Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Lega Sikit Hati Ini

Alhamdulillah, banyak juga perkara yang dah settle sebagai persediaan untuk ke negara orang. 4 Sep 08 yang lalu pasport antarabangsa kami siap kesemuanya. Cuma visa yang tak beres lagi. Mengisi borang visa mencabar kesabaran aku. Apa taknya, macam-macam yang dia minta sampaikan aku keliru. Berpusing-pusing soalan. Lepas tu nak macam-macam evidence. Itu baru satu visa, cuba bayangkan bagaimana aku mengisi borang visa seramai 4 orang. Itu belum termasuk isi borang ATAS lagi tu. Tapi aku anggap itu dugaan yang pertama yang harus dilepasi. Lepas ini lagi banyak dan lagi besar dugaan bila di negara luar.

Selain borang-borang online tersebut, ada lagi borang-borang dari KPT dan borang-borang UTeM yang aku harus "fill in the blank with the correct answer". Borang medical check up la, borang perjanjian KPT, borang perjanjian UTeM, borang elaun baju panas, borang elaun pengangkutan, borang LHDN, borang leaver, borang student survey, borang penempahan tiket kapalterbang dan berbagai lagi borang yang aku pun dah lupa namanya. Memang banyak.

5 Sep 08, aku pergi LHDN untuk matikan setem pada semua borang perjanjian. Bayar RM80. Semua maklumat untuk ditranslate, aku dah translatekan seperti sijil kahwin serta semua sijil beranak kami sekeluarga. Cuma belum dicop pesuruhjaya sumpah. Agak banyak juga yang dah settle. Aku merasa sedikit lega. Mungkin minggu ini juga aku dan wife akan pergi Putrajaya hantar application tu kat KPT. Nanti kena pergi KL lagi untuk buat biometric scan. Entah apa bendanya. Lepas itu akan siaplah visa kami. Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment