Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Hebatnya Bangsa Palestin

Saya sebenarnya amat terpegun apabila membaca wawancara yang dibaca melalui akhbar kosmo ahad tentang Bangsa Palestin.

Bangsa Palestine adalah bangsa yang paling pintar di dalam dunia dan beliau juga tidak menafikan bahawa pemegang PHD yang paling ramai di dunia ialah bangsa Palestine. Dan yang agak menarik, hampir setiap keluarga yang tinggal di Palestine mempunyai Ijazah mereka masing-masing.

Walaupun bangsa Palestine tertekan akibat sekatan, peperangan sejak berpuluh tahun yang dulu, tetapi mereka masih menjalankan tanggungjawab mereka untuk menghantar keluar anak-anak mereka bagi mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Terfikirkah Anda, mengapa walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan, tetapi mereka masih menghantar anak-anak mereka untuk belajar?. Sudah tentu ianya datang hasil dari kepercayaan mereka, hanya ILMU yang dapat mengubah nasib mereka.

Saya juga kagum dengan anak-anak Palestin yang mempunyai keberanian yang amat luar biasa. Keberanian yang saya yakin jika saya berada di tempat mereka yang hanya menggenggam anak batu sambil berdiri di hadapan tentera Israel dengan hanya memegang anak batu, bagi melawan rejim zionis itu.

Bagaimana munculnya keberanian tersebut? Sudah tentu keberanian itu datang daripada kekuatan spiritual keyakinan, kepercayaan dan keimanan mereka kepada ALLAH yang disemaikan di dalam jiwa mereka. Perasaan takut mereka hanya untuk ALLAH.

Jadi sekali lagi saya mengatakan kepada Anda, Untuk berjaya, cari permulaannya terlebih dahulu. Kuatkan spiritual, teguhkan keyakinan dan keimanan kita kepadaNya.

Source : Linncomel

No comments:

Post a Comment