Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Apa erti merdeka? Kau tahu? Aku tak tahu sebab aku dilahirkan selepas merdeka. Yang aku tahu sambut merdeka. Itu pun masa zaman kanak-kanak. Sekarang ni nak suruh sambut merdeka, alahai pukul 10 malam aku dah masuk tidur. Malas aku nak tengok orang terpekik terlolong jerit merdeka! merdeka!. Lepas tu tembak bunga api. Hangus duit rakyat. Bukan murah bunga api tu. Cecah ratus ribu. Sambutan untuk malam merdeka tu pun makan berjuta. Aku rasa otak dorang letak kat kepala lutut kot. Atau kat tapak kaki. Bestnya membazir. Yang kena bayar cukai temasuklah aku, wife aku, dan orang-orang yang bekerja. Baik mati je daripada merdeka. Menyusahkan rakyat. Gambar kat atas tu tunjuk orang yang merdeka dengan hisap dadah. Apasal tak suntik terus kat kepala je. Biar lekas mati. Hidup pun menyusahkan orang.

Lepas malam merdeka, dataran merdeka dipenuhi dengan botol arak, kondom, tin arak, sampah sarap, bra dan sebagainya. Ini baru betul merdeka. Merdeka versi Iblis dan Syaitan Latnatullah. Lepas tu esoknya berpuasa. Konon puasa tapi tak solat. Confirm reject. Bagi aku merdeka sekarang tak macam dulu. Dulu orang eager nak kibar bendera tapi sekarang nak kibar pun tunggu yang free punya atau tak kibar langsung. Roh merdeka sudah hilang. Siapa yang hilangkan? Lu pikirlah sendiri. Assalamualaikum.

Cerita Medical Check Up

Hari Jumaat kami pergi ke Hospital Pantai untuk buat medical check-up. Orang tak la ramai. So senanglah daftar dan ambil darah, urine, timbang badan, ukur tinggi, uji mata dan sebagainya. Malangnya doktor kurang pada pagi itu. Tapi nasib baik ada doktor yang bertugas untuk check kami tapi sebelah petang. Agak leceh jugak kerana masa terbuang pada sebelah pagi. So pukul 3 kali pergi lagi ke Hospital Pantai. Nak jadi cerita, lepas Dr. tu check isteri aku, dia kata ada something kat badan wife aku. Dia suruh isteri aku buat ultra sound. Alamak...apa pulak penyakit ni.

Lepas jumpa pakar kat tingkat satu, dia cakap itu normal dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Lepas tu kena bayar RM60. Apa ni! Ni semua mesti pasal Dr. yang suruh pergi jumpa pakar nie. Dia memang tak profesional. Masalah wanita tapi tak tahu nak solve. Dah rugi RM60. Buat satu lagi test pun, pakar lain yang merawat wife aku cakap memang takda apa-apa. Jangan risau. Ini menambahkan lagi kebengangan terhadap Dr. kat Emergency Dept. tu. Lepas tu aku dan anak-anak disuruh datang pada Hari Rabu. La hari Rabulah pulak. Alasan dia, banyak kes emergency. Maka pulanglah kami dengan perasaan terhina. Cheh!

Banyaknya Borang

Aku pening untuk mengisi borang untuk apply visa. Setiap borang visa ada 20 muka surat. Maknanya kalau empat orang kena isi 80 helai mukasurat. Mati ooo.. Tapi bukan semua kena isi. Yang takde kaitan tak payah lah isi. Tapi soalan dia pelik-pelik. Macam-macam ditanya. Kena cari dua orang penjamin pulak. Ni yang aku lemah ni. Aku akan cuba minta kakak aku jadi penjamin. Kena buat semua nya dengan kadar yang cepat. Takut nanti terlewat untuk diproses.

Hari Khamis minggu ni nak pergi buat medical check up dan nak buat passport antarabangsa. Duit semua tu. Mak aku semakin sihat aku tengok. Dia dah boleh angkat tangan dan kaki sedikit. Alhamdulillah. Minggu ni kena pergi lagi jumpa Hj. Mazlan di Jasin nun. Kena urut lagi untuk hilangkan angin ahmar tu. Gaji pulak belum masuk lagi. cepat la masuk. Banyak benda aku nak bayar ni. Kena settlekan semuanya dalam bulan puasa ni.

Dia Ingat Aku Staf Hospital

Semalam pukul 10.30 am kakak aku call cakap mak aku masuk wad sebab mengadu lemah sebelah badan. Aku masa tu kat ofis. Dalam pukul 10.45 am aku keluar pergi hospital. Tak jauh. Cuma 5-6 minit je dari ofis. Sampai hospital, nampak abang aku. Dia minta aku daftarkan borang masuk wad. Aku pun daftarkan untuk mak aku. Lepas tu aku jumpa mak. Aku tengok dia lemah. Tak terdaya nak angkat muka. Cakap pun dah tak berapa jelas. Aku tunggu sampai pukul tengahari. Wife aku datang pukul 12.45pm. Lepas makan dengan isteri aku, aku ke Masjid Al Azim untuk solat Jumaat.

Balik dari solat mak aku masih lagi di bahagian kecemasan. Tak masuk wad lagi sebab wad dah penuh. Isteri aku jumpa mak sekejap. Dia kemudian nak ke ofis sebab ada hal yang perlu dibereskan. Bila sampai ke kereta, aku tengok ada satu wira sedan sedang melintang belakang kereta aku. Aduh...macam mana nak keluar ni. Tunggu punya tunggu, tuan punya kereta tak muncul-muncil. Aku mulalah sakit hati. Takkan dia tak tahu tak boleh parking belakang kereta lain. Even aku staf hospital, memang tak boleh sebab staf pun kadang kala nak keluar juga sekiranya ada keperluan mendesak. Nak je aku calarkan JSJ 5496 tu. Tapi aku masih sabar.

Lama jugak tunggu. Lebih satu jam. Isteri aku dah panas. Dia kena siapkan soalan dan keperluan lain hari tu juga sebab minggu depan dah nak cuti untuk balik kampung. Aku cuba dapatkan bantuan Abg Mat, suami sepupu aku yang kerja kat hospital tu. Aku minta dia panggil staf yang parking kereta depan kereta aku supaya alih sekejap kereta dia bagi membeolahkan aku keluarkan kereta ikut jalan hadapan. Malangnya staf tu tiada kat hospital. Mungkin dia keluar bertugas naik ambulan atau kenderaan lain. Akhirnya pandu jugak ke depan walaupun ada tiang plastik oren menghalang. Abg Mat dan kawan-kawan dia tolong pijak tiang tu dan kereta aku lalu di atasnya. Syukurlah lepas. Tak tersangkut kat bahagian bawah. Alhamdulillah.

Apa Ada Atas Meja

Beginilah rupanya meja aku kat ofis koro ni. Diambil menggunakan camera DSLR jenis Infra Red yang dipinjam dari orang sebelah aku ni : mamantaro sweet moments, seorang lecturer Managament Information System (MIS) lulusan UIA yang benci dengan subjek sendiri iaitu subjek Database. Dia prefer subjek fotografi dan memang minat benda-benda yang berkaitan dengan fotografi. Sebut je fotografi pasti cepat dia bagi respon. Hari tu aku bagi tau kat library ada buku baru bertajuk Light for Potrait Photography. Petang hari aku tengok buku tu dah ada atas meja dia. Efektif sungguh. Subjek lain hampeh. Dia memang tak suka tapi terpaksa mengajar walau tak suka.

Cuba tengok meja aku tu. Bersepah. Kertas putih tu attandance student elektronik sem 1 subjek Asas Komputer. Pc buruk Pentium 3 Windows 98 (nak cakap pun segan bab pc ni) RAM 128 (lagi segan), Terhegeh-hegeh dan lembab. Open just three applications it might be hang dan masa tu rasa nak buang dari tingkat lima bangunan ni. Keyboard acer, monitor compaq, CPU cap ayam. Buku-buku yang tersusun kat hujung tu terdiri daripada buku Perlembagaan Malaysia (entah siapa punya entah), buku Terminologi Lengkap Perkakasan Komputer, buku Sistem Komputer dan Aplikasi, buku MS-DOS Command Line, kamus BI, buku Dare to Fail, majalah Campus Inc, majalah Haluan, majalah Wanita, buku Research Methods dan pelbagai kertas yang menyemak turut menghiasi meja aku.

Cover cermin kereta tu aku dapat masa beli laptop. So aku tampal kat situ. Ada lagi satu kat rumah. Nampak tak botol air yang tersorok kat tepi monitor tu. Itulah botol air soya recycle yang diisi dengan air Dr. Sukida yang disubcribe dalam ofis ini dan aku serta staf yang lain dikehendaki membayar sebanyak RM5 sebulan pada tukang kutip duit. Tukang kutip duit bertanggungjawab memastikan pantry dipenuhi dengan bahan-bahan makanan seperti gula, coffee mate, nescafe, teh, biskut dan lain-lain lagi. Tukang kutip duit ialah Ketua Jabatan Perakaunan. Fyi, staf multimedia dan akaun ditempatkan dalam satu bilik.

Itulah serba sedikit info meja aku. Satu lagi, meja aku tu takde kunci. Dah lesap. So sesiapa saja boleh kebas barang-barang dalam tu. Kebas la, aku tak kisah. Dalam tu ada tisu dari kantin bawah, pensil, pen, marker white board dan ink, cop pensyarah dan artline, sudu dan garfu plastik, nescafe yang bawa dari rumah, borang keluar masuk kolej, cd assignment student, tie, recycle paper, buku peraturan akademik, buku Malam Pertama Di Alam Kubur dan lain-lain lagi benda kecil-kecil. Malas aku nak explain.

Petua kebahagiaan rumahtangga

Berikut adalah Petua 8P untuk kebahagiaan rumahtangga:

1. PUJI - Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. PELUK - Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. PENGHARGAAN - Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. PERHATIAN - Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. PERSEFAHAMAN - Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. PERGAULAN - Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. PERCUTIAN - Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

8. PERMOHONAN - Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Handset Baru ! Yahoo

Gambar di sebelah menunjukkan handset yang baru dibeli oleh wife aku hari Isnin lalu. Agak canggih dan lebih tinggi darjatnya dari handset aku. Tapi aku suka handset aku. Sebab isteri aku yang belikan. Terima kasih sayang. Aku guna handset pun untuk calling2 dan jawab calling je. Lepas tu hantar mesej. Tu je. Tak reti aku nak surf internet via handset atau buat video conferencing. Nantilah kalau aku ada rezeki nanti aku beli iphone kat UK.

Round satu dua kedai je dah tertarik untuk beli model ni. Aku agree je kalau handset tu sesuai dan wife aku suka. Aku tak membantah. Beli cash. Masa nak keluar duit beratur belakang lelaki cina. Punya la lama dia mengadap ATM tu. Duit yang dia keluarkan banyak pulak tu. Lepas satu kad, satu kad lagi dikeluarkan. Aku cakap bila nak habis ni. Banyaknya duit dia. Kad RHB la, Maybank la, CIMB la, Hong Leong la. Aku nampak sendiri. Lepas dah dikeluarkan dia terus masuk kedai pajak gadai. Tak tau la dia nak buat apa dengan duit banyak tu. Ditinggalkannya slip ATM tu bersepah kat situ.

Aku tengok satu-satu slip tu. Setiap satu yang dikeluarkan tidak kurang RM500. Banyak tu. Aku rasa dalam RM4-5 ribu kot. Lepas tu giliran kami draw tapi duit tak boleh keluar. Terpaksalah aku menapak cari ATM CIMB yang agak jauh dari situ sementara wife aku tengok-tengok tudung di kedai berhampiran. Lepas dah dapat duit kami pergi kedai tadi. Handset lama di tread in. Dapatlah RM130. Syukur. Ingatkan kedai tu nak amik RM50 je. Cover merah putih takde. Dah habis. Isteri aku punyalah frust. Cover putih dan merah tu lagi lawa dari hitam tu. Abih tu dah takde, nak buat macam mana. Lepas tu kami masuk kerja semula hingga petang. Balik rumah, Ulfah sibuk nak main handset baru umi dia.

Ingatkan konsert nasyid.

Semalam isteri aku terlibat dengan perarakan pensyarah. Aku duduk rumah dengan anak- anak. Pukul 12.30 aku pergi kat tapak ekspo cari makanan. Aku order mee sup dan kami makan sementara tunggu umi budak-budak nie keluar dari dewan MITC. Orang takde la ramai sangat. Boleh tahan la. Bila isteri aku sampai, kami merayau-rayau sekitar ekspo. Tak banyak benda yang dibeli. Isteri aku beritahu ada konsert nasyid pada malam nanti. Dia bercadang supaya pergi malam sebab ada konsert nasyid Raihan. Aku pun ok je. Malam tu lepas Isyak, kami pergi semula ke tapak ekspo. Maklumlah rumah dekat dengan MITC. Tak sampai 5 minit dah sampai tapak ekspo semula.

Malam ni ramai juga pengunjung. Lebih ramai dari siang hari. Dipenuhi dengan kebanyakannya student-student UTeM sendiri serta ibu bapa dan orang-orang sekitar Ayer Keroh. Buka je pintu kereta, bukannya konsert nasyid yang kedengaran tapi konsert bangang yang sedang berlangsung. Aku cakap kat isteri, mananya konsert Raihan? Isteri aku terpinga sebab ada yang memberitahu dia bahawa Raihan yang akan datang.

Kami tak memperdulikan konsert tu. Tumpuan beralih ke gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan. Singgah di kedai tudung. Wife aku beli 2 tudung, satu untuk emaknya dan satu untuk emak aku. Terima kasih sayang. Lepas tu kami merayau lagi ke kedai-kedai lain. Tak ada apa yang menarik. Kami pun terus ke gerai makanan. Order 1 nasi ayam untuk Ulfah sebab dia nak makan sangat. Nasi ayam agak mahal. RM4 sepinggan. Kami tak makan. Isteri aku pergi beli nasi lemak dan nasi ayam di kedai lain untuk dibawa balik. Kedengaran suara Dina (rancangan apa ek....Malaysian Idol ke Malaysian Bendul) sedang buat lawak bodo atas pentas.

Memang aku tak suka situasi ini. Ramai jugak penonton yang tengok aksi dia ni. Orang macam nie pun boleh dijemput oleh pengurusan universiti untuk buat persembahan. Tak sesuai langsung bagi pelajar universiti dan yang paling memalukan ialah mak ayah yang turut datang. Apa kata mereka tentang budaya konsert yang diterapkan oleh universiti tempat anak-anak mereka menuntut ilmu. Sungguh tak sesuai dengan taraf menara gading.

Konvo Macam Jom Heboh

Hari ni hari konvokesyen bagi student-student Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diadakan secara langsung terus menerus dari Melaka International Trade Centre (MITC). Wife aku terlibat untuk perarakan besar pensyarah. Aku terlibat jugak. Menjadi juruteman anak-anak aku yang confirm nak round satu tapak pesta konvo. Khemah-khemah jualan bagaikan cendawan tumbuh selepas rain. Macam jom heboh. Masa aku balik kerja aku lalu kat situ. Memang hebat la. Siap setting gelanggang futsal.

Kepala aku dah tak sakit macam hari tu. Dah ok dah. Cuma poket je sakit. Padahal baru 9 hb. Hari tu pasang water purifier kat skola arif. Sedekah kat dorang memandangkan kat skola dia tu takde penapis air. Isteri aku yang belikan. Aku tukang pasang. Kalau aku yang belikan, aku juga jadi tukang pasang. Lepas pasang, test air dia. Wow! no clorine. That is fantastic! Mengarut aku ni. Macam tak penah rasa air takde klorin. Kat rumah aku tu lagi la. Dua biji tapis pulak tu. Satu yang besar macam peluru berpandu jenama "FIRST" (kat luar rumah) dan satu lagi besar macam pelancar roket mini ala ala mortar jenama "RX Water Filter" (kat dalam rumah). Si pelancar roket nie lagi mahal dari peluru berpandu tu.

Semalam pergi Mydin 24 Bazaar. Beli keperluan harian. Pergi pukul 10 malam. Orang bapak punya ramai. Songkok, baju melayu, baju kurung , tudung untuk persiapan raya dah mula dijual. Takde mood aku nak buat baju raya. Sama je setiap tahun. Hari raya tahun nie aku nak cipta rekod pakai baju pagoda pagi raya. Tapi masalahnya aku raya kat kg wife aku. Kalau raya kat kampung aku, sure aku pakai pagoda. Tension bila nak bayar kat kaunter tu. Punyalah panjang kena beratur. Aku setting masa nak tengok sampai bila aku kena beratur. Sampai depan kaunter genap setengah jam. Korang bayangkan setengah jam berdiri dan beratur hanya untuk bayar. Hai Mydin...Mydin.

Lama tak berblog

Dah agak lama aku tak berblog. Macam-macam masalah timbul. Hari ini aku sakit kepala sebelah kanan. Hari tu sakit sebelah kiri tapi satu hari je. Sakit sebelah kanan nie dah masuk hari ketiga tak baik-baik. Nanti aku nak try makan uphamol sebab hari tu masa sakit sebelah kiri aku terus makan benda tu, ok pulak. So balik kerja nanti aku makan. Hari tu aku pergi Jabatan Pendaftaran untuk renew sijil lahir aku yang dah buruk macam kain buruk. Memang buruk. Huruf pun sukar nampak. Lepas renew dan bayar RM5 aku dapat yang baru. yeye. Baru macam anak-anak aku punya sijil lahir. Aku buat untuk wife sekali tapi kena tunggu dua minggu baru siap sebab wife negeri lain. Negeri lain lambat sikit siap sebab diaorang nak faks ke sana.

Bila aku keluar, aku nampak seorang ayah suruh anak perempuannya yang berumur kira-kira 7 tahun ambil tin aluminium yang ditinggalkan orang di tepi pasu bunga. Aku terkedu seketika. Aku tak tahu nak cakap apa. Bagus juga sebab boleh jual tapi rasa kesian pun ada. Bagus juga sebab tolong membersihkan pandangan tapi rasa terhina dipandang oleh bangsa lain pun ada. Tak taulah. Aku terus balik ke rumah sebab aku cuti hari tu. Rasa sakit badan sebab baru balik dari kampung. Penat mamandu tak hilang lagi.

Semalam aku dan isteri pergi Bank Rakyat untuk tandatangan surat perjanjian refinance rumah kami. Kena buat cepat-cepat sebab takut tak sempat. Bulan 10 insyallah dah nak berangkat. Takut tak sempat. Aku pula kena cari duit untuk passport dan visa. Aduh. Pening jugak dibuatnya. Tapi, tak tahulah fakulti nak lepaskan ke tidak wife aku bulan 10 ni. Kalau tak jadi alamatnya kena pergi bulan 12. Tapi bagus jugak. Dapat aku kumpul duit.