Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Selamat Hari Jadi

Selamat Hari Jadi kepada isteri tersayang, anak lelaki aku dan aku. Kami bertiga punya tarikh lahir memang dekat. Anak lelaki aku 25 Jan, isteri aku 31 Jan dan aku 2 Feb. So selamat hari jadi kepada kami. Memandangkan takde ucapan dari sesiapa pun, maka kami ucapkan kepada diri kami sendiri....hehehe. Kesian anak perempuan aku, tarikh lahir dia 18 Jun. So dia sambut sorang-sorang.

Sorry lah, aku kurang post minggu nie sebab nak buat majlis kesyukuran. Insyallah minggu depan, aku akan aktif seperti biasa. Banyak kerja nak buat nie. Nak pergi beli barang-barang raw material, nak sediakan bahan-bahan untuk masak, nak basuh pinggan mangkuk, nak kemas rumah dan sebagainya. Tetamu yang bakal hadir kira-kira 8000 1/2 juta orang.

Ok lah, nak tido dulu. Baru lepas potong rangka ayam. Mengantuknya....dah pukul 3 pagi dah nie. Sempat lagi buat post mengarut nie....hehehe...bye.

Gadis Melampau Menerima Padah

Menurut majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keIslaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.

Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya. Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tuaitu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Baca seterusnya di armysyaz

Bila Nak Buka Kedai Ni?



Tunggu hingga pintu buka...heheheh

Source : Krenmaut


Kura-Kura vs Kancil Versi Baru

Suatu hari Kura Kura dan Kancil berdebat tentang siapa yang lebih cepat. Mereka menyetujui jalur tertentu untuk bertanding dan mulailah mereka bertanding. Sang Kancil melesat dengan cepat dan setelah merasa jauh melampaui Kura Kura dia berhenti sejenak dibawah pohon untuk beristirahat sebelum memulai lagi perlombaannya.

Sang Kancil terduduk dibawah pohon dan akhirnya tertidur. Dan Kura Kura berhasil melampauinya dan keluar sebagai juara. Sang Kancil terbangun dan mendapatkan dirinya kalah didalam perlombaan tersebut. Maksud dari cerita ini adalah :mereka yang lambat, apabila konsisten, akan dapat memenangkan pertandingan

Ini adalah cerita yang biasa kita dengar sejak masa kecil.Baru baru ini seseorang bercerita versi baru yang lebih menarik.Rupanya ceritanya bersambung ……….

Sang Kancil sangat kecewa dengan kekalahannya lalu melakukan analisis penyebabnya. Dia sadar bahwa dia kalah karena terlampau percaya diri, kurang hati hati dan terlena. Kalau saja dia bisa lebih waspada maka tidaklah mungkin Kura Kura bisa mengalahkannya. Lalu ditantangnya lagi Kura Kura tersebut untuk melakukan lomba ulang yang disetujui oleh Kura Kura Dan kali ini, sang Kancil menang mutlak karena dia berlari tanpa henti
Versi Bahasa Indonesia

Baca maksud cerita di atas di mirianto.com

Pengganas Yahudi Yang Celaka Lagi Haram

1) Satu dunia sedang 'bising' dengan keangkuhan dan kegilaan PENGGANAS YAHUDI di negara syaitan Israel yang dengan rakusnya MEMBUNUH, MEMBAHAM dan MEMBELASAH si lemah rakyat Palestin di Tebing Gaza.

2) Kita di Malaysia juga sedang geram dan benci melihat malapetaka yang hakikatnya sedang mendapat 'sokongan dan semangat' daripada Amerika Syarikat selaku sahabat karib kerajaan Israel.

3) Ada yang melakukan demonstrasi secara besar-besaran bagi melempiaskan perasaan sedih mahupun meluat terhadap rejim Zionis yang kelihatannya tidak ubah seperti sejarah Nazi di Jerman dahulu.

4) Maka kelihatanlah bendera Amerika dan Israel dibakar hangus, patung-patung Presiden George Bush dan Perdana Menteri Ehud Olmert dihentam lalu diapikan dan aneka kain rentang dengan disertai pekikan celaan sebagai tanda protes kepada tindakan PENGGANAS YAHUDI terhadap rakyat Palestin. Semuanya kelihatan bersemangat umpama pejuang jihad yang tidak takut mati dan sungguh sayangkan rakan-rakan nun jauh di bumi Palestin itu.

Baca seterusnya di Inspirasi1982

Alkisah TARA

Sekembalinya dari mengutip ufti dari negara-negara bawah jajahannya, Datuk Lakasmana Ganesh beserta 100 hulubalang singgah di sebuah pulau berhampiran Majapahit.

Pulau besar yang tiada berpenghuni itu sejak zaman-berzaman terbiar tanpa pembangunan. Seluruh pulau itu dijelajahinya, tiada apa pun yang ditemui selain hutan belantara, semak samun dan binatang-binatang hutan...

Sesampainya dia ke Majapahit dipersembahkanlah hal ini kepada Sultan Sri Wijaya...

Datuk Laksamana: "Tuanku, patik rasa ada elok juga kalau itu pulau kita kasi jajah sama dia?"

Sultan: "Sapa ada sana?"

Datuk Laksamana: "Tara sapa"

Sultan: "Apa nama itu pulau?"

Datuk Laksamana: "Tara tau"

Sultan: "Sana ada orang?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Rumah?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Sign-Board?"

Datuk Laksamana: "Tara"

Sultan: "Apa pun tara?"

Datuk Laksamana: " Hutan ada la, Lain suma tara..."

Sultan: "Okey kalu itu macam kita ambil ini pulau, pasal suma pun tara dekat situ kita kasi dia nama 'SUMATARA'."

Begitulah ceriternye asal usul nama pulau Sumatara yang sekarang dipanggil PULAU SUMATERA...

Source : Cerita Komedi

P. Ramlee

Siapa tak kenal P Ramlee?

Dia pelakon, penyanyi, komposer, pengarah,pelawak, penulis skrip dan banyak lagi...

Dia Seniman Agung.

Semua orang tahu itu.

Semua bangsa tau...

Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik beradik?

Tiga daripadanya adalah artis.

Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh Prof Dr Ghazali Sumanteri, seorang pakar sejarah.

Berikut adalah nama adik-beradiknya: A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee, F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee, O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee.

Yang jadi artis cuma A Ramlee, L Ramlee dan P Ramlee. Sekian terima kasih. Alfatihah

Source : Cerita Komedi

Ikan Kepala Buaya



Source : youtube

Amazing pictures on dusty cars






Buat lukisan atas kereta yang berhabuk.

Lihat lukisan seterusnya di garcya.us

Tips Memilih Kasut

# Pilih kasut selesa atau bersesuaian dan bukan untuk bergaya atau cantik semata-mata. Kesilapan memilih kasut merosakkan mood dan gaya si pemakai.

# Tentukan saiz anda. Jika anda menggunakan saiz 9, jangan sesekali menggunakan saiz lebih kecil atau besar kerana ia memberi kesan kepada kaki. Saiz kecil membuatkan kulit sakit dan kesan lain kepada tubuh dalam tempoh jangka panjang.

# Kajian mendapati 80 hingga 90 peratus orang dewasa di Malaysia menderita akibat sakit kaki. Sesetengah menderita masalah kaki serius seperti sindrom kaki diabetik atau reumatisme. Ini berpunca daripada memilih kasut yang tidak sesuai dengan bentuk kaki.

# Jika anda mempunyai kaki pengkar atau kaki bengkok ke dalam, pastikan kasut dipilih tidak memberi kesan kepada anggota badan lain. Dapatkan nasihat pakar kasut sebelum memilih kasut.

# Simpan di rak yang bersesuaian untuk mengelak habuk pada kasut. Sesetengah orang akan menyimpan kasut di tempat tertutup sama ada dimasukkan ke dalam kotak sebelum disimpan di atas rak. Bagi mengelak bauan, sentiasa pastikan kasut itu terbuka dan lap selalu.

# Bagi wanita, jangan terlalu memilih kasut terlalu tinggi sehingga melebihi empat inci kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan keadaan diri mereka. Ia boleh menyebabkan masalah sakit kaki atau sakit belakang kerana ia boleh menyebabkan postur badan anda bermasalah.

# Kasut terlalu tinggi mendatangkan masalah kepada buku lali, tapak kasut pula diperbuat daripada getah dan tidak mempunyai gigi akan menyebabkan si pemakai rasa tergelincir atau melungsur atas permaidani.

Source : serikasih

Perangkap Tikus

Seekor tikus mengintip di balik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya, saat membuka sebuah bungkusan. Ada makanan pikirnya? Tapi, dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan; "Awas, ada perangkap tikus di dalam rumah, hati-hati, ada perangkap tikus di dalam rumah!"

Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil mengais-ngais tanah,mengangkat kepalanya dan berkata, "Ya maafkan aku Pak Tikus. Aku tahu ini memang masalah besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tidak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku sakit kepalalah mendengarkan pekekkan mu itu."Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing.

Katanya, "Ada perangkap tikus di dalam rumah, sebuah perangkap tikus di rumah!""Wah, aku menyesal dengar perkhabaran ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati, "Tetapi tak ada sesuatu pun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa-doaku!" kata si kambing dengan nada yang sinis.Tikus kemudian berbelok menuju si lembu. "Oh? sebuah perangkap tikus? Jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa, berleleran air liur.

Jadi tikus itu kembalilah ke rumah, dengan kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian. Ia merasa sungguh-sungguh sendiri.Malam tiba, dan terdengar suara bergema di seluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsa. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Di dalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke rumah sakit.

Si isteri kembali ke rumah dengan tubuh menggigil, demam. Dan, sudah menjadi kebiasaan, setiap orang sakit demam, ubat pertama adalah memberikan sup ayam segar yang hangat. Petani itu pun mengasah pisaunya, dan pergi ke kandang, mencari ayam untuk bahan supnya.Tapi, bisa itu sungguh jahat, si isteri masih belum sembuh. Banyak jiran dan tetangganya yang datang mengunjunginya, dan tamu pun tidak putus-putus ke rumahnya.

Ia pun harus menyiapkan makanan, dan terpaksa, kambing di kandang dia dijadikan gulai. Tapi, itu tak cukup untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang. Si isteri mati, dan beratus-ratus orang datang untuk mengurus pemakaman, juga selamatan. Tak ada cara lain, lembu di kandang pun dijadikan habuan, untuk ratusan pelawat.

Kawan, apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tidak ada kaitannya dengan kamu, ingatlah bahwa apabila ada "perangkap tikus" di dalam rumah, seluruh "ladang pertanian" ikut menanggung risikonya. Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya.

Source : familiazam.com

Lindungi Kad Pembayaran Anda

Penipuan kad kredit boleh dilakukan dengan banyak cara. Penjenayah boleh mencuri kad-kad, memperoleh data akaun kad yang disimpan dalam jalur magnet dengan menggunakan alat penyiring, menghasilkan kad palsu dengan menggunakan data kad akaun, menghasilkan tanggapan palsu, menggunakan nombor kad dengan cara yang tidak sah dan banyak lagi situasi.

Beberapa penipu juga telah menjadikan mesin ATM sebagai sasaran, mencuri data akaun kad dengan menggunakan alat penyiring dan PIN pemegang kad dengan menggunakan kamera mikro yang tersembunyi.Melindungi kad-kad anda sebagaimana anda melindungi wang tunai anda. Bergantung kepada dasar bank pengeluar, anda mungkin bertanggungjawab atas kerugian yang dilibatkan atas kad yang hilang dan perlu mengharungi semua kesulitan membatalkan dan menukarkan kad anda.

Institusi kewangan sedang berusaha untuk mencipta teknologi kad yang baru dan lebih selamat, yang menjadikannya lebih susah untuk dicerobohi penjahat.Walau bagaimanapun, cara utama untuk memerangi masalah ini ialah dengan menjaga kad anda pada setiap masa. Sebagaimana anda akan mengunci pintu rumah atau kereta anda, jagalah kad kredit anda sebagai aset yang berharga.

Sementara industri kad kredit terus mencipta kaedah yang lebih baik dan berkesan untuk memerangi penipuan, berikut ialah beberapa petua yang boleh anda guna untuk mengekalkan keselamatan kad kredit dan debit anda:

Baca seterusnya di familiazam.com

Surat Cinta

“Valentine hari tu ayang tanya tang mane kite sayang kat ayang.
Time tu kite tak dapat nak jawab.
Semalam ayang merajuk ngan kite, kite dah penat nak layan.

Ayang call kat kitekite malas nak jawab.
Tang maneerk kite sayang kat ayang?
Semalaman kite duk pk soalan tu.
Pernah ke?

Maybe tak sedalam cinta Titanic atau TajMahal.
Sayang kite kat ayang sangatla kerdil.
Sebab tu la ayang selalu merajuk erk?
Tak tahula,s etahu kite:

1. Sebelum kite kenal kat ayang, setiapsem kite dapat Anugerah Dekan.Bile dah kenal ngan ayang, setiap semkite repeat paper. Sebelum kenalngan ayang kite belajar pakai duitbiasiswa, lepas kenal ngan ayang,keluar makan lagi nak mintak duit nganemak kite.

2. Kalau ade 1 buah epal, kite bagi jekat ayang Kalau ade 2 buahepal, kita bagi yang besar kat ayang.

3. Kalau kite makan ikan, ayang makantang badan ikan tu, kite pulamakan tang kepala ikan tu je.

Baca seterusnya di tentangcinta.com

Rindu

RINDU
Dikau dtg lg..
Menyapa segenap sanubariDikala sepi mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati

RINDU
Tidakku tahu keperluanmu..
Bijak mencuri lakaran perasaanku

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatikuMembuaiku bagai ombak lalu

RINDUKu ingin tahu..
Adakah benar dikau pelengkap indah kenanganku
Atau
Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu

RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari

Source : tentangcinta.com

Alamak...puisi nie takbleh masuk dengan aku la.
Rindu tu ada la rindu jugak
Rindu nak balik Malaysiaaaaa!!!!!!!!!

Windows 7 Beta – Pandang Pertama



Alhamdulillah selepas berhari-hari saya biarkan PC saya terpasang, dapat juga saya siapkan download Windows 7 Beta ini. Setelah siap, terus saya burn ke dalam DVD untuk mencubanya segera. Proses pemasangan Windows 7 Beta adalah mudah dan pantas, malah lebih pantas dari Vista dan XP.

Apa yang dapat saya katakan ialah, saya kagum dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Windows 7 Beta. Akhirnya, Microsoft sudah mendengar keluhan pengguna dan mula memperbaiki sistem pengoperasian mereka serta menambah pelbagai ciri-ciri baru. Dalam entri pada kali ini, saya akan bawa anda untuk melihat Windows 7 Beta:

Baca seterusnya di Sembang Komputer

Darah Tinggi Pembunuh Senyap

SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan' ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan' yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.

Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat' untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.

Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap' inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius.

Baca seterusnya di biovco

Kreatif Design






Tengok lagi gambar kreatif di x-fail.com


Web Pornografi, Perjudian dan Remaja

Kanak-kanak dan remaja adalah antara golongan usia yang kerap menggunakan internet. Kebiasaannya golongan ini menggunakan internet untuk tujuan bersembang atau chat, menggunakan blog, bermain permainan PC secara online, memindah terima muzik, permainan, wallpaper serta lain-lain aksesori dan menggunakan e-mail. Selain itu, mereka juga gemar melawat ke laman web kegemaran mereka untuk mengikuti perkembangan artis atau ahli sukan pujaan.

Internet amat luas dan merupakan suatu gedung maya yang banyak memberi manfaat untuk golongan ini – maka internet adalah suatu medium pendedahan yang sepatutnya digunakan oleh golongan ini dalam mencari ilmu. Akan tetapi, internet juga boleh menjadi medium kepada pelbagai perkara dan aktiviti yang kurang sihat seperti aktiviti perjudian, pornografi dan sebagainya.

Golongan kanak-kanak dan remaja juga cenderung untuk terdedah pada aktiviti yang kurang sihat sebegini. Ini kerana sifat semula jadi golongan ini yang ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu perkara yang baru. Bertambah malang lagi apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menarik golongan remaja ke arah aktiviti tidak sihat di internet melalui laman web yang dikunjungi golongan ini seperti laman web muzik, sukan, hiburan malah laman web ilmiah sendiri.

Antara modus operandi yang paling popular yang digunakan ialah iklan banner beranimasi yang boleh mengaburi mata anak-anak remaja.

"Jadi, bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?"

Baca seterusnya di inspirelab

Teruskan Berjalan

Mengikut kajian yang dijalankan ke atas 2,603 pada kedua2 gender, apabila kita malakukan senaman berjalan selama 30 minit setiap hari kita berpotensi untuk hidup lebih lama berbanding dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti berjalan langsung tidak kira berapa jumlah lemak yang terkandung dalam badan setiap individu tersebut.

Mengikut kajian wanita yang mengalami masalah berat badan masih boleh memperbaiki kesihatan jantung mereka dengan menambahkan aktiviti sebegini dalam 10 minit sehari untuk lebih kelihatan sihat.

Eat Purple Food

Anggur dan blueberries yang mengandungi polyphenols adalah elok untuk diambil sebagai makanan tambahan kerana dipercayai dapat mengurangkan penyakit jantung dan seterus nyer mengelakkan penyakit Alzheimer yang semakin menular di dalam masyarakat moden hari ini.

Kajian juga menyatakan bahawa dengan menambah pengambilan dark grapes dalam pengambilan diet makanan harian dapat meningkatkan fungsi otak dalam diri seseorang manusia.

Jika di Finland adalah dipercayai jika seseorang mengalami masalah demam atau selsema maka masyarakat di sana percaya dengan pengambilan air blackcurrant yang diminum tiga hingga empat kali sehari.

Sourse : yoyooh.com

Pantang Larang Orang Tua

PANTANG LARANG ORANG TUA TUA Orang tua tua dulu memang banyak pantang larang kan? Kadang-kadang ianya make sense. Tapi kadang-kadang tu memang hampeh. Jom kita ikuti sebahagian pantang larang tersebut…

Jangan duduk di atas bantal, nanti naik bisul

Jangan duduk atas tunggul (org mengandung) nanti uri lekat..

Jangan mencangkung terlampau lama (budak-budak), nanti kena buasir.

Jangan mandi sungai, nanti hantu air hanyutkan bawa ke hilir.

Jangan berludah waktu buang air besar, nanti mulut bau busuk.

Jangan buat pintu rumah menghadap jalan raya, nanti mudah kena penyakit.

Jangan buka payung dalam rumah, takut nanti ular masuk.

Jangan basuh pinggan mangkuk pada malam jumaat, nanti tak masuk rezeki.

Jangan merendam kain waktu malam, nanti mudah dapat penyakit .

Jangan jolok buah waktu senja, nanti terjolok hantu.

Jangan menjahit waktu malam, nanti mewarisi kemiskinan .

Jangan makan sambil menatang pinggan, nanti seumur hidup menanggung hutang.

Jangan tiup api lilin atau api dapur atau api pelita berdua, takut seorang jadi bisu.

Jangan pandang cermin tengah malam, nanti muka jadi tinjau belukar. pandang jauh cantik, pandang dekat hodoh!.

Jangan menyapu waktu malam, nanti semua rezeki yang kita cari waktu siang tadi semua keluar.

Garam, gula dan beras jangan sampai kehabisan baru nak beli , nanti rezeki pendek.

Kalau nak potong kain buat baju, mesti pilih hari yg sesuai. kalau hari Ahad nanti cepat koyak, kalau hari Khamis cepat dapat tukar baru, kalau hari Jumaat nampak cantik di pakai.

Kalau meniarap, jangan naikkan & silang kaki..nanti mak bapak mati cepat!

Kalau anak dara, tak boleh duduk di muka pintu...nanti tak dipinang orang

Time isteri mengandung suami jangan gi mancing takut dapat anak sumbing .

Tutup tingkap sebelum senja, nanti hantu masuk rumah!

Jangan kentut dalam air , nanti masuk air! gamaknya hehehe.


Walau apa sekalipun, penulis pasti segala pantang larang tersebut punya maksud tersirat dan
rasional disebaliknya... apa pendapat anda?

Source : yoyooh.com

Cara Jawab Telefon Yang Betul

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah… dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to Bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane.

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: Maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo……
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Source : Cerita Kelakar

Wasiat Rasullullah - Adab Jimak

Telah menceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata :

“Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya.

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu merantai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?

”Baginda menjawab :“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .

”Baginda menjawab :“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

Baca seterusnya di wasiat Rasullullah

Pengaruh filem Hindi terhadap anak-anak

Baru-baru ini seorang rakan mengeluh apabila memberitahu anak bongsunya berumur setahun setengah sudah terlalu taksub dengan filem-filem Hindi. Asal sahaja menangis bila dipasangkan filem Hindi terus senyap kerana menghayati filem tersebut lebih-lebih lagi pada adengan lagu-lagunya.

Seorang lagi kawan menceritakan bagaimana sepanjang sambutan Aidilfitri lalu, anak-anaknya terlalu asyik menonton filem-filem Hindi di rumah makciknya sehingga kurang berziarah. Malah lebih menghairankan seorang rakan mendakwa anaknya kini hanya boleh tidur jika didendangkan dengan muzik-muzik Hindi. Malah terdapat sebahagian ibu yang membiarkan anak kecilnya menonton filem Hindi sementara memasak di dapur.

Ini barangkali bukan lagi fenomena asing bagi kita kerana di mana-mana sahaja sekarang di negara ini, demam filem-filem Bollywood begitu kuat. Dalam kunjungan penulis baru-baru ini ke negeri-negeri Kelantan dan Terengganu, nampaknya tidak terkecuali dengan pengaruh filem-filem Bollywood. Apatah lagi di negeri-negeri pantai Barat seperti Selangor dan Wilayah Persekutuan yang boleh diibaratkan kini Mumbai kedua.

Fenomena ini sebenarnya adalah suatu fenomena yang membahayakan masyarakat kita untuk jangka panjang. Khususnya kepada anak-anak yang masih kecil yang sebenarnya begitu mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang didedahkan kepada mereka. Banyak kesan-kesan negatif yang boleh merosakkan aqidah dan budaya masyarakat kita jika kita tidak bertegas membendung gejala negatif di dalamnya.

Tidak ramai ibu bapa menyedari bahawa merekalah sebenarnya yang menjadi punca dan hanya mereka sahaja yang boleh merubah keadaan. Ibu bapalah yang pertama sekali membawa filem-filem Hindi tersebut ke dalam rumah. Mungkin melalui pembelian pita-pita video, VCD atau DVD ataupun menonton siaran TV seperti Panggung Sabtu TV3, Stars of India NTV7 dan sebagainya.

Baca seterusnya di Abu Asyraf

Virus Komputer

Virus komputer di dalam istilah komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam di dalam salah sebuah perisian atau program. Kebiasaannya ia disimpan atau terletak di kawasan tertentu di dalam disk yang dinamakan "boot sector".

Apabila kita menjalankan/melarikan perisian yang dijangkiti virus tersebut atau cuba mengakses disk yang dijangkiti akan mengaktifkan virus tersebut. Virus boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai perkara termasuklah menyalin diri mereka ke dalam program lain, memaparkan maklumat tertentu di monitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam kelesuruhan cakera keras "hard disk".

Disamping itu, virus komputer juga boleh diprogramkan untuk bertindak pada masa-masa yang tertentu atau pada hari yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah virus Michelangelo yang menyebabkan kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Ia ditulis untuk diaktifkan pada harilahir penulis aturcara tersebut.

Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan mengformatkan "reformat" cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan di dalam cakera keras tersebut.

Baca seterusnya di adanpd

Bil Telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang:

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!….

Source : Cerita Kelakar