Tiket flight sudah ditempah. Kami dijangka akan menaiki pesawat Emirates Boeing 777-300 buatan Saudi. Memang kalu tengok dalam gambar flight nie, nampak bapak beso. Kami akan berlepas hari Sabtu 25 Okt 08 pukul 12.55am dari KLIA ke Dubai. Dijangka tiba di Dubai International Airport pukul 3.50am waktu Saudi. Berada di awan biru lebih kurang 6 jam 55 minit. Lepas tu lepak kat Dubai 4 jam sebelum berangkat ke Glasgow pada pukul 7.50am. Dijangka tiba di Glasgow International Airport pada pukul 12.25 waktu UK. Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam 35 minit. Lebam jugak duduk lama-lama dalam flight.
Berdebar jugak hati ini. Yang paling aku risaukan ialah kapal terbang tu. Aku tak risau pasal family. Sebab apa aku risau pasal kapal terbang tu? Sebab kapal terbang tu bawa aku dan family aku serta orang-orang lain. Kalau kapal terbang tu selamat sampai, alhamdulillah. Minta dijauhkan Allah dari segala malapetaka. Amin.
Pengalaman naik flight Saudia Boeing 777 membawa jemaah haji ke Tanah Suci menjelma semula. Masa tu aku rasakan kenapa la berat sangat flight nie nak naik ke udara masa berlepas tu. Atau dah over loaded dengan jemaah haji. Mana taknya, jemaah haji je 300 lebih + bagasi. Tu yang flight tu meneran macam taknak naik je tu. Meneran macam orang nak beranak je. At last dia pun naik dalam keadaan yang aku rasakan amat payah sekali. Perasaan aku jer kot. Kalau pilot tu tengok muka aku mesti dia tergelak. Mesti dia cakap "Biasalah, bro. 777 nie kalau naik memang macam nie".
Masa flight tu mendongak naik, beribu-ribu lemon doa aku. Mana taknya. Dari tanah, flight kena terus naik ke udara hingga ke paras 30 000 kaki (kalau tak silap). Masa dia mendongak tu kadangkala aku rasakan enjin 777 tu dah mati jer. Alamak matilah aku (baru ingat mati, padan muka). Lepas dia cecah 30 000 kaki, barulah dia stabil. Masa tulah lega yang teramat sangat. Aku duduk tepi tingkap. Pandang luar bukan nampak apa sebab berlepas waktu malam. Nampaklah cahaya neon bangunan-bangunan dan rumah-rumah kat bawah tu.
Second experience masa aku dan family naik bas asia (air asia). Sekali macam bas daa tempat duduk dia. Aku rasa bas Transnasional lagi luas tempat duduk dia. Kami pergi ke Langkawi. Isteri aku berkursus di sana. Bukan tak boleh naik bas UTeM tapi wife cakap dia tak pernah naik Tony Fernandes punya pengangkutan. Tu lah sebab dia nak cuba. Dari Melaka ke Gombak, rumah abg ipar aku. Dia la yang bawa kami ke LCCT, tempat Hani Mohsin meninggal tu.
Oleh kerana kami ingat naik flight nie macam naik bas, maka kami dengan machonya pergi beli tiket. Sekali customer services tu nak sijil lahir anak kami daa. Mana nak cari. Semuanya ada kat rumah. La macam mana nie. Maklumlah baru pertama kali organise flight. Masa aku naik Saudia dulu, semua Tabung Haji yang uruskan. Kami cakap ada di rumah semua sijil tu. Dia boleh cakap macam nie " Balik la dengan teksi. Pergi ambil. Lagipun Melaka degan LCCT tak jauh. Tak boleh release kalau takde dokumen tu".
Ewah2. Sesuke hathi jer cakap macam tu. Ingat senang nak gi tahan teksi pastu suruh gi Melaka pastu datang balik hanya untuk ambil dua keping kertas Pejabat Pendaftaran Kelahiran tu. Akal ada ke. Mana sempat, nak bertolak pukul 4 lebih. Masa bergaduh tu pukul 2 kalau tak silap. Last-last wife aku call ofis minta kalau2 ada copy yang dia pernah submit dulu. So miracle, Allah tolong. Nasib baik ada copy kat ofis dan orang ofis tolong fakskan. Alhamdulillah. Kalau tidak terpaksalah balik Melaka dengan perasaan yang hina. Rugi lagi sebab duit tiket diaorang takkan return back.
Elok-elok boleh bertolak pukul 4, terpaksa delay pukul lepas maghrib. Kena denda lagi tu RM150 sebab dah bertukar waktu. Nak je aku suruh mana-mana flight yang delay sedangkan passanger dah tunggu supaya membayar denda kepada passanger sebab delaykan masa flight. Diaorang delay tak kena charge apa-apa. Passanger delay kena denda pulak. Cheh ! Mengada.

No comments:
Post a Comment