Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Hikayat Gadang Perkasa

Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan ada seorang berhuma diam di Tapah hambanya Gadang namanya asalnya orang Tambun; senantiasa diperintah tuannya menebas menebang.

Sekali peristiwa, Gadang menahan lukahnya di dalam sungai pada suatu hari. Apabila pagi dilihatnya lukahnya kosong tidak berisi, yang tinggal hanya sisik ikan dan tulangnya. Demikianlah yang terjadi kepada Gadang setiap hari.

Setiap hari jualah Gadang membuang sisik dan tulang ikan ke dalam sungai. Adapun sungai itu dinamai orang Sungai Kinta pada hari ini. Maka terfikirlah Gadang di dalam hati, "Siapa gerangan yang makan ikan dilukahku ini? Biar kuintai supaya aku tahu siapa yang empunya kerja."

Maka pada suatu hari bersembunyilah Gadang di balik semak. Nampaklah olehnya akan hantu air datang lalu mengangkat lukahnya. Matanya merah seperti biji saga atau kereta Proton Saga warna merah, rambutnya menggerbang seperti rambut anggota kumpulan Black atau Death Metal barat dan janggutnya panjang mencecah air sungai.

Gadang pun memberanikan hati persis besi berani walupun ia sebenarnya takut melihatkan rupa hantu air tersebut. Elok jualah ketika itu hari masih siang. Kalau malam sudah pasti Gadang cabut lari. Hendak rugi berapa kilo ikan sekalipun dirinya tidak kisah. Susah-susah beli sahaja ikan di pasar.

Maka disebabkan Gadang dah terlajak ke depan, tambah-tambah ada senapang patah di hujung tangan, Gadang pun menangkap hantu air itu. Maka kata Gadang, "Mengapa engkau suka makan ikan aku? Engkau tak nampak ke kat lukah ni ada nama aku, ni hah G.A.D.A.N.G - Gadang! Sekarang terimalah hukuman mati mandatori daripada aku!"

Baca thriller yang seterusnya di activeboard

No comments:

Post a Comment