di sepanjang laluan ke hospital. Mujurlah tak banyak kereta yang berada di jalan raya pada ketika itu. Dan juga mujurlah anak ini lahir pada dinihari. Bayangkan kalau ia mahu keluar waktu tengahari. Memang akan jadi kelam kabut di mana jalan raya memang sesak waktu itu. Alhamdulillah, Allah beri kemudahan.

Aku terus parking depan pintu masuk hospital. Isteri aku terus keluar dan menuju ke kaunter ruang kecemasan. Bayangkan, walaupun dah hampir waktu bersalin, dia masih boleh berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda. Aku masih di kereta. Mencari-cari selipar Ulfah dalam kegelapan. Baru aku teringat aku terlupa ambil selipar anak ini. Aduh, masalah betul. Tiba-tiba Ulfah terjaga.

"Ayah, kita kat mana ni" dia bertanya.
"Kita kat Hospital Pantai sayang. Umi dah nak bersalin. Kejap lagi Ulfah akan dapat adik" aku berkata penuh semangat padanya.
"Yeye, kejap lagi Ulfah dapat adik, yeye" dia kelihatan riang dan mengantuk terus hilang darinya.

Aku terus mendukung Ulfah. Isteri aku dah dibawa dengan kerusi roda terus ke bilik persalinan. Aku terus menuju ke sana. Dr. Alias telah dihubungi oleh jururawat bertugas. Sepantas kilat dia dah terpancul di bilik persalinan. Laju benar dia muncul padahal dia berada di rumah ketika itu. Sebagaimana dia appear dengan laju, sepantas itu juga dia mengarahkan pelbagai persediaan dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi. Isteri aku mulai risau. Takut dan sakit terus berbaur dalam benaknya. Dia mengambil tempat. Aku dibenarkan masuk untuk melihat proses kelahiran. Bagi aku inilah peluang untuk melihat sendiri anak kedua lahir sebab kelahiran pertama sebelum ini aku tak berpeluang.

Kehadiran Penambah Seri

Tanggal 25 Jan 07 bersamaan dengan hari Khamis merupakan hari keramat buat aku. Mata ini tidak dapat tidur lena tatkala perut isteri sedang menanti saat untuk kempis semula. Aku awal-awal lagi sudah mempersiapkan beberapa nama yang unik dan sesuai bagi anak ini. Sayang, ayah dan umi dah catit dalam diari minda kami nama yang sesuai buat kamu. Sebulan sebelumnya:

1) Arif Hanzalah 2) Arif Azhad

Hanya dua nama ini saja yang menjadi pilihan hati. Entah mengapa hati kami tidak tergerak untuk memilih nama bagi anak perempuan. Barangkali kami telah dikurniai dengan puteri sulung, maka untuk kelahiran kedua ini bagaikan sudah pasti bayi lelaki. Kelengkapan bayi sudah disediakan. Hanya menanti tangisan pertama membelah udara dunia. Kami masuk ke kamar pukul 12 tengah malam. Ulfah telah lama dibuai mimpi. Barangkali penat berkata-kata kepada bakal adiknya yang masih bersembunyi di bawah lapisan kulit uminya. Kesian dia, lama rasanya dia menunggu untuk mendapat seorang kawan yang boleh diajak bermain, belajar, bermanja dan bermesra. Aku melabuhkan badan. Terasa sengal seluruh tubuh tapi masih mampu menitipkan sebaris dua doa agar dirahmati selalu olehNya.

Aku tersentak dari tidur serentak dengan isteri menekan perut sambil mengerang kecil. Sakit perutnya bukan seperti selalu. Aku lihat jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi. Kenapa diri ini rasa berdebar. Sebentar sakit dia hilang, sebentar kemudian ianya datang semula. Sah ! Sudah sah bayi ini tidak mahu lagi bergelumang di dalam air ketuban. Sudah sah bayi ini mahu keluar kerana tanda-tanda lahir sudah jelas kelihatan. Aku lantas menyediakan segala keperluan. Pantas tangan ini mencapai barang-barang yang diperlukan. "Dah lah tu bang, start enjin kereta. Kita pergi sekarang. Tak tertahan rasanya sakit ni" suara isteri aku agak tinggi kerana bertarung dengan contraction. Aku lantas menghidupkan enjin kereta. Ulfah yang masih bermimpi bermain dengan bakal adiknya kuletakkan di bahagian tempat duduk penumpang. Dia tak bergerak walau sedikit. Mimpi terus bersambung.

Kedinginan dinihari mencengkam tubuh. Samar-samar sebuah kereta wira aeroback keluar dari Taman Tasik Utama menuju Hospital Pantai.

Sekapur Sirih


Assalamualaikum...w.b.t....

Catatan harian yang menceritakan tentang diri ini, isteri, anak-anak dan keluarga. Suka duka riang tangis dan tawa semuanya berkumpul menjadi satu epilog bersejarah yang dirungkaikan dalam arena siber. Hati ini tidak mengharapkan apa, cuma sekadar anak-anak dan orang tersayang dapat merasai realiti kehidupan dunia.

Hayatilah kisah ini sebagai tatapan harian. Mungkin ada yang bermanfaat dan ada juga yang boleh dijadikan sempadan. Harapan cuma satu agar hati ini tabah menghadapi ranjau penuh liku di alam dunia sebelum dijemput menghuni alam satu lagi.

Kadangkala catatan ini dilakarkan sambil diiringi dengan manik-manik halus yang keluar dari kelopak mata kerana dek kepayahan dalam menempuh ujianNya dan adakala senyuman yang manis terukir di bibir tatkala hati disimbahi rahmat serta berjaya melabuhkan tirai kejayaan mengikut masa yang telah ditetapkan olehNya. Syukur, diri ini masih gagah dan takkan rebah sebelum masanya.

Hari Kian Mendatang

Hari berganti hari. Anak aku kian membesar. Dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang. Tapi ini tidak bermakna semua yang diminta akan dipenuhi. Bergantung kepada keadaan dan keperluan. Aku dan isteri sama-sama merancang untuk tidak menambah bilangan anak dalam jarak yang dekat. Bukan apa, biarlah anak sulung ini besar sedikit dan tahu jaga diri. Sejak dari dalam kandungan, isteri aku bertekad nak hantar anak ini kepada mak andak yang rumahnya terletak selang dua rumah dari rumah kami. Ada pertalian saudara aku dengan mak andak ni.

So, maka lepas lahirnya Ulfah, pagi-pagi dah hantar dia ke rumah mak andak sebab aku masuk kerja pukul 8 pagi. Masa tu tempat kerja kat Alai. Agak jauh dari Bukit Katil. Isteri aku pun kena keluar awal sebab jarak rumah dengan kampus induk UTeM di Durian Tunggal punyalah jauh. Ambil masa lebih kurang 35 minit untuk sampai ofis. Itu pun kalau jalan tak sesak. Kalau sesak, mahu 1 jam lebih baru sampai.

Aku pergi kerja naik motor jer. Ada sekali tu masa balik kerja, ada orang kawal bendera kenderaan berat lalu lalang. Dia syok simbah air atas jalan yang dah ditepek dengan tanah merah. Kononnya nak bersihkan jalanlah tu. Tapi tanah merah tu dah terlalu tebal. Dia terus siram. Bila nampak aku nak lalu dia halakan hos getah tu ke tempat lain. Ok lah tu sebab dia prihatin itu memang jalan aku. Bila lalu jer atas tanah merah tu, korang tahulah bila tanah merah dah tebal, lepas tu disimbah air, lepas tu apa lagi..........aku tergolek la dengan moto aku sekali. Baju seluar penuh dengan tanah merah. Nasib baik waktu dah nak balik kerja. Kalau tidak.....

Dia berkejar nak tolong aku. Bila sampai terus tanya " Abang takde apa-apa ker". Aku malas nak layan terus cakap "takde "sebab memang bukan salah dia pun. Sebab tayar aku yang licin bila lalu atas tanah merah tu. Yang paling best, dia bukan nak tolong angkat motor aku, dia terus dapatkan hos getah dia dan terus menyiram. Cheh...selamba badak je mamat ni. Terpaksalah aku angkat motor sendiri dan terus pulang ke rumah dalam keadaan macam orang baru lepas habis kerja turap jalan.

Pertemuan Semula

Aku membawa bapa mertua menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Sampai di sana pukul 11.30 pagi. Aku terus ke wad yang menempatkan isteri serta anak aku. Tak dapat rasanya menahan sebak berjumpa semula dengan isteri aku. Dia mulai menangis sambil menyatakan keperitan dan kesakitan untuk melahirkan anak pertama ni. Aku terus memujuk dan memujuk supaya dia bersabar. Tak lama kemudian, seorang nurse membawa anak aku untuk ditunjukkan kepada aku dan bapa mertua. Alahai anak aku, comel, montel dan hitam lebat rambut dia.

Petang itu juga aku dapat membawa balik isteri dan anak aku ke Bukit Besi. Alhamdulillah. Beberapa hari berlalu, ternampak sedikit tanda penyakit kuning mahu mennyerang. Mak mertua aku ikhtiar mencari susu kambing. Aku membawa mak ke sebuah rumah jiran yang ada membela kambing di kampung tersebut. Maka dapatlah sedikit susu kambing asli dan setelah dimasak sedikit, susu itu diberikan terus kapada anak aku. Esoknnya pennyakit kuning dia terus hilang. Aku dan isteri berasa lega. Sekurang-kurangnya anak tidak ditahan di wad dan diletakkan di dalam inkubator warna ungu tu.

Apabila sudah sampai masa, aku dapat membawa isteri dan anak pulang ke Melaka. Orang Melaka pula menyambut kelahiran baru ini. Aku membawa ke rumah mak aku. Semua gembira dengan kedatangan orang pertama dalam keluarga aku.

Melaka - Bukit Besi : 4 jam 15 minit

Aku persiapkan segala keperluan untuk pulang ke Bukit Besi esok. Aku mengambil keputusan tidur awal sebab aku lebih selesa memandu awal ketika matahari mahu terbit daripada memandu ketika matahari sudah naik meninggi. Sebelum tidur, aku menelefon isteri menyatakan aku akan bertolak awal pagi. Sayup di hujung talian dia mengiakan saja kerana terlalu letih setelah bertarung melahirkan puteri sulung kami.

Aku sebak seketika. Lantas mengambil keputusan untuk tidur awal. Esoknya usai solat Subuh, aku terus meredah kedinginan pagi. Putaran roda kereta seawal pukul 6.00 pagi kian lama kian laju putarannya. Aku tidak sabar lagi untuk bertemu dengan dua insan yang tersayang. Pagi Rabu masih awal. Kelihatan anak-anak kecil berbaju putih berkain biru berjalan beriringan sambil memegang tangan menuju sekolah. Aku tersenyum seketika. Teringat zaman persekolahan yang sudah berlalu 2o tahun lebih. Tiba-tiba aku membayangkan anak perempuan aku memakai pakaian sekolah itu. Eeemmm....pandainya anak ayah. Dah pun pergi ke sekolah padahal baru lahir. Aku tersenyum sendirian.

Semakin lama semakin laju kereta ini bergerak. Aku bagaikan seorang peserta Rally Paris - Dakar yang sedang cuba mengejar peserta hadapan. Bermula agak laju di highway Melaka - Tangkak dan kemudiannya perlahan di sekitar Sagil, Jementah, Buluh Kasap, Batu Enam kerana kesemuanya kawasan kampung. Tapi apabila sampai di persimpangan Segamat - Kuantan, aku terus memecut memandangkan jalannya yang begitu lurus sementelahan masih kurang kereta yang berada di jalan raya. Sampai di Kuantan masuk balik highway Kuantan -Kuala Terengganu, lagi mencanak kereta 1.5 cc ni pergi. Keluar highway masuk ke jalan Jerangau - Jabur, aku terus memecut. Jam di kereta menunjukkan pukul 9 pagi. Aku terkejut, pagi masih awal. Biasanya kalau balik Bukit Besi, confirm petang baru sampai sebab memikirkan keselamatan isteri yang begitu takut kalau-kalau terjadi apa-apa.

Lagi 1 jam suku akan sampai Bukit Besi. Aku terus mengekalkan kelajuan. Tak sabar rasanya untuk ke Kuala Terengganu. Sampai saja di rumah mertua jam menunjukkan 10.15 pagi. Aku rasa inilah kali kedua pencapaian kelajuan yang di luar dugaan. Kali pertama ialah semasa konvokesyen isteri aku di UKM. Dari rumah di Ayer Keroh pukul 7 pagi, sampai ke Bangi pukul 7.32 pagi. Aku tak tahulah macam mana aku boleh pandu selaju itu. Perjalanan yang sepatutnya 1 jam setengah cuma memakan masa 35 minit sahaja. Aduh... kalaulah eksiden, lumat ni.....ishhh....