Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Jumpa Bakal Supervisor

Hari Jumaat lepas aku dan wife serta anak-anak pergi ke Shah Alam. Bertujuan untuk berjumpa dengan bakal supervisor PhD wife aku, Prof Madya Dr. Mohamad Rusop di UiTM Shah Alam. Sebelum bertolak kami bersarapan. Sampai di Shah Alam pukul 11 lebih. Temujanji dengan Dr. Rusop pada pukul 3 ptg. Wifw aku menelefon kawan dia yang sama-sama pergi BTN tempohari. Dengan bantuan kawan dia, kami mencari rumah sewa di sekitar UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, masih banyak rumah yang kosong.

Pukul 3 petang, kami berjumpa dengan Dr. Rusop. Aku tak masuk dalam center dia sebab ada anak-anak. Anak-anak aku pantang tengok buku, komputer, pen, kertas. Semua dorang nak. Aku bawa mereka berdua duduk di meja makan hadapan cafe UiTM. Layan kerenah mereka. Agak lama wife aku jumpa dengan Dr. Rusop. Oleh kerana boring aku bawa mereka jalan-jalan round satu UiTM. Lepas tu belikan air untuk menghilangkan dahaga. Oleh kerana dah letih menunggu umi, Arif tertidur. Tak lama kemudian, wife aku keluar dan kami bertolak balik ke Melaka.

2 comments:

  1. Anonymous1:36 AM

    Salam En Azari,

    Tumpang tanya pasal SV PhD wife kat Uitm. Saya bercadang nak buat dengan dia juga. Boleh tak kasi email wife en so boleh la contact..tau tak kat mana rumah sewa murah kat shah alam?

    ReplyDelete
  2. Email wife nizaidris@utem.edu.my
    Saya dah pergi ke Shah Alam nun dn try cari rumah sewa. Agak mahal jugak. Tak tau la mana boleh dapat rumah sewa murah kat Shah Alam tu. Cuba try tanya kawan2 kat sana.

    ReplyDelete