Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Suami Boroi Tanda Perkahwinan Bahagia

Ada terbaca dalam satu artikel di dalam akhbar baru-baru ini mengenai isu suami boroi. Dalam ulasan artikel berkenaan seolah menceritakan bahawa suami yang boroi menandakan mereka sangat bahagia hidup berumah tangga. Betul atau tidak terserah pada pandangan masing-masing.

JAWAPAN Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu.

Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah. Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif.

Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak. Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk “makan di rumah”.

Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita. Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga.

Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan. Mereka akan mula tertarik dengan aksesori dapur seperti set kuali, periuk dan alatan-alatan memasak walaupun pada zaman bujang mereka tidak bergitu.

Apabila dapat menyediakan satu hidangan untuk suami dan melihat suami memakannya, isteri akan merasa cukup puas. Itu Hakikat!Setelah berumah tangga, kebanyakkan lelaki tidak punya banyak aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Hanya aktiviti seks sahaja yang dapat mengeluarkan peluh dan menjadi medium utama dalam pembakaran lemak mereka.Jadi lemak dari pemakanan mereka akan mula berkumpul di perut.Lama-kelamaan perut mereka akan mula membuncit atau dalam istilah lain “boroi”.

Terdapat 2 jenis lelaki boroi, pertama lelaki dengan berat badan yang bertambah, bertambah gemuk dan berperut buncit, manakala jenis kedua dimana lelaki itu akan bertambah berat badannya tetapi masih lagi kurus cuma bahagian perut sahaja membuncit. Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan.

Baca seterusnya di rileksinfo

Mat Rempit

Aku ada satu pengalaman nak kongsi dengan korang. Cerita ni berlaku tahun 2002. Masa tu aku suka pegi mandi Templer Park (air terjun popular kat Rawang) dengan kawan-kawan. Dengan bermodalkan helmet besar yang aku pinjam dari bapak aku, so kita orang merempit la gi sana dengan motor 100 sport member aku yg dah modify double ekzos dan class tangan.

Tujuan kita orang nak mandi la, sambil-sambil cari jodoh. Sampai kat tempat parking kita orang tengok ramai awek lepak kat tepi parking. Member aku pun apa lagi rem moto kuat-kuat nak tarik perhatian la konon. Aku yang jadi pembonceng peluk kuat-kuat badan dia. Aku dah tau dia mesti nak weelly nye.

Sampai satu tempat dia wat u-turn nak weelly. Lepas tu korang nak tau apa jadi? Dia weelly moto tu 90 darjah menegak dengan bangganya. Korang tengok memang gaya expert tapi aku kat belakang dia peluk dia sambil berlari lebih kurang 20 meter.

Tambah pulak helmet yang aku pakai tadi dah berpusing tak nampak jalan. Bayangkan time tu aku hanya mampu memeluk sambil berharap member aku turunkan semula motor. Lepas dia turunkan moto dengan bangganya. Time tu aku dengar riuh mat-mat rempit yang lain dah ketawa terbahak-bahak tengok kita orang.

Member-member aku yang lain sampai pecah perut gelakkan aku. Cis... lepas pada tu aku dah insaf nak tumpang mat rempit. Sekarang dah lebih 7 tahun aku tak pergi sana tapi bukan sebab malu beb, tapi tak ada masa...ok....

Source : gelihati

Fanatik Kamera dan Dakwah



“Jangan beli DSLR jenis Sony. Membazir. Lebih baik beli Canon, lagi elok. Atau pun beli sahaja Nikon.”

“Apa kurangnya Sony berbanding Canon dan Nikon? Gambar boleh jadi lebih cantikkah kalau pakai Canon?”

Ini fanatik brand namanya. Apa yang penting, kita tahu guna setiap fungsi yang ada pada kamera tersebut. Beli kamera mahal-mahal pun tapi tidak explore, rugilah. Ada kawan pakai kamera DSLR brand mahal, tapi gambar macam itu juga – tidaklah cantik sangat. Ada seorang jurufoto sebuah badan kerajaan yang saya kenal, pakai Nikon D3, gambar yang diambil lebih kurang juga.

Skil atau teknik kita mengambil gambar perlu diambil berat. Kamera mahal atau brand terkenal sekali pun tidak akan menjadikan gambar saudara itu cantik atau kelihatan profesional. Jurufoto professional bukanlah terletak pada brand kamera yang dia miliki tetapi terletak pada kemahiran yang dia punyai.

Apabila saudara ingin digelar sebagai jurufoto bertaraf profesional, kualiti yang ada pada saudara bukan terletak pada brand kamera tetapi terletak kepada cantik atau tidak hasil gambar yang ditangkap.

Sebelum saudara beli kamera DSLR, tanya diri sendiri dahulu berapa banyak duit yang saudara boleh laburkan dan juga leburkan. Kalau bajet bawah RM 3000, lebih baik beli kamera DSLR berharga RM 2000 ke bawah. Lagi RM 1000, gunakan buat beli lens dan juga untuk pergi kelas fotografi.

Lain orang lainlah kesesuaiannya. Sebelum beli, cuba dahulu semua kamera DSLR yang ada di kedai tersebut. Kalau rasa sesuai dengan diri, ambil. Dan kalau rasa ada guru yang guna kamera yang sama dan boleh ajar, lagi bagus.

Baca seterusnya di studiomuslim

Persepi Kita Pada Kejayaan

Bila sebut kejayaan, ada di antara kita keliru nak capai kejayaan yang macam mana dan bentuk kejayaan yang bagaimana. Persoalan itu masih belum terjawap. Lebih membingungkan, ada juga orang yang masih tak tahu apa makna kejayaan, kerana pada takrifannya sekarang ini tahap pencapaian hidupnya dah ok, dah selesa.

Persepi kita pada kejayaan berbeza antara Anda, saya dan dengan orang lain. Namun, persamaannya tetap ketara. Kejayaan ialah satu situasi apabila kita dapat mencapai satu tahap yang mana tahap itu menjadi satu kejayaan buat kita.

Sebagai contoh, mungkin bangun bersolat subuh di awal pagi satu kejayaan bagi diri si A. Setelah berjaya mencapai kejayaan itu setiap hari, dia makin bersemangat untuk mencapai lebih banyak kejayaan dalam perkara lain pula.

Contoh lain, mungkin dengan berjaya menyiapkan assignment lebih awal dari tarikh yang tetapkan satu adalah kejayaan besar buat diri si B, seorang pelajar universiti. Baginya tiada lain yang lebih menggembirakan selain berjaya menyiapkan assignment kerana selepas itu, dia boleh bersuka ria dengan aktiviti-aktiviti lain. Dia sudah ada masa nak gi tengok wayang, jenjalan, pergi ke tepi pantai atau bersantai bersama mak dan ayah di waktu petang dalam keselesaan rumah keluarga.

Mungkin, dengan berjaya mencergaskan diri menyiapkan kerja, si C seorang suri rumah merasa amat bahagia. Hari ini dia berjaya memasak hidangan yang membuka selera, berjaya mendapat pujian suami kesayangannya dan berjaya mendapat ucapan terima kasih daripada anak-anaknya. Kejayaan hari ini yang dicapai membuat makin bersemangat untuk mencipta lagi kejayaan di hari-hari esok dan akan datang.

Tekadlah untuk mencapai kejayaan-kejayaan kecil dulu sebelum Anda berjaya mencapai kejayaan yang besar pada tahap yang lebih tinggi. Kejayaan pada tahap tinggi memerlukan persediaan mental yang tinggi dan pengetahuan yang meluas, selain usaha yang berterusan.

Perbetulkan persepi kita pada kejayaan. Untuk pengetahuan Anda, kejayaan boleh dipermudahkan dengan satu cara. Jumpa di artikel seterusnya kerana saya akan dedahkan bagaimana Anda boleh berjaya dengan usaha hampir minima!

Source : motivasi kejayaan

Catatan Harian Isteri dan Suami

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami…jadinya kena selalu berfikiran positif…barulah tercipta rumahku syurgaku!

BUKU HARIAN ISTERI

Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang,dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, “Tak ada”.

Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.

Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, “Aku cinta kamu juga”.

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang…..

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang…..

BUKU HARIAN SUAMI

Hari ini CHELSEA kalah. SIALLLLL!!!
Source : ceritakelakar

Kehkehkeh.........

Atuk Dan Cucu

Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?

Cucu: Nak jadi mangkuk.

Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi mangkuk, jangan engkau jadi mangkuk hayun. Jadilah mangkuk purba, walaupun dah retak sejuta ianya tetap berseni dan akan terus jadi buruan para arkeologi.

Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?

Cucu:Nak jadi kayu.

Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi kayu, jangan engkau jadi kayu tunggul. Bila engkau tersepak akan akan menyusahkan orang ramai. Jadilah kayu golf, walaupun besi tetap dipanggil kayu.

Atuk: Cucuku bila besar nanti nak jadi apa?

Cucu: Nak jadi spender.

Atuk: Cucuku kalau kau nak jadi spender, jangan engkau jadi spender model playboy. Walaupun ditatap ramai, ianya hina disisi manusia. Jadilah spender superman, walaupun pakai diluar nampak gentleman.

Source : tranungkite

Laman Web Untuk Peniaga Kecil Dan Individu

Kali ini saya akan kongsi perihal laman web untuk Peniaga Kecil dan Individu. Buat masa ini mempunyai laman web untuk perniagaan atau untuk kegunaan individu memang tidak asing lagi. Paling kurang pun ramai yang mempunyai blog atau web percuma untuk macam-macam tujuan. Anda yang suka-suka. Ada yang ingin pendapatan tambahan. Ada juga yang ikut-ikut.

Di sini saya ingin kongsikan yang anda boleh mempunyai laman web hosting anda sendiri dan dengan nama yang anda sendiri dengan harga yang amat berpatutan.

Kenapa kita perlu laman web perniagaan kita sendiri? Mempunyai laman web perniagaan bukanlah satu kemestian ia merupakan - BONUS TAMBAHAN.

Contoh jika kita ada kedai roti, orang kena datang kedai kita atau talipon kita untuk mengetahui jenis-jenis roti yang dijual, harga berapa, di mana lokasi dan macam-macam lagi. Ada pelanggan yang rajin call dan tanya dan ada juga pelanggan yang malas nak call dan tanya tapi dia nak check di Internet.

Jika kedai kita tiada di Internet atau kita tiada laman web Kedai Roti di Internet maka kita tidak dapat tampung pelanggan jenis INTERNET ini. Dengan adanya kedua-dua Kedai Roti fizikal dan juga virtual kita dapat penuhi kehendak pelanggan.

Di samping laman web Kedai Roti kita itu, kita juga boleh buatkan FORUM dan BLOG untuk berkongsi maklumat pasal roti baru, harga baru, tawaran murah, majlis roti, catering roti dan sebagainya. Pelanggan juga boleh komplain roti tak sedap, harga mahal dan berbagai-bagai lagi.

Dengan adanya platform seperti ini akan dapat membantu maju baik perniagaan roti kita.
Ok berbalik perihal hosting pula, memang banyak syarikat yang menyediakan hosting di Malaysia ini dan salah satu syarikat itu ialah syarikat yang saya sendiri sedang bekerja.

Oleh itu kerja saya ialah tolong jual hosting untuk syarikat ini. Ada jualan maka adalah pendapatan.

Untuk itu saya ingin kongsi perihal QuestParks.com. QuestParks.com adalah hosting untuk SME atau perniagaan kecil. Ia bukan setakat hosting tetapi ia juga menyediakan aplikasi perniagaan dan dokumen perniagaan untuk kegunaan peniaga.

Cara fungsi applikasi QuestParks.com ialah anda boleh gunakan di mana ada Internet access dan tak semestinya anda ada di pejabat.

Berapa kosnya? Hanya dengan RM200 (semua termasuk) anda akan dapat:

1) Nama domain anda sendiri - Kos RM50.
Anda juga boleh beli sendiri di http://namecheap.com .

2) Unlimited Add On Domain - domain tambahan tanpa had. Maksudnya anda boleh ada banyak domain dgn satu hosting sahaja - contoh www.rotisaya.com , www.ibuduitsaya.com , dan lain2.

3) 3GB saiz space - agak besar.

4) Bandwidth tanpa had.

5) Percuma Web Design - 5 muka surat utama atau Word Press design kepada yang membeli melalui laman web Rezeki Halal. Jika mahu bentuk Forum pun boleh di usulkan. (PERCUMA)

Source : rezekihalal

Soal Jawab Perkahwinan

Soalan

Jika seseorang muslim itu telah murtad kerana perkahwinannya dengan bangsa lain..boleh kah jika dia terus melakukan amalan Islam seperti sembahyang /puasa/zikir/mengaji/baca Al-Quran dan sebagainya tetap seperti asalnya. Yang berubah cuma perkahwinannya. Sedangkan kita sedia maklum jika seseorang muslim itu kadang-kadang hanya muslim pada nama dan keturunan nya sahaja tetapi tidak pernah menjalani kehidupan Islam atau ajaran Islam. Jadi, pada pandangan saya jika dia masih ada niat untuk terus mengamalkan amalan Islam, itu lebih baik...

Jawapan

Islam adalah kepercayaan seseorang individu dan kepercayaan nya tidak boleh bandingkan atau kompromi dengan orang lain. Ini adalah tanggungjawab masing masing. Orang lain tidak sembahyang/tidak pernah menjalani kehidupan Islam bukan tanggungjawab saudari, itu terpulang kepada si individu.

Islam adalah kebenaran dan cara kehidupan yang diajar oleh Pencipta alam semesta ini, di mana terdapat cara kehidupan yang merangkumi keseluruhan kehidupan seseorang yang beriman kepadaNya. Seorang muslim adalah "AN OBEDIENT SERVANT TO HIS LORD ALLAH"

Perkahwinan adalah suatu institusi keluarga di mana mencapai keharmonian adalah destinasi Bagaimana seorang Muslim dengan kepercayaannya dan cara kehidupannya yang dikawal oleh hukum Allah boleh hidup dengan seorang yang bukan beriman kewujudan Allah swt dan juga menolak hukum Allah swt.

Oleh itu seorang muslim hanya boleh berkahwin dengan seorang yang muslim. Ini adalah untuk mendapat kesejahteraan di dalam rumahtangga. Setiap seorang muslim mesti berpegang teguh kepada prinsip agama yang dia percaya . Setiap amalan seorang muslim wajib dengan izin Allah swt dan dengan cara yang ditetapkn oleh Allah swt. Jika tidak amalan itu ditolak Islam.

Tidak diiktiraf perkahwinan tanpa hukum Allah. Seorang muslim berkahwin denagan seoarang yang bukan Islam adalah batil dan ditolak, hukumnya adalah berzina dan keturunannya adalah anak zina. Ini merupakan dosa besar dan kesannya sampai hari kiamat siapa yang memulakan dialah yang akan bertanggungjawab untuk mengasaskan satu suku kaum keturunan zina di muka bumi ini.

APA SALAHNYA JIKA BELIAU MASUK ISLAM UNTUK HIDUP BERSAMA DENGAN SEORANG MUSLIM DAN PERKAHWINANNYA MENGIKUT HUKUM YANG DITETAPKAN OLEH ALLAH SWT. Kehidupan di dunia ini hanya sementara sahaja jangan membinasakan kehidupan di dunia dan di akhirat kerana hanya seorang yang kamu sekarang mencintainya dan cinta itu pula yang diasaskan tanpa keredhaan Allah swt.

Kamu tidak akan mendapat kegembiraan di dunia dan di akhirat jika melangkar hukum Allah swt.. Jika seseorang muslim berkahwin dengan seorang yang bukan muslim dengan cara adat agama yang bukan Islam, muslim itu akan menjadi murtad kerana bermula perkahwinan berkenaan dengan nama berhala, atau sebagainya........ sekian.

Source : perkim

Kids Shampoo Contains Dangerous Chemicals

Kasihkan anak, mandikan dia dgn shampoo wangi2, rupa2nya ada racun yg membunuh anak yg dikasihi itu senyap2...mesti kita semua x sanggup kan?

Dah baca ke belum? kalau belum, meh baca supaya kita semua alert....

source:yahoo news

Popular children's bath products contain cancer-causing chemicals, according to research carried out in the United States. An independent laboratory tested a range of top-selling brands and found many of them contained formaldehyde, which is used to embalm corpses.Out of the 28 products tested for formaldehyde in the study, 23 contained it.

Studies have linked the substance to cancers of the brain, nasal sinuses and possibly leukaemia.Others had traces of 1,4-dioxane, a foaming agent which is also believed to be a cancer risk for humans. Of the 48 items tested for 1,4-dioxane, 67% contained it.It is banned in Europe, and formaldehyde is restricted.

However, the chemicals are apparently unregulated in the US. Both substances were apparently found in Johnson's Baby Shampoo, L'Oreal Kids Extra Gentle 2-in-1 shampoo and Pampers Kandoo foaming soap.

Stacy Malkan from the Campaign for Safe Cosmetics, who commissioned the tests, said: "If chemicals are causing cancer in animals, we really shouldn't be putting them on babies' heads.


"However the Personal Care Products Council accused the group of preying on parents' fears and described the results as "patently false".

Source : denaikehidupan

Wahai Suami, Isterimu Tidaklah Sehebat Siti Khadijah

WAHAI SUAMI…..ISTERIMU TIDAKLAH SEHEBAT SITI KHADIJAH….
Wahai Suami….Renungkanlah……

Perkahwinan itu menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Tidaklah setabah Fatimah,
Justeru….
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita untuk menjadi isteri solehah,
Perkahwinan itu mengajar suami isteri kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah dan kamulah langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman dan kamulah pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan dan kamu gembalanya,
Isteri adalah murid dan kamulah gurunya,
Saat isteri menjadi madu dan kamu teguklah sepuasnya,
Ketika isteri menjadi racun dan kamulah penawar bisanya,
Seandai isteri tulang yang bengkok dan kamulah yang meluruskannya,
Perkhawinan menginsafkan kita, betapa perlunya iman dan taqwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha kerana Allah S.W.T,
Kerana kamu tidak akan memiliki isteri yang terhebat,
Seperti dalam mimpimu,
Justeru kamu akan tersentak alpa
Kerana kamu bukanlah Rasullullah S.A.W,
Dan bukan juga Saidina Ali R.A,
Kamu Cuma suami akhir zaman yang berusaha,
Menjadi suami yang soleh.

Source : atashi-ws

DUIT

Biasanya kita akan berdoa kepada Allah bila tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat jika berlaku sesuatu masalah.

Doa bagaikan usaha terakhir kita.

Sepatutnya doa adalah usaha yang pertama dalam melakukan sesuatu perkara.

Konsep DUIT.
Satu konsep yang bukannya dicipta oleh saya tetapi saya dapat dari orang lain.

Doa
Usaha
Istiqamah
Tawakkal

Konsep DUIT seboleh mungkin saya amalkan dalam setiap tindakan.

InsyaAllah untuk mendapat keredhaanNya.

Source : azermiali

Mapdoo - Enjin Carian Tempatan Malaysia

Jika di US, carian tempatan (local search) telah mula mendapat tempat dikalangan penduduk disana untuk mencari sesuatu premis perniagaan yang berhampiran dengan tempat mereka.
Corak carian yang dibuat di dalam carian tempatan ini adalah lebih kepada nama premis serta dimana letaknya premis tersebut.

Melihat kepada trend carian tempatan yang makin meningkat, di Malaysia juga sudah terdapat beberapa syarikat atau start-up yang mula membangunkan perkhidmatan carian tempatan ini.
Antaranya adalah Mapdoo.com :

http://www.mapdoo.com/

Menurut laman web mereka, Mapdoo menyediakan servis carian tempat secara online, dimana keputusan carian akan digabungkan dengan peta kawasan (yang dicari).

Konsepnya seperti dibawah :

Carian >> Keputusan + Peta

Mapdoo dilihat mengintegrasikan Google Maps sebagai hasil carian peta mereka. Dan mereka juga membuka pengiklanan dan pendapat saya jika anda mempunyai perniagaan konvensional, pengiklanan di enjin carian Mapdoo ini sangat-sangat sesuai untuk anda.

Komen JurnalSEM (Dalam konteks SEO)

Saya perasan Mapdoo ini tidak konsisten dengan penggunaan URL mereka. Dua-dua www dan non-www URL digunakan, dan bagi saya ini satu potensi kepada mereka untuk mendapat duplicate content penalty dari Google.

Dan apa yang saya lihat, jumlah hasil carian yang dibuat untuk setiap URL (www dan non-www) sedikit berlainan. Contoh carian saya buat dengan katakunci [ampang point] menghasilkan jumlah hasil carian seperti dibawah :

Di URL www.mapdoo.com :

Baca seterusnya di jurnalsem.com

2 Perkataan Yang Dapat Mengubah Hidup Anda

Kita bersua lagi dalam Bicara Selasa. Saya Raymond Chua dari blog LOA dan dalam Bicara Selasa minggu ini, saya hendak kongsikan DUA PERKATAAN yang mampu mengubah hidup anda.

Anda mesti sedang tertanya-tanya apakah perkataan tersebut. Kita akan sampai ke sana sebentar nanti.

Apabila saya bertanya anak murid saya tentang impian mereka ataupun apa yang mereka hendakkan dalam hidup mereka, jawapan yang sering saya terima adalah seperti:

Entah
Tak pasti
Kalau boleh, saya ingin ……
(sunyum je)

Jawapan-jawapan di atas tidak spesifik langsung dan jika anda tidak tahu apa yang anda hendak dalam hidup ini, macam manalah anda hendak mendapatkannya?

Bayangkan keadaan ini:

Anda menaiki sebuah teksi dan seperti biasa, pemandu teksi tersebut akan menanya anda tentang destinasi anda. Anda menjawab, “Entah, pandulah dulu, kalau dah sampai, saya akan bagitau”

Adakah anda akan sampai ke destinasi jika anda bertindak demikian? Jawapannya tidak! (mungkin anda juga akan dihalau keluar dari teksi tersebut)

Ia nampak kelakar tetapi ramai orang yang menjalankan hidup mereka dengan cara ini. Adakah anda salah seorang daripada golongan ini?

Jawapan yang ketiga iaitu, “Kalau boleh, saya ingin ……” lebih spesifik tetapi ia tidak mempunyai unsur keghairahan di dalamnya. Perkataan “saya ingin” bererti anda ingin mendapatkan sesuatu tetapi memilikinya ataupun tidak pun tak apa.

Misalnya anda sudah kenyang tetapi rasa ingin makan ais krim pula. Jadi anda pun menuju ke peti sejuk dalam rumah anda dan cuba cari kalau-kalau masih ada ais krim di dalamnya. Kalau ada, anda pun makanlah ais krim tersebut. Kalau tak ada pun tak mengapa.

Pemikiran sebegini tidak akan membawa anda kepada sebarang kejayaan.

Untuk berjaya, anda MESTI menggunakan dua perkataan ini

“SAYA HENDAK”

Misalnya:

Saya hendak menjadi seorang jutawan sebelum 31 Disember 2009
Saya hendak hidup lebih daripada 100 tahun.
Saya hendak syarikat saya disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur dalam papan utama sebelum 1 Jun 2010.
Saya hendak keluarga saya termasuk saya hidup dalam keadaan sihat dan bahagia.
Saya hendak menubuhkan sebuah yayasan untuk membantu anak yatim.
Saya hendak memulakan perniagaan sendiri sebelum 1 Ogos 2009.
… dan sebagainya

Lihat diri anda sendiri sebagai seorang komander. Apabila anda menggunakan perkataan “Saya hendak”, anda sebenarnya sedang memberi arahan kepada diri anda serta alam ini dan setiap arahan mesti diturut.

Apabila anda menggunakan perkataan “Saya hendak”, ia memberi kuasa serta motivasi kepada anda untuk mencapainya. Ia juga dapat mengelakkan penangguhan kerana setiap arahan berkesan serta merta.

Cuba katakan 2 ayat ini:

Saya ingin menjadi seorang yang soleh
Saya hendak menjadi seorang yang soleh.

Ayat yang mana satu lebih berkesan? Ayat yang mana satu lebih berkuasa? Ayat yang mana satu yang memberikan anda motivasi untuk mencapainya? (Jawab soalan ini dalam ruang komen)

Oh, satu lagi aktiviti untuk anda.
Perhatikan majikan anda (Jika anda bekerja makan gaji). Adakah majikan anda menggunakan ayat:

“Saya hendak kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Saya ingin kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Bolehkah kamu buat ini … ini … dan ini” ataupun
“Kalau boleh, kamu buat ini … ini … dan ini” (Mungkin tidak ada orang yang akan buat kerja tersebut jika dia menggunakan ayat ini)

Ayat manakah yang dapat menggerakkan anda? (Kongsikan bersama dalam ruang komen)
Saya hendak anda menggunakan 2 perkataan ini dalam kehidupan harian anda,

Raymond Chua

Source : linncomel

Sendal Gigi

KIPAS
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata: "Panasnya dalam helikopter ini ...". Maka menjawablah salah seorang Orang Asli yang turut berada dalam helikopter itu: "Mahu tak panas tuan...kipasnya besar ...tapi di luar .."

HANDPHONE
Satu ketika di kampung orang asli, seorang pegawai JHEOA melihat Tok Batin orang asli mempunyai handphone ... "Wah Tok Batin ...ada handphone..ada coverage ke dekat sini ...?". Jawab Tok Batin: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage".

KONDOM
Seorang penduduk orang asli mengadu pada pegawai kesihatan: "Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, bini saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-dusyun anak saya. "Tanya pegawai kesihatan: "Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?". Jawab orang asli: "Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkanlah (khatankan) .."

PETAI
Seorang penjual petai orang asli di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu .. "Encik satu longok, RM1 sahaja. Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah ...RM20 sahaja."Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?". Jawab orang Asli itu : "Semuanya 20 longgok ..".

CUTI
Seorang pengawal keselamatan kaum orang asli yang bekerja di sebuah kilang berjumpa dengan manager minta cuti .."Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?.

Jawab manager: "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu. Selepas 14 hari, baru si pengawal keselamatan itu balik bertugas. Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?". Jawab si orang asli itu : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..

BALIK AWAL
Seorang bapa bertanya kepada anaknya kenapa anaknya tu balik awal dari sekolah. Anaknya menjawab bahawa dia telah menjawab soalan cikgu dengan cepat dan betul sebab itulah dia disuruh balik awal. Bila ditanya apa soalan cikgu tu, dia menjawab : "Siapa yang baling kasut kat kepala saya ?"

IKUT CAKAP
Pada suatu hari Ahmad dan rakan karibnya, Hassan,pergi mancing kat sungai. Dalam bosan2 menunggu ikan, Ahmad berkata,

Ahmad: Aku ada satu cerita.

Hassan: Cerita ape?

Ahmad: Nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?

Hassan: Yela...

Ahmad pun memulakan ceritanya...

Ahmad : Satu hari aku pergi memburu.

Hassan : Memburu.

Ahmad : Aku masuk kedalam hutan.

Hassan : Hutan.

Ahmad : Tiba2 aku rasa nak terberak.

Hassan : Berak.

Ahmad : Aku berlari ke semak.

Hassan : Semak.

Ahmad : Aku pun berak.

Hassan : Berak.

Ahmad : Satu hari aku pergi memburu lagi.

Hassan : Lagi.

Ahmad : Aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.

Hassan : Dulu.

Ahmad : Aku lihat tahi aku suda tak ada.

Hassan : Ada.

Ahmad : Aku pun tertanya2.

Hassan : Tanya.

Ahmad : Siapa makan tahi aku?

Hassan : Aku....

INTERVIEW
Ahmad : Din, sekarang dah pukul 3, kau kena pergi temuduga tu cepat.

Din : macamana aku nak cepat, dia suruh aku jalan kaki.

Ahmad : Gila kau...

Din : Betul, kau tengok iklan ni kan. Dia kata "Walk-in interview'.

Ahmad : .... tak payah pegi la mat...

"TO HANDLE YOURSELF USE YOUR HEAD,TO HANDLE OTHERS USE YOUR HEART"

Source : Carca Marba

Kenapa Kita Perlu Balik Kerja Awal

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga, Saya tak nampak saudara"

"Kami amat bersopan dan saling menghormati. Kami saling melambai sambil berlalu pergi."

Tetapi di rumah lain pula ceritanya. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda. Lewat petang, tika memasak makan malam, anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam.

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,

Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh "Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku. Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku.

Sedangku berbaring di katil mendengar musik, terdengar suara halus datang membisik, "Bila bersama orang tak dikenali, begitu bersopan dan merendah diri. Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci".

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur, kan kau temui bunga-bungaan berterabur","Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu.

Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu","Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,

Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu". Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali, airmataku mencurah ibarat air di kali.

Senyap-senyap ku ke biliknya, dan melutut di katil, "Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?

Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu, ibu tentu suka terutama yang unggu."

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini.

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, saya tetap sayang ibu melebihi segala.

Bisikku "Anakku, ibu pun sayang kamu, dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY, Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari? Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak. Bukankah begitu? Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Source : carca marba

Lima Kunci Rahsia

Hadis :Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu:

1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah.

2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah.

3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah.

4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan.

Firman Allah yang bermaksud:" "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)

Source : dakwah2u

Lelaki Perokok Kurang Sperma

LONDON: Lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur dengan meneruskan tabiat merokok, pengambilan minuman keras, dan makan terlalu banyak. Doktor berkata, lelaki perlu memulakan gaya hidup lebih sihat untuk meningkatkan peluang mereka memiliki anak.

Satu tinjauan mendedahkan angka lelaki yang mempunyai bilangan sperma rendah begitu mengejutkan. Akhbar Daily Mail melaporkan, penyelidik sudah menemui peningkatan bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita.

Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, anggaran 40 peratus kes disebabkan pasangan lelaki. Pakar mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Beberapa kajian lain menunjukkan purata kadar sperma menurun lebih separuh. Puncanya masih belum diketahui walaupun pakar mengesyaki faktor gaya hidup seperti alkohol dan penggunaan dadah, kurang bersenam dan kegemukan menyumbang kepada masalah itu. – Agensi

Faktor lain termasuklah pencemaran, penggunaan racun serangga dan hormon wanita dalam bekalan air minum. Tinjauan oleh doktor Britain dan pesakit mereka mendapat sembilan peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah. Hampir separuh doktor - 44 peratus - mendakwa merokok ialah punca utama, menurut tinjauan yang dilakukan bagi Kesatuan Penjagaan Kesihatan Norwich.

Hampir satu bagi setiap 10 berkata, pengambilan alkohol menjejaskan bilangan sperma walaupun sebelum pengenalan perubahan lesen yang akan membawa kepada tempoh minum lebih panjang. Dua daripada tiga doktor mahukan orang awam lebih menyedari isu itu tetapi 90 peratus berkata mereka tidak mempunyai masa membuka klinik kesuburan lelaki atau perkhidmatan seumpamanya.

Dr Ann Robinson berkata, tinjauan itu adalah satu amaran kepada penduduk muda Britain."Gaya hidup ialah sumbangan terbesar kepada kesihatan dan kesuburan lelaki cuma satu bidang yang terjejas oleh gaya hidup tidak sihat.

"Keputusan ini amat memeranjatkan dan sepatutnya menjadi alat penggera kepada lelaki dan wanita supaya menyedari minum dan merokok terlalu banyak boleh menjejaskan kemampuan memiliki keluarga," katanya.

Source : e-kesihatan

Bagaimana Membuat Orang Hormat Dengan Anda

Bagi Anda yang mahu membina kepimpinan dalam diri supaya staff Anda atau rakan-rakan sekerja hormat dengan Anda, ikuti langkah-langkah dibawah. Untuk membuat mereka ikut cakap Anda, mereka perlu kagum dengan Anda, atau segan sedikit bila terlihat Anda terlebih dahulu sebelum mereka menghormati Anda. Nak membuat orang kagum dengan Anda, cara pertama adalah:

1. Suarakan suara Anda. Tampil ke depan dan tunjukkan keberanian Anda berada di depan. Tegakkan badan, pandang mata setiap orang ketika Anda bercakap. Peralatkan peluang ketika mesyuarat, briefing, perhimpunan pagi, rapat umum atau ketika ada perjumpaan organisasi Anda. Lontarkan idea membina sebanyak mungkin.

2. Waktu kerja, kerja. Waktu berkawan, jadilah kawan. Ramai orang mencampurkan waktu untuk berkawan dengan waktu kerja menjadi satu. Kena tegur sikit di tempat kerja, merajuk banyak sampai mulut memuncung-muncung bila habis waktu kerja. Kesannya, tak bertegur sapa berhari-hari lamanya, padahal dia adalah kawan Anda sendiri. Beritahu kawan-kawan di tempat kerja Anda, yang waktu kerja, kita kerja. Be professional, bukan emosional.

Mulanya mereka akan menolak, lama kelamaan mereka akan dapat menyesuaikan diri juga. Bila habis waktu kerja, minta maaf pada kawan-kawan Anda atau staff-staff Anda jika ada perbuatan Anda (atau sikap Anda) yang menyinggung mereka hari itu. Mereka akan respek Anda.

3. Gunakan diplomasi, bukan kuku besi. Jangan asyik mengomplen itu ini. Orang tak suka dikomplen. Mereka suka dihargai. Pujian membuat mereka mulai memberi perhatian pada Anda.

Pergunakan sikap diplomasi untuk Anda menarik rasa kagum mereka, kerana di dalam kekaguman ada rasa hormat. Hati-hati, jangan kerana mahu berdiplomasi, kebaikan Anda dipergunakan pula.

4. Sentuh hati mereka dengan memulakannya dari hati Anda. Sebelum tidur, maafkan kesalahan setiap orang yang Anda marah hari tu dan hari-hari sebelumnya. Maafkan habis, biar rasa kemaafan tu meresap jauh ke dalam sanubari. Amalan ini menjadikan hati Anda bersih lalu ditumbuhi emosi positif, membentuk fikiran positif dalam diri Anda.

Jika Anda pernah sakit hati atau marah sangat pada sikap mereka, lupakan selupa yang mungkin. Tekadlah untuk tidak mengingati perkara itu walaupun hanya untuk 1 saat. Jangan ingat walau sedikit.

Doakan kebahagiaan mereka. Lebih baik, doakan sepanjang masa! Ia akan menarik energi positif dari minda mereka datang bertumpu ke arah Anda.
Kesannya, tiap kali mereka berjumpa atau bertentang mata dengan Anda, mereka akan rasa tenang saja, seronok. Lama-kelamaan, timbul sikap kagum pada Anda, lalu menganggap Anda orang berwibawa.

Biar orang sakitkan hati kita, jangan kita yang sakitkan hati mereka. Itu bahaya. Kita sakitkan hati orang, kita akan susah 2 kali ganda dari kesusahan mereka.

Source : imotivasi

Produk Yang Menguntungkan di Internet

Saya pernah kemukakan 1 soalan kepada Dr Irfan Khairi dalam seminar beliau pada tahun lepas, soalannya lebih kurang.. " Apakah produk atau servis yang paling menguntungkan di Internet ? " .. satu soalan itu saja telah menyebabkan bermula bunyi kecoh para peserta seminar yang teruja menunggu jawapan Dr Irfan...

Mmg itulah yang ditunggu-tunggu sebenarnya.. pengalaman orang yang dah berjaya terlalu mahal harganya.. Mustahil nak lepaskan peluang sebegini besar semasa menghadiri seminar Dr Irfan..

Secara ringkas dan mudah Dr Irfan menghuraikan jawapan kepada soalan saya ialah dengan mendedahkan pengalaman beliau membuat infoproduk digital 'ebook' berkaitan dengan niche "Malaysia Travel Guide" khusus kepada komuniti backpackers seluruh dunia. Info yang beliau dapat daripada brochures dan maps secara mudah di Malaysia, dan menjual 'ebook' informasi tersebut kepada golongan sasaran dengan matawang USD dan GBP. Sudah tentu ia mendatangkan pulangan yang lumayan kerana niche tersebut benar-benar 'targetted' dan ada 'demand' yang banyak dalam komuniti web backpackers.

Itu pengalaman seorang jutawan siber jutawan Malaysia yang telah berjaya menjual ebook dgn kos yang rendah dan pulangan yang lumayan. Jawapan beliau sudah cukup menyakinkan saya semasa seminar tersebut dan sebab itulah saya mula mendedahkan rahsia infoproduk yang paling menguntungkan di Internet melalui karya EbookJutawan.

Cara untuk bangunkan ebook dengan pelbagai perisian telah dibongkar. Dan saya tak lama lagi akan dedahkan teknik rekabentuk ebook dengan Adobe InDesign yang cukup hebat serta memberi kepuasan dari segi design dan content. Harga masih dalam promosi sebelum saya buka untuk affiliate programme.

So sebelum ia naik harga saya nak pesan kepada semua yang belum mendapatkannya supaya cepat-cepat order sekarang sebelum terlambat.. Masa inilah untuk berjaya lebih cepat melalui pengalaman otai-otai seperti Dr Irfan, Patric Chan, Sen Ze dan sebagainya. Jadikan ia koleksi berharga tahun ini !!

Source : rahsiaebiz

Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk

Soalan:
Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?

Penerangan:
Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition.

Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Penyelesaian:

Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira.

Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options.

Pada tab View, pastikan:

Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”

Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan

Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf

Restart komputer

Source : sembang komputer

Ubah Strategi Perniagaan Mengikut Pusingan Perniagaan Anda

Saya selalu perhatikan kelakuan rakan saya yang menjadi peniaga di sebuah pasar tengah malam ataupun “uptown”.

Kalau pada hari itu dia tersenyum lebar, ini bermakna malam tadi perniagaannya kencang.
Tetapi kalau dia asyik mengeluh aje, itu bermakna malam tadi hujan turun atau kurang pengunjung. Tambahan pula kalau cuti panjang. Tak ramailah pengunjung yang datang kerana balik kampung atau cuti panjang.

Nampaknya pendapatan perniagaan rakan saya ini turun naik mengikut cuaca, cuti umum atau apa sahaja yang boleh memberi effect pada kedatangan pengunjung ke situ.

Disebabkan sudah 3 ke 4 tahun rakan saya ini berniaga sebegini, dia memang cukup arif tentang bulan mana yang rancak dan bulan mana yang agak hambar.

Inilah contoh mudah berkenaan pusingan pernigaan dan semua jenis perniagaan memang ada pusingan perniagaan masing-masing.

Sebenarnya rakan saya tadi boleh memaksimumkan potensi dan produktiviti perniagaannya dengan membuat sedikit persediaan dan perancangan berdasarkan pusingan perniagaannya.

Untuk mendapat pendapatan perniagaan yang lebih stabil, rakan saya itu perlu membuat list halangan-halangan yang akan dihadapinya pada bulan-bulan akan datang, samaada disebabkan oleh cuaca, cuti panjang, bulan persediaan nak buka sekolah, selepas perayaan dan seumpamanya.

Dari list halangan-halangan itu, cuba generate pelbagai idea saluran penjualan dengan matlamat memastikan pendapatan lebih stabil.

Jangan terlalu mengharapkan pelanggan berkunjung dan singgah di gerai atau kedai kita sahaja dan menyerahkan nasib pendapatan kita pada nasib dan cuaca semata-mata.

Source : rezeki halal

Seringan-Ringan Azab Di Neraka

Hadis : Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:"Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak." (Muslim)

Huraian :

1. Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang baginda.

2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan "Laailaah illallaah", namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib.

Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman, lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yang maksudnya "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam.

Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun."

4. Mendo'akan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang musyrik, doa baginda: "Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui" dan Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir, hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Source : dakwah2u

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Perubahan Cara Hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

PemakananPemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.

Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus.

Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:-
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
-Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

Source : e-kesihatan

Jangan Minta Cerai Dalam Kereta

Suami tengah memandu.

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah, saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

Si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)

Isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi..dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!

Si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : Bila kita bercerai, saya nak rumah kita...si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)

Isteri : Saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....

Si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)

Isteri : Saya nak kereta ini, kredit card dan saving akaun kita.

Si suami masih diam, membelok kereta ke arah Jaya Jusco.......

Isteri : Awak ada ingin minta apa2??

Suami : Tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

Isteri : Ya kah?? Apa yang awak ada..??

Si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit Jaya Jusco...

Suami : saya ada airbag.....awak tak ada..

Moral of the story : Jangan minta cerai dalam kereta ketika on the way ke Jaya Jusco !!

Source : carca-marba

Ciri-Ciri 4 Isteri Idaman

Kriteria isteri-isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...hu..hu. .hu..

Source : carca-marba