Lama aku tak jenguk blog aku sendiri sebab banyak keje. Sibuk membina bisnes ebay yang masih di peringkat 'newborn'. Bila di peringkat newborn, korang faham-faham je lah, banyak benda kena belajar. Kena belajar tukar lampin bayi, kena belajar mandikan bayi, kena pandai make up, kena belajar buat bubur nasi, buat tu, buat nie dan segalanya kena buat. Banyak buat try and error. Kalau aku kat Malaysia mesti aku akan pergi seminar ebay yang dianjurkan oleh otai-otai ebay Malaysia. Tapi apakan daya, aku kat bumi mat saleh yang tak berapa soleh nie.
Hari Ahad minggu lepas, aku baru jer beli used desktop komputer kat gumtree.com. Tengok dalam gambar nampak ok. Tapi bila dah sampai kat umah aku, hampeh. Tapi ok lah untuk surf internet, cari info, belajar ebay, buat design dengan pc tu. Harga 80 pound. Duit Malaysia lebih kurang RM480. So dapat la sebijik pc yang tak berapa sihat. Kenapa aku cakap tak berapa sihat? Kerana processor dia intel celeron walaupun dalam iklan mat saleh tu dia cakap pentium 4.
Aku memang alegic dengan celeron nie. RAM 512mb, 40gb hard disk. Dvd Rom tanpa rewriteable burner. Takde grafik card. Takde speaker. Tapi ada floopy disk. Hai...zaman skrg mana ada org pakai floopy lagi. Kalau kawan-kawan aku tau mesti dibantainya gelak. Org pakai floopy masa kurun ke-18 la bang, skrg semua pakai pendrive. Tapi yang paling aku minat kat pc nie ialah LCD 15". Maklumlah masa kat Malaysia tak merasa pakai LCD, skrg la masa nak pakai, bila lagi kan.hehe. Kat Malaysia pakai CRT 17". Ok la tu, asalkan boleh nampak. Kalau ada rezeki lebih aku nak beli external hard disk dan juga graphic card.
So aku bolehlah surf internet kat rumah. Kalau dulu bila wife aku bawa laptop gi U dia, aku bosan giler kat rumah. Macam mana nak maju bisnes ebay kalau macam nie...hehehe. Skrg tidak lagi. Ni ha ada satu imac mat saleh kat Hamilton kasi free kat aku nie. Versi veteran nie. Nak tengok email tak boleh. Sapa nak datang la umah aku kat Govanhill nie. Ambil sendiri. Ok la aku nak gi buat research ebay jap. Layan korang, apa benda pun tak siap. Babai
No comments:
Post a Comment