Sebuah Catatan Pengembaraan Hidup. Mencari Redha Dalam Realiti Kehidupan. Mengutip Pengalaman Di Sepanjang Liku Perjalanan. Buat Bekalan Mengadap Tuhan.


Welcome To Govanhill, Glasgow

Flashback
Setelah flight mengambil parkingnya, kami pun keluar disambut dengan keramahan pramugari dan warga kerja Glasgow Airport. Tidak ketinggalan polis airport yang bertugas juga memberi tabik hormat kepada kami. Sempatlah jugak aku posing berlatarbelakangkan poster besar "Welcome To Scotland". Buat kenangan-kenangan. Wife aku taknak bergambar sebab keletihan yang amat sangat. Ada perempuan mat salleh offer untuk ambil gambar kami tapi kami cakap " it's ok". So dia pun teruskan perjalanan dia.

Sebelum disoal siasat oleh pegawai airport tu, aku mengisi 4 tiny form. Setiap sorang satu form. Semua orang kena isi form tu aku tengok. Setelah itu aku bawa form tu berserta segala dokumen ke kaunter pegawai tu. Dia pun tengoklah pasport kami. Dia tanya berapa orang kesemuanya. Aku cakap 4 orang. Mana lagi 1? dia tanya. Rupanya Arif dah main berlari-lari dalam kawasan tu. Aku cakap 'that's my son'. Pegawai tu cakap'bring him here'. Aduh...leceh betul la dia nie. Bukan dia tak nampak anak aku tu. Terpaksalah wife aku kejar Arif dan bawa dia melepasi kawasan pegawai airport tu.

Setelah itu, kami pergi ambil beg. Tak ramai orang di kawasan tu. Rasanya dorang dah ambil awal-awal lagi beg dorang. Tak lama lepas tu, muncul beg kami dengan kotak-kotak yang dibawa dari Malaysia. Kotak blender la, kotak rice cooker la, kotak makanan, beg baju, beg sederhana besar dan sebagainya. Aku tak ingat lagi berapa beg dan kotak yang kami bawa. Waktu keluar dari kawasan ambil beg, kami ditanya lagi oleh pegawai airport yang lain. Macam-macam dia tanya. Mula-mula aku jawab confident jer. Lepas tu dia tanya ada barang makanan tak? Aku terkedu sekejap. Memang bohong tu berdosa, tapi itu adalah satu pilihan untuk melepaskan segala barang-barang makanan yang berharga yang dibawa dari Malaysia.

Dengan selamba, wife aku cakap takde. Pegawai airport tu tak scan atau tak buka barang kami. So, lepaslah dari cengkaman pegawai yang tidak berhati perut tu. Sampai ke luar balai ketibaan, kami disambut oleh wakil masyarakat Glasgow iaitu Ustaz Abduh. Semasa keluar untuk ke kawasan letak kereta, kami terkedu seketika. Memang berbeza cuaca di sini. Kulit kami digigit kesejukan yang amat. Angin kuat bertiup kencang menyebabkan aku dan family berlindung seketika di sebalik tiang besar. Ustaz menghidupkan enjin kereta dia. Dia cakap Arif kena letak kat dalam baby sitter. Anak aku meronta dan meraung taknak duduk dalam tu. Tapi Ustaz cakap kat sini undang-undang jalanrayanya tegas. Kena ikut peraturan, kalau tidak kena saman.
Semua orang kena pakai seat belt with no compromise. Kena pakai, compulsary. Nie bukan Malaysia. Nyawa kat sini berharga. Bukan macam kat Malaysia. Arif terpaksa duduk dalam baby sitter. Wife aku tak boleh pegang dia. Salah di sisi undang-undang UK. Kalau kat Malaysia, budak besar Arif tu bebas ke tempat duduk belakang dan depan. Undang-undang tak ketat. Lepas tu kami dibawa ke Govanhill di mana terdapat ramai masyarakat melayu di sana. Jalan raya dipenuhi kereta tapi orang sini bawa kereta tak laju. Mereka patuh undang-undang. Signal untuk masuk ke kiri atau ke kanan jalan tetap dipasang walau tiada kereta di hadapan mahupun di belakang. Maka, setelah 20 berada dalam kereta kami pun sampailah di rumah salah seorang komuniti di sini untuk menumpang sebelum mendapat rumah sewa sendiri.
Bersambung.....

Panduan Paypal Vol.2

Ini satu lagi gift dari aku. Huh!...aku bagi hatrick la. Semuanya tentang download. Apa lagi, jangan lepaskan peluang korang untuk download panduan paypal di atas. Korang tau tak apa tu paypal? aku pun tak tau...kehkehkeh....download jer la....

Download : Panduan Paypal Vol.2

Panduan Membeli Secara Online

Nie lagi satu panduan untuk membeli secara online. Free jugak. Aku tau korang takde duit nak beli yang berbayar termasuk aku. Dengan gaji cleaner mana la cukup nak beli macam-macam. So, apa tunggu lagi, download la url di bawah tanpa cas tersembunyi.

Download : Panduan Membeli Secara Online

13 Cara Pendapatan Internet

Jom jom download ebook nie cepat. Free je. Jangan takut. Aku nie just tukang distribute jer. Kalau korang berminat, silalah layari url kat bawah nie:

Download : 13 Cara Pendapatan Internet

Glasgow International Airport

Flashback
Perjalanan dari Dubai ke Glasgow dipenuhi dengan manusia yang berkulit putih. Hanya kami jer yang berwarna kurang putih. Memang penat duduk dalam flight walaupun agak selesa dan ada tv kat depan mata. Macam-macam dugaan semasa dalam penerbangan. Pramugari yang tak mahu angkat tray lepas makan, Arif muntah, Ulfah berak dan yang paling worse ialah Arif menangis tak berhenti semasa nak landing. Menjerit dan terus menjerit.

Orang lain tak hirau sangat Arif sebab masing-masing pun takut sebenarnya. Apa taknya, flight tu bergegar macam nak terhempas. Aku dah cuak. Di kalau apa-apa hal terjadi, aku berserah pada Allah jer. Daripaada 35000 kaki hinggalah nampak bumi Glasgow berdegup kuat jantung kami. Kat skrin tv dah nampak landasan untuk landing. Tapi pilot yang bawak flight tu macam main-main jer bawa flight tu. Dia macam sengaja nak takutkan semua orang. Tiba-tiba fokus landasan hilang. Landasan entah ke mana, flight pusing entah ke mana. Aku dah risau. Lepas tu nampak semula landasan tu. Lepas tu landasan dilindungi awan pulak. Semua orang senyap. Takde yang bercakap-cakap. Semuanya sepi.

Roda flight dibuka. Flight menghampiri landasan. Akhirnya Emirates 777 selamat mendarat di bumi Glasgow. Betapa leganya hati semua orang dan betapa bersyukurnya kami kerana tidak ada perkara buruk berlaku. Kalau cakap pada pilot tu yang jantung kami berdegup kencang...mesti pilot tu cakap...."Ala, small matter jer landing nie"...itu anggapan aku la. Daripada cakap mat salleh yang lain, rupanya sekejap nampak landasan sekejap hilang landasan itu rupanya pilot sedang cuba sedaya upaya mendaratkan flight dengan selamat kerana angin pada masa itu bertiup kencang. Ooooo...baru aku tahu. Aku ingat dia sengaja takutkan kami. Bawa flight macam orang giler.
Bersambung........

Dubai International Airport

Flashback
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam. Sekali sekala terlanggar awan tebal, bergoyang jugak Emirates nie. Anak-anak sibuk tengok citer kartun. Wife tengah layan telefon seat to seat. Aku leka tengok jarak perjalanan merentasi sebuah negara ke sebuah negara. Pramugari sibuk layan penumpang. Yang paling best naik Emirates nie ialah dorang selalu serve makanan. Asyik makan je kerja kami. Makanan ada yang best dan ada yang hampeh. Tapi yang paling tak bestnya ialah pramugari tak mahu ambil semula tray makanan. Dorang suruh letak bawah kerusi. Mak ihh!!!...sonangnyo kojo. Main lempar je bawah kerusi.

Sebelum makanan sampai dia bagi sapu tangan wangi lembab suam untuk lap tangan. Kononnya basuh tangan la tu kot. Ye la. Takkan semua orang nak basuh kat toilet. Sesak laluan pramugari nanti. Lepas makan dorang angkat tray. Tu masa mula-mula serve. Dah lama-lama dorang suruh letak bawah kerusi je. Aku pun followlah the order. Makin lama makin banyak. Wife aku suruh pramugari angkat tray but they were refused. Punya la baran. Anak aku dah pijak-pijak makanan bawah kerusi. At last barulah dorang angkat sebab ramai orang dah suruh angkat.

Lepas tu aku tanya waktu solat pada pramugari, dibantainya kata tak tau. La tak tau ker. Masa tu dah nak sampai Dubai. Lebih kurang 2 jam barulah kami sampai di Dubai, Arab Saudi. Besar bapak airport nie. Canggih pulak tu. Kami tak ambil banyak gambar kat Dubai Airport sebab nak cepat pergi solat Subuh. Takut tak sempat kejar kaunter 13 iaitu untuk penerbangan ke Glasgow yang dijadualkan pukul 6.30am. Lagipun buat apa nak ambil gambar sebab akan nampak dalam gambar tu nanti ramai sungguh orang yang tidur atas lantai. Memang bapak ramai.
Bersambung..........

Flashback
Nak naik Emirates kena beratur macam naik bas. Tapi masa skola dulu naik bas ikut tingkap pun ada (bukan aku ye). Kat pintu jangan cakap la. Hanya orang yang sabar je yang kena tinggal dek bas. Yang gopoh dah sampai rumah. Tapi naik Emirates semua orang ada tempat duduk tersendiri. Kami duduk di bahagian tengah. Memang suit sebab ada 4 seaters.

Macam-macam bangsa naik flight tu. Mat sallehan, Pakistanian, Arabian, Melayuan, Cinaaan, Indiaan, dan Kadazan. Penuh habih semua tempat duduk. Dalam hati cakap, boleh ke Emirates 777 nie naik ke langit macam masa aku naik Saudia Flight dulu. Tapi indah rupa dari khabar. Memang best naik Emirates nie. Dah la bumbung dia gelap, lepas tu keluar macam bintang-bintang kecil kononnya nampak langit la tu. Seat depan ada tv. Ada macam-macam program dari filem hinggalah ke game. Semuanya ada. Yang aku rasakan best ialah kita dapat tengok bahagian bawah flight semasa berlepas. So masa dia naik tu nampaklah bangunan-bangunan semakin mengecil. So tak payah tengok dari tingkap pun takpe. Masing-masing boleh tengok luar depan tv tu.

Pramugari tak tau la bangsa apa. Minah salleh ada, macam Cina pun ada, macam India pun ada, macam Negro pun ada. Berbilang bangsa. Masa kami naik tu dia pakai topi yang ada selendang (nak tengok topi tu?, layari web emirates.com). Lepas berlepas, topi tu dibuang entah ke mana sebab nak serve kami semua dengan makanan dan minuman. Takut tersangkut kat selendang dia agaknya. Setelah berada di ketinggian yang sepatutnya, kami cabut tali pinggang supaya selesa sedikit untuk bergerak.
Bersambung.............

Perjalanan Ke KLIA

Flashback
Hari yang ditunggu sudah tiba. Aku dan family ke KLIA menggunakan NAZA abg aku. So muatlah segala barang-barang dan beg yang hendak dibawa ke UK. Bertolak dari rumah lepas Isyak ke rumah mak di Bachang. Salam semua orang. Mak menangis. Rasa sebak di hati ini tapi tetap tabah. Aku mula pandu ke KLIA. Kak Ija dan family ikut sekali kerana nak bawa balik mpv tu. Family isteri dah ada kat KLIA. Dia orang datang lagi awal. Mereka selalu call nak pastikan kami dah bertolak dari Melaka. Aku pandu kereta agak laju. Walaupun agak kekok sebab gear auto tapi hentam ajelah labu. Janji sampai KLIA.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Boleh tahan gak aku pecut. Sampai KLIA semua orang dah tunggu. Kak Ija terus balik sebab baby dia kecil lagi. Tak boleh tunggu lama-lama. Aku dan family terus check in. Beg terlebih timbangan dari yang sepatutnya. Alhamdulilllah, ianya dibenarkan untuk dibawa masuk di atas tiket student. Lepas tu tunggu hinggalah dipanggil untuk masuk ke dalam kereta kabel. Kami semua bersalaman dengan family. Sebak dan pilu mula terasa. Tapi apo nak buek. Perjalanan mesti diteruskan.

Kami naik kereta kabel tu terus ke terminal yang menempatkan kapal terbang Emirates. Wife aku beli dua botol air mineral 1 liter. Dengan machonya nak bawa masuk dalam flight tapi ditahan oleh petugas kat situ. "Air tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam flight" dia kata. "Abis tu macamana?" kata wife aku. "Minum sampai habis atau bagi je kat kita orang" kata petugas tu sambil tersenyum. "Ewah-ewah, nak bagi dia pulak. Baik aku minum sampai habis" kata aku. Kami pun habiskan baki air tersebut sebelum dibenarkan masuk ke dalam balai berlepas.

Bersambung........

At Last All The Sort of Problem Clear

At last baru la aku dapat line internet yang teramat bengong ini. British Telecomunication nama diberi atau nama singkatnya BT. Sebulan lebih tanpa internet bagaikan tak bererti hidup ini. Ewah-ewah. Punya la boring duduk rumah, Allah saja yang tahu. Dah dapat internet ni barulah boleh aku updatekan kembali blog aku yang telah lama merindu. Aku akan ceritakan kembali detik-detik cemas semasa dalam perjalanan ke Glasgow nie. Tunggulah post yang akan datang, akan ku rungkaikan satu-persatu journey yang sungguh mencabar ini sehinggalah aku dapat line BT nie pada hari ini Jumaat (12 Dec 2008).

Semua kisah-kisah yang akan dipaparkan merupakan flashback yang tidak boleh menggunakan flash kamera biasa.hahaha. Dah bengong sebab sejuk sangat kat Scotland nie. Otak dah beku. Kisah-kisah tragis, suka duka kehidupan, lucu, sedih, gelak ketawa, mandom, murung dan bosan akan diceritakan. Oleh itu jemputlah kawan-kawan untuk baca cerita aku nie without hidden charges. Layannn!!!

Salam dari Govanhill, Glasgow, United Kingdom.

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran. Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap,konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.

3. Tidak mengenali pelanggan anda. Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaingakan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.

4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat. Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.

5. Tidak peduli tentang kakitangan. Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!

6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti. Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.

7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.

8. Penyendiri. Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.

9. Tiada'Mastermind'. Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang mempunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai. Jadikan mereka ahli lembaga pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.

10. Berputus Asa. Kebanyakan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.

Source : Artikel hangat

Repair IE (Internet Explorer)

Apa yang anda harus lakukan jika pelayar Internet anda iaitu Internet Explorer sudah "rosak" atau mengalami error banyak kali?

Kaedah 1
Pergi ke Start Menu
Klik Run dan taipkan sfc /scannow dan diikuti dengan enter
Anda akan dipaparkan tetingkap System File Checker process
Ikut segala arahan yang diberikan dan CD Windows XP mungkin diperlukan
Reboot computer anda setelah proses ini selesai

Kaedah 2
Pergi ke Start Menu
Klik pada Search dan pilih All Files and Folders
Pilih More Advanced Option dan checkkan box Search Hidden Files and Folders
Di dalam kotak All or Part of the menu file, taipkan ie.inf dan diikuti dengan enter
Setelah file ie.inf dijumpai, klik kanan dan pilih install
Ikut segala arahan yang diberikan dan mungkin memerlukan CD Windows XP
Reboot computer setelah proses ini selesai

Source : inspirelab.com

Syukur Dengan Perbuatan

Pernah tak Anda melihat orang kaya rajin menderma pada rumah-rumah kebajikan dan badan-badan amal? Sebab apa dia buat begitu?

Itu adalah tanda kesyukurannya pada nikmat-nikmat pemberian Tuhan. Dia menganggap dia dijadikan kaya kerana Tuhan mahu menyalurkan kekayaan kepada orang-orang disekeliling dirinya yang kurang mampu dan masih hidup sederhana.

Untuk melahirkan rasa bersyukur di atas kekayaan mereka, mereka mengagih-agihkan sebahagian dari wang mereka kepada yang memerlukan kerana mereka tahu mereka masih ada banyak wang untuk kegunaan mereka pula.

Pernah tak Anda melihat seorang guru sanggup mengajar lebih masa walau tanpa mendapat apa-apa bayaran? Sebab apa dia sanggup buat begitu?

Hanya ada dua sebab. Pertama, dia mahu mengubah anak didiknya menjadi cemerlang dalam persekolahan. Kedua, sebagai tandanya kesyukurannya pada Tuhan kerana memberi dia sebuah kerjaya tetap sebagai seorang guru dan dengan kerjaya itu, dia boleh hidup bahagia, membina keluarga dan punya harta, seperti kereta dan rumah sendiri.

Contoh-contoh di atas adalah contoh sikap bersyukur dengan perbuatan. Selain bersyukur dengan hati, kita boleh melahirkan rasa syukur dengan perbuatan kita, iaitu berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain.

Ganjilnya, bila kita ikhlas memberi dan suka berkongsi, apa yang kita ada tak pernah berkurang, tapi masih seperti sediakala bahkan makin bertambah sedikit demi sedikit.

Orang-orang Barat sudah lama menemui kelebihan ini. Mereka sudah lama mengaplikasikan konsep rajin bersyukur dalam kehidupan mereka. Kesan dari perbuatan itu, mereka menjadi kaya dan semakin cemerlang dalam kehidupan, kerjaya dan perniagaan. Walaupun mereka kurang pasti bagaimana ia berlaku dan tidak dapat diterangka oleh sains, tapi mereka tahu kelebihan bersyukur dan kesan dari selalu berterima kasih pada alam semesta.

Bagaimana nak bersyukur dengan perbuatan? Anda hanya perlu memberi orang lain apa yang Anda ada. Misalnya, ia boleh jadi duit, ilmu atau makanan. Beri saja, tanpa pernah memikir untuk dibalas. Beri dan terus memberi. Pasang niat sebagai tanda Anda bersyukur pada Yang Maha Esa. Itulah beberapa contoh bagaimana nak bersyukur dengan perbuatan.

Jika rajin bersyukur boleh membuat orang-orang Barat semakin maju, mengapa pula kita tidak mengikut langkah yang sama? Ia akan membuat apa yang kita ada semakin bertambah (bukannya makin berkurang), tak kira sama ada ia ilmu, harta atau wang ringgit.

Source : imotivasi.com

Baik Buruk Diet Sesuka Hati

Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikah pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet.

Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.

Diet epal dan detoks.

Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram(kg).

Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.

10 Sifat Suami Soleh

Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.

Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.

Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Wallahu a’lam.

Source : Soleh.net

Masa.. Lebih Berharga Dari Emas

Sebagai seorang yang berkerjaya dengan dunia ICT ini semestinya tidak sedar masa berlalu begitu pantas sekali.

Adakah anda sudah solat? Makan? Rehat? atau tunaikan tanggungjawab yang perlu dibuat.. Usahlah terlalu asyik dengan dunia Net atau komputer sehingga lupa nak buat tggjawab anda sebagai ibu, ayah, suami, isteri, anak atau sebagainya.

Buat bisnes buat dengan betul, dan jadi manusia pun kene hidup dengan betul.. x perlu senget sebelah dan berat sebelah. Nanti boleh huru-hara hidup jika kita terlalu asyik dengan satu-satu benda sahaja.

Menyentuh soal masa, adakah anda merasakan masa itu emas? atau emas itu masa ? kadangkala saya tak faham mengapa orang kata masa itu emas.. Jika mahu menyatakan masa itu mahal, adakah ia elemen yg boleh dibeli? Saya mahu bayar 1 billion ringgit utk mengembalikan sesaat yang lalu... Adakah ia boleh dibayar?


Space we can recover, but time never - Napoleon BonaparteJargon daripada Emperor of France.

Napoleon Bonaparte ini mengajar kita betapa pentingnya masa dalam kehidupan. Beliau mmg mengatakan ruang/peluang kita boleh dapat/ganti semula tetapi masa atau waktu tidak sedemikian.

Sesaat yang berlalu tidak akan kembali lagi, jika anda silap buat keputusan sesaat lalu ia akan terus jadi sejarah. Yang selebihnya adalah masa sekarang dan masa depan. Oleh itu sentiasa berhati-hatilah dengan setiap saat yang anda bazirkan, nanti ia akan disesali tidak berkesudahan.

Pastikan masa digunakan sebaiknya spt mafhum hadis Nabi, kerjarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu masa senang sebelum susah, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati...

Source : RahsiaEbiz

Masa Itu Emas….. Jangan Buang Masa

Tiba masanya untuk saya membincangkan mengenai topik pengurusan masa. Sebenarnya jika anda seperti saya, menjalankan perniagaan internet secara sambilan, anda haruslah mempunyai pengurusan masa yang benar-benar efektif dan efisien. Untuk memastikan perjalanan perniagaan kita sentiasa teratur dan sistematik, kita harus mempunyai pengurusan masa yang baik.

Seperti saya sendiri, saya mempunyai masa yang amat terhad untuk melakukan beberapa perkara yang penting dalam sehari. Saya cuma mempunyai masa lapang pada malam hari sahaja jadi apa yang perlu saya lakukan ialah memastikan masa saya tidak terbuang dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Jika anda hanya menjalankan satu perniagaan di internet, anda tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa anda. Sekiranya anda menjalankan lebih dari satu jenis perniagaan secara online secara sambilan, anda pasti menghadapi krisis pengurusan masa ini. Bagaimana untuk menyelesaikannya? Saya ada tips untuk anda semua.

1. Buat jadual harian anda. Senaraikan apa yang perlu dibuat dan susunkan mengikut kepentingan.

2. Sekiranya perniagaan anda masih menggunakan proses manual, automasikannya.

3. Sediakan email-email yang biasa ditulis kepada pelanggan anda di dalam word pad. Anda hanya perlu ‘cut & paste’ sahaja apabila mahu menghantar email kepada pelanggan anda.

4. Gunakan perisian –perisian tertentu yang boleh memudahkan kerja anda seperti auto responder.

5. Buat catatan. Amalkan langkah ini untuk memastikan anda tidak terlupa perkara-perkara penting tentang perniagaan anda.

6. Bahagikan masa anda untuk melakukan promosi, menyertai forum, melihat statistik laman web anda, mengemas kini laman web anda, menjawab email, melancarkan produk baru atau sebagainya.

7. Pastikan semua email anda disusun mengikut folder. Ini dapat menjimatkan masa anda.

8. Sekiranya anda sedang menghasilkan produk anda , jangan lupa, draflah dahulu di atas kertas.

Anda boleh menghasilkan produk anda tepat pada masanya sekiranya anda mengatur kerja anda terlebih dahulu. Yang penting sekali, pastikan segala hasil kerja anda di “back up”. Kenapa? Jawab sendirilah…

Demikianlah serba sedikit mengenai cara-cara untuk menguruskan masa. Di harap dengan maklumat ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Source : LamanPutera

Kurang Dua Minggu Lagi

Kurang dua minggu lagi kami akan berangkat ke negara orang. Berbagai perasaan bercampur baur. Sedih ada, gembira ada, suka ada, muram durjana pun ada, rasa sebak, pilu, memori silam, murung, meragam, ceria, duka, nestapa, mustapa, rindu, sinis, sadis, desperado, gundah, gulana, zuhud, tawaduk, insomia dan 1001 macam perasaan lain melanda diri kami. Tak pernah pergi ke negara orang untuk jangka masa yang lama.

Aku pulak sering berfikir-fikir untuk cari kerja di sana. Tak tahulah kerja apa. Asalkan halal dan mengikut syariat, aku ok je. Takut banyak syubhat dalam pekerjaan tu nanti. Minta doa dijauhkan daripada itu semua. Aku juga akan jadi Mr. Mama untuk kedua anak aku. Takpe lah, aku berkorban untuk memberi peluang kepada wife aku mencapai cita-cita dia. Dia lagi banyak berkorban untuk aku. Macam-macam. Sampai aku segan dengan dia. Biarkanlah kali ini aku berikan kesempatan untuk dia realise PhD dia. Aku akan teruskan plan B aku untuk jadi IM yang berjaya suatu masa nanti. Insyallah.

Segala persiapan sudah diatur. Pasport dah siap, rumah dah ada orang nak sewa, kereta akan di jual ke kedai kereta, motor akan dijual ke abg polis jiran member aku, kad ATM dah ditukar ke kad debit, hutang bank rakyat dah settle, hutang kad kredit settle, hutang JPA settle, tabung haji tak dipotong lagi, borang leaver dah dihantar ke LHDN, visa dalam proses (maybe siap minggu depan), duit dari KPT dah dapat, baju sejuk beli minggu nie sebab ada offer hari Sabtu ni, rumah dah refinance, dan beberapa hal lagi yang akan settle dua tiga hari lagi.

Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan rapi. Cuma barang je belum packing. Risau juga tu sebab barang kami boleh tahan banyak. Hah lupa pulak, beg besar belum beli. Takpe lah, beli hari Sabtu nanti. Aduh sedih juga nak tinggalkan mak aku, mak dan ayah mertua, tok, family aku dan family wife aku serta adik beradik, saudara mara dan sahabat handai di tanahair. Aduh! sebak-sebak. Tapi oleh kerana nak mencari pengalaman baru di tempat orang, semuanya terpaksa kami tinggalkan buat sementara waktu. Insyallah, di lain kesempatan akan bertemu jua nanti.


Kisah Salahuddin Al Ayubi

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran hingga ke hari ini.

Sila download link di bawah untuk cerita selanjutnya......

Download : Salahuddin Al Ayubi

Mandi Malam dan Air Batu

Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih.

Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair. Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti.

Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan. Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair.

Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastik transparent. Di dalam beg plastik transparent ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai.

Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke?? Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun.

Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini.

Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.

Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini.

Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam.

Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa!". Begitulah kata-kata orang yang degil.
Kesan minum air batu

Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru.

Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempoh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi dipermukaan luar gelas ini. Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini.

Kesimpulan dari eksperimen mudah ini ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut.

Di sekeliling saluran esofagusini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity). Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk.

Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Itulah sebabnya orangyang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi. Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindakbalas iaitu tapak tangan lembap dan basah.

Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu. Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya.

Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hambaAllah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas).

Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuaca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, si isteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas.

Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya. Dengan ini dirumuskan bahawa:-MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru.

Source : Isuhangat

Kerja Kosong

Iklan
Ni ada satu kerja kosong pada sesiapa yang berminat dan kena dengan bidang yang diceburi. Kerja sebagai Pembantu Sumber Manusia atau dalam bahasa BInya Human Resource Assistant.
Details
Full time job.
Malaysian German company
In Melaka
Date Expires : 2008/11/12
Yang lain, korang bacalah kat sini. Cepat-cepat. Don't miss the train!!

Kata-Kata Motivasi

By Shueqry
Dr Tuah Iskandar berkata, "mempercayai diri Anda lemah sebelum terbukti Anda benar-benar lemah adalah kelemahan Anda yang paling lemah".

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita fikir yang kita ni lemah, tak boleh buat dan tak ada potensi, maka itulah yang akan kita jadi.

Apa yang ada di fikiran dan yang selalu kita fikir berulang kali, menjadi satu doa. Lalu, ia benar-benar terjadi pada diri kita. Jadi lemahlah kita.

Mengapa kita harus rasa lemah , sedangkan orang lain boleh buat ngan penuh yakin pulak? Mengapa pula kita sendiri yang memandang rendah pada diri kita? Adilkah kita buat begitu pada diri kita? Untuk apa kita buat camtu?

Ketahuilah, kita merasa lemah sebab kita asyik memandang tinggi kelebihan orang lain, sehingga kita ragu pada kelebihan diri sendiri yang kita belum gali. Kagum pada kelebihan mereka tak salah, tapi biarlah ia menjadi pencetus inspirasi pada kita untuk mengkaji kekuatan, bakat dan potensi yang ada dalam diri kita pula.

Sebelum kita melakukan sesuatu perkara yang baru pada kita, imaginasikan dalam minda yang kita melakukan perkara itu dengan cemerlang sekali.

Buang imej takut, ragu-ragu dan sangsi, kerana ia akan membuat kita kurang cemerlang. Untuk cemerlang, beranikan diri melakukan sesuatu yang baru, walaupun perkara tu kita tak pernah buat sebelum ini.

Misalnya, jika Anda baru belajar memandu kereta, bayangkan dalam minda yang Anda memegang stereng dengan tenang, menukar gear dengan relaks dan menekan pedal minyak dengan penuh yakin, walaupun itu kali pertama Anda memandu kereta.

Tanamkan dalam minda yang Anda boleh memandu dengan cekap, sebagaimana pemandu yang dah memandu bertahn-tahun lamanya. Hadirkan rasa yakin. Lama kelamaan ketakutan, rasa gemuruh dan sangsi akan menghilang sedikit demi sedikit.

Percaya yang Anda boleh lakukan apa saja, janji bersedia memberanikan diri.
Apa saja boleh terjadi.

Anything is possible!

Source : imotivasi.com

Marahkan Suami, Al-Quran Dihina

Seseorang mungkin terlalu geram dan kecewa terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun. Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".

Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.

Setiausaha Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) Basir Ismail memberitahu Malaysiakini hari ini, naskhah itu kemudian diserahkan kepadanya petang semalam di pejabatnya di Bandar Darulaman."Lebih 30 muka surat tertulis perkataan yang mencerca, maki dan mengutuk Allah, di samping lukisan gambar kemaluan lelaki iaitu dari surah al-Baqarah hingga al-Imran," katanya dalam satu kenyataan, dengan memberikan contoh 10 ungkapan maki-hamun yang terdapat dalam naskhah al-Quran yang dirosakkan itu.

Malaysiakini bagaimanapun memutuskan tidak menerbitkan semula senarai ungkapan, bertulisan merah, yang penuh cercaan tersebut."Pembuangan al-Quran di dalam tong sampah dengan coretan perkataan yang menghina Allah adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak yang berwajib," tambahnya.

Menurutnya, presiden perkumpulan belia itu Ir Mohd Jamal Nasir bersama beliau akan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu esok supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara itu.

Source : Malaysiakini

Hampir Tergadai Iman Kerana 20 Sen

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia.Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata,

"Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam.Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT"

Source : Isuhangat

Adik Ipar Kahwin

Hari Jumaat lepas aku dan family balik ke Terenganu sebab adik ipar kahwin. Balik naik bas sebab malas nak drive. Tiket bas pukul 8.30pm. Call teksi suruh datang amik kat rumah. Call suruh ambil pukul 7pm, dia datang 7.30pm. Punyalah efisen teksi Melaka nie. Lepas tu kena charged RM30. Cekik darah. Sampai pukul 8pm kat Melaka Sentral. Orang ramai la jugak nak balik kampung. Wife aku dah risau sebab tunggu punya tunggu, bas yang dijanjikan belum tiba. Aku cakap sabarlah, mesti datang bas tu. Takkan dia nak tinggal kita pulak.

At last, bas yang ditunggu telah tiba. Aku tak nampak bas tu datang sebab sibuk kejar Arif yang lari pusing terminal. Aduh! Penat aku. Tepat 8.40pm, bas mula bergerak. Once bas bergerak, kepala aku mula sakit sebab terlalu amat jarang naik bas. Bas tu pulak bergerak terhegeh-hegeh sebab jalan sibuk. Aku cuba lelapkan mata untuk hilangkan sakit kepala, tapi tak boleh. Bas mula bergerak ke Alor Gajah. Kemudian ke Pulau Sebang, Tampin, Gemas dan kemudian aku tak tahu dia jalan mana sebab tak nampak apa. Lagi lama bas makin laju. Lagi laju dia bawa lagi tak boleh tidur mata aku memikirkan keselamatan diri dan family.

Lepas tu sampai Kuantan. Lepas Kuantan berhenti rehat kat Chendor. Aku turun untuk buat susu Arif. Niat di hati nak beli burger untuk aku dan wife tapi bas nak mula bergerak pulak. Rasa sekejap je dia berhenti. Lepas tu dia pecut terus ke arah Kemaman, Kerteh, dan kemudiannya Dungun. Sampai Dungun, maka kami pun turun. Ayah dan Yunus amik kami guna van. Sampai rumah, tanpa melengahkan waktu kami terus tidur. Macam nak pengsan naik bas, baik naik kereta.

11 Oct 2008, Malik menjadi raja sehari. Dengan sekali lafaz dia menjadi suami kepada Rohana binti (aku lupa la). Majlis berjalan lancar. Tiada muzik yang memecahkan gegendang telinga macam kenduri kahwin kat Melaka. Aman damai dan harmoni. Tolong menolong dan bekerjasama. Orang ramai mula datang selepas Zohor. Tak macam di Melaka. Masa azan Zohor tu la yang paling ramai sekali orang datang. Lepas tu lewat solat Zohor.


Keesokan harinya, kami mengemas apa yang patut. Basuh pinggan mangkuk, kemas meja dan sebagainya. Petang tu kami dah bersiap-siap nak balik Melaka semula. Lepas maghrib, tumpang kereta Ana dan Malik untuk ke Dungun. Sampai Dungun jumpa Abg Din dan Kak Za. Selepas bersalam dan tunggu bas yang kononnya datang 9.30pm, maka kami pun naik bas yang datang lewat setengah jam dari masa yang disebut tadi. Sampai Melaka pukul 5am. Naik teksi yang ada tokong Cina hingga ke Taman Tasik Utama. Sampai rumah, aku tidur sekejap dan kemudian bangun solat Subuh, dan kemudian pakai baju untuk ke ofis. Tak best betul cerita nie. Skema je.

NTLDR is Missing

Ditulis oleh ahmad yazid

NTLDR (NT Loader) problem.Pernahkah anda mengalami situasi di mana masalah NTLDR missing / problem.

Apakah yang perlu anda ambil untuk mengatasi masalah ini?

1. Masukkan CD windows xp ke dalam cdrom anda

2. Boot computer anda dengan cd tersebut

3. Kemudian press (tekan) mana² kekunci pada keyboard anda.

4. Di menu setup windows xp, press (tekan) R untuk repair windows.

5. Anda akan log on ke windows installation dan masukkan admin password.

6. Kemudian copy file:•

x:i386ntldr c:
X:i386ntdetect.com c:

7. Setelah file itu dicopy, reboot computer.

p/s: x adalah CD-ROM / DVD-ROM anda.

Source : Inspirelab.com

Masa Dalam Perniagaan

Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yang amat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianya dikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masa sehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskan waktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang. Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya.

Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyak masa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada harisebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari. Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari. Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangani hari yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.

Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan.

Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalah menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seterusnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. Tandakan A pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yangkurang penting, tetapi, masih perlu dilakukan. C pada perkara yang kurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung. Seringkali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan ini, anda akan dapat lihat dimanakah keutamaan anda perlu tumpukan terlebih dahulu. Aktiviti yang ditandakan D boleh di pangkah daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting.

Mungkin sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya seperti menonton TV atau bermain computer games. Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B. Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda mengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya ada masa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukan perkara D! Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yang anda merancang untuk gagal dalam menguruskan masa!

Kunci #3. Prinsip 80-20

Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil! Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda? Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut.

Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya. Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut.

Namun, kerja tersebut sudah 80% siap! Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain. Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja.

Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula. Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankan perniagaan ada!-

Apakah itu Hard Disk Partition?

Ditulis oleh Mohd Izuardi Ibrahim

Katakan anda membeli sebuah almari yang luas, sudah tentu anda akan dapati bahawa di dalam almari itu terdapat beberapa bahagian yang ‘dipecahkan’ sebagai rak tingkat untuk memperkemaskan dan memudahkan kita menggunakan almari itu. Bahagian tingkat pertama mungkin untuk seluar, yang kedua untuk baju dan sebagainya.

Hard disk juga boleh mempunyai ciri yang sama – katakan anda membeli hard disk bersaiz 80 GB, anda boleh ‘memecahkan’ saiz ruang hard disk ini kepada beberapa bahagian. Apa yang menariknya, tidak seperti almari, anda boleh memecahkannya mengikut citarasa dan kegunaan sendiri. Proses ‘memecahkan’ ruang saiz hard disk ini disebut sebagai 'Partitioning’ dan ruang bahagian yang telah dipecahkan sebagai ‘partition’.

Bagi hard disk berkapasiti 80 GB, anda boleh membuat empat partition. Contoh kombinasi yang boleh dipakai ialah 20-20-20-20 GB ( iaitu saiz setiap satu bahagian ialah 20 GB) atau 20-20-30-10 atau kombinasi-kombinasi lain mengikut kesukaan anda. Anda juga boleh membuat sebanyak mana partition yang suka. Misalnya 8 partition dengan kombinasi 10-10-10-10-10-10-10-10 GB atau dua partition 40-40 GB.

Mengapa membuat partition?

Partition dibuat atas banyak sebab. Tetapi secara amnya ia dibuat bagi memudahkan urusan menyelia dan memperkemaskan lagi susunan fail-fail dalam hard disk – sama seperti memperkemaskan susunan pakaian dalam almari. Misalnya sebuah hard disk yang mempunyai empat partition; partition pertama adalah untuk meyimpan (install) sistem operasi, contohnya Windows.

Partition kedua pula adalah untuk menyimpan fail-fail lagu, MP3 dan fail-fail media yang lain. Partiton ketiga pula adalah untuk menyimpan perisian (program) yang dipasang (install) seperti game dan partition terakhir adalah untuk menyimpan dokumen-dokumen penting atau gambar-gambar yang dirakam melalui kamera digital. Sama seperti almari di mana rak (anggap rak sebagai partition) pertama khas untuk baju, rak kedua untuk seluar dan setersunya. Dengan kata lain, partition dilakukan untuk memperkemaskan susunan fail-fail dalam hard disk.

Selain itu, partitioning adalah salah satu kaedah bijak dalam urusan penyelenggaraan (maintenance) hard disk itu sendiri. Misalnya, masa untuk melakukan defragement (penyusunan semula fail sistem operasi) adalah lebih singkat sekiranya dilakukan secara peringkat demi peringkat (partition demi partition) berbanding dengan defragment hard disk yang sama yang tidak mempunyai partition. Begitu juga halnya dengan formatting dan lain-lain.

Banyak lagi tujuan seseorang melakukan partitioning. Bagi para teknikal dan peminat PC yang maju (advance), kadang kala akan tiba masa di mana anda harus memasang semula sistem perisian dan partition memainkan peranan penting dalam memastikan fail-fail penting tidak dimusnahkan untuk tujuan format.

Menghapuskan Jerawat

Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.

Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.

Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.

Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.

Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.

Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Source : Laman Petua Nenek

Bercinta Cara Islam

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik.

Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Fakta Mengenai Kaki

KAKI kita merupakan salah satu bahagian tubuh yang tentu saja sangat berguna sebagaimana anggota tubuh lainnya. Sekalipun kaki hanya mengalami luka kecil seperti melecet, kegiatan sehari-hari kita akan terganggu. Oleh karena itu, makin mengetahui kaki, jauh lebih baik dibanding tidak mengetahuinya sama sekali. Di sini ada beberapa fakta tentang kaki yang mungkin cukup menarik untuk diketahui.

1. Makan makanan pedas sering menyebabkan kaki berbau. Untuk mengatasinya, kurangkan makanan pedas dan minum banyak air.


2. Kaki melakukan perjalanan secara purata 115.000 km sepanjang hidup.


3. Pada kaki terdapat 250.000 kelenjar peluh yang menghasilkan hampir satu cawan setiap hari.


4. Satu perempat dari tulang tubuh kita terdapat pada kaki.


5. Memakai kasut tumit tinggi merupakan salah satu kunci masalah penyakit kaki perempuan.


6. 70% lebih dari masyarakat akan mengalami sakit kaki pada tempat yang sama dalam kehidupan mereka.


7. Semakin usia meningkat, kuku kaki makin keras dan makin tebal.


8. Ketika berdiri tegak, 50% dari berat anda berada pada tumit, 25% pada tapak kaki dan 25% menyebar sekitar bola kaki anda.


9. Kaki bayi berusia 16 hingga 25 bulan tumbuh setengah ukuran kasut mereka setiap tiga bulan dan yang berusia 25-36 bulan tumbuh rata-rata setengah ukuran sepatu mereka setiap empat hingga enam bulan. Dengan demikian, sering menukar kasut mereka adalah hal baik agar kaki mereka dibungkus oleh ukuran kasut yang tepat.


10. Naik tangga selama lima minit membakar energi tubuh 42 kJs (kilojoules) , sedangkan naik lift 10,5 kJs. Bagi yang nak diet, naik tangga lebih baik daripada naik lift.


(sumber; Woman's Day)***

Sehari Dalam Kehidupan Tuan Guru

Bagi korang yang berminat untuk mengetahui kehidupan YB Tuan Guru Nik Aziz, sila klik url di bawah dan lihatlah tatacara hidup seorang Menteri Besar bagi negeri Kelantan.

Sila klik url berikut : Sehari Dalam Kehidupan Tuan Guru

Bahasa Baru

Jom pelajari bahasa baru ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Lagi banyak bahasa lagi mudah bagi anda untuk membuat sebarang urusan even di tengah hutan. Bahasa ini penuh dengan pengayaan kosa kata yang menarik dan anda patut mempelajarinya. Selamat belajar.

Sila klik url berikut : Bahasa Baru

Star Fall

Aku terjumpa web belajar Bahasa Inggeris yang sesuai untuk anak-anak korang yeng berumur lebih kurang dari 3 tahun hingga 6 tahun. Cubalah tengok, mana tau anak-anak korang eager to explore.
Sila klik url berikut : StarFall.com


Winamp Player

Mari! Mari! Download winamp. Kalau download hari ini dapat diskaun 50%. Aik benda free pun ada diskaun ke? heheh....

Sila klik sini : Winamp Player

Submit Visa Application Vol.2

Samb.
Setelah dapat harga visa, aku turun semula ke Alliance Bank. Mabuk aku dibuatnya bila naik lif tu banyak kali. Setelah sampai, isi form dan bayar kesemuanya RM2664. Lepas tu naik semula. Sampai depan pintu, agak ramai orang beratur. Bila nampak muka aku, si bohjan tu terus suruh aku masuk. Please enter sir, katanya dengan penuh madah. Bila aku masuk pak guard lelaki tu cakap no sekarang 80. Alhamdulillah, no aku 82, so belum lagi dipanggil. Aku duduk kat wife aku, dia rasa lega sebab aku dah datang. Kalau tidak apa yang nak ditunjukkan pada perempuan India kat kaunter tu.

Anak aku asyik lari-lari. Semua orang pandang gelagat dia hinggakan lelaki Cina kat kaunter satu lagi tegur. Ni siapa punya anak, tolong kawal sikit, kata dia dengan penuh benci. Aku terus dukung Arif dan bawa dia tengok gambar-gambar kat dinding tu. No 82 dipanggil. Wife aku letakkan semua dokumen atas meja perempuan India tu. Dia check satu persatu. Alhamdulillah, semua dokumen lengkap. Lepas tu dia suruh tunggu untuk biometric identification. Mula-mula wife aku masuk, pastu aku, pastu Ulfah. Arif tak payah sebab kurang dari 2 tahun. Letak tangan kat atas scanner hijau tu, pastu amik gambar. Lepas tu siap. Dah boleh balik. Kami terus keluar dan destinasi seterusnya ialah SOGO.

Masuk Sogo terus ke surau untuk solat jamak zohor-asar. Lepas tu pergi cari baju sejuk kat HUNT International. Tak dapat apa yang dicari. Cuma beli LongJohn untuk Ulfah. Arif asyik lari ke sana kemari. Aduh! Sakit pinggang aku kejar dia. Keluar dari Sogo terus balik Melaka. Sesat sampai depan Dataran Merdeka. Nasib baik aku dah pandai baca signboard dan ikut logical thinking. At last, nampak signboard Seremban-Melaka. Balik Melaka terus ke rumah Kak Ngah di Alai. Open house. Bagus jugak sebab kami semua sedang lapar. Balik dari rumah dia pukul 11 malam. Terus tidur dengan dasyatnya.

Mari Download Gomplayer

Bagi sesiapa yang gemarkan muzik dan video, korang boleh download salah satu player yang boleh memainkan berbagai format. Kalau muzik atau video yang korang amik dari mana-mana tak menjadi, cuba try GOMPLAYER. Install dan try open muzik atau video tadi. Insyallah, akan ok.

Klik sini untuk download : GOMPLAYER

Submit Visa Application

Semalam aku dan wife serta anak-anak pergi submit visa application kat UK Visa Center kat Wisma MCA Jalan Ampang KL. Dengan confidentnya aku masuk KL dengan seribu harapan supaya tak sesat jalan. Alhamdulillah, nasib kami memang baik, terus jumpa bangunan Wisma MCA tu. Lepas masuk ke tempat parking dan memarking deagan selesa, kami pun ke tingkat 19.

Sekali kena check kat pintu masuk daa. Macam la kami ada bawa M16 atau C4. Dia check pakai menatang kayu rounders tu. All handset must be switch off, dengan bangganya mak guard yang bernama Hobanjan (lebih kurang nama dia gitu la). Tak tau la aku dia nie orang apa. Spesies bohjan kot, atau wargenegara Azerbaijan. Dia pun benarkan kami masuk. Bila masuk wifeaku cakap nak kena buat bank draft dulu kat Alliance Bank. Aduh! Dah masuk baru cakap.

Aku terus keluar semula. Nasib baik dibenarkan. Aku pergi Alliance Bank kat ground floor. Basib baik tak ramai orang. Terus je dapatkan bro yang jaga kaunter tu dan explain kat dia. Dia terus bagi borang bank draft. Dia tanya tahu ke fee visa berapa? Alamak, aku terlupa la. Aku cakap kat dia nak naik dulu tanya harga visa berapa. Naik semula tingkat 19 tu dan tanya makcik bohjan tu. RM664 for one person jawab makcik tu dengan jayanya. Aku cakap Thank you. Please come again. Hahah.

Software Azan

Pasang-pasanglah sikit software azan pada pc@laptop korang. Ingatlah sikit pada Allah. Jangan asyik buat kerja je sampai solat pun culas. Bagi yang mahu download software azan :

Klik sini : Software Azan

At Last Part 2

Akhirnya setelah berhempas pulas melawan gelombang badai membelah lautan, berjaya juga kami mengumpulkan kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek ciffon visa. Cuma tinggal satu je lagi iaitu satu sudu camca translation degree certificate yang kena ambil di UKM Bangi esok. Yang lain insyallah settle.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek ciffon visa:

1. Empat ulas pasport
2. Sebiji labu jenama tenant agreement
3. Daun financial afidavit
4. Dua keping ulam previous certificate
5. Satu kuntum marriage translation
6. Empat camca besar birth certificate
7. Empat sudu kecil gambar pasport ikut ukuran
8. Empat guni serbuk medical check up
9. Satu cm IELTS result
10. Satu dulang UK unconditonal offer letter
11. Satu keping ATAS certificate (ditumbuk halus)
12. Secubit garam dan serbuk penaik

Satu lagi : Air sungai empat gelen

Cara penyediaan:
1. Gaulkan kesemua bahan tadi di dalam sebuah fail dokumen.
2. Susun setiap satunya mengikut keutamaan.
3. Buat acuan bagi setiap satunya.
4. Suruh pegawai kumpulan A certified.
5. Siap

Langkah seterusnya:
1. Bawa acuan kek anda ke Wisma MCA Jalan Ampang.
2. Keluarkan segala duit yang ada dan bayar harga kek ciffon visa anda di Alliance Bank
3. Curahkan kesemua bahan yang digaulkan tadi ke muka pegawai visa yang check dokumen.
4. Sila tunggu, kek anda sedang dibakar pada suhu 1000 darjah satu.
5. Setelah proses itu selesai sila ke bahagian topping.
6. Letak tangan atas topping untuk biometric identification.
7. Lepaskan tangan anda dan tunggu.
8. Setelah selesai, anda akan dihalau keluar dari VFS dengan hinanya.

Mudah bukan! Anda pasti teruja!!
(Tension punya pasal sebab berbagai rintangan dilalui semasa menyediakan semua dokumen visa ini. Tu yang jadi mamai tu). Any way lepas ini ok semula. Adios!

At Last

Akhirnya siap jugak ATAS certificate yang betul-betul menyusahkan hidup kami sekeluarga. Memang thrill dan siapkan form tu. Macam-macam details kena isi. Aku dah 10 kali tension isi borang ATAS tu. Tapi wife aku 100 kali tension sebab dia yang kena isi form tu. Aku just isi mana-mana blank yang aku tahu jer.

Tapi yang paling aku tension ialah isi borang visa. Mula-mula isi borang VAF1. Lepas dah print, aku isi form tu dengan jayanya. Tetiba, wife aku cakap bukan borang tu yang kena isi tapi borang VAF3. Hah!! Aku dah berpinau bijik mata isi borang tu, lepas isi baru dia cakap salah. Adus! Merana.

Aku pun dengan rasa lebam yang boleh tahan terpaksalah print borang VAF3 dan isi dengan jayanya. Lagi sekali disaster melanda diri ini. Kawan wife aku cakap kena isi visa form tu secara online. Online lah pulak! Mana satu betul nie. Aku rasa nak terjun dari tingkat 5 ofis aku nie. Nasib baik aku terbayang bestnya naik flight Emirates untuk ke UK. Kalau tidak dah lama aku terjun. Hehheh..

So at last, siap jugak ATAS certificate tu. So bolehlah aku dan wife pergi KL untuk buat visa dan biometric identification. Moga-moga cepat la siap visa tu. Itu je constraint terakhir. Yang lain semua dah settle. Harap minggu depan semuanya berjalan lancar.

Jimatkan Minyak Anda

Bagi sesiapa yang tak boleh beli NGV sebab bapak mahal, di sini ada tips bagaimana untuk menjimatkan penggunaan minyak. Download ebook di bawah dan ikut segala panduan, nescaya minyak korang safe punyalah. Selamat Mencuba!

Sila Klik url di bawah:

Download Tips Jimat Minyak

Salam Aidilfitri

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua yang mengenali diri aku. Yang tak kenal pun buat buat kenal la. Maaf kezahiran dan kebatinan aku ucapkan. Mohon ampun atas salah silap, termengumpat, terkutuk, termakan, terminum, tercaci, termuntah, terbalik, terbongkang, terbang, dan berbagai ter lagi yang aku lakukan tahun lepas.

Tidak lupa juga kepada ayah aku yang berada di alam berzakh. Semoga tenang, aman dan damai di sana. Untuk ibu aku, semoga cepat sembuh dari sakit. Kepada my sweety, semoga menjadi isteri yang solehah dan my kids Ulfah dan Arif, moga menjadi manusia berguna di kemudian hari. Tahun ni beraya di Terengganu. Tahu tak sebab apa beraya kat sana. Senang je, sebab tahun lepas dah beraya kat Melaka.keh.keh.keh.

Cash in Advance

Hari ini wife aku dan kawan secolleaguesnya pergi PICC (Putrajaya International Convention Centre) kalau tak silap aku. Dia pergi sana sebab ada majlis pelancaran MYBrain yang dihadiri oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khalid Nordin. Si datuk tu jugalah yang akan memberi cek Affin Bank cash in advance kepada para future student yang akan menyambung pelajaran di dalam dan luar negara. Majlis 8.30am mula dan habis pukul 11am lebih. Dapatlah lebih kurang RMXX XXX sebagai pendahuluan untuk sambung belajar ke Glasgow. Lepas tu kena tunggu 3 bulan baru payment yang lain masuk. So kena berhati hati menggunakan wang sedia ada. Kena pandai berjimat kerana kami tidak tahu bagaimana situasi kami di luar negara sana.

Dengan wang itu juga kami akan gunakannya sebagai wang in advance untuk menyewa rumah di sana. Beli barang keperluan harian dan barang-barang dapur. Nampak macam banyak tapi bila diconvertkan ke Pound Sterling, nilainya menjadi 4 angka sahaja. Tapi apa pun, syukur alhamdulillah sebab tak kelam kabut untuk cari sumber kewangan lain bagi menampung pengajian.

Satu je problem lagi iaitu mengenai visa. ATAS certificate masih belum dapat lagi. Itu cukup merisukan kerana masa hanya ada lebih kurang sebulan untuk settlekan visa tu. Yang lain insyallah, berjaya diuruskan dengan baik.


Web Untuk Anak-Anak Korang

Aku terjumpa web yang sesuai untuk anak-anak korang yeng berumaur lebih kurang dari 1 tahun hingga 3 tahun. Untuk anak aku yang berumur 5 tahun, dia dah tak heran dengan web nie sebab dia dah boleh baca paper. Cubalah tengok, mana tau anak-anak korang eager to explore.

Sila klik url di bawah:

IQBASIC.COM

20 Cara Jimat Duit

Berikut merupakan 20 cara yang boleh korang praktikkan untuk menjimatkan duit sekaligus mengurangkan perbelanjaan kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Sila klik url di bawah :

20 Cara Jimat Duit

Hilang Pahala Berjemaah

Aku rasa tak selesa bila orang yang sama bersolat di kiri atau kanan aku tidak mengikut kadar kecepatan imam melakukan rukun-rukun solat. Yang pasti orang-orang ini bersolat belakang imam. Sudah semestinya dia berniat untuk menjadi makmum kepada imam. Hinggakan imam sujud, dia masih belum habis rukuknya. Aku yang berada di sebelahnya rasa bersalah. Terdetik dalam hati ini perkara yang tidak baik iaitu ' Dia ni tak belajar solat berjemaah ke?' sekaligus mengumpat dia dalam diam. Walaupun aku tak mahu perkara tersebut berlaku, ianya seakan sudah diprogramkan. Aku takut sembahyang aku menjadi sia-sia lantaran aku mengumpatnya dalam solat.

Islam telah mensyariat solat berjemaah mesti mengikut gerak geri imam terutamanya dalam soal gerakan tubuh. Sekiranya imam telah melakukan tiga rukun dan makmum masih terkial-kial dan tertinggal tiga rukun solat yang telah dilakukan oleh imam tersebut, maka makmum tadi telah mufarakah (tidak mengikut imam). Dia tidak akan mendapat pahala berjemaah. Walau bagimanapun solatnya masih sah dan pahalanya sama seperti solat bersendirian.

Aku tak tahulah apa yang ada dalam hati mereka ini. Nak kata tak belajar, dia orang nie pandai-pandai semua. Tak terdetik rasa pelik ke dalam hati mereka ini bila melihat orang lain semuanya sudah sujud, cuma dia sahaja yang baru nak rukuk. Sure akan terlepas dari tiga rukun solat tersebut. Ada yang seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk yang mereka kononya terlalu kusyuk hinggakan mereka ditinggalkan oleh imam dan jemaah yang lain. Ada juga yang mahu memperlihatkan mereka ini terlalu alim berbanding kerana terlalu cermat ketika bersolat.

Memang kita dianjurkan supaya menyempurnakan segala rukun solat dengan sempurna. Memang betul. Tetapi jika kita solat mengikut imam, kita haruslah bergerak di mengikut kadar pergerakan imam. Kita bukan solat bersendirian. Kalau bersendirian, nak solat seberapa lama pun boleh. Tiada masalah. Apa akan jadi jika mereka yang bertabiat begini begitu ramai dan bersolat dengan imam di sebuah masjid. Cuba anda bayangkan, apa yang terjadi? Berterabur semua saf kerana masing masing solat ikut suka. Ikut suka bila nak rukuk, ikut suka bila nak iktidal, ikut suka bila nak sujud. Dah jadi macam solat sunat ba'diah dan kabliah saja. Itu akibatnya kalau tak ikut pergerakan imam.

Perkara Yang Merosakkan Otak

Tabiat seharian kita boleh menyebabkan otak menjadi rosak dan lemah. Berikut adalah 10 tabiat yang boleh menyebabkan kerosakan otak:

1. Tidak mengambil sarapan pagi - Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3.. Perokok - Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4.. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng ganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng ganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur - Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur - Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimaginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimaginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Source : kelakarsiot.blogspot.com

Doa Mencari Jodoh

Bagi sesiapa yang belum bertemu jodoh:

Doa Mencari Jodoh

Ya Allah... Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi ...
Ya Allah... Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,

Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah... Seandainya telah Engaku takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, S
esungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini... Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,

Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engaku redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

10 Malam Terakhir

Kita dituntut untuk menghidupkan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan dengan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Hari-hari terakhir Ramadhan ini dirasakan terlalu sayu kerana tiada amalan yang cemerlang yang dapat dilaksanakan. Sekadar solat tarawikh dan bacaan Al Quran 30 juzuk dirasakan amat tidak berbaloi dengan hadiah pahala berganda selama 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Di masjid ada qiamulail tetapi oleh kerana telah terdidik pukul 3 pagi adalah masa untuk tidur, maka terlepaslah malam yang penuh keberkatan ini. Kalau qiamulail pun sekadar melepaskan batuk di tangga. Itu pun hanya di rumah.

Satu je yang aku dapat rasakan ialah rasa sayu ketika Ramadhan hendak berlalu pergi. Hendak menangis pun ada. Dapat ke tidak untuk aku mengutip pahala berganda puasa lagi pada tahun hadapan. Itu je satu perasaan yang ok yang aku sendiri rasakan. Tapi amalan hampeh jugak. Moga kita semua dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh berkat ini di tahu hadapan. Insyallah.

Cerita pasal hari raya pulak. Aku takde mood nak sambut raya lebih-lebih lagi dah jadi bapak budak nie. Cerita pasal raya, semuanya melibatkan faktor pengeluaran. Tiada faktor kemasukan. Lebih-lebih lagi pasal duit. Sentiasa je keluar macam air paip. Tahun ni pakai baju raya tahun sudah. Masih elok lagi gamaknya. Lagipun aku tak berkira sangat. Janji pakai baju. Pakai baju pagoda pun cun jugak. Mood raya tidak macam dulu. Yelah, sebab dulu budak-budak lagi. Best ler. Sekarang sapa nak bagi duit raya. Kalau bagi pun hanyalah company tempat aku kerja. Dulu dia bagi RM200 sorang. Tahun nie kalau dia bagi lagi, aku nak settlekan kad kredit aku.