Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk

Soalan:
Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?

Penerangan:
Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition.

Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Penyelesaian:

Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira.

Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options.

Pada tab View, pastikan:

Pilihan berada pada “Show hidden files and folders”

Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan

Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf

Restart komputer

Source : sembang komputer

Ubah Strategi Perniagaan Mengikut Pusingan Perniagaan Anda

Saya selalu perhatikan kelakuan rakan saya yang menjadi peniaga di sebuah pasar tengah malam ataupun “uptown”.

Kalau pada hari itu dia tersenyum lebar, ini bermakna malam tadi perniagaannya kencang.
Tetapi kalau dia asyik mengeluh aje, itu bermakna malam tadi hujan turun atau kurang pengunjung. Tambahan pula kalau cuti panjang. Tak ramailah pengunjung yang datang kerana balik kampung atau cuti panjang.

Nampaknya pendapatan perniagaan rakan saya ini turun naik mengikut cuaca, cuti umum atau apa sahaja yang boleh memberi effect pada kedatangan pengunjung ke situ.

Disebabkan sudah 3 ke 4 tahun rakan saya ini berniaga sebegini, dia memang cukup arif tentang bulan mana yang rancak dan bulan mana yang agak hambar.

Inilah contoh mudah berkenaan pusingan pernigaan dan semua jenis perniagaan memang ada pusingan perniagaan masing-masing.

Sebenarnya rakan saya tadi boleh memaksimumkan potensi dan produktiviti perniagaannya dengan membuat sedikit persediaan dan perancangan berdasarkan pusingan perniagaannya.

Untuk mendapat pendapatan perniagaan yang lebih stabil, rakan saya itu perlu membuat list halangan-halangan yang akan dihadapinya pada bulan-bulan akan datang, samaada disebabkan oleh cuaca, cuti panjang, bulan persediaan nak buka sekolah, selepas perayaan dan seumpamanya.

Dari list halangan-halangan itu, cuba generate pelbagai idea saluran penjualan dengan matlamat memastikan pendapatan lebih stabil.

Jangan terlalu mengharapkan pelanggan berkunjung dan singgah di gerai atau kedai kita sahaja dan menyerahkan nasib pendapatan kita pada nasib dan cuaca semata-mata.

Source : rezeki halal

Seringan-Ringan Azab Di Neraka

Hadis : Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:"Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib. Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak." (Muslim)

Huraian :

1. Selama sembilan tahun selepas perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW telah menjalankan dakwah di kalangan kaumnya sendiri di sekitar kota Mekah. Segelintir manusia sahaja yang telah memeluk agama Islam manakala yang lainnya mencuba dengan sedaya upaya untuk mengganggu dan menghalang baginda.

2. ABU TALIB merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Beliaulah yang memelihara nabi setelah kematian datuknya Abdul Muttalib. Baginda selalu dilindungi oleh bapa saudaranya ini daripada ancaman musuh dakwah baginda. Namun begitu di saat akhir kematiannya, Abu Talib tidak memeluk agama Islam.

3. Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah SAW dalam keadaan tenat, Rasulullah menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah, Rasulullah mengajak Abu Talib mengucapkan "Laailaah illallaah", namun Abu Jahal dan Abdullah memujuknya agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib.

Demikian seterusnya berlaku hingga Abu Talib meninggal dunia tidak dalam keadaan beriman, lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang, lalu turunlah ayat surah Taubah:113-114 yang maksudnya "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi Muhammad dan orang-orang yang beriman meminta ampun kepada Allah bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu adalah kaum kerabatnya, setelah jelas bagi mereka, bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam.

Dan keampunan yang dipohon oleh Ibrahim untuk bapanya, tidak lain hanyalah kerana suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapanya. Tatkala jelas bagi Ibrahim bahawa bapanya itu adalah musuh Allah maka Ibrahim berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun."

4. Mendo'akan orang kafir yang masih hidup hukumnya harus, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ketika berhadapan dengan perlakuan buruk dari kaumnya yang musyrik, doa baginda: "Ya Allah tunjukkanlah kaumku kerana mereka tidak mengetahui" dan Rasulullah juga pernah berdoa agar Umar memeluk Islam hingga akhirnya dikabulkan oleh Allah. Namun begitu mendoakan orang kafir yang telah meninggal dan diketahui ia meninggal dalam keadaan kafir, hukumya haram seperti yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Source : dakwah2u

Cara Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Perubahan Cara Hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal kencing manis dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah.

PemakananPemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.

Senaman
Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Penjagaan berat badan
Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri
Pesakit kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Pemeriksaan Doktor dan Ubat
Pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti dilakukan secara berterusan. Ini membolehkan penghidap kencing manis memastikan bahawa tahap gula dalam darah adalah terkawal. Dianggarkan bagi setiap 1 peratus pengurangan kadar ujian darah A1 C, mampu menurunkan masalah berkaitan kencing manis sebanyak 40 peratus.

Penjagaan anggota kaki dan tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan oleh komplikasi jangkitan sebanyak 45 hingga 85 peratus.Kekerapan membuang air kecil boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:-
- Kencing manis yang tidak terkawal dan tahap gula tinggi dalam darah
- Jangkitan kuman atau kencing kotor
-Kerosakan buah pinggang
- Masalah pundi kencing sama ada gangguan saraf atau masalah pundi kencing seperti pundi kencing yang terlalu aktif, disyorkan agar berjumpa doktor untuk pemeniksaan selanjutnya.

Source : e-kesihatan

Jangan Minta Cerai Dalam Kereta

Suami tengah memandu.

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah, saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

Si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)

Isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi..dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!

Si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : Bila kita bercerai, saya nak rumah kita...si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)

Isteri : Saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....

Si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)

Isteri : Saya nak kereta ini, kredit card dan saving akaun kita.

Si suami masih diam, membelok kereta ke arah Jaya Jusco.......

Isteri : Awak ada ingin minta apa2??

Suami : Tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

Isteri : Ya kah?? Apa yang awak ada..??

Si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit Jaya Jusco...

Suami : saya ada airbag.....awak tak ada..

Moral of the story : Jangan minta cerai dalam kereta ketika on the way ke Jaya Jusco !!

Source : carca-marba

Ciri-Ciri 4 Isteri Idaman

Kriteria isteri-isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur di kala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...hu..hu. .hu..

Source : carca-marba

Listing Ebay

Hari nie wife aku tak bawa laptop kat U. So aku bolehlah buat design untuk item ebay yang aku nak listing esok. Kena listing esok untuk auction duration time 3 hari dan akan berakhir hari Ahad. Kalau tidak tak sempat. Semalam dapat satu dropshipper yang agak power. Banyak item-item dia. Aku tak sempat nak explore. Sempat bookmark jer. Lepas listing nanti aku akan godek web dropshipper tu. Nak tau nama dropshipper tu? Tak payahlah sebab aku tak berjual beli lagi dengan dorang. Nantilah, banyak lagi benda lain yang aku nak pikir. Ok la, nie je yang sempat aku post. Nak buat kerja pulak. Lain kali aku post lagi.

Aku dan Kereta

Lama aku tak menulis pasal diri sendiri. Dah bankrap idea nak cerita pasal aku dan family kat sini. Cuma aku boleh katakan yang aku dah beli kereta. Sebenarnya dah lama beli kereta, kereta buatan Malaysia...hehe....patriotik sungguh. Ada juga rakan yang berkata "datang jauh2 takkan pakai kereta Malaysia jugak". Beli la BM ker, Merc ke, Audi ke, Grandis ke, Vauxall ke, atau paling koman Skoda"....banyaknya duit aku...heheh.... Dia tak tau dah beribu habis untuk datang sini. Pelan-pelan la kayuh. Takkan terus nak pakai Brabus atau Audi R8. Paling penting cari kerja yang best salary dulu.

Aku baru balik dari Glasgow U hantar wife guna wira aku. Bila lalu depan Arnold Clark tadi nampak BM 5 series second hand tapi nampak masih baru. Memang nampak masih baru. Kaler cekelat. Harga 9000 pound lebih. Boleh tahan gak harganya. Ku pendamkan hasrat hati ini dulu. Life must go on. Focus for the job and online business first, then the money will come to you. Kat sini mat saleh taklah pakai kereta canggih-canggih. Yang pakai kereta canggih kebanyakannya warga Pakistan. Tempat lain mungkin mat saleh pakai kereta hebat-hebat tapi di Govanhill nie boleh dikatakan orang Pakistan yang kaya di kawasan ni.

Aku selalu solat Jumaat di Masjid Al Farooq, tak jauh dari rumah aku. Depan masjid ni lah selalunya Merc Brabus parking. Owner orang Pakistan la. Muda lagi. Dia pernah tegur aku supaya alih kereta aku sebab dia nak keluar. Memang aku halang kereta dia dari keluar parking. Orang dia pun ok la. Taklah sombong. Orang Malaysia yang pakai Brabus cukup jaga kereta mereka. Simpan dalam garaj, setiap hari berkilat nak pergi kerja. Kalau boleh jangan satu zarah habuk melekat kat kereta. Cukup rapi terjaga. Tapi berbeza kat sini. Orang pakai kereta mahal-mahal tapi parking kat tepi jalan jer. Depan rumah aku ada 2, 3 biji kompressor, pergi kat Allison St, jumpa 4,5 biji Jaguar. Terus lagi ker Calder St. 5,6 biji BM. Banyak lagi la jenis yang canggih-canggih.

Yang aku tak penah dengar nama pun ada. Passat, Lorenza, ntah apa-apa lagi aku tak ingat. Kat sini kereta murah kalau ikut duit sinilah. Sampai sini, kereta yang aku cukup minat ialah Audi. Macam-macam audi ada kat sini. A4 la, A6 la. Tapi Audi yang aku nak tengok sesangat ialah Audi R8. Masa aku shopping kat Sainsbury di East Kilbride, aku ada terjumpa mat saleh pakai. Teruja betul. Masa tu aku dan family nak lintas jalan untuk ke kereta. Dia berhenti betul2 kat depan kami dan menyuruh kami melintas dulu. Gilo lawa. Duit pun lawa. Hai...dunia...dunia...Kena selalu ingat mati nie.....hehehe...

Ok la sampai sini dulu, aku nak pi amik anak aku balik dari skola. Bye.

Kereta Kreatif




Source : lawak2best

Perhatian !! Email "Maybank" Yang Meragukan.

Salam sejahtera,
Saya ada menerima email dari kenalan untuk ingatan dan perhatian kita semua. Harap kita berhati-hati dengan email SCAM seperti ini. Di bawah adalah email dari mendayu[@]gmail.com. (terima kasih)

Salam sejahtera.
Saya menerima email yang sangat mencurigakan datangnya seperti dari Maybank yang berbunyi:

Account Deactivation (Final Notice).
Dear Maybank Customer.
Due to the increased spam and security attack on our customers, we have introduced a multi layer security authentication which will protect and secure M2U account information and profile.
All Maybank Customers/M2U Users are required to immediately secure and protect their account security. Please note that failure to protect your account will result in an immediate account deactivation.
Follow the below reference to proceed.http://www.users-m2u-verification.com/Maybank-Online.htm
Account Security Department
Maybank Berhad.

Ada beberapa perkara yang meragukan dari email tersebut; sila perhatikan betul-betul url yang saya sertakan di bawah untuk perbandingan. Sila dapatkan pengesahan dari pihak Maybank mengenai perkara ini agar jika ini penipuan ianya oleh dihalang dengan serta-merta. Terima kasih.

Ini link ke website login Maybank:
http://www.maybank2u.com.my
Ini link ke website login Maybank yang meragukan:
http://www.users-m2u-verification.com/Maybank-Online.htm#

Sila perhatikan betul-betul kedua-duanya itu untuk perbandingan.

Anda rakan dan sesiapa sahaja berhati-hati kerana penipuan di internet perlu dibendung untuk mengelakkan kerugian!

p/s : sila kongsi info ini dengan kawan dan rakan-rakan anda. Klik butang “ShareThis” di bawah untuk beritahu kawan anda.

Terima Kasih

Source : jaguhinternet

Tukarkan Kajian Anda Dengan Wang

Jika saya boleh tunjukkan jalan untuk menambah pendapatan anda sebanyak 70%, 80% dan 90% biar apapun latarbelakang pendidikan anda mahupun pengalaman kerja anda.....sudikah anda meluangkan beberapa minit dari masa anda?

Kumpulan pakar kami telah menghabiskan banyak masa berbincang dalam merekabentuk satu kaedah termudah untuk membolehkan anda semua bekerja dan menjana pendapatan tambahan dari keselesaan rumah anda.

Kebelakangan ini kami pasti ramai daripada anda telahpun terserempak dengan program-program "Menjana Pendapatan Daripada Rumah". Mungkin ada diantara anda telahpun memesan dan membeli produk-produk ini hanya untuk mendapati bahawa ia hanyalah merupakan e-book seperti "40 Cara Menjana Pendapatan" yang memerlukan kita menjualnya semula.

Ini tidak termasuk saham internet yang menyebabkan ramai daripada kita kehilangan ribuan ringgit. Tetapi laman ini bukanlah program-program seperti itu. Jauh sekali daripada pelaburan internet. Anda tidak akan boleh menjadi kaya dalam masa semalaman serta boleh membeli rumah dan kereta mewah dalam masa sebulan. Tetapi anda boleh mendapat sehingga RM150 untuk satu atau dua jam masa yang anda luangkan setiap hari.

Anda tidak perlu menjual apa-apa.Anda juga tidak perlu mempunyai kemahiran komputer yang tinggi. Memadai anda mempunyai pengetahuan asas dalam internet. Kami telah dan akan terus membuktikan kepada rakyat Malaysia cara-cara bagaimana untuk mendapat bayaran bagi setiap pandangan ataupun pendapat mereka.

Program kami akan membantu dan menunjukkan pada anda bagaimana :Mendapat sehingga RM60 sejam mengisi borang soal-selidik(survey)secara on-line. Mendapat sehingga RM90 sejam menjawab soal-selidik melalui telefon. Mendapat sehingga RM50 sejam dengan mengambil bahagian dalam "focus group"online di bayar(bergantung kepada syarikat)untuk mencuba produk baru yang akan dihantar kerumah anda.

Memberikan pendapat anda mengenai sesuatu laman web dan anda akan di bayar. Bunyinya terlalu menarik bukan?.....Biar kami terangkan dengan lebih lanjut bagaimana program ini berfungsi.

Baca seterusnya di kajianpendapat

Entahapahapantah

Sharmila angkat kain yg dah kering. Tiba2 ayahnya pandang merah padam kat dia.

Bapak: kurang ajar!

Lantas secara tiba2 dia tampar Sharmila dengan kuat.

Sharmila: Ape ni bah??! tampar Mila tiba2 ni ha?? apa Mila dah buat kat Abah ni?!

Bapak: Kau diam!! (tampar banyak kali anak dara dia tu....)

Tidak jauh dari situ....

A: Eh nape ngan pakcik tu.... belasah anak tanpa belas kasihan... dah nyawa2 ikan aku tgk.

B: Anak dara dia conteng arang kat muka dia kot...

Bapak: Hahahhaa padan muka ko nyamuk... berani ko nak hisap darah anak aku!

Source : lawakjenaka

Mengumpul Wang Untuk Bersara

Hanya lima peratus rakyat Malaysia bersedia untuk persaraan. Biarpun ada yang sedar mengenai kepentingan menyimpan wang untuk bersara, kebanyakannya tidak merealisasikan rancangan mereka sebagai tindakan. Ketika umur 20-an, mereka beranggapan ianya terlalu muda untuk menyimpan wang, meningkat 30-an, merasakan akan mula menyimpan, umur 40-an, mereka yakin akan dapat menyimpan dan umur 50-an, mereka terkejut kerana tidak dapat menyimpan.

Itulah senario masyarakat yang rata-ratanya belum mempunyai simpanan yang banyak untuk menghadapi hari persaraan mereka.Kisah ini sama seperti kisah seorang remaja yang telah dijadikan sebagai bahan eksperimen bagi satu kajian.

Ketika berumur 20 tahun, beliau ditanya, "Apakah cita-cita kamu dalam hidup?" Soalan ini mudah dan sesuai dengan jiwa remaja, beliau menjawab, "Saya hendak menjadi seorang usahawan yang berjaya." Jawapannya mantap dan jelas.

Perjalanan hidup remaja ini dipantau dari semasa ke semasa. Apa yang dibuat, ke mana dia pergi dan dengan siapa dia berkawan, semuanya direkodkan. Kemudian apabila umurnya mencapai 30 tahun, sekali lagi penyelidik datang berjumpanya dan bertanyakan soalan, "Adakah kamu telah menjadi usahawan yang berjaya?" Ketika ini remaja berkenaan memberi alasan belum lagi bersedia.

Jadi, pengkaji ini pun pulang semula ke tempat kerja mereka. Pergerakan remaja ini masih direkodkan dan perubahan mula ketara kerana peningkatan umur bermakna perubahan fikiran dan tingkah laku. Jika zaman 20-an dulu, jiwa remaja menguasai pola pemikirannya, kini beliau lebih matang.Pengkaji datang lagi ketika beliau berusia 40 tahun dan bertanyakan soalan yang sama. Lalu dijawab olehnya, "Tunggulah, saya masih merancang untuk menjadi usahawan yang berjaya."

Pengkaji ini pulang ke tempat kerja mereka dengan rekod yang baru.Setelah masuk hari lahir yang ke-50, pengkaji sekali lagi datang menemui remaja yang kini telah menjadi tua. Soalan yang sama ditanya dan beliau menjawab, "Saya masih merancang dan tunggulah sedikit masa lagi."

Apa yang anda fikirkan?
Sebenarnya orang ini tidak melakukan apa-apa untuk menjadi seorang usahawan. Apabila dia menoleh ke belakang melihat zaman remajanya beredar sehinggalah beliau berumur 50 tahun, dia telah mensia-siakan masa hidupnya tanpa melakukan sebarang usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Baca seterusnya di usrahkeluarga

Sibuk

Siapakah orang yang paling sibuk?
Orang yang paling sibuk adalah orang yang suka menundakan waktu solatnya, seolah-olah ia harus mengurus kerajaan sebesar kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabb, Aku rieha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada, selalu menompok-nompokkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan sejauh mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelakkerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Source : usrahkeluarga

Tips Umum Beli Kereta Terpakai

Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik terutama bahagian enjin. Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya. Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga. ·

Selepas itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar.

Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu. Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar.

Baca seterusnya di infokereta

Pasang Floppy Drive Maya

Apa itu Floppy Drive ?
Floppy Drive adalah harware atau perkakasan yang digunakan untuk membaca disket. Kebanyakan komputer sekarang tidak mempunyai Floppy Drive. Namun begitu Floppy Drive masih diperlukan di dalam situasi tertentu. Sebagai contoh jika data lama yang anda simpan dalam disket perlu digunakan, sedangkan komputer/laptop anda tidak memiliki Floppy Drive.

Apa yang anda perlu lakukan :
Bawa disket tersebut ke komputer yang memiliki Floppy Drive atau pun beli external Floppy Drive atau pun tipu komputer anda. Apa yang dimaksudkan dengan tipu komputer anda.

Apa yang saya maksudkan dengan tipu komputer anda adalah , anda perlu install satu software Virtual Floppy Drive ke komputer anda.Anda boleh download software Virtual Floppy Drive percuma.Sebarang masalah boleh tanya saya.

Source : kongsiblog

Neraka Yang Dalam........

"Jangan...! aku tak nak turun ke sana..."
"Haha... Ini tempat kau sekarang, ayuh!"
"Celaka kau, jauhi aku.."...
"Ergh...""Kenapa mesti tidak? Kau adalah ahli baru di sini..."
"Tidak, tempatku bukan di sini. Aku harus kembali...'
"Sial kau, selama ini kataku kau turutkan, mengapa tidak kini.."...
"Mengapa mesti kembali, kau tiada siapa di sana.."
"Meskipun aku tiada siapa di sana, namun aku tetap tidak mahu turun.."
"Kau akan sunyi nanti.."
"Biarkan aku. Aku rela dari menjadi keluarga kau..."...
"Lepaskan aku..."
"Kau telah jauh, lepaskan sahaja dunia kau di sana."
"Aku tetap masih punya kudrat untuk memanjat semula"
"Ketahuilah, kau membuang masa..."

Source : msuhaimi2007

Tips untuk Iklan Adsense muncul dalam blog Bahasa Melayu

Bagi yang baru belajar adsense dan ingin iklan adsense boleh muncul di blog berbahasa melayu, mungkin artikel kali ini sesuai untuk anda. Kebanyakan publisher pasti menghadapi masalah adsense tidak muncul di blog berbahasa Melayu. Iklan yang biasanya muncul ialah iklan layanan masyarakat / public service ads.

Mungkin ada beberapa trik saja yang boleh dikongsikan disini, tetapi itupun tidak diberi jaminan 100 peratus kalau-kalau iklan google adsense akan muncul terus di website / blog yang berbahasa malaysia (melayu) ataupun bahasa yang tidak disupport google adsense.

Seperti di ketahui, setelah anda melakukan setup di account adsense anda, anda akan mendapatkan script (javascript) yang boleh anda insert ke dalam laman web / blog anda. Dan memang untuk pertama kalinya akan muncul iklan layanan masyarakat seperti iklan sosial untuk badai katrina atau whateverlah…

Setelah tampilan kedua atau ketiga atau keempat kalinya, iklan adsense akan mencari iklan berdasarkan nama domain (baca : alamat website), nama file , meta keywords dan description, dan anda tentu gembira sekali jika ada iklan yang muncul (padahal website / blog anda berbahasa melayu) … tetapi setelah 2 hari berikutnya, iklan layanan masyarakat muncul kembali… anda tahu kenapa ?

Ini kerana spider khusus milik Google Adsense (Mediapartners Google) sudah mencari iklan berdasarkan content website (blog) anda, jika tidak dijumpai kata-kata / ayat yang sesuai dengan iklan yang tersedia di stok data advertiser mereka, maka adsense ads tidak akan muncul.

Baca seterusnya di rahsiakomputer

Empat Jenis Pekerja

Hari ini aku nak memperkenalkan empat jenis pekerja dalam organisasi. Aku tak baca mana-mana buku dan ini semua adalah dari pemerhatian aku sepanjang 6 tahun pengalaman bekerja (awam dan swasta).

Salah silap harap dapat dibuat teguran dan dimaafkan.

Masa Kerja Melepak Kemudian Buat Overtime

Ini adalah golongan pekerja yang rancak merewang. Asyik berjalan saja ke hulu ke hilir. Satu kerja pun tak jadi. Biasanya golongan ini sangat pandai bercakap dan membodek bos. Bila semua orang sudah balik, barulah terkial-kial buat kerja sebab sudah tiada orang hendak diajak bersembang. Biasanya kerja tidak akan siap sebab sudah tiada rakan sekerja hendak dirujuk.

Masa Kerja Melepak Kemudian Balik Awal

Ini adalah golongan yang nama penuhnya makan gaji buta. Tidak diketahui apa yang dilakukan sepanjang hari. Ini adalah golongan misterius.

Masa Kerja, Kerja Betul-betul Kemudian Balik Awal

Golongan ini adalah golongan yang tidak suka overtime dan tidak percaya kepada overtime. Semua kerja akan disiapkan dengan segera. Golongan ini percaya bahawa kerja adalah semata-mata untuk khidmat kepada organisasi dan pendapatan keluarga.
Golongan ini lebih suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada overtime.

Masa Kerja, Kerja Betul-betul Kemudian Overtime
Golongan ini adalah golongan yang gila kerja.

Source : lelabu.com

Berkenalan Dengan Asas Komputer

Sekarang ni kehidupan manusia dengan komputer sudah boleh kita katakan umpama isi dengan kuku…kerana betapa akrabnya kita dengan komputer…lihatlah di sekeliling kita, semua benda nak dikomputerizekan….ini menunjukkan tahap pergantungan dan kepercayaan manusia kepada komputer semakin tinggi…

Mari kita berkenalan dengan asas sesebuah komputer. Apakah asas sebenar sesebuah komputer? Asas yang menjadi asas kepada yang asas bagi sesebuah komputer adalah keupayaan membezakan di antara logik “1″ dan logik “0″. Kalau komputer tak kenal asas ini, maka tak tercipta dan berkembanglah komputer macam sekarang ini.

Logik 1 dan 0 tu macam suis ON dan OFF lah. Dengan kata lain, dalam komputer sebenarnya mengandungi berjuta-juta suis yang mengawal ON (logik 1) dan OFF (Logik 0). Oleh kerana sekarang ni komputer adalah suatu peralat elektronik, untuk mendapatkan logik 1 dan logik 0 tadi, voltage level digunakan untuk membezakan di antara 2 logik. Biasanya sesebuah cip atau IC meletakkan julat 0 hingga 1.8 volt sebagai logik “0″, dan 2.5 hingga 5 volt untuk di anggap sebagi logik “1″. Dan yang menjadi suiz pula adalah tansistor-transistor dalam sesebuah komputer.

Dari keupayaan membezakan logik 1 dan 0 tadi, wujudlah operasi Logik seperti AND, OR, NOT dan sebagainya dan operasi Aritmetik seperti tambah, tolak, darab, bahagi dan sebagainya. Jadi apa yang sebenarnya kita buat semasa menulis posting ini contohnya, adalah kita memberi arahan-arahan logik dan aritmetik kepada komputer kita untuk memproses input-input yang kita masukkan untuk menghasilkan output kita kehendaki.

Sekarang tahulah kita betapa pentingnya logik 1 dan 0 dalam komputer. Dari logik yang asas inilah komputer semakin canggih dan berkeupayaan tinggi. Komputer telah banyak memudahkan kerja-kerja manusia. Komputer telah menghubungkan berjuta-juta manusia menerusi internet. Bayangkanlah kalau komputer tak kenal logik 1 dan 0 dan tidak boleh membeza di antara dua logik, mampu tak kehidupan kita secanggih sekarang?

Source : shahdila.com

Seksi Bukan Telanjang

Pelakon Azizah Mahzan, 45, dikaitkan dengan kontroversi apabila berpakaian seksi dalam drama lakonannya Spa Q musim kedua yang sekarang ini disiarkan di TV3. Dalam drama bersiri itu, Azizah memegang peranan seorang wanita korporat.

Ada yang berkata imej yang dibawa Azizah tidak bersesuaian dengan usianya menyebabkan banyak pihak mempertikaikan penampilan tersebut. Imej itu turut mengingatkan kita mengenai pelakon Norlia Ghani yang kontroversi kerana memakai blaus pendek dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) tahun 2002.

Bagi Azizah, imej yang ditampil itu hanya dalam lakonan saja tetapi tidak ketika berada di luar set penggambaran. Dalam masa yang sama dia turut berpendapat seksi bukan hanya atas pakaian tetapi bentuk badan seseorang itu. Memakai baju kurung juga boleh kelihatan seksi.

“Yang penting saya bukannya telanjang,” kata ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 25 tahun ini. Selain itu, Pancaindera turut bertanya beberapa perkara termasuklah dia dikatakan bercinta dengan pelakon Zaefrul Nordin apabila gambar-gambar mereka “terlepas” di Internet.

Kepada wartawan NIEZAM ABDULLAH, Azizah yang gemar membahasakan dirinya “Akak” menjawab kisah sensasinya itu.

INILAH AKIBATNYA KALAU KEPALA HOTAK TU DAH TEPU DENGAN HIBURAN. CAKAP MACAM TAKDE AGAMA.

Baca wawancara bodoh tu di utusan


Minyak Wangi Dalam Bas

Suatu hari diwaktu petang di ibu kota, semasa ramai orang berebut-rebut untuk pulang ke rumah terdapat seorang gadis yang keadaanya agak resah gelisah yang kebetulan duduk dihadapan seorang lelaki jawa.

Gadis yang resah tu rupanya.. nak buang air kecil. Tetapi dia tak dapat turun sebab orang ramai dan bas tidak berhenti, rumahnya pun jauh lagi. Tahan punya tahan last-last lepas le sikit. Bila dia perasan dia pun buat-buat le buka handbag dan cuba mencari sesuatu. Tanpa disedari lelaki Jawa tersebut.

Kebetulan orang yang duduk sebelah gadis tersebut pun bangun sebab dah sampai. Jadi gadis tersebut pun alih le ketempat tersebut kerana sit dia dah basah. Jadi Jawa ni pun nak duduk le. Bila dia tengok basah dia tanye kat gadis tersebut.

“Aduh bu..ngapa tempat ni basah ya???”…Jawab gadis tersebut, “Ohh.. tadi botol minyak wangi saya tertumpah.Saya cari tutupnya tapi tak jumpa. Dalam beg tangan pun tidak ada”

Jadi Jawa tu pun keluarkan le sapu tangannya dan lap sebelum duduk.Setelah duduk dia pun cium le saputangan tersebut untuk menghidu wangiannya. Bau- bau punya baru la jawa tu tau rupanya air kencing sambil tersenyum jawa tu menjawab..

Lo kalau minyak wangi jenama ini..Saya mau, saya ada penutupnya.. Gadis itu pun terus bangun dan turun walaupun belum sampai ke rumahnya dengan perasaan malu dan geram !

Source : Cerita Kelakar

Sibuk

Sibuk benar sekarang nie. Tengah try and error bisnes ebay. Tak sempat nak post kat sini. Sorry. Tapi takpe, dalam 2 hari lg ok lah tu seperti biasa.

Bagaimana Akhirnya Saya Berjanggut?

"Mi, kau nampak lainlah.." ujar kawan saya..

"lain sikit saja" balas saya

"Wah, janggut makin panjanglah.." usik kawan yang lain

"Ada kelebihannya" jawab saya dengan ringkas

"Adik aku ni dah jadi macam orang dakwahlah" ucap kakak saya ketika bertemu di Kajang tempoh hari.

Saya cuma tersenyum.Semua perbualan di atas adalah kerana saya baru berjanggut. Baru menyimpan janggut. Kurang lebih 3 bulan.

Bagaimana akhirnya saya berjanggut?

Simpan janggut - satu Sunnah.Pulang dari tanah suci Jun lepas, saya terlintas untuk mencukur misai yang agak tebal (lebih belasan tahun disimpan dan ditrim) dan menyimpan janggut. Lalu saya berbuat demikian.

Alhamdulillah, Allah telah temukan saya satu kelebihan menyimpan janggut. Saya mengidap sakit"sinusitis" - belum resdung lagi. Setiap pagi biasanya terbersin beberapa kali dan hidung selalu tersumbat. Dan disebelah malam hidung merasa sesak, tersumbat dan lebih-lebih lagi ketika cuaca sejuk terasa agak sukar untuk bernafas dengan nyaman.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Setelah menyimpan janggut dan mencukur misai, masalah "sinusitis" saya telah hilang. Kini tiada lagi bersin di sebelah pagi dan hidung tersumbat. Boleh bernafas dengan nyaman.

Mungkin itu salah satu dari banyak kebaikan berjanggut atau melakukan perkara sunat yang lain. Selain mendapat pahala ia juga satu rahmat kepada umat Islam.Saya terbaca sepotong hadis yang disebutkan oleh Ibnu Umar R.A.,

Rasulullah S.A.W bersabda,"Janganlah kalian menyamai orang-orang musyrik. Panjangkan janggut dan cukurlah misai." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Saya yakin setiap apa yang diwajibkan, disunatkan, diharuskan mahupun diharamkan dalam Islam itu ada kelebihannya untuk umat Islam.

Sama-samalah kita mencari... mencari keredhaanNya.

Source : azemiali

Panaskan enjin sebelum mulakan perjalanan

UNTUK menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempo yang panjang, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba kecuali dalam keadaan terdesak. AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas.

Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri. Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak. Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit.

Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut. Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit.

Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas. Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak.

Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.
Source : infokereta

Netbook : Revolusi terkini notebook / laptop



Pernah mendengar netbook?

Pernah mendengar Intel Atom?

Untuk pengetahuan anda semua, netbook adalah revolusi terkini dari notebook. Revolusi yang berlaku amat ketara iaitu dari segi saiz, teknologi dan harganya. Revolusi tersebut disumbangkan dari teknologi cip pemproses Intel yang terkini iaitu Intel Atom.

Dengan teras tunggal 64 bit, cip ini lebih kecil untuk mengoptimum penjimatan tenaga dan menyokong teknologi terbaru Intel bagi kegunaan peranti bersaiz kecil. Ia direka untuk kegunaan pengguna dan bersesuaian dengan objektif Intel untuk menawarkan peralatan yang lebih mudah digunakan, mampu dimiliki dan sedia digunakan untuk Internet.

Dengan saiz netbook yang kecil, ringan dan mesra pengguna memberi kemudahan sambungan tanpa wayar di mana sahaja yang anda mahu pergi seperti di meleyari internet di café-café atau hotspot tersedia.

Baca seterusnya ciri netbook di bijakkomputer

7 Web Untuk Optimakan Penggunaan Twitter

TwitterFeed

Twitterfeed adalah web yang paling bermanfaat dan paling dekat dengan Twitter rasanya. Pernah tak kamu tengok akaun Twitter kawan kamu yang tertulis "Jom masuk blog aku, aku dah update.", "Blog aku dah update, sila komen" dan macam-macam lagilah mesej yang menyeru kenalannya masuk ke blog mereka. Kadang-kadang aku rasa semua itu buang masa. Tak tahu lagi ke? Dengan Twitterfeed, kamu tak perlu lagi buang masa. Web ini akan mengupdate secara automatik Twitter kamu jika kamu mengupdate blog kamu.

TweetSnap

TweetSnap membolehkan kamu snap mesej update dari mana-mana akaun. Kamu boleh gunakan add-ons Screen-grab tapi dengan TweetSnap, gambarnya lebih menarik dengan warna biru dan berlatar gambar burung.Ianya akan berubah setiap kali kamu update mesej Twitter kamu, juga sangat sesuai bagi mereka yang aktif di web portal.

Baca seterusnya di dilarangmelarang


Turtle Car



Kalau benda nie lalu kat jalanraya, apa reaksi korang?

Source : carigold

Artis yang mengada-ada dan melampau adalah makhluk perosak

Kak Pah ada tengok rancangan TV3, Melodi Ahad kelmarin dimana Raja Azura sedang ditemu-bual oleh salah seorang wartawan Melodi.

Alangkah angkuhnya si artis tersebut dgn cara dia menjawab soalan2 yg diajukan kepadanya. Kalau sesiapa yg tak tahan dgn keceluparan si pengacara yg berlagak melampau-lampau sudah tentu penampar akan hinggap kemukanya.

Mulutnya yg luas terbuka luas bila bercakap sudah membuat kita sebagai penonton naik menyampah dan meluat akan tingkah laku dan lagaknya.

Sungguh kurang sopan sekali cara dan tingkah lakunya didepan kamera semasa ia di temu-bual. Lain perkataan - itu KURANG AJAR dan ANGKUH namanya.

Kedegilan dan tidak mahu berganjak atas prinsip-prinsip nya yang menunjukkan 'kepala batu' nya yang boleh dikatakan jenis makhluk yang 'rebus tak empuk' ni amat mengecewakan sekali.

Sepatutnya pihak TV harus ketepikan saja artis 'kurang ajar' ini dari mengacara mana-mana rancangan TV mana-mana stesen sekalipun.

Memang banyak dan ramai artis-artis kita yang semakin angkuh dan tidak sopan. Seorang lagi partner dia dalam rancangan "Gedik Santai' yang bernama Sharifah Shahira pun sama naik berlumba-lumba nak dikalungkan sebagai 'artis kurang ajar'.

Heran betul kenapa dan mengapa pihak stesen TV memberi penampilan manusia Melayu yang bersifat 'kurang ajar' kepada khalayak penonton. Adakah disengajakan?

Atau apakah pihak TV sendiri yang gemar memaparkan artis-artis 'kurang ajar'?

Ini Kak Pah ada terbaca komen dari beberapa keratan dari beberapa pengomen dan juga laporan yg di buat oleh Kakak Tua melalui Kolumnya pada suatu ketika dulu:

Baca seterusnya di tranungkite

CPU Sate


Ada sesiapa yang nak wakafkan cpu tak? Dah lama tak makan sate nie....heheheh

Source : x-fail

Snow Di Pagi Isnin


Snow belakang rumah sewa kami.


Snow depan rumah sewa kami.

Nak tengok gambar lain, sila ke sini

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan.

Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg.
Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah.

Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan. Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

TANDA-TANDA

Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal, sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.

KOMPLIKASI
- Angin ahmar ( stroke ).
- Serangan jantung.
- Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
- Kegagalan buah pinggang.

Source : Email Aku

Pertunangan Dan Putus Tunang

Pertunangan

# Bertunang diamalkan masyarakat Islam dan membawa banyak faedah serta kebaikan kepada pasangan yang bertunang.

# Hal ini kerana ia dapat merapatkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua pihak. Begitu pun, pertunangan tidak menghalalkan hubungan seperti suami isteri.

# Perkara ini bermakna walaupun pasangan itu bertunang, batas yang ditetapkan oleh hukum syarak hendaklah dipatuhi.

# Bertukar-tukar hadiah secara tidak langsung membawa kepada perasaan saling hormat menghormati dan menjalinkan kemesraan sebelum mempelai itu diikat melalui talian perkahwinan.

# Majlis pertunangan tidak dinyatakan dengan terperinci dalam Islam. Namun adat yang diamalkan itu boleh juga dianggap sebagai undang-undang Islam kerana ia bersumberkan kepada adat.

Putus tunang dibolehkan sekiranya sebabnya jelas dan nyata, iaitu:

# Antaranya memberi kemudaratan sekiranya hubungan pertunangan itu diteruskan dengan ikatan perkahwinan.

# Putus tunang berlaku dengan tujuan menjaga nama baik keluarga serta keharmonian keluarga.

# Pasangan melakukan kecurangan dan memutuskan ikatan pertunangan adalah jalan terbaik daripada diteruskan dengan perkahwinan.

Source : serikasih

Masalah Segelas Air

Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid-muridnya;

“Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?”

Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: “50 gram, cikgu!”

Guru tersebut tersenyum. “Yang lain?” soalnya.

“Saya rasa mungkin 100 gram,” jawab seorang pelajar perempuan.

Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, “Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram.

Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?

Jawab gurunya, “Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!

Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya.

“Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans.” Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.

Sambung guru tersebut; “Murid-murid sekalian… berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat.Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.

“Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika.

“Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali.”

Menarik! Ini yang terlafaz di mulut saya setelah saya membaca email yang saya terima pagi ini. Kiriman dari YahooGroups yang pernah saya sertai. Masalah, jika di fokuskan kepada masalah, memang tidak berjumpa penyelesaian. Kalau anda buntu, rehatkan minda anda, kemudian kembali cari penyelesaiannya

Maksud ayat supaya jangan terlalu memikirkan masalah sebenarnya adalah kerana sifat manusia yang tidak fokus pada penyelesaian. Menciptakan ketenangan di dalam fikiran adalah penting.

Kenapa?

Untuk perlahan-lahan membulatkan fokus anda kepada penyelesaian. Selagi minda anda memikirkan masalah, memang masalah yang sentiasa membarahi pemikiran dan tindakan anda.

Tenangkan diri, berehat sebentar dan cari penyelesaiannya Sebegitu mudah. Lantas kenapa ramai tidak mampu melakukannya?

Kerana TABIAT yang telah tersemai. Anda perlu sentiasa berusaha mengikis tabiat lama dan semaikan tabiat baru yang fokus pada penyelesaian.

Source : armysyaz

Tips Mengatasi Mengantuk Di Pejabat

Rasa kurang cergas, mengantuk selepas makan tengah hari dan letih antara masalah biasa yang dialami kebanyakan orang. Perkara ini lebih ketara dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan tengah hari yang boleh menyebabkan produktiviti terjejas.

Kadangkala kita hairan bagaimana orang yang jauh lebih tua boleh kekal cergas dan sentiasa bersemangat melaksanakan tugasnya. Sebenarnya masalah cepat letih dan kurang cergas disebabkan gaya hidup, tabiat pemakanan dan cara kita mengawal minda serta emosi.

Tabiat dan pemilihan makanan mempengaruhi tahap kecergasan seseorang. Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.

# Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

# Makan setiap tiga hingga empat jam dalam kuantiti kecil — maknanya anda mesti makan pagi, tengah hari dan malam. Makan secara teratur tiga kali sehari boleh mengawal paras gula dalam darah. Makan sedikit tetapi kerap lebih baik daripada makan banyak pada satu-satu masa. Ini kerana badan menggunakan lebih tenaga untuk menghadam makanan dan ini boleh membuatkan anda berasa letih.

Pastikan setiap hidangan mengandungi karbohidrat dan protein sebagai sumber tenaga. Karbohidrat dari makanan ditukar kepada gula ringkas (sebagai tenaga) dan ini secara tidak langsung mengurangkan keinginan anda kepada makanan manis.

Baca seterusnya di serikasih



Resume

Name: Ah Mei

Age: Still young

Sex: Never. Still under age

Religion: I only have experience praying my cat whodead 2 years before

Race: I love to race, how you know?

Nationality: I don’t like National, I prefer Sanyo

IC Number: 6735

Telephone number: House no telephone

Hand phone number: 3310

Address: Penang Jelutong

City: Nor Haliza?

Postcode: I never post anything

State: In my family, I am 2nd

Country: I love to travel to Canada

Marriage status: Secret

Email Address: Hotmail

Education Background: My teacher said not bad

Working experience: Last time got sell pirated VCD

Father’s name: DaddyFather’s

IC: You ask him

Mother’s name: MummyMother’s

IC: You ask her

Current Salary: Depends on my daddy mood

Expected Salary: As much as you can pay

When can start work: Depends on my mood

Highest qualification:Ya, very high

Grade: Yeah, very high

College/University: College

Signature: Can I use chop?

Source : Cerita Kelakar

Cita-Cita Seman bin Leman

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.

“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

Source : Cerita Kelakar

Periksa Bateri Kereta Setiap Minggu

BATERI adalah antara komponen yang begitu penting pada bahagian enjin sesebuah kenderaan. Tanpanya, enjin kenderaan sudah pasti tidak boleh dihidupkan. Begitu juga jika bateri kenderaan anda sudah lemah, rosak dan kekurangan air bateri.

Sebagai pengguna yang peka, anda seharusnya membuat pemeriksaan bateri dan kabelnya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Anda juga perlu memeriksa bahagian kotak bateri kerana kerosakan pada bahagian itu boleh menjejaskan hayat kuasa bateri kenderaan anda.

Biasanya antara sebab kerosakan itu berlaku sehingga menyebabkan ia tidak tahan lama ialah kerana bahagian dindingnya merekah apabila diresapi asid bateri.

Bateri juga akan kehilangan kuasa sehingga boleh menyebabkan enjin kereta anda sukar dihidupkan jika menggunakan bateri yang sudah retak.

Bagaimanapun, anda masih boleh menggunakan bateri yang bahagian dindingnya sudah retak itu, tetapi perlu mengambil beberapa langkah tertentu.

Apakah langkah tersebut? Baca seterusnya di infokereta

RahSia PeriBadi di Sebalik E-Mel Seseorang

Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.

Nama Depan Dan Tengah

Contoh : Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun

Contoh : FaraH2003@yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran

Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad

Contoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor +abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah..

Source : armysyaz

Marilah Boikot Barangan Israel

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News (http://www.ljn.co.uk/) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England. Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London, England. Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat search di internet dengan menaip Tesco Jewish dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco. Dari Laman Web Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir http://www.pmram.org/inpage/boycott/index.htm.

Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel . Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.

McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tabung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi.

Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel. 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D.

Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu. Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran.

Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka. Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL. Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel. Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Pengerusi Estee Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?
Bersama kita memboikot produk Yahudi !!!

Source : carigold

Laman Web Imeem

Jika korang ingin mencari lagu-lagu, aku cadangkan pergi ke laman web imeem. Di sana korang boleh taip tajuk lagu, so nanti akan keluarlah lagu yang korang nak tu. Cari sampai lebam. Klik banner di bawah:

Cerpen Cinta : Yes Sir

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.

Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati.

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.

“Saya cabar awak.”

“Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It’s just a challenge. If you aren’t dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much. Well, what would you say?”

Baca kisah menyayat hati ini di cintadearhaniey

Hikayat Gadang Perkasa

Kata sahibul hikayat, maka tersebutlah perkataan ada seorang berhuma diam di Tapah hambanya Gadang namanya asalnya orang Tambun; senantiasa diperintah tuannya menebas menebang.

Sekali peristiwa, Gadang menahan lukahnya di dalam sungai pada suatu hari. Apabila pagi dilihatnya lukahnya kosong tidak berisi, yang tinggal hanya sisik ikan dan tulangnya. Demikianlah yang terjadi kepada Gadang setiap hari.

Setiap hari jualah Gadang membuang sisik dan tulang ikan ke dalam sungai. Adapun sungai itu dinamai orang Sungai Kinta pada hari ini. Maka terfikirlah Gadang di dalam hati, "Siapa gerangan yang makan ikan dilukahku ini? Biar kuintai supaya aku tahu siapa yang empunya kerja."

Maka pada suatu hari bersembunyilah Gadang di balik semak. Nampaklah olehnya akan hantu air datang lalu mengangkat lukahnya. Matanya merah seperti biji saga atau kereta Proton Saga warna merah, rambutnya menggerbang seperti rambut anggota kumpulan Black atau Death Metal barat dan janggutnya panjang mencecah air sungai.

Gadang pun memberanikan hati persis besi berani walupun ia sebenarnya takut melihatkan rupa hantu air tersebut. Elok jualah ketika itu hari masih siang. Kalau malam sudah pasti Gadang cabut lari. Hendak rugi berapa kilo ikan sekalipun dirinya tidak kisah. Susah-susah beli sahaja ikan di pasar.

Maka disebabkan Gadang dah terlajak ke depan, tambah-tambah ada senapang patah di hujung tangan, Gadang pun menangkap hantu air itu. Maka kata Gadang, "Mengapa engkau suka makan ikan aku? Engkau tak nampak ke kat lukah ni ada nama aku, ni hah G.A.D.A.N.G - Gadang! Sekarang terimalah hukuman mati mandatori daripada aku!"

Baca thriller yang seterusnya di activeboard

Begini Akibat Putus Cinta



Baik kau bercinta dengan Pencipta. Ada gak faedahnya.

Source : x-file

Suami Setuju

Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri: Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami: Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri: Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya.

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri: Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami: Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri: Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami: Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri: (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami: Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!

Source : Amir (Gelihati)

Hebatnya Bangsa Palestin

Saya sebenarnya amat terpegun apabila membaca wawancara yang dibaca melalui akhbar kosmo ahad tentang Bangsa Palestin.

Bangsa Palestine adalah bangsa yang paling pintar di dalam dunia dan beliau juga tidak menafikan bahawa pemegang PHD yang paling ramai di dunia ialah bangsa Palestine. Dan yang agak menarik, hampir setiap keluarga yang tinggal di Palestine mempunyai Ijazah mereka masing-masing.

Walaupun bangsa Palestine tertekan akibat sekatan, peperangan sejak berpuluh tahun yang dulu, tetapi mereka masih menjalankan tanggungjawab mereka untuk menghantar keluar anak-anak mereka bagi mendapatkan pendidikan yang terbaik.

Terfikirkah Anda, mengapa walaupun mereka berada dalam keadaan tertekan, tetapi mereka masih menghantar anak-anak mereka untuk belajar?. Sudah tentu ianya datang hasil dari kepercayaan mereka, hanya ILMU yang dapat mengubah nasib mereka.

Saya juga kagum dengan anak-anak Palestin yang mempunyai keberanian yang amat luar biasa. Keberanian yang saya yakin jika saya berada di tempat mereka yang hanya menggenggam anak batu sambil berdiri di hadapan tentera Israel dengan hanya memegang anak batu, bagi melawan rejim zionis itu.

Bagaimana munculnya keberanian tersebut? Sudah tentu keberanian itu datang daripada kekuatan spiritual keyakinan, kepercayaan dan keimanan mereka kepada ALLAH yang disemaikan di dalam jiwa mereka. Perasaan takut mereka hanya untuk ALLAH.

Jadi sekali lagi saya mengatakan kepada Anda, Untuk berjaya, cari permulaannya terlebih dahulu. Kuatkan spiritual, teguhkan keyakinan dan keimanan kita kepadaNya.

Source : Linncomel

Fenomena Hutang Dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Sila rujuk www.zaharuddin.com.

Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalakan tidak perlu membyara jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Baca seterusnya di zaharuddin.net

Selesai Majlis

Selesai sudah majlis hari jadi dan kenduri kesyukuran kat rumah aku. Semuanya berjalan lancar tanpa ada aral yang melintang. Makanan yang dimasak laris semuanya. Nie kalau berniaga, untung nie. Kawan-kawan datang tak putus-putus sejak dari pukul 2 hingga hampir 8 malam. Banyak juga wife aku masak. Nasib baik ada kawan dia yang datang awal dan sanggup membantu untuk memasak. Terima kasih Sanna.

Antara menu yang dihidang :

1. Mee kari
2. Soto
3. Bihun soto
4. Bubur buah molong (versi Terengganu)
5. Rangka ayam goreng KFC
6. Sausages rolling telur
7. Buah limau
8. Buah anggur
9. Dua biji kek harijadi
10. Air kotak campur-campur yang beli kat ASDA

Semuanya buat sendiri.
Terror betul wife aku. Thank you sayang.

Hari nie pulak hari jadi akuuuu!!!!! yeahhhh...Selamat Menghampiri Kubur, Azari!!!
Snow sepanjang hari hingga ke malam.