Sila klik url di bawah:
IQBASIC.COM
Web Untuk Anak-Anak Korang
20 Cara Jimat Duit
Sila klik url di bawah :
20 Cara Jimat Duit
Hilang Pahala Berjemaah
Aku rasa tak selesa bila orang yang sama bersolat di kiri atau kanan aku tidak mengikut kadar kecepatan imam melakukan rukun-rukun solat. Yang pasti orang-orang ini bersolat belakang imam. Sudah semestinya dia berniat untuk menjadi makmum kepada imam. Hinggakan imam sujud, dia masih belum habis rukuknya. Aku yang berada di sebelahnya rasa bersalah. Terdetik dalam hati ini perkara yang tidak baik iaitu ' Dia ni tak belajar solat berjemaah ke?' sekaligus mengumpat dia dalam diam. Walaupun aku tak mahu perkara tersebut berlaku, ianya seakan sudah diprogramkan. Aku takut sembahyang aku menjadi sia-sia lantaran aku mengumpatnya dalam solat.Islam telah mensyariat solat berjemaah mesti mengikut gerak geri imam terutamanya dalam soal gerakan tubuh. Sekiranya imam telah melakukan tiga rukun dan makmum masih terkial-kial dan tertinggal tiga rukun solat yang telah dilakukan oleh imam tersebut, maka makmum tadi telah mufarakah (tidak mengikut imam). Dia tidak akan mendapat pahala berjemaah. Walau bagimanapun solatnya masih sah dan pahalanya sama seperti solat bersendirian.
Aku tak tahulah apa yang ada dalam hati mereka ini. Nak kata tak belajar, dia orang nie pandai-pandai semua. Tak terdetik rasa pelik ke dalam hati mereka ini bila melihat orang lain semuanya sudah sujud, cuma dia sahaja yang baru nak rukuk. Sure akan terlepas dari tiga rukun solat tersebut. Ada yang seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk yang mereka kononya terlalu kusyuk hinggakan mereka ditinggalkan oleh imam dan jemaah yang lain. Ada juga yang mahu memperlihatkan mereka ini terlalu alim berbanding kerana terlalu cermat ketika bersolat.
Memang kita dianjurkan supaya menyempurnakan segala rukun solat dengan sempurna. Memang betul. Tetapi jika kita solat mengikut imam, kita haruslah bergerak di mengikut kadar pergerakan imam. Kita bukan solat bersendirian. Kalau bersendirian, nak solat seberapa lama pun boleh. Tiada masalah. Apa akan jadi jika mereka yang bertabiat begini begitu ramai dan bersolat dengan imam di sebuah masjid. Cuba anda bayangkan, apa yang terjadi? Berterabur semua saf kerana masing masing solat ikut suka. Ikut suka bila nak rukuk, ikut suka bila nak iktidal, ikut suka bila nak sujud. Dah jadi macam solat sunat ba'diah dan kabliah saja. Itu akibatnya kalau tak ikut pergerakan imam.
Perkara Yang Merosakkan Otak
1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3.. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4.. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng ganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng ganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimaginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Source : kelakarsiot.blogspot.com
Doa Mencari Jodoh
Doa Mencari Jodoh
Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...
Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah... Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, S
esungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engaku redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...
10 Malam Terakhir
Kita dituntut untuk menghidupkan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan dengan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hari-hari terakhir Ramadhan ini dirasakan terlalu sayu kerana tiada amalan yang cemerlang yang dapat dilaksanakan. Sekadar solat tarawikh dan bacaan Al Quran 30 juzuk dirasakan amat tidak berbaloi dengan hadiah pahala berganda selama 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Di masjid ada qiamulail tetapi oleh kerana telah terdidik pukul 3 pagi adalah masa untuk tidur, maka terlepaslah malam yang penuh keberkatan ini. Kalau qiamulail pun sekadar melepaskan batuk di tangga. Itu pun hanya di rumah.Satu je yang aku dapat rasakan ialah rasa sayu ketika Ramadhan hendak berlalu pergi. Hendak menangis pun ada. Dapat ke tidak untuk aku mengutip pahala berganda puasa lagi pada tahun hadapan. Itu je satu perasaan yang ok yang aku sendiri rasakan. Tapi amalan hampeh jugak. Moga kita semua dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh berkat ini di tahu hadapan. Insyallah.
Cerita pasal hari raya pulak. Aku takde mood nak sambut raya lebih-lebih lagi dah jadi bapak budak nie. Cerita pasal raya, semuanya melibatkan faktor pengeluaran. Tiada faktor kemasukan. Lebih-lebih lagi pasal duit. Sentiasa je keluar macam air paip. Tahun ni pakai baju raya tahun sudah. Masih elok lagi gamaknya. Lagipun aku tak berkira sangat. Janji pakai baju. Pakai baju pagoda pun cun jugak. Mood raya tidak macam dulu. Yelah, sebab dulu budak-budak lagi. Best ler. Sekarang sapa nak bagi duit raya. Kalau bagi pun hanyalah company tempat aku kerja. Dulu dia bagi RM200 sorang. Tahun nie kalau dia bagi lagi, aku nak settlekan kad kredit aku.
Fly Emirates Boeing 777
Tiket flight sudah ditempah. Kami dijangka akan menaiki pesawat Emirates Boeing 777-300 buatan Saudi. Memang kalu tengok dalam gambar flight nie, nampak bapak beso. Kami akan berlepas hari Sabtu 25 Okt 08 pukul 12.55am dari KLIA ke Dubai. Dijangka tiba di Dubai International Airport pukul 3.50am waktu Saudi. Berada di awan biru lebih kurang 6 jam 55 minit. Lepas tu lepak kat Dubai 4 jam sebelum berangkat ke Glasgow pada pukul 7.50am. Dijangka tiba di Glasgow International Airport pada pukul 12.25 waktu UK. Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam 35 minit. Lebam jugak duduk lama-lama dalam flight.Berdebar jugak hati ini. Yang paling aku risaukan ialah kapal terbang tu. Aku tak risau pasal family. Sebab apa aku risau pasal kapal terbang tu? Sebab kapal terbang tu bawa aku dan family aku serta orang-orang lain. Kalau kapal terbang tu selamat sampai, alhamdulillah. Minta dijauhkan Allah dari segala malapetaka. Amin.
Pengalaman naik flight Saudia Boeing 777 membawa jemaah haji ke Tanah Suci menjelma semula. Masa tu aku rasakan kenapa la berat sangat flight nie nak naik ke udara masa berlepas tu. Atau dah over loaded dengan jemaah haji. Mana taknya, jemaah haji je 300 lebih + bagasi. Tu yang flight tu meneran macam taknak naik je tu. Meneran macam orang nak beranak je. At last dia pun naik dalam keadaan yang aku rasakan amat payah sekali. Perasaan aku jer kot. Kalau pilot tu tengok muka aku mesti dia tergelak. Mesti dia cakap "Biasalah, bro. 777 nie kalau naik memang macam nie".
Masa flight tu mendongak naik, beribu-ribu lemon doa aku. Mana taknya. Dari tanah, flight kena terus naik ke udara hingga ke paras 30 000 kaki (kalau tak silap). Masa dia mendongak tu kadangkala aku rasakan enjin 777 tu dah mati jer. Alamak matilah aku (baru ingat mati, padan muka). Lepas dia cecah 30 000 kaki, barulah dia stabil. Masa tulah lega yang teramat sangat. Aku duduk tepi tingkap. Pandang luar bukan nampak apa sebab berlepas waktu malam. Nampaklah cahaya neon bangunan-bangunan dan rumah-rumah kat bawah tu.
Second experience masa aku dan family naik bas asia (air asia). Sekali macam bas daa tempat duduk dia. Aku rasa bas Transnasional lagi luas tempat duduk dia. Kami pergi ke Langkawi. Isteri aku berkursus di sana. Bukan tak boleh naik bas UTeM tapi wife cakap dia tak pernah naik Tony Fernandes punya pengangkutan. Tu lah sebab dia nak cuba. Dari Melaka ke Gombak, rumah abg ipar aku. Dia la yang bawa kami ke LCCT, tempat Hani Mohsin meninggal tu.
Oleh kerana kami ingat naik flight nie macam naik bas, maka kami dengan machonya pergi beli tiket. Sekali customer services tu nak sijil lahir anak kami daa. Mana nak cari. Semuanya ada kat rumah. La macam mana nie. Maklumlah baru pertama kali organise flight. Masa aku naik Saudia dulu, semua Tabung Haji yang uruskan. Kami cakap ada di rumah semua sijil tu. Dia boleh cakap macam nie " Balik la dengan teksi. Pergi ambil. Lagipun Melaka degan LCCT tak jauh. Tak boleh release kalau takde dokumen tu".
Ewah2. Sesuke hathi jer cakap macam tu. Ingat senang nak gi tahan teksi pastu suruh gi Melaka pastu datang balik hanya untuk ambil dua keping kertas Pejabat Pendaftaran Kelahiran tu. Akal ada ke. Mana sempat, nak bertolak pukul 4 lebih. Masa bergaduh tu pukul 2 kalau tak silap. Last-last wife aku call ofis minta kalau2 ada copy yang dia pernah submit dulu. So miracle, Allah tolong. Nasib baik ada copy kat ofis dan orang ofis tolong fakskan. Alhamdulillah. Kalau tidak terpaksalah balik Melaka dengan perasaan yang hina. Rugi lagi sebab duit tiket diaorang takkan return back.
Elok-elok boleh bertolak pukul 4, terpaksa delay pukul lepas maghrib. Kena denda lagi tu RM150 sebab dah bertukar waktu. Nak je aku suruh mana-mana flight yang delay sedangkan passanger dah tunggu supaya membayar denda kepada passanger sebab delaykan masa flight. Diaorang delay tak kena charge apa-apa. Passanger delay kena denda pulak. Cheh ! Mengada.
Petua Mengelakkan Menjadi Pelupa
1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali rap.
Selain dari kuat ingatan, badan menjadi sihat, akal tenang dan umurpun panjang. Tak perlu membazir beli supplement dari farmasi seperti jojoba atau lain-lain sebab boleh menyebabkan panas badan, pecah gusi dan side effect. Duit tu boleh beli pakaian anak-anak dan isteri atau hadiah pada ibubapa atau bersedekah pada anak-anak yatim.
Sumber: isuhangat.blogspot.com
Ke KPT di Putrajaya
Pagi tadi aku dan isteri ke Putrajaya untuk hantar perjanjian serta borang-borang yang telah lengkap diisi ke KPT di Menara PJH Putrajaya. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam dari Melaka. Cuaca pula redup. Alhamdulillah. Dari Seremban masuk susur KLIA dan Shah Alam. Wife aku cakap....betul ke jalan ni. Takde tulis pun Putrajaya. Betul le....kata aku confident. Aku dah selalu jalan situ. Sampai Putrajaya, sesat pulak sekejap. Dah masuk jalan lain. Aduh, nasib baik sesat dalam kawasan Putrajaya. Kalau sesat sampai Permatang Pauh, tak ke naya.Lega Sikit Hati Ini
Alhamdulillah, banyak juga perkara yang dah settle sebagai persediaan untuk ke negara orang. 4 Sep 08 yang lalu pasport antarabangsa kami siap kesemuanya. Cuma visa yang tak beres lagi. Mengisi borang visa mencabar kesabaran aku. Apa taknya, macam-macam yang dia minta sampaikan aku keliru. Berpusing-pusing soalan. Lepas tu nak macam-macam evidence. Itu baru satu visa, cuba bayangkan bagaimana aku mengisi borang visa seramai 4 orang. Itu belum termasuk isi borang ATAS lagi tu. Tapi aku anggap itu dugaan yang pertama yang harus dilepasi. Lepas ini lagi banyak dan lagi besar dugaan bila di negara luar.Selain borang-borang online tersebut, ada lagi borang-borang dari KPT dan borang-borang UTeM yang aku harus "fill in the blank with the correct answer". Borang medical check up la, borang perjanjian KPT, borang perjanjian UTeM, borang elaun baju panas, borang elaun pengangkutan, borang LHDN, borang leaver, borang student survey, borang penempahan tiket kapalterbang dan berbagai lagi borang yang aku pun dah lupa namanya. Memang banyak.
5 Sep 08, aku pergi LHDN untuk matikan setem pada semua borang perjanjian. Bayar RM80. Semua maklumat untuk ditranslate, aku dah translatekan seperti sijil kahwin serta semua sijil beranak kami sekeluarga. Cuma belum dicop pesuruhjaya sumpah. Agak banyak juga yang dah settle. Aku merasa sedikit lega. Mungkin minggu ini juga aku dan wife akan pergi Putrajaya hantar application tu kat KPT. Nanti kena pergi KL lagi untuk buat biometric scan. Entah apa bendanya. Lepas itu akan siaplah visa kami. Alhamdulillah.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Apa erti merdeka? Kau tahu? Aku tak tahu sebab aku dilahirkan selepas merdeka. Yang aku tahu sambut merdeka. Itu pun masa zaman kanak-kanak. Sekarang ni nak suruh sambut merdeka, alahai pukul 10 malam aku dah masuk tidur. Malas aku nak tengok orang terpekik terlolong jerit merdeka! merdeka!. Lepas tu tembak bunga api. Hangus duit rakyat. Bukan murah bunga api tu. Cecah ratus ribu. Sambutan untuk malam merdeka tu pun makan berjuta. Aku rasa otak dorang letak kat kepala lutut kot. Atau kat tapak kaki. Bestnya membazir. Yang kena bayar cukai temasuklah aku, wife aku, dan orang-orang yang bekerja. Baik mati je daripada merdeka. Menyusahkan rakyat. Gambar kat atas tu tunjuk orang yang merdeka dengan hisap dadah. Apasal tak suntik terus kat kepala je. Biar lekas mati. Hidup pun menyusahkan orang.Lepas malam merdeka, dataran merdeka dipenuhi dengan botol arak, kondom, tin arak, sampah sarap, bra dan sebagainya. Ini baru betul merdeka. Merdeka versi Iblis dan Syaitan Latnatullah. Lepas tu esoknya berpuasa. Konon puasa tapi tak solat. Confirm reject. Bagi aku merdeka sekarang tak macam dulu. Dulu orang eager nak kibar bendera tapi sekarang nak kibar pun tunggu yang free punya atau tak kibar langsung. Roh merdeka sudah hilang. Siapa yang hilangkan? Lu pikirlah sendiri. Assalamualaikum.
Cerita Medical Check Up
Hari Jumaat kami pergi ke Hospital Pantai untuk buat medical check-up. Orang tak la ramai. So senanglah daftar dan ambil darah, urine, timbang badan, ukur tinggi, uji mata dan sebagainya. Malangnya doktor kurang pada pagi itu. Tapi nasib baik ada doktor yang bertugas untuk check kami tapi sebelah petang. Agak leceh jugak kerana masa terbuang pada sebelah pagi. So pukul 3 kali pergi lagi ke Hospital Pantai. Nak jadi cerita, lepas Dr. tu check isteri aku, dia kata ada something kat badan wife aku. Dia suruh isteri aku buat ultra sound. Alamak...apa pulak penyakit ni.Lepas jumpa pakar kat tingkat satu, dia cakap itu normal dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Lepas tu kena bayar RM60. Apa ni! Ni semua mesti pasal Dr. yang suruh pergi jumpa pakar nie. Dia memang tak profesional. Masalah wanita tapi tak tahu nak solve. Dah rugi RM60. Buat satu lagi test pun, pakar lain yang merawat wife aku cakap memang takda apa-apa. Jangan risau. Ini menambahkan lagi kebengangan terhadap Dr. kat Emergency Dept. tu. Lepas tu aku dan anak-anak disuruh datang pada Hari Rabu. La hari Rabulah pulak. Alasan dia, banyak kes emergency. Maka pulanglah kami dengan perasaan terhina. Cheh!
Banyaknya Borang
Hari Khamis minggu ni nak pergi buat medical check up dan nak buat passport antarabangsa. Duit semua tu. Mak aku semakin sihat aku tengok. Dia dah boleh angkat tangan dan kaki sedikit. Alhamdulillah. Minggu ni kena pergi lagi jumpa Hj. Mazlan di Jasin nun. Kena urut lagi untuk hilangkan angin ahmar tu. Gaji pulak belum masuk lagi. cepat la masuk. Banyak benda aku nak bayar ni. Kena settlekan semuanya dalam bulan puasa ni.
Dia Ingat Aku Staf Hospital
Apa Ada Atas Meja
Beginilah rupanya meja aku kat ofis koro ni. Diambil menggunakan camera DSLR jenis Infra Red yang dipinjam dari orang sebelah aku ni : mamantaro sweet moments, seorang lecturer Managament Information System (MIS) lulusan UIA yang benci dengan subjek sendiri iaitu subjek Database. Dia prefer subjek fotografi dan memang minat benda-benda yang berkaitan dengan fotografi. Sebut je fotografi pasti cepat dia bagi respon. Hari tu aku bagi tau kat library ada buku baru bertajuk Light for Potrait Photography. Petang hari aku tengok buku tu dah ada atas meja dia. Efektif sungguh. Subjek lain hampeh. Dia memang tak suka tapi terpaksa mengajar walau tak suka.Cuba tengok meja aku tu. Bersepah. Kertas putih tu attandance student elektronik sem 1 subjek Asas Komputer. Pc buruk Pentium 3 Windows 98 (nak cakap pun segan bab pc ni) RAM 128 (lagi segan), Terhegeh-hegeh dan lembab. Open just three applications it might be hang dan masa tu rasa nak buang dari tingkat lima bangunan ni. Keyboard acer, monitor compaq, CPU cap ayam. Buku-buku yang tersusun kat hujung tu terdiri daripada buku Perlembagaan Malaysia (entah siapa punya entah), buku Terminologi Lengkap Perkakasan Komputer, buku Sistem Komputer dan Aplikasi, buku MS-DOS Command Line, kamus BI, buku Dare to Fail, majalah Campus Inc, majalah Haluan, majalah Wanita, buku Research Methods dan pelbagai kertas yang menyemak turut menghiasi meja aku.
Cover cermin kereta tu aku dapat masa beli laptop. So aku tampal kat situ. Ada lagi satu kat rumah. Nampak tak botol air yang tersorok kat tepi monitor tu. Itulah botol air soya recycle yang diisi dengan air Dr. Sukida yang disubcribe dalam ofis ini dan aku serta staf yang lain dikehendaki membayar sebanyak RM5 sebulan pada tukang kutip duit. Tukang kutip duit bertanggungjawab memastikan pantry dipenuhi dengan bahan-bahan makanan seperti gula, coffee mate, nescafe, teh, biskut dan lain-lain lagi. Tukang kutip duit ialah Ketua Jabatan Perakaunan. Fyi, staf multimedia dan akaun ditempatkan dalam satu bilik.
Petua kebahagiaan rumahtangga
Berikut adalah Petua 8P untuk kebahagiaan rumahtangga:Handset Baru ! Yahoo
Gambar di sebelah menunjukkan handset yang baru dibeli oleh wife aku hari Isnin lalu. Agak canggih dan lebih tinggi darjatnya dari handset aku. Tapi aku suka handset aku. Sebab isteri aku yang belikan. Terima kasih sayang. Aku guna handset pun untuk calling2 dan jawab calling je. Lepas tu hantar mesej. Tu je. Tak reti aku nak surf internet via handset atau buat video conferencing. Nantilah kalau aku ada rezeki nanti aku beli iphone kat UK. Round satu dua kedai je dah tertarik untuk beli model ni. Aku agree je kalau handset tu sesuai dan wife aku suka. Aku tak membantah. Beli cash. Masa nak keluar duit beratur belakang lelaki cina. Punya la lama dia mengadap ATM tu. Duit yang dia keluarkan banyak pulak tu. Lepas satu kad, satu kad lagi dikeluarkan. Aku cakap bila nak habis ni. Banyaknya duit dia. Kad RHB la, Maybank la, CIMB la, Hong Leong la. Aku nampak sendiri. Lepas dah dikeluarkan dia terus masuk kedai pajak gadai. Tak tau la dia nak buat apa dengan duit banyak tu. Ditinggalkannya slip ATM tu bersepah kat situ.
Aku tengok satu-satu slip tu. Setiap satu yang dikeluarkan tidak kurang RM500. Banyak tu. Aku rasa dalam RM4-5 ribu kot. Lepas tu giliran kami draw tapi duit tak boleh keluar. Terpaksalah aku menapak cari ATM CIMB yang agak jauh dari situ sementara wife aku tengok-tengok tudung di kedai berhampiran. Lepas dah dapat duit kami pergi kedai tadi. Handset lama di tread in. Dapatlah RM130. Syukur. Ingatkan kedai tu nak amik RM50 je. Cover merah putih takde. Dah habis. Isteri aku punyalah frust. Cover putih dan merah tu lagi lawa dari hitam tu. Abih tu dah takde, nak buat macam mana. Lepas tu kami masuk kerja semula hingga petang. Balik rumah, Ulfah sibuk nak main handset baru umi dia.
Ingatkan konsert nasyid.
Semalam isteri aku terlibat dengan perarakan pensyarah. Aku duduk rumah dengan anak- anak. Pukul 12.30 aku pergi kat tapak ekspo cari makanan. Aku order mee sup dan kami makan sementara tunggu umi budak-budak nie keluar dari dewan MITC. Orang takde la ramai sangat. Boleh tahan la. Bila isteri aku sampai, kami merayau-rayau sekitar ekspo. Tak banyak benda yang dibeli. Isteri aku beritahu ada konsert nasyid pada malam nanti. Dia bercadang supaya pergi malam sebab ada konsert nasyid Raihan. Aku pun ok je. Malam tu lepas Isyak, kami pergi semula ke tapak ekspo. Maklumlah rumah dekat dengan MITC. Tak sampai 5 minit dah sampai tapak ekspo semula.Malam ni ramai juga pengunjung. Lebih ramai dari siang hari. Dipenuhi dengan kebanyakannya student-student UTeM sendiri serta ibu bapa dan orang-orang sekitar Ayer Keroh. Buka je pintu kereta, bukannya konsert nasyid yang kedengaran tapi konsert bangang yang sedang berlangsung. Aku cakap kat isteri, mananya konsert Raihan? Isteri aku terpinga sebab ada yang memberitahu dia bahawa Raihan yang akan datang.
Kami tak memperdulikan konsert tu. Tumpuan beralih ke gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan. Singgah di kedai tudung. Wife aku beli 2 tudung, satu untuk emaknya dan satu untuk emak aku. Terima kasih sayang. Lepas tu kami merayau lagi ke kedai-kedai lain. Tak ada apa yang menarik. Kami pun terus ke gerai makanan. Order 1 nasi ayam untuk Ulfah sebab dia nak makan sangat. Nasi ayam agak mahal. RM4 sepinggan. Kami tak makan. Isteri aku pergi beli nasi lemak dan nasi ayam di kedai lain untuk dibawa balik. Kedengaran suara Dina (rancangan apa ek....Malaysian Idol ke Malaysian Bendul) sedang buat lawak bodo atas pentas.
Memang aku tak suka situasi ini. Ramai jugak penonton yang tengok aksi dia ni. Orang macam nie pun boleh dijemput oleh pengurusan universiti untuk buat persembahan. Tak sesuai langsung bagi pelajar universiti dan yang paling memalukan ialah mak ayah yang turut datang. Apa kata mereka tentang budaya konsert yang diterapkan oleh universiti tempat anak-anak mereka menuntut ilmu. Sungguh tak sesuai dengan taraf menara gading.
Konvo Macam Jom Heboh
Hari ni hari konvokesyen bagi student-student Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang diadakan secara langsung terus menerus dari Melaka International Trade Centre (MITC). Wife aku terlibat untuk perarakan besar pensyarah. Aku terlibat jugak. Menjadi juruteman anak-anak aku yang confirm nak round satu tapak pesta konvo. Khemah-khemah jualan bagaikan cendawan tumbuh selepas rain. Macam jom heboh. Masa aku balik kerja aku lalu kat situ. Memang hebat la. Siap setting gelanggang futsal.Kepala aku dah tak sakit macam hari tu. Dah ok dah. Cuma poket je sakit. Padahal baru 9 hb. Hari tu pasang water purifier kat skola arif. Sedekah kat dorang memandangkan kat skola dia tu takde penapis air. Isteri aku yang belikan. Aku tukang pasang. Kalau aku yang belikan, aku juga jadi tukang pasang. Lepas pasang, test air dia. Wow! no clorine. That is fantastic! Mengarut aku ni. Macam tak penah rasa air takde klorin. Kat rumah aku tu lagi la. Dua biji tapis pulak tu. Satu yang besar macam peluru berpandu jenama "FIRST" (kat luar rumah) dan satu lagi besar macam pelancar roket mini ala ala mortar jenama "RX Water Filter" (kat dalam rumah). Si pelancar roket nie lagi mahal dari peluru berpandu tu.
Semalam pergi Mydin 24 Bazaar. Beli keperluan harian. Pergi pukul 10 malam. Orang bapak punya ramai. Songkok, baju melayu, baju kurung , tudung untuk persiapan raya dah mula dijual. Takde mood aku nak buat baju raya. Sama je setiap tahun. Hari raya tahun nie aku nak cipta rekod pakai baju pagoda pagi raya. Tapi masalahnya aku raya kat kg wife aku. Kalau raya kat kampung aku, sure aku pakai pagoda. Tension bila nak bayar kat kaunter tu. Punyalah panjang kena beratur. Aku setting masa nak tengok sampai bila aku kena beratur. Sampai depan kaunter genap setengah jam. Korang bayangkan setengah jam berdiri dan beratur hanya untuk bayar. Hai Mydin...Mydin.
Lama tak berblog
Bila aku keluar, aku nampak seorang ayah suruh anak perempuannya yang berumur kira-kira 7 tahun ambil tin aluminium yang ditinggalkan orang di tepi pasu bunga. Aku terkedu seketika. Aku tak tahu nak cakap apa. Bagus juga sebab boleh jual tapi rasa kesian pun ada. Bagus juga sebab tolong membersihkan pandangan tapi rasa terhina dipandang oleh bangsa lain pun ada. Tak taulah. Aku terus balik ke rumah sebab aku cuti hari tu. Rasa sakit badan sebab baru balik dari kampung. Penat mamandu tak hilang lagi.
Semalam aku dan isteri pergi Bank Rakyat untuk tandatangan surat perjanjian refinance rumah kami. Kena buat cepat-cepat sebab takut tak sempat. Bulan 10 insyallah dah nak berangkat. Takut tak sempat. Aku pula kena cari duit untuk passport dan visa. Aduh. Pening jugak dibuatnya. Tapi, tak tahulah fakulti nak lepaskan ke tidak wife aku bulan 10 ni. Kalau tak jadi alamatnya kena pergi bulan 12. Tapi bagus jugak. Dapat aku kumpul duit.
Balik Kampung Makan Buah
Aku pandu tak laju tak perlahan. Moderate je. Bukan apa, nak menikmati keindahan petang. Hari terus mendung dan sedar tak sedar hampir masuk waktu maghrib. Aku tak berhenti, teruskan perjalanan hingga masuk tol Pantai Timur. Pada masa tu, jam menunjukkan pukul 8.45 malam. Kami berhenti di perhentian Kuantan untuk solat jamak maghrib-isyak. Lepas tu teruskan perjalanan yang berbaki 2 jam lagi. Hujan pulak turun dan melambatkan perjalanan kami.
Kami sampai kampung jam 11.45 malam. Lepas salam dengan ayah, aku angkat semua barang-barang masuk ke rumah. Mak dah tidur. Adik beradik lain semua dah tidur. Ayah je berjaga sambil tengok tv. Makan sejekap. Sempat lagi makan tu walaupun mata dah 70% terlelap. Lepas makan aku tak boleh tahan lagi. Letak je kepala kat bantal, terus hanyut. Sayup-sayup terdengar wife aku suruh bentang tilam satu lagi supaya luas sikit tempat tidur. Tapi suara itu tidak dapat mengangkat kelopak mata aku yang dah 100% terpejam. heheh...
Aku Benci Kompressor Itu
Aku pergi workshop yang memang dealer Denso kompressor di Peringgit. Memang workshop tu specialist pasal aircond. Maka aku pun tukarlah kompressor made in China tu dengan kompressor Denso made in Japan. Maka aku pun tunggu la kat bengkel tu selama 3 jam setengah, nengok dia buat kerja. Habis buat 12.45 tgh. Naik kematu jugak duduk kat bengkel tu lama-lama. Total RM700. Bapak mahal. Warranty 3 bulan. Lepas tu aku balik ofis.
Tragedi Troli
Aku pun pusing balik walaupun kereta nak melepasi highway Ayer Keroh. Wife aku ajak pergi Tesco la pulak. Ni yang aku lemah nie. Sampai Tesco dan dapat parking dekat tempat khas untuk baby. So kereta tak kena hujan. Masuk Tesco dan beli apa barang yang patut. Arif tidur atas troli yang ada tempat letak baby tu. Kaki terjulur keluar sebab dah besar. Lepas kakak dia kacau, maka terjagalah dia. Apa lagi, macam-macam benda dia nak capai. Sampai kat bahagian ikan dan makanan basah, tiba-tiba dia bangun nak nak berpusing untuk keluar dari seat belt yang aku pasang. Aku terlepas pandang. Buukk!!!...Ya Allah...anak aku!!!!
Arif meraung kuat lepas jatuh dari troli tu. Wife aku menjerit. Aku tak payah explain la dia punya keadaan. Dia terus peluk Arif. Arif tersedu-sedu menangis. Apa tak sakit. Jatuh 1 meter lebih ke lantai. Seperti biasa, wife aku menyalahkan aku. Memang aku salah pun. Tapi perkara tu berlaku sungguh cepat. Aku cepat-cepat bayar dan terus pergi Klinik Amal kat Bukit Katil. Dalam perjalanan, seperti biasa ceramah tak rasmi mula kedengaran. Dr. Rosziman cakap Arif takde apa-apa. Tak patah, tak luka dan dia bagi ubat hilang bengkak, ubat demam dan ubat sapu. Kami terus balik ke rumah. Ceramah bersambung kembali. Aku rasa mahu 2-3 hari baru habis nie sebab kes nie kes berat. Macam jenayah berat kanun keseksaan Bukit Aman tu.
Kat rumah lain pulak jadi. Arif tak boleh berjalan. Kaki dia terseliuh barangkali. Lepas urut dengan minyak, nampak ok dan dah boleh berjalan. Lepas tu dia tidur. Bangun tidur tak boleh jalan semula. Aduh mak....Kesian anak aku. Malam tu kami cari tukang urut. So bertandanglah kami ke rumah Mak Odah di Kg Tun Razak yang cuma 15 minit perjalanan dari rumah. Lepas dia dah urut, Arif terus boleh jalan. Macam magic. Tapi bukan magic dan realitinya Arif dah boleh berjalan dan kami berasa sungguh lega. Alhamdulillah.
Akhirnya Ke Glasgow Jua
Aku dapat TO DO LIST dari kawan di UK sana. Dalam list tu bapak punya banyak benda yang kena sediakan. Dari borang permohonan hingga ke lesung batu, semuanya kena ambil kira. Kepala aku mabuk sekejap. Lepas dah ok, aku listkan mana perkara yang patut dibuat dahulu. Visa, pasport, duit, borang permohonan, offer letter dan banyak dokumen penting lagi berada di muka hadapan list. Lesung batu, aji no moto, asam jawa, kuali dan sebagainya berada di list yang terakhir.














.gif)












