Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Bertemu Maghrib

Hari ini aku pergi kerja seperti biasa. Hari ini pendaftaran pelajar lama Diploma Multimedia. Aku tak jaga kaunter hari ini sebab aku dah jaga kaunter Khamis minggu lepas untuk sesi pelajar baru. Aku dah tukar waktu dengan Khairul Firdauz sebab petang nanti aku nak ke Tadika Seri Awan Suria tempat anak aku belajar. Ada conversation session dgn Teacher Margaret (aku dan wife panggil Teacher Maghrib). Hari ni wife aku tak kerja sebab tak tau la sebab apa tapi memang tak pergi kerja. So anak-anak pun ponteng sekolah.

Aku balik rumah waktu tengahari. Lepas dah makan dan solat, kami pun nak berangkat nak ke sekolah anak aku. Sekali Ulfah pulak buat hal. Dia taknak pakai baju baru yang dibeli oleh umi dia. Menangis meraung taknak pakai baju dan kain tu. Aku sarungkan jugak walaupun dia menjerit "Uffah taknak pakai baju nieeee!!!!!!!!...Taknakkkkk!!!!!Nak pakai baju lainnnnn!!!Aku sarungkan jugak sebab aku. Lepas sarung dia bukak balik. Aku punyalah tension.

Aku lemparkan baju dengan kain dia atas sofa. Aku cakap "Kalau macam tu mari kita pergi jumpa teacher maghrib. Uffah tak payah la pakai baju". Isteri aku dengan Arif dah tunggu dekat luar rumah. Aku tutup segala pintu dan biar dia berbogel macam tu. Aku terus start kereta. Umi dia dah marah-marah dia. Takut dia ditinggalkan, dia terus capai baju tadi dan dengan meraung dia cakap "Uffah nak pakai baju nieeee!!!!..Uffah nak pakai baju nieee!!!....Aku nak tergelak pun ada. Lepas tu dia meraung "Uffah nak matiiiiii!!!!!...Uffah nak matiiii!!!!!....Aku nak tergelak pun ada....hehehe...Budak lima tahun pun boleh cakap macam tu.

Kami pun ke sekolah tadika Ulfah untuk jumpa teacher maghrib. Teacher maghrib cakap Ulfah is a good pupil. She can catch up fast and always pay attention in class. She is very good figure. Aku cakap betul ke tidak maghrib nie. Jangan-jangan nak sedapkan hati parents je. Bila aku tengok report kad Ulfah, dia dapat nombor tiga dalam kelas. Hmmm...not bad. Tapi sebelum ni dia dapat nombor dua. Tapi tak mengapalah. Insyallah...maybe next time she will become first in class.

Jumpa Bakal Supervisor

Hari Jumaat lepas aku dan wife serta anak-anak pergi ke Shah Alam. Bertujuan untuk berjumpa dengan bakal supervisor PhD wife aku, Prof Madya Dr. Mohamad Rusop di UiTM Shah Alam. Sebelum bertolak kami bersarapan. Sampai di Shah Alam pukul 11 lebih. Temujanji dengan Dr. Rusop pada pukul 3 ptg. Wifw aku menelefon kawan dia yang sama-sama pergi BTN tempohari. Dengan bantuan kawan dia, kami mencari rumah sewa di sekitar UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, masih banyak rumah yang kosong.

Pukul 3 petang, kami berjumpa dengan Dr. Rusop. Aku tak masuk dalam center dia sebab ada anak-anak. Anak-anak aku pantang tengok buku, komputer, pen, kertas. Semua dorang nak. Aku bawa mereka berdua duduk di meja makan hadapan cafe UiTM. Layan kerenah mereka. Agak lama wife aku jumpa dengan Dr. Rusop. Oleh kerana boring aku bawa mereka jalan-jalan round satu UiTM. Lepas tu belikan air untuk menghilangkan dahaga. Oleh kerana dah letih menunggu umi, Arif tertidur. Tak lama kemudian, wife aku keluar dan kami bertolak balik ke Melaka.

Aku Tension Hari Nie

Aku tension hari ni. Buat itu tak kena. Ini tak kena. Kepala berserabut. Macam-macam benda nak fikir. Aduh....For sure seperti biasa duit gaji bulan nie memang tak cukup nak tampung semua expenses. Nasib baik Arif akan ditukarkan ke Tadika KEMAS yang mengenakan bayaran RM80 lebih murah dari harga sekarang. Ulfah still kat Tadika Seri Awan Suria. Projek jana wang wang dari internet masih dalam peringkat pembikinan. Banyak sungguh yang kena belajar especially promotion. Sekarang ini sedang merangkak bagai bayi baru lahir.

Internet kat opis pulak lembab macam siput sedut (siput babi lagi laju dari siput sedut). Tapi masalahnya sekarang kedua-dua siput tu memang lembab. Pastu kejap-kejap hang..hang..hang..Rasa nak campak cpu dari tingkat 5 bangunan nie. Tak boleh multipages (perkataan baru) pc nie. Nasib baik pc aku kat rumah tu laju. Tapi kadang-kadang sangkut jugak. Tapi takpe. Jarang sangat dia hang. Processor 2.8 RAM 7 ratus lebih. Ada graphic card lagi.

Laju macam mana pun tapi kalau tak menjana pendapatan dari internet tak guna jugak. Akan aku buktikan aku mampu dapat menjana wang dari internet dan seterusnya menjadi Internet Marketer berjaya yang hanya bekerja dari rumah. Aku mahu menjadi ayah dan suami yang bertanggungjawab. Wife aku banyak tolong aku sekarang ini. Aku akan balas setiap jasa yang dicurahkan. Tungguuu....

Kek Kali ke-2

Ulfah terperanjat sebab kami belikan dia kek kedua untuk sambutan harijadi yang ke-5. Pada mulanya kami beli kek pertama dan celebrate di rumah saja. Tapi idea telah datang untuk celebrate harijadi dia buat kali kedua di rumah mak. Kami beli ayamas 3 ekor dan kek (entah apa nama kek tu, lupa pulak) dan raikan Ulfah di rumah mak. Pada mulanya dia tidak tahu kek tu adalah kek harijadi dia. Wife aku minta sales lady tu tulis nama Ulfah besar-besar.

Bila kami sampai rumah mak dan ingin meraikan harijadi dia, dia punyalah gembira sebab dia cakap itu harijadi untuk semua orang kat rumah tu. Tapi bila buka kek dia terperanjat tengok nama dia ditulis besar. Dia shock. Mula nak menangis. Tak tahulah pasal apa. Mungkin terkejut sebab sebelum ni dah beli kek harijadi untuk dia. Dia tak sangka kek kedua ni adalah kek harijadi dia juga. Maybe dalam hati dia kek harijadi setahun sekali sahaja. Bukan 2 kali. Kami pujuk dia cakap kek ni adalah untuk harijadi dia dan untuk harijadi semua orang. Lepas tu baru dia ceria semula.

Untuk pengetahuan semua kami telah membeli mesin basuh baru yang kurang 1 sen RM1800. Bukan nak riak tapi memang nak tulis sebab inilah pengalaman hidup kami. Mesin basuh 13kg ini membolehkan aku membasuh toto. Mungkin salah aku sebab sebelum ini aku sumbat toto dalam mesin basuh 9kg. Mana tak jahanam mesin basuh tu. Selagi boleh, sumbat sampai muat. Tab mesin tu pecah. Motor elok lagi. Aduh....mistake...mistake.

Untuk pengetahuan semua kami telah membeli mesin basuh baru yang kurang 1 sen RM1800. Bukan nak riak tapi memang nak tulis sebab inilah pengalaman hidup kami. Mesin basuh 13kg ini membolehkan aku membasuh toto. Mungkin salah aku sebab sebelum ini aku sumbat toto dalam mesin basuh 9kg. Mana tak jahanam mesin basuh tu. Selagi boleh, sumbat sampai muat. Tab mesin tu pecah. Motor elok lagi. Aduh....mistake...mistake.

IELTS Test Di KL

Jumaat lepas kami sekeluarga ke KL, wife aku nak ambil test IELTS di IDP. Kami menumpang tidur di rumah abang Mie di Gombak. Dalam perjalanan aku beberapa kali menguap. Maklumlah lepas balik kerja terus jalan jauh. Sampai sana pukul 9 malam. Lepas berbual seketika, mata mula mengantuk yang amat. Aku terus masuk tidur. Isteri aku terus berbual dengan abang dia dan kakak ipar. Aku terus collapse.

Pagi, pukul 8 kami dah keluar rumah. Lepas hantar aku balik. Layan anak dan anak saudara aku. Pening jugak sebab mereka selalu bergaduh, kejap nampak ok tapi kejap lagi dah cakar mencakar. Nasib baiklah anak kedua aku tak fully invited dalam pergaduhan tu. Pukul 2 bersiap untuk pergi KLCC. Isteri aku tunggu kat sana. Dia ada test lagi pukul 4.30. Aku pun bertolak ke sana. Sampai KLCC aku terus parking. Orang punyalah ramai. Payah jugak nak cari isteri aku. Last sekali nampak dia kat entrance. Kami pergi makan KFC. Habis makan isteri aku nak masuk test balik sebab kena datang 1 jam lebih awal kat Wisma Selangor Dregging.

Terperanjat kami bila dapati kereta kami tiada di tempatnya. Aku mula panik. Isteri dah mula merungut. Marah-marah. "Betul ke abang parking kat sini" dia meminta kepastian. Aku cakap "Memang kat sinilah abang parking tadi. Tiang hijau 3B." aku cuba mempastikan. Memang betul, aku parking depan pintu 3B tiang hijau. Aku mula mengelabah. Isteri aku pun mula panik. Dah la dia nak cepat. Kereta pulak hilang. "Kalau macam ni, hantarlah Niza dulu, dah lambat ni. Nanti abg semula. Cari betul-betul" isteri aku dah mulai resah sebab dah lambat.

Kami pun keluar. Aku yang macam dah expert dengan jalan di KLCC terus membawa isteri ke Wisma Selangor Dregging. Tapi salah jalan pulak. Lagi la mengamuk isteri aku. Aku cakap sabar la. Jangan kalut. Kalau kalut lagi aku tak dapat fokus. Aku bertanya kepada penjual ais krim. Dia cakap WSG sebelah sana, bukan sini. Kami menuju ke arah yang ditunjukkan oleh penjual ais krim. Tak lama kemudian, nampak WSG. Lega hati aku. Isteri aku meneruskan perjalanan manakala aku dan anak-anak berpatah balik ke KLCC.

Aku turun ke tempat parking tadi. Sah dah takde kereta kami. Tiang hijau. Nombor 3B. Aku dah penat. Tiba-tiba aku teringat ada brother yang naik lif sama dengan aku masa datang tadi cakap "kita jalan-jalan dulu tingkat bawah". Dia sebenarnya nak ke tingkat atas jugak tapi ada orang yang hendak ke tingkat bawah parking. Dari situ aku mendapat klu. Aku pergi ke lif dan melihat penunjuk bagi setiap tingkat lif. Aku rasa sedikit lega melihat tingkat parking P1 berwarna hijau. Lalu aku terus naik lif bersama anak-anak aku. Penat jangan cakap, memang penat punya.

Aku tekan lif P2. Bila lif terbuka aku tengok tiang berwarna merah. Tapi tulisan 3B tetap sama. Aku masuk balik lif. Kali ni aku tekan P1. Dalam hati berharap agar kereta tak hilang. Bila keluar dari lif, alangkah leganya bila melihat kereta kami berada di tempatnya. Tiang hijau 3B. Rasa lenguh seluruh sendi. Dalam hati berkata " Alhamdulillah, syukur pada Allah. Aku ingat dah hilang tadi". Aku terus sms isteri aku. Minta maaf pada dia dan mengakui kecuaian aku terlupa di mana kereta diparking. Isteri aku membalas dengan mengatakan dia pun berasa lega dan meminta datang segera sebab dah habis test. Aku terkejut, "cepatnya".

Yang aku pelik, penunjuk parking kereta menunjukkan tiang tingkat P3 sepatutnya berwarna biru. Tapi bila aku cek, tiang dia berwarna hijau. Tu yang aku pelik sangat. Agaknya orang yang cat tiang tu buta warna agaknya. P1 dah warna hijau, P2 warna merah, so sepatutnya P3 warnakanlah dengan biru seperti dalam petunjuk. Ini diwarnakan hijau. Nak pengsan aku disebabkan kekeliruan ini. Aku terus ambil isteri aku dan kembali semula ke rumah abang Mie.

Malam tu aku dan isteri berbual dengan tuan rumah seperti biasa. Topik berkaitan dengan kejadian siang tadi. Tak semena-mena Arif menghampiri tv dan dia terus tarik tv tu jatuh ke lantai. Kami amat terkejut dan terperanjat. Siapa sangka budak sekecil tu boleh tarik tv hingga jatuh ke lantai. Nasib baik tv tak timpa Arif. Alhamdulillah tv tak pecah. Kami bersyukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Ujian Allah Lagi

Aku start motor untuk balik selepas menunaikan solat Isyak di Masjid MITC. Sampai depan Depan Balai Polis Ayer Keroh, terdengar bunyi tayar bocor. Alamak, baru tukar tayar dah bocor. Aku terus balik rumah tapi bawak slow-slow takut jahanam tayar baru tu. Sampai rumah aku cakap pada isteri aku tayar bocor. Dia pun mengeluarkan andaian-andaian yang aku tak boleh terima. Menyesal aku cakap. Tapi takpe la. Esok aku tampal.

Esoknya wife aku ajak pergi Zoo Melaka. Ok jugak tu. Nak release tension. Asyik tengok pc je. Sakit kepala aku. Sebelum masuk zoo nak beli sedikit makanan. Mintak keropok RM1 kat budak yang jual makanan di tempat parking kereta tu. Dengan nada sombong dia cakap "Tak jual RM1, kalau nak keropok ini bayar RM2. Ewah.... cantiknya bahasa. Terus kami blah dari situ. Si penjual bagaikan terkena kejutan letrik kehilangan pelanggan sekelip mata.

Tiket zoo berharga RM7 bagi dewasa dan RM4 bagi kanak-kanak 5-12 tahun. So semuanya berjumlah RM18. Arif jugak yang untung sebab masuk free. Masuk zoo first sekali tengok alligator dalam cermin kaca. Lepas tu layan parrot, beruk, keldai, badak sumbu, burung unta, rusa, siamang, kelawar, kancil, kerbau afrika, layan kedai makan, makan cendol, nasi lemak, abc, kemudian sambung layan kuda. Wife aku naik kuda. Bayar RM3 sorang. Pusing satu round je. Tak berbaloi.

Kemudian kami layan zirafah, lembu lepas tu dah penat patah balik. Tak larat nak jalan lagi. Nak keluar dari zoo. On the way keluar layan kuda belang dan rusa. Lepas tu sekali lagi layan A&W. Lepas tu kami balik rumah. Petang try pergi tengok kedai moto. La... dah tutup rupanya padahal baru pukul 5 lebih. Tokei kedai cakap semalam kedai tutup pukul 7 petang. Nak tak nak hari Isnin aku pergi tampal tayar. Alahai........

Bulan Paling Banyak Ujian

Nasib agak malang bulan ini, bulan Jun 08. Apa lagi kalau bukan masalah kewangan. Memang betul-betul teruja dan teruji. Setelah ditolak perbelanjaan (walaupun ada lagi yang belum ditolak), baki tinggal RM163 padahal baru 2 Jun. Aduh pening...memang pening. Memang sakit. Tak pernah rasa macam ni punya sempit.

Dengan kenaikan harga minyak petrol, buku sekolah anak, tayar motor dah botak dan terpaksa tukar dan banyak lagi perkara lain yang kena bayar (saja aku tak nak sebutkan di sini sebab terlalu banyak). Tengah bulan nak pergi KL. Wife cakap nak balik kampung jugak pertengahan bulan Jun ni. Lepas tu dia cakap nak pergi Kelantan. Aduh, bisa masuk wad bersalin aku ni. Semuanya berkumpul menjadi satu ujian yang hebat kepada aku.

Aku mengharapkan agar aku dimurahkan rezeki oleh Allah bagi menampung keperluan hidup yang semakin terdesak ini. KepadaNya aku berserah dan berusaha sedaya mungkin bagi mengatasi kemelut ini.