Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Ubah Strategi Perniagaan Mengikut Pusingan Perniagaan Anda

Saya selalu perhatikan kelakuan rakan saya yang menjadi peniaga di sebuah pasar tengah malam ataupun “uptown”.

Kalau pada hari itu dia tersenyum lebar, ini bermakna malam tadi perniagaannya kencang.
Tetapi kalau dia asyik mengeluh aje, itu bermakna malam tadi hujan turun atau kurang pengunjung. Tambahan pula kalau cuti panjang. Tak ramailah pengunjung yang datang kerana balik kampung atau cuti panjang.

Nampaknya pendapatan perniagaan rakan saya ini turun naik mengikut cuaca, cuti umum atau apa sahaja yang boleh memberi effect pada kedatangan pengunjung ke situ.

Disebabkan sudah 3 ke 4 tahun rakan saya ini berniaga sebegini, dia memang cukup arif tentang bulan mana yang rancak dan bulan mana yang agak hambar.

Inilah contoh mudah berkenaan pusingan pernigaan dan semua jenis perniagaan memang ada pusingan perniagaan masing-masing.

Sebenarnya rakan saya tadi boleh memaksimumkan potensi dan produktiviti perniagaannya dengan membuat sedikit persediaan dan perancangan berdasarkan pusingan perniagaannya.

Untuk mendapat pendapatan perniagaan yang lebih stabil, rakan saya itu perlu membuat list halangan-halangan yang akan dihadapinya pada bulan-bulan akan datang, samaada disebabkan oleh cuaca, cuti panjang, bulan persediaan nak buka sekolah, selepas perayaan dan seumpamanya.

Dari list halangan-halangan itu, cuba generate pelbagai idea saluran penjualan dengan matlamat memastikan pendapatan lebih stabil.

Jangan terlalu mengharapkan pelanggan berkunjung dan singgah di gerai atau kedai kita sahaja dan menyerahkan nasib pendapatan kita pada nasib dan cuaca semata-mata.

Source : rezeki halal

No comments:

Post a Comment