Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Berkenalan Dengan Asas Komputer

Sekarang ni kehidupan manusia dengan komputer sudah boleh kita katakan umpama isi dengan kuku…kerana betapa akrabnya kita dengan komputer…lihatlah di sekeliling kita, semua benda nak dikomputerizekan….ini menunjukkan tahap pergantungan dan kepercayaan manusia kepada komputer semakin tinggi…

Mari kita berkenalan dengan asas sesebuah komputer. Apakah asas sebenar sesebuah komputer? Asas yang menjadi asas kepada yang asas bagi sesebuah komputer adalah keupayaan membezakan di antara logik “1″ dan logik “0″. Kalau komputer tak kenal asas ini, maka tak tercipta dan berkembanglah komputer macam sekarang ini.

Logik 1 dan 0 tu macam suis ON dan OFF lah. Dengan kata lain, dalam komputer sebenarnya mengandungi berjuta-juta suis yang mengawal ON (logik 1) dan OFF (Logik 0). Oleh kerana sekarang ni komputer adalah suatu peralat elektronik, untuk mendapatkan logik 1 dan logik 0 tadi, voltage level digunakan untuk membezakan di antara 2 logik. Biasanya sesebuah cip atau IC meletakkan julat 0 hingga 1.8 volt sebagai logik “0″, dan 2.5 hingga 5 volt untuk di anggap sebagi logik “1″. Dan yang menjadi suiz pula adalah tansistor-transistor dalam sesebuah komputer.

Dari keupayaan membezakan logik 1 dan 0 tadi, wujudlah operasi Logik seperti AND, OR, NOT dan sebagainya dan operasi Aritmetik seperti tambah, tolak, darab, bahagi dan sebagainya. Jadi apa yang sebenarnya kita buat semasa menulis posting ini contohnya, adalah kita memberi arahan-arahan logik dan aritmetik kepada komputer kita untuk memproses input-input yang kita masukkan untuk menghasilkan output kita kehendaki.

Sekarang tahulah kita betapa pentingnya logik 1 dan 0 dalam komputer. Dari logik yang asas inilah komputer semakin canggih dan berkeupayaan tinggi. Komputer telah banyak memudahkan kerja-kerja manusia. Komputer telah menghubungkan berjuta-juta manusia menerusi internet. Bayangkanlah kalau komputer tak kenal logik 1 dan 0 dan tidak boleh membeza di antara dua logik, mampu tak kehidupan kita secanggih sekarang?

Source : shahdila.com

No comments:

Post a Comment