Jumaat lepas kami sekeluarga ke KL, wife aku nak ambil test IELTS di IDP. Kami menumpang tidur di rumah abang Mie di Gombak. Dalam perjalanan aku beberapa kali menguap. Maklumlah lepas balik kerja terus jalan jauh. Sampai sana pukul 9 malam. Lepas berbual seketika, mata mula mengantuk yang amat. Aku terus masuk tidur. Isteri aku terus berbual dengan abang dia dan kakak ipar. Aku terus collapse.
Pagi, pukul 8 kami dah keluar rumah. Lepas hantar aku balik. Layan anak dan anak saudara aku. Pening jugak sebab mereka selalu bergaduh, kejap nampak ok tapi kejap lagi dah cakar mencakar. Nasib baiklah anak kedua aku tak fully invited dalam pergaduhan tu. Pukul 2 bersiap untuk pergi KLCC. Isteri aku tunggu kat sana. Dia ada test lagi pukul 4.30. Aku pun bertolak ke sana. Sampai KLCC aku terus parking. Orang punyalah ramai. Payah jugak nak cari isteri aku. Last sekali nampak dia kat entrance. Kami pergi makan KFC. Habis makan isteri aku nak masuk test balik sebab kena datang 1 jam lebih awal kat Wisma Selangor Dregging.
Terperanjat kami bila dapati kereta kami tiada di tempatnya. Aku mula panik. Isteri dah mula merungut. Marah-marah. "Betul ke abang parking kat sini" dia meminta kepastian. Aku cakap "Memang kat sinilah abang parking tadi. Tiang hijau 3B." aku cuba mempastikan. Memang betul, aku parking depan pintu 3B tiang hijau. Aku mula mengelabah. Isteri aku pun mula panik. Dah la dia nak cepat. Kereta pulak hilang. "Kalau macam ni, hantarlah Niza dulu, dah lambat ni. Nanti abg semula. Cari betul-betul" isteri aku dah mulai resah sebab dah lambat.
Kami pun keluar. Aku yang macam dah expert dengan jalan di KLCC terus membawa isteri ke Wisma Selangor Dregging. Tapi salah jalan pulak. Lagi la mengamuk isteri aku. Aku cakap sabar la. Jangan kalut. Kalau kalut lagi aku tak dapat fokus. Aku bertanya kepada penjual ais krim. Dia cakap WSG sebelah sana, bukan sini. Kami menuju ke arah yang ditunjukkan oleh penjual ais krim. Tak lama kemudian, nampak WSG. Lega hati aku. Isteri aku meneruskan perjalanan manakala aku dan anak-anak berpatah balik ke KLCC.
Aku turun ke tempat parking tadi. Sah dah takde kereta kami. Tiang hijau. Nombor 3B. Aku dah penat. Tiba-tiba aku teringat ada brother yang naik lif sama dengan aku masa datang tadi cakap "kita jalan-jalan dulu tingkat bawah". Dia sebenarnya nak ke tingkat atas jugak tapi ada orang yang hendak ke tingkat bawah parking. Dari situ aku mendapat klu. Aku pergi ke lif dan melihat penunjuk bagi setiap tingkat lif. Aku rasa sedikit lega melihat tingkat parking P1 berwarna hijau. Lalu aku terus naik lif bersama anak-anak aku. Penat jangan cakap, memang penat punya.
Aku tekan lif P2. Bila lif terbuka aku tengok tiang berwarna merah. Tapi tulisan 3B tetap sama. Aku masuk balik lif. Kali ni aku tekan P1. Dalam hati berharap agar kereta tak hilang. Bila keluar dari lif, alangkah leganya bila melihat kereta kami berada di tempatnya. Tiang hijau 3B. Rasa lenguh seluruh sendi. Dalam hati berkata " Alhamdulillah, syukur pada Allah. Aku ingat dah hilang tadi". Aku terus sms isteri aku. Minta maaf pada dia dan mengakui kecuaian aku terlupa di mana kereta diparking. Isteri aku membalas dengan mengatakan dia pun berasa lega dan meminta datang segera sebab dah habis test. Aku terkejut, "cepatnya".
Yang aku pelik, penunjuk parking kereta menunjukkan tiang tingkat P3 sepatutnya berwarna biru. Tapi bila aku cek, tiang dia berwarna hijau. Tu yang aku pelik sangat. Agaknya orang yang cat tiang tu buta warna agaknya. P1 dah warna hijau, P2 warna merah, so sepatutnya P3 warnakanlah dengan biru seperti dalam petunjuk. Ini diwarnakan hijau. Nak pengsan aku disebabkan kekeliruan ini. Aku terus ambil isteri aku dan kembali semula ke rumah abang Mie.
Malam tu aku dan isteri berbual dengan tuan rumah seperti biasa. Topik berkaitan dengan kejadian siang tadi. Tak semena-mena Arif menghampiri tv dan dia terus tarik tv tu jatuh ke lantai. Kami amat terkejut dan terperanjat. Siapa sangka budak sekecil tu boleh tarik tv hingga jatuh ke lantai. Nasib baik tv tak timpa Arif. Alhamdulillah tv tak pecah. Kami bersyukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
No comments:
Post a Comment